Thursday, May 27, 2010

SAHABAT~!!!





12 sifat seorang sahabat:


1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.

3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu.

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.

5. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.



p/s: terima kasih teman kerana menjadi sahabatku. Cuti da habis, time tuk balik UIA, sedihnya nak tinggal rumah. HOME IS WHERE MY HEART IS...:(

ANTARA SABAR DAN MENGELUH~!!!





Pada zaman dahulu, ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.

"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."

Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."

Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu ?"

Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari, ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?"

Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?"

Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya.
Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."

Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?"

Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membedakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeda. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."

Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,:

" Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."

Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,: " Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."

Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)

Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.



InsyaAllah.

Jibril AS, Kerbau, Kelawar & Cacing.



Suatu hari Allah SWT memerintahkan malaikat Jibril AS untuk pergi menemui salah satu makhluk-Nya yaitu kerbau dan menanyakan pada si kerbau apakah dia senang telah diciptakan Allah SWT sebagai seekor kerbau. Malaikat Jibril AS segera pergi menemui si Kerbau.
Di siang yang panas itu si kerbau sedang berendam di sungai. Malaikat Jibril AS mendatanginya kemudian mulai bertanya kepada si kerbau, "hai kerbau apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kerbau?" Si kerbau menjawab, "Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kerbau, dari pada aku dijadikan-Nya sebagai seekor kelawar yang ia mandi dengan kencingnya sendiri".
Mendengar jawapan itu Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor kelawar.

Malaikat Jibril AS mendatanginya seekor kelawar yang siang itu sedang tidur bergantungan di dalam sebuah gua. Kemudian mulai bertanya kepada si kelawar, "hai kelawar apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kelawar". "Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kelawar dari pada aku dijadikan-Nya seekor cacing. Tubuhnya kecil, tinggal di dalam tanah, berjalannya saja menggunakan perutnya", jawab si kelawar. Mendengar jawaban itu pun Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah.

Malaikat Jibril AS bertanya kepada si cacing, "Wahai cacing kecil apakah kamu senang telah dijadikan Allah SWT sebagai seekor cacing". Si cacing menjawab, " Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor cacing, daripada dijadikaan-Nya aku sebagai seorang manusia. Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal sholih ketika mereka mati mereka akan disiksa selama-lamanya".

Sama-sama kita fikirkan...

Monday, May 17, 2010

4 in 1~!!!

4 IN 1????
simple and easy (e_~)

first and foremost,
HAPPY BIRTHDAY TO MIRAH~!!!
13.5.1991
SELAMAT HARI LAHIR UDA!!!
SEMOGA PANJANG UMUR DAN DIMURAHI REZEKI.
SAYANG UDA KERANA ALLAH...


HAPPY 19s~!!!

INI KEK BIRTHDAY TUK MIRAH!!!
-penat qilah buat, 1 mlm x tidur, hehe.-

second,
HAPPY MOTHER'S DAY
TO 
NORAIDA BINTI ADAM~!!!
LOVE YOU SO MUCH!!!



SELAMAT HARI IBU~!!!

MAMA, SYAFIQ DAN FARAH~!!!

THIRD
HAPPY TEACHER'S DAY~!!!



TERIMA KASIH GURU
ATAS SEGALA JASA,PENGORBANAN, TITIK PELUH KALIAN...
MENGAJAR AKU DARI TIDAK MENGENAL HURUF SEHINGGA SAAT INI.
TERIMA KASIH~!!!

ABAH DAN MAMA
GURU YANG PERTAMA 
MENGAJAR AKU MENGENAL DUNIA

BERSAMA GURU KESAYANGANKU,
ALLAHYARHAMAH CIKGU ZAINUN..
KAU TETAP DALAM INGATANKU.

BERSAMA CIKGU IDA~!!!


SELAMAT HARI GURU
KEPADA SEMUA GURU YANG TELAH MENGAJAR AKU...
KEGIGIHANMU DALAM MENDIDIK TIDAK AKAN AKU LUPAKAN!!!

LAST BUT NOT LEAST,
HAPPY HOLIDAY~!!!
rasanya masih belum terlambat untuk wish
selamat bercuti!!!
hehe



p/s : adikku, syahir, ada blog jugak!!!mantap laa syahir. "along ada blog, sya pun nak blog", kata adikku.
selamat berblogging syahir~!!!

sekian untuk post kali ini~!!!
assalamualaikum.

Thursday, May 13, 2010

KISAH PENGAJARAN~~~



Dalam Misykaatul Anwaari menerangkan bahawa Nabi Isa as telah berkata kepada ibunya Maryam :” Sesungguhnya dunia ini adalah kampung yang akan musnah dan sesungguhnya akhirat itu adalah kampung yang kekal, oleh itu marilah ibu bersama saya?” 

     Setelah Nabi Isa as berkata demikian pada ibunya maka berangkatlah Nabi Isa as bersama ibunya menuju ke Gunung Lebanon, apabila sampai di gunung tersebut maka Nabi Isa as bersama ibunya berpuasa pada siang hari dan mendirikan solat pada malam hari. Makanan mereka terdiri dari pohon kayu dan meminum air hujan.

    Setelah sekian lama Nabi Isa as dan ibunya Maryam tinggal di Gunung Lebanon maka suatu hari Nabi Isa as turun dari gunung untuk mencari daun kayu untuk berbuka puasa untuk mereka berdua. Setelah Nabi Isa as turun maka datanglah  malaikat maut menghampiri Maryam dengan berkata : “Assalamualaiki ya Maryam, orang yang sangat patuh mengerjakan puasa pada siang hari dan mengerjakan solat pada malam hari.”

    Sebaik sahaja Maryam melihat orang yang memberi salam itu maka berkata Maryam: “Siapakah kamu ini? Badan dan seluruh anggotaku menggeletar dan berasa takut pula apabila mendengar suaramu!”

    Kemudian Malaikat Maut berkata: “ Aku adalah malaikat yang tidak mempunyai belas kasihan kepada sesiapa pun baik dia anak kecil, orang tua atau sebagainya sebab aku adalah malaikat pencabut nyawa.”

    Mendengar akan penjelasan dari Malaikat Maut itu maka Maryam berkata : “ Wahai Malaikat Maut, adakah kedatangan kamu ini untuk menziarah aku atau untuk mencabut nyawa aku?” Lalu berkata Malaikat Maut: “ Wahai Maryam, kedatangan aku adalah untuk mencabut rohmu.”

    Apabila Maryam mengetahui bahawa Malaikat Maut dating untuk mencabut nyawanya maka berkata Maryam: “ Wahai Malaikat Maut, adakah kamu tidak mahu memberikan peluang sehingga anakku pulang, kerana dia yang menjadi buah indah mataku, yang menjadi anak kasih sayangku, yang menjadi buah hatiku, yang menjadi penawar mengubati kerisauan hatiku?”

    Malaikat Maut pun menjelaskan perintahnya dengan berkata : “ Wahai Maryam, sebenarnya aku tidak diperintahkan menurut kehendak kamu, aku ini hanyalah seorang hamba yang diperintah. Dan Demi Allah aku tidak akan mencabut nyawa walaupun seekor nyamuk kalau aku tidak diperintahkan, sesungguhnya aku telah diperintahkan oleh Allah swt supaya aku tidak mensia-siakan walau satu saat pun untuk mencabut rohmu di tempat ini.”

    Setelah Maryam mendengar penjelasan dari Malaikat Maut maka dengan hati yang ikhlas Maryam berkata: “Wahai Malaikat Maut, kamu telah menerima perintah Allah SWT, oleh itu kamu laksanakanlah perintah itu dengan segera.”

    Malaikat Maut mendekati Maryam dan mencabut rohnya, kebetulan pula di masa itu Nabi Isa as lambat pulang, beliau pulang apabila waktu Isyak yang akhir, setelah Nabi Isa as naik ke atas gunung dengan membawa bekalan untuk berbuka puasa maka beliau melihat ibunya sedang berada di tempat solat, Nabi Isa as menyangka bahawa ibunya sedang sembahyang. Maka beliau pun meletakkan daun-daun yang dibawa untuk berbuka puasa dan meletakkan dekat ibunya lalu beliau berdiri mengadap kiblat.

    Setelah sekian lama maka beliau pun memanggil ibunya: “Assalamualaiki ya ibu, waktu malam telah tiba dan orang yang berpuasa telah berbuka dan telah berdiri orang yang beribadah, mengapa ibu tidak beribadah kepada Tuhan yang Maha Pengasih?”

    Nabi Isa as menyangka ibunya sedang tidur lalu beliau berkata: “Sesungguhnya dalam tidur itu terdapat kelazatan?” Nabi Isa as memandang ke tempat ibunya dan didapatinya ibunya tidak makan apa-apapun walaupun 2/3 malam telah berlalu.

    Nabi Isa as memanggil lagi ibunya: “Assalamualaiki yaa ummaahu?” Oleh kerana hari telah menjelang fajar maka ibunya tidak bangun lagi maka beliau pun menghampiri ibunya, lalu beliau meletakkan pipinya pada pipi ibunya dengan menangis yang kuat beliau berkata: “Assalamualaiki yaa ummaahu,” malam telah berlalu dan fajar telah menjelma, ini adalah masa untuk menunaikan fardhu yang telah diwajibkan oleh Tuhan yang Maha Pengasih.

    Setelah Nabi Isa as berkata demikian maka menangislah para malaikat di langit dan para jin yang berada di sekitarnya dan bergoncanglah gunung di bawahnya. Kemudian Allah SWT wahyukan kepada para malaikat yang bermaksud: “Apakah yang menyebabkan kamu semua menangis?”

    Maka berkata para malaikat: “Tuhan kami, Engkau Maha Mengetahui.”

    Lalu Allah SWT wahyukan lagi yang bermaksud: “ Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui dan Aku Maha Pengasih Penyayang.”

    Setelah itu dengan tiba-tiba kedengaran suatu suara yang berbunyi: “Wahai Isa as angkatlah kepalamu itu, sesungguhnya ibumu itu telah meninggal dunia dan Allah SWT telah melipat gandakan pahalamu.”

    Sebaik sahaja Nabi Isa as mendengar suara tersebut maka baginda pun mengangkat kepala sambil menangis lalu berkata: “ Siapakah yang akan menjadi temanku di waktu aku sunyi dan di waktu aku menangis,  dan dengan siapakah dapat aku ajak berkata-kata, dan siapa pula yang dapat membantu aku dalam ibadahku.”

Kemudian Allah SWT mewahyukan pada gunung yang bermaksud: “Wahai gunung nasihatilah Rohku (Isa as).” Setelah gunung menerima wahyu maka berkatalah gunung: “Wahai Roh Allah (Isa as) apakah erti kesusahanmu itu, ataukah kamu mahu Allah sebagai pendampingmu yang menggembirakan?”

Setelah Nabi Isa as mendengar kata-kata gunung maka turunlah beliau ke sebuah desa tempat tinggal Bani Israil, maka berkata Nabi Isa as: “Assalamualaikum yaa Bani Israil.”

Apabila kaum Bani Israil melihat ada orang memberi salam maka mereka pun berkata: “Siapakah kamu ini wahai hamba Allah? Cantik sekali wajahmu dan telah menyinari rumah-rumah kami.”

Lalu Nabi Isa as berkata: “Aku adalah Isa as, ibuku telah meninggal dunia, oleh itu tolonglah aku untuk memandikan, mengafankan dan memakamkan ibuku.”

Maka berkata kaum Bani Israil: “Wahai Isa as, di atas gunung ituterlampau banyak ularyang besar-besar dan bermacam-macam ular yang belum pernah kami lihat dan tidak pernah dilalui oleh para orang tua kami dan nenek moyang kami sejak 300 tahun.”

Setelah Nabi Isa as mendapati bahawa mereka tidak mahu menolongnya maka baginda pun naik semula ke atas gunung, sebaik sahaja baginda naik maka baginda terpandang ada dua pemuda yang sangat cantik rupa parasnya, lalu Nabi Isa as memberi salam dan dibalas salam oleh kedua pemuda itu.

    Kemudian Nabi Isa as berkata: “Wahai pemuda, sesungguhnya ibuku telah meninggal dunia oleh itu aku mohon kepada kamu berdua supaya dapat menolong aku untuk menguruskannya.”

    Lalu berkata salah seorang dari pemuda itu: “Aku ini sebenarnya adalah Malaikat Mikail dan sahabat saya yang satu lagi ialah Malaikat Jibril.”

    Kemudian Malaikat Mikail mengeluarkan barang-barang yang dibawanya dengan berkata: “ini adalah ubat tubuh dan kain kafan dari Tuhanmu. Dan para bidadari jelita sekarang sedang turun dari syurga untuk memandi dan mengafankan ibumu.”

    Setelah Malaikat Mikail berkata demikian maka Malaikat Jibril pun menggali kubur di atas gunung itu. Setelah selesai segala kerja memandikan, mengafankan, dilakukan oleh para bidadari, dan setelah selesai disolatkan maka mereka bertiga pun mengkebumikan dalam kubur.

    Setelah selesai maka Nabi Isa as pun berdoa kepada Allah SWT: “Ya Allah, sesungguhnya Engkau mengetahui tempatku dan Engkau mendengar kata-kataku dan tidak sedikitpun urusanku yang bersembunyi bagi Engkau, ibuku telah meninggal dunia sedang aku tidak menyaksikan di waktu ia wafat. Oleh itu izinkan dia berkata sesuatu kepadaku.”

    Kemudian Allah mewahyukan kepada Nabi Isa as yang bermaksud: “Sesungguhnya aku telah memberi izin kepadanya.” Setelah Nabi Isa as menerima wahyu dari Allah SWT maka baginda pun pergi ke kubur ibunya lalu berkata: “Assalamualaiki ya ibu, bagaimanakah dengan tempat pembaringanmu dan tempat kembalimu dan bagaimana pula kedatangan Tuhanmu(Tuhanku).”

    Berkata ibunya: “Tempat pembaringanku adalah sebaik-baik tempat pembaringan, dan tempat kembaliku adalah sebaik-baik tempat kembali sedang aku mengadap kepada Tuhanku, aku tahu bahawa dia telah menerimaku dengan rela.”

Berkata Nabi Isa as: “ Wahai ibu bagaiman rasa sakitnya ketika mati?”

Berkata Ibu Nabi Isa as: “Demi Allah yang telah mengutusmu sebagai Nabi dengan sebenar-benarnya, belum hilang rasa pedihnya mati, demikian juga dengan rupa Malaikat Maut belum lagi hilang dari pandangan mataku.”    


Saturday, May 1, 2010

DOA SEORANG HAMBA~!!!




Ya Allah sungguh hamba ini sangat lemah dan tidak berdaya ini pun kerana bimbinganMu.

Ya Allah aku berlindung kepada MU dari godaan syaitan yang terkutuk dan kepadaMU lah aku berserah diri. Dengan menyebut nama Ya Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi hanya bagiMU, Ya Allah Tuhan Seru sekian alam Maha Suci Engkau Ya Allah dan aku bersujud kepadaMU Sesungguhnya tiada daya dan kekuatan melainkan hanya keranaMU. Ya Allah, ampunilah dosa kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka mengasihiku semenjak kecil. Berilah hidayah Mu kepada mereka.

Duhai Ya Allah Engkau mengetahui bagaiman orang tuaku membanting tulang untuk menghidupkanku, mereka bercucuran keringat, darah dan air mata hanya untuk membahagiakan diriku. Maka dari itu, Ya Allah ampuni mereka dan kumpulkan kami bersama orang-orang yang Engkau cintai.

Ya Allah, sungguh memang benar apabila dunia beserta isinya ini ditukarkan untuk membalas jasa-jasa orang tua nescaya itu tidak akan pernah cukup, maka dari itu Ya Allah pilihlah dan bimbinglah aku untuk menjadi anak yang solehah dan selalu berbakti dan berdoa untuk keduanya.
(abah, mama, along sayang abah dan mama. Along nak minta maaf sebab along pernah buat salah dan silap. Doakan along semoga along tabah dalam hidup ini. Terima kasih tak terhingga kerana abah dan mama banyak berkorban untuk kami. Abah dan mama adalah orang yang terbaik dalam hidup along. Along akan ingat setiap nasihat abah dan mama.)



Ya Allah, ampunilah guru-guru kami dan orang-orang yang menyebarkan agama MU dengan ikhlas semata-mata mengharap rahmat dan redhaMu.

Dan ampunilah dosa orang muslimin dan muslimat baik yang sudah wafat maupun masih hidup serta orang muslimin dan muslimat sampai akhir zaman.

Ya Allah, bimbingkanlah aku untuk selalu ingat padaMU dan selalu berharap akan bimbingan dan rahmatMU sampai akhir hayatku.

Ya Allah matilah aku dalam keadaan Husnul Khatimah dan dalam keadaan terbaik untuk menghadapMU yang mana telah mendapat redhaMU, AmpunanMu dan dalam keadaan Qalbu yang suci sebagaimana keadaanku pada saat lahir di dunia ini. 

YA Allah YAng membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati ini atas agamaMU dan taat terhadap perintah dan menjauhi segala laranganMU.

Ya Allah tuntunlah aku untuk selalu rindu bertemu denganMU dan berjumpa dengan RasulMU, Nabi Muhammad SAW

Ya Allah sucikan Qalbuku yang penuh noda ini, sempurnakan solatku, kukuhkan dan bimbinglah niatku untuk selalu ikhlas hanya mengharap RedhaMu. Bersihkanlah Ya Allah hati ini dari sifat-sifat dengki, iri hati, hasut, mengumpat orang lain, sombong, riya' dan penyakit hati yang lain.

Ya Allah kumpulkanlah aku bersama orang-orang yang Engkau cintai dan orang-orang yang Mukhlisin. Duhai Ya Allah Dzat Yang Maha berkehendak, tenggelamkanlah aku dalam samudra cinta padaMu, dalam samudra belaian Kasih Sayang MU.

Ya Allah ajarilah aku untuk mengenalMU, lalu cinta padaMu dan kemudian ikhlas kepadaMU. Duhai Ya Allah Dzat Yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku atas agamaMU dan tunduk dan patuh terhadap perintah dan menjauhi laranganMu sampai akhir hayatku.



Ya Allah berikanlah aku kebahagiaan dunia dan akhirat.

Amin.

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...