Monday, July 25, 2011

CUTI-CUTI MALAYSIA~


Assalamualaikum and good morning to all my followers.
Sihatkah anda???
Saya doakan anda semua dalam keadaan sihat walafiat di samping keluarga tercinta.

Talking about CUTI-CUTI MALAYSIA, I think there’s many beautiful places in Malaysia come in your mind right now.
Cameron Highlands
Langkawi Island
Penang
Pulau Perhentian
Genting Highlands
Melaka
Port Dickson
And many mores…

Ever since I was a child, I have wanted to be a traveller. I love to travel a lot. Dalam kajian yang dijalankan oleh Dr Fadzillah Kamsah, individu yang lahir pada bulan Mei tidak suka duduk di rumah. He is right. Travelling gives me the greatest happiness in my life.

Why do you like travelling???
I love to travel for a number of reasons.

FIRST, I enjoy taking pictures and pictures again.
I stop at the hill to admire the scenery.
I stay at the seaside at least once a year.
I travel up to the cool highlands.
I love nature so much.

SECOND, I like to travel is because I am curious about how people live.
I would like to experience for myself the cultures of different peoples.
I want to try everything they do
 BUT of course it’s based on the principle of ISLAM.

THIRD, I like to travel is because I enjoy meeting people and making friends.
I would like to have friends from as many different countries as possible.
Am I greedy???
I love talking and sharing ideas on all kinds of issues especially in tourism.
If you like to talk about tourism with me, come with me!!!

I want to share with all of you some spectacular scenery in Malaysia.
Cameron Highlands is one of the highest rating places that I have visited.
 There are many places to go…
Enjoying the cool, refreshing air in the top of hills
Taking pictures of different kinds of flowers
Cooking fresh vegetables
Eating strawberry chocolate and ice-cream
Buying souvenirs


inilah pokok strawberi!!! i like~






tea plantations~


love flowers so much~


antara bunga-bunga yang dijual di deretan kedai~


cantik tak bunga ini???


antara deretan kedai di Cameron Highlands...


kepada puan-puan dan tuan-tuan, jangan rambang mata ye~
kerana saya sudah rambang mata dengan souvenir di sini...


Desa Anthurium~

Pulau Langkawi also is the best place to travel
The chocolate lover will grab this opportunity to buy chocolate.
Pulau Langkawi is also known as “Syurga Membeli-belah”.
There are many souvenirs – keychain, t-shirt and many mores.
Nasihat untuk anda: sediakan duit yang cukup dan jangan rambang mata especially women as they’re like to buy and buy again. Like me too???


helang besar menyambut kedatangan anda apabila tiba di Jeti Kuah~


di Jeti Kuah~


feri yang membawa anda ke Pulau Langkawi~


lautan feri dan kapal~

 Port Dickson, Negeri Sembilan.
A beach and holiday destination
Best moment with my family~









waktu senja di pantai.
Subhanallah, indahnya ciptaan tuhan.



pemandangan dari bilik hotel 
jam 7.00 pagi
sungguh damai~

 Putrajaya is the federal administrative centre of Malaysia.





MASJID PUTRA~




My dream is to visit every continent on the Earth.
When I getting my salaries, I want to visit
          MAKKAH AL-MUKARRAMAH.
It would be such a great memories, I know.





“Dan bumi Allah itu luas (untuk berhijrah).” –Surah Az-Zumar:10



Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
Alhamdulillah..



till then.
to be continued...
watching halaqah sentuhan qalbu now~

Monday, July 18, 2011

AFTER LONG TIME AGO,

Tik tok tik tok
It’s already in the end of Syaaban
Ramadhan will come~
Let’s together preparing for the Ramadhan
Set your physical and mental
Be prepared!!!

I want to share with all of you about this song.
 I’m falling in love with this song, do you like me too???


Harapan Ramadhan 
Oleh Raihan dan Man Bai

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua...




This year, I will fast at home. So happy.
I hope I can spend my time wisely in Ramadhan – reciting Quran, praying Terawih, doing qiamullail, reading the Sirah of the Prophet Muhammad saw, doing my new work and so on.
Good luck~




Nota cinta : hari-hari yang dilalui berlalu pergi. Many things happen in front of us. Political, economic, and many mores issues. People, we should open your eyes, open and open. Not only your eyes, but your mind and your heart. Please!!! Although you’re students, you shouldn’t be “seperti katak di bawah tempurung” person. Study, study and study again. Yeah, it’s true; our duty is studying to get the best results. But please be updated students!! Not only about DUNIA semata-mata. Dunia tak kekal. Everything you do, please come back to ISLAM. What Islam taught about, we should apply in all aspects of life. Hukum Islam entah ke mana, apatah lagi Islam. You can judge people; what is good or what is bad.

Back to my story, I’m already baking muffin, tart telur, creampuff, puding karamel dan sebagainya, seronok juga jadi baker nie- J

Banyak benda ingin aku buat, almaklumlah cuti nie je laa boleh dikatakan aku FREE. Sekarang dalam proses menyiapkan hasil tanganku.



Anda mahu dengar kisah aku bersama adik bongsuku??? haru~


Saat menemaninya tidur di bilik,
Adik : Along, bila along nak kahwin???
Along : (senyap!!!) dalam hati tergelak besar!!! Kahwin??? Tak masuk degree nak kahwin dah???calon pun tak der...
Adik : nanti Along kahwin, ada anak, Along nak duduk mane???
Along : (tergelak) Adikku sudah matang berbicarakan tentang ini, oh tidak!!! Tak pernah terlintas di fikiranku untuk memikirkan tentang ini lagi. Kahwin pun belum, apatah lagi ada anak.

Bila berbicara soal kahwin, aku teringat akan lecturer subject UNGS, 
setiap hari mesti sebut hal kahwin. 
dan aku akan pulang ke hostel, mula bercerita kepada roommates tentang kahwin,
isu tiada penghujung, oppppssss!!!!
Apa komen anda tentang perkahwinan??? 
Setiap orang mempunyai pandangan masing-masing. 
No comment!!!

Sunday, June 26, 2011

PELANGI


Pelangi merupakan fenomena optik dan meteorologi yang menghasilkan spectrum cahaya (hampir) selanjar di langit apabila matahari bersinar semasa hujan turun. Menurut kamus Cambridge Advanced Learner’s Dictionary, pelangi atau dalam bahasa inggerisnya disebut rainbow ialah an arch of different colours seen in the sky when rain is falling and the sun is shining. Ia merupakan satu lengkung yang berwarna-warni dengan warna merah di lengkung paling luar dan ungu di lengkung paling dalam. Mengikut urutan warnanya ialah merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu. Teringat sewaktu di sekolah rendah, punyalah susah nak ingat warna pelangi. Bila cikgu mata pelajaran sains tahu diajarkan kami satu cara untuk mengingatinya. Ini disebut teknik .... opppsss!saya sudah lupa teknik ini disebut apa. Mungkin anda tahu!!!
MAT JENIN KENA HALAU BALIK INDIA UTARA

Betapa indahnya ciptaan Allah...


Bagaimana terhasilnya pelangi ini?
Pelangi dihasilkan apabila cahaya terbias melalui titik air di udara. Sebab itulah pelangi selalu dapat dilihat selepas hujan. Ia berbentuk melengkung (bulat) kerana titisan air di udara berbentuk bulat/sfera. Namun biasanya bahagian bawah pelangi itu "terlindung" oleh bumi. Fenomena pelangi ini juga boleh dilihat dengan membelakangi matahari dan menyembur air pada hari yang cerah.

from GOOGLE

“Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu Dia bersemayam di atas 'Arsy. Dia menutupkan malam kepada siang yang mengikutinya dengan cepat, dan (diciptakan-Nya pula) matahari, bulan dan bintang-bintang (masing-masing) tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah, menciptakan dan memerintah hanyalah hak Allah. Maha Suci Allah, Tuhan semesta alam.” –Surah Al-A’raaf:54


JUMAAT- Hari ini pulang ke rumah nenek di Kuala Krai. Rumah nenek mempunyai kawasan sekeliling yang luas. Adik-adik tidak melepaskan peluang untuk bermain bola dan bermain badminton. Teringat tentang perlawanan bola antara Malaysia dan Lebanon semalam. Malaysia menewaskan Lebanon 2:1. Aku tak minat bola cuma bila adik-adik nak tengok bola, aku terpaksa turut serta melihatnya. Terasa penat mata melihat walaupun aku tak main bola.

Disebabkan abah ada mesyuarat esok, kami pulang selepas solat Asar. Dalam perjalanan pulang, sudah menjadi hobiku melihat ke luar tingkap kereta, melihat pemandangan sekeliling yang telah diciptakan Allah untuk hambaNya merenung kekuasaan Allah. Subhanallah. Aku dapat tengok pelangi!!! Happy sekali, kerana sudah lama aku tidak melihat pelangi dengan mata sendiri. 


Teringat movie Laskar Pelangi yang aku tonton di Astro RIA. Sebenarnya movie ini aku pernah lihat sewaktu di dalam usrah bersama kawan-kawan, sangat seronok menontonnya. Tetapi ketika itu, almaklumlah, bahasa Indonesia kurang ku fahami menyebabkan aku kurang faham ceritanya. Bila di rumah, aku menontonnya dengan bantuan sarikata. Seronok sangat menonton cerita ini. Kepada kawan-kawan yang nak suruh suggest movie untuk ditonton atau didownload saya akan suggestkan filem Laskar Pelangi.


 Laskar Pelangi adalah novel pertama karya Andrea Hirata yang diterbitkan oleh Bentang Pustaka pada tahun 2005. Novel ini bercerita tentang kehidupan 10 anak dari keluarga miskin yang bersekolah di sebuah sekolah Muhammadiyah di Belitung yang penuh dengan keterbatasan. Mereka menggelarkan diri mereka sebagai Laskar Pelangi, terdiri daripada Ikal, Lintang, Sahara, Mahar, A Kiong, Syahdan, Kucai, Borek, Trapani dan Harun. Meraka tetap ingin bersekolah walaupun kemiskinan menghimpit mereka. Laskar Pelangi mengharungi hari-hari mendatang dengan gembira, menangis dan ketawa bersama. Inilah kertas kehidupan kita iaitu AGAMA, KELUARGA, PERSAHABATAN dan KEJAYAAN.

Satu pengajaran yang aku dapat ialah erti tidak kenal putus asa. Dalam filem ini, Lintang, teman rapat Ikal, seorang genius. Dia mengayuh basikal ke sekolah walaupun terpaksa menempuh laluan buaya. Ketika buaya melintasi laluannya, dia akan sabar menunggu sehingga buaya hilang dari pandangan mata. Walaupun hidupnya miskin, dia tetap ke sekolah. Dia menunjukkan minat untuk bersekolah pada waktu hari pertama persekolahan. Dia bercita-cita dalam menjadi Ahli Matematik. Alangkah sedihnya bila cita-citanya terpaksa ditinggalkan kerana terpaksa menjaga adik-beradiknya semenjak ayahnya meninggal dunia. Watak utama ”aku” dalam cerita ini ialah Ikal. Ikal juga merupakan salah seorang murid pintar di sekolah itu. Dia sangat meminati bidang sastera. Ikal akhirnya menjadi seorang yang berjaya di luar Pulau Belitung, pulang ke kampung halaman setelah 12 tahun ditinggalkannya.

Selain itu, cerita ini menunjukkan walaupun mereka hanya pelajar sekolah agama yang kekurangan dalam segenap aspek, mereka tetap berjaya. Janganlah kita hanya memandang pada besarnya sekolah, cemerlangnya cikgu, luasnya padang sekolah dan lain-lain. Hal ini kerana walaupun semuanya lengkap dalam segenap aspek pembelajaran, kalau diri sendiri tidak mahukannya, tiada gunanya. Ayuh kawan-kawan, gunakan peluang pembelajaran yang kita dapat dengan sebaik-baiknya. Ingatlah masih ramai di negara miskin yang lain inginkan pelajaran tetapi apakan daya, keterbatasan mereka menyekat peluang itu. Letakkan matlamat anda untuk membantu mereka yang tidak mendapat pelajaran walaupun anda seorang doktor atau polis atau pakar ekonomi.
  
Naskhah Laskar Pelangi diadaptasi menjadi sebuah filem tahun 2008 yang berjudul sama. Filem Laskar Pelangi diproduksi oleh Miles Films dan Mizan Production, dan digarap oleh sutradara Riri Riza.Senario adaptasi ditulis oleh Salman Aristo dibantu oleh Riri Riza dan Mira Lesmana. Menurut Andrea Hirata, dengan diadaptasi menjadi sebuah filem, pesanan dan pengajaran yang terkandung di bukunya diharapkan dapat disebarkan kepada khalayak ramai.

Mahu tahu sinopsis cerita ini, klik SINI.


Apa yang boleh aku boleh katakan filem ini 5 BINTANG!!!
Like this movie very much!!!

Terdapat soundtrack lagu Laskar Pelangi dari Nidji dalam filem ini sewaktu mereka melihat pelangi. Best!!!
Mahu tahu lebih lanjut, klik sini


notacinta: ada sesiapa di sini mahu share filem yang best di sini??? Dipersilakan.
Tertarik dengan kata-kata di muka kulit majalah Solusi, isu no. 32 iaitu “usia akan berakhir tetapi biarlah pahala terus mengalir”. Ini disebut dalam hadis,

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya,, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.'' (HR Muslim).

Jom kita sama-sama praktikkan amalan-amalan ini.



:::TAK DILUPAKAN:::

26 JUNE 1991, selamat hari lahir buat sahabat OCTAVO, NABIHATI HASNA HASMI.


SANAH HELWAH, KAWAN!!!


SAYA SAYANG KAMU KERANA ALLAH

Thursday, June 23, 2011

ARNAB~

Tentu kalian tertanya-tanya kenapa tajuk kali ini tentang arnab, pelik bukan? Ini kerana aku tidak pernah post tentang haiwan. Sesiapa yang mengenal diri kerdil ini sudah tentu kalian tahu aku mempunyai satu sifat iaitu takut akan kucing. Kucing oh kucing! 


Bila melihat kawanku, Athirah post tentang KUCING, tiba-tiba dapat idea untuk update tentang arnab. 

Jumaat yang lalu, mama telah membeli 2 ekor anak arnab. Cute gitu. Sebenarnya sebelum ini kami sekeluarga pernah memelihara arnab tetapi sudah tiada, seekor terjun longkang dan seekor lagi lari dari kandang. Anak arnab yang mama beli nie bernama KIKI dan LALA. Untuk pengetahuan kalian semua, dalam banyak-banyak binatang peliharaan, aku paling suka arnab. Sebab utamanya ialah arnab cute!!! 

Mengapa arnab harus dijadikan haiwan peliharaan terbaik untuk keluarga???
Ini kerana haiwan ini amat mudah dijaga walau penjaganya adalah seorang yang kurang upaya. Pemeliharaan tidak memerlukan kawasan yang luas. Sumber makanan yang murah dan mudah diperolehi di sekitar kediaman. Haiwan ini tidak mengeluarkan bunyi yang boleh menganggu kejiranan. Bau najis yang amat minima. Boleh dibela di dalam rumah samada jenis flat atau kondominium. Arnab tidak pandai menyerang walau dalam keadaan terdesak. Tidak mendatangkan sebarang ancaman kepada penternak atau masyarakat keliling. Cepat berkembang biak. Tahan lasak

Kepada kawan-kawan, jom pelihara arnab. Seronok juga menjadi penjaga arnab bila adik-adik ku ke sekolah. Apa yang aku buat??? Sikat bulu arnab, bagi makan kangkung takpun carrot takpun makanan tambahan [pellet] dan bersih najis arnab.

jom zoom gambar KIKI dan LALA~!!! 




cute kan mereka ini???

Anda masih ingat tentang kisah Abu Hurairah??? Nama sebenar beliau adalah Abdul Al-Rahman bin Sakhar al-Dusi Yamani. Gelaran Abu Hurairah r.a. adalah kerana kegemarannya bermain dengan anak kucing. Diceritakan pada suatu masa ketika Abu Hurairah r.a. bertemu Rasullullah SAW, beliau ditanya oleh baginda apakah yang ada dalam lengan bajunya. Apabila dia menunjukkan anak kucing dalam lengan bajunya lantas dia digelar Abu Hurairah oleh Rasullullah SAW. Semenjak itu dia lebih suka dikenali dengan gelaran Abu Hurairah. Dalam suatu peristiwa, tatkala seorang sahabat nabi bernama Abdul Rahman bin Sakhr menemui seekor anak kucing yang sedang mengiau kerana kehilangan ibunya. Beliau yang dalam perjalanannya menuju ke Masjid Nabawi, berasa kasihan kepada anak kucing itu, lalu mengambil dan meletaknya dalam baju besar beliau.
Apabila sampainya di masjid, baginda bertanya Abdul Rahman, apa dalam bajunya? Ia menjawab anak kucing yang kehilangan ibu, aku mengambilnya kerana kasihan padanya. Lalu baginda menggelarkan Abdul Rahman dengan Abu Hurairah (bapa anak kucing).
Banyak hikmah dari riwayat hidup Abu Hurairah ini dan antaranya beliau telah mencontohi kepada kita betapa bagusnya dan satu amalan yang sangat disukai oleh nabi sendiri iaitu berbuat baik kepada kucing.
Seorang wanita masuk neraka kerana kucing. Ia menahannya hingga mati. Ia masuk neraka kerananya, kerana ia tidak memberinya makan sebab ia menahannya, dan tidak membiarkannya makan serangga-serangga tanah.” Hadith riwayat Bukhari.

Sama-samalah kita mengelakkan diri dari menyeksa binatang, lebih-lebih lagi menyeksakan mereka dengan api. Sesungguhnya tidak ada yang berhak menyiksa dengan api selain Rabb (Tuhan) pemilik api.” Hadith Riwayat Abu Dawud, hadits shahih.
::nota cinta::
Walaupun aku takut akan kucing tetapi aku tidak pernah menyiksanya. Mungkin ini kerana disebabkan kisah anak jiran yang kena dicakar oleh kucing, aku jadi takut. Jikalau Abu Hurairah digelar bapa anak kucing, aku pula Umm Arnab, sesuaikah??? J
Untuk pengetahuan kalian, GENN si hamster telah mati kerana jangkitan kuman. Adikku sedih juga dengan kehilangan GENN.
Stop here.


LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...