Wednesday, November 24, 2010

IBADAH, TIADA ALASAN MENINGGALKANNYA~!!!

Semenjak Allah SWT mula mencipta Adam a.s, satu perancangan jangka panjang turut disediakan olehNya untuk menghadapi kepelbagaian karenah makhluk yang dicipta terutamanya manusia. Kembali kepada tujuan utama manusia dijadikan, adalah untuk mengabdikan diri kepadaNya. Firman Allah SWT:

"Dan (ingatlah) tidak Aku jadikan jin dan manusia, melainkan untuk menyembah dan beribadah diri kepada Ku." 

(Adz-Dzaariyaat: 56)

Lantaran itu Allah telah menolak empat alasan manusia yang lali melakukan kewajipan mereka dengan mengemukakan empat orang Nabi sebagai perbandingan.

Pertama, mereka yang kaya raya menyatakan, akibat sibuk dengan kekayaan telah menyebabkan mereka terhalang melakukan ibadah. Lalu Allah SWT menyatakan bahawa tiada siapa yang lebih kaya daripada Sulaiman a.s, dan itu tidak menghalanginya daripada beribadah kepada Ku.

Kedua, hamba sahaya yang terlalu sibuk kerana melayani majikannya sehingga terhalang daripada beribadah kepada Allah SWT. Berfirman Allah SWT, jika dibandingkan dengan Yusuf a.s yang dibuang, dijual serta dipenjarakan namun tetap menabdikan dirinya kepada Ku.

Ketiga, golongan fakir miskin pula memberikan alasan kemiskinan telah menyebabkan mereka lupa untuk menyempurnakan ibadah. Allah SWT menyatakan bahawa hambaku Isa a.s hanya makan daun dan minum air hujan, tapi tidak menghalang daripada beribadah kepada Ku.

Keempat, manusia yang sakit pula menyatakan bahawa akibat sakitnya telah menyebabkan dia tidak dapat beribadah mengingati Allah SWT. Justeru, Allah SWT memperingatkan bahawa Ayub a.s lebih menderita sakitnya kerana penyakit kulit yang busuk tanpa sesiapa memperdulikan beliau, tetapi ibadahnya kepada Allah SWT tidak pernah terputus.

Lantaran itu, tidak ada alasan yang akan diterima oleh Allah SWT di akhirat kelak terutama bagi yang lalai menyempurnakan kewajipan mereka. Kita sebagai hamba wajib taat dan tunduk kepada segala perintah Nya agar segala amalan kita diterima dan kehidupan di dunia akan diredhai.

Tinta penaku,
aqilah


p/s: hari ini aku ditawarkan peluang keemasan utk memberi tazkirah dalam halaqah umum di surau groundfloor ZAINAB COLLEGE. Bab2 nak beri tazkirah nie, hmmm, ana insan kerdil, x banyak ilmu ada, tapi hanya satu yang ku pegang, "Sampaikanlah walaupun sepotong ayat". Apa yang baik, datangnya dari Allah swt dan apa yang buruk datang dari keburukan diri sendiri yang lemah. Malam nie ada talk best kat AMF HALL, pukul 9.00pm, tajuknya, JADI REMAJA SERONOK KE?... Teringin nak pergi, dan insyaAllah akan pergi. research outline EAP belum siap, esok quiz Maths, semoga dipermudahkan. Amin. After this, I'll go jalan2 cari ilmu ~AMF and book stall wait for me!!!~

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...