Sunday, July 31, 2011

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan~


Allah Azza Wa Jalla berfirman:
          “Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan atas kamu puasa (Ramadhan) sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu.”
Surah Al-Baqarah:183

Ramadhan is getting closer~!!!


Membeli kuih di kedai Pak Ali,
Singgah sebentar di cabang empat,
Bulan Syaaban menutup tirai,
1 Ramadhan 1432H bakal disambut.
Pantun 4 kerat yang tak menjadi – idea spontan J

Masih ingatkah anda sewaktu kecil-kecil dahulu???
Kita sering mendengar orang-orang tua berkata: “sesiapa yang tak puasa, tak boleh beraya” ataupun ”sesiapa yang tak puasa, tak dapat duit raya” dan macam-macam lagi.
Itulah antara kata-kata yang mendorong kita untuk berpuasa.
Dari kecil, kita dilatih untuk berpuasa.
Masa kecil mungkin kita berpuasa atas sebab nak dapat duit raya, bagaimana dengan sekarang?
Sudah bertahun-tahun kita berpuasa namun mengapakah kita masih belum mencapai matlamat puasa?
Jom perbetulkan niat!
Jadikan Ramadhan kali ini lebih baik daripada tahun sebelumnya. Masih belum terlambat untuk kita berubah.
Teringat kata-kata dalam novel hlovate, “CONTENGAN JALANAN”, The man that decided to change on the 12th hour dies on the 11th.


Bukan “lapar dan dahaga” sahaja malah kita mendapat taqwa – hadiah yang telah 
dijanjikan Allah.

Dari Salman Al-Farisi ra, dia berkata: “Rasulullah saw berkata kepada kami pada akhir bulan Sya’ban. Beliau bersabda:

          “Wahai sekalian manusia, akan datang kepadamu bulan yang di situ terdapat malam Al-Qadar yang lebih baik daripada seribu malam. Allah telah mewajibkan puasanya dan mensunnahkan ibadah malamnya. Siapa yang beribadah di malam Lailatul Qadar dengan satu macam dari kebaikan, sepertinya dia melakukan ibadah wajib pada bulan lainnya. Dan siapa melakukan ibadah wajib, ia seperti orang yang melakukan tujuh puluh ibadah wajib di bulan lainnya. Dia itu bulan sabar. Pahala sabar adalah syurga. Ia bulan di mana rezeki orang mukmin ditambah. Siapa yang memberi makan untuk berbuka puasa, ia mendapat (pahala) memerdekakan budak dan ampunan bagi dosanya.” Kami bertanya: “Wahai Rasulullah, tidak setiap kami menemukan sesuatu yang untuk berbuka.”
Beliau bersabda: “Allah memberi pahala kepada orang yang memberi makanan untuk berbuka kepada orang yang berpuasa seteguk susu atau air atau sebiji kurma. Barang siapa memberi makan hingga kenyang orang yang berpuasa, ia akan mendapatkan ampunan bagi dosanya dan Tuhan akan memberinya minum dari telagaku seteguk sehingga tak akan haus selamanya. Dan untuknya pahala seperti orang yang berpuasa tanpa kurang sedikit pun. Itulah bulan yang awalnya penuh rahmat, tengahnya penuh ampunan dan akhirnya pembebasan dari neraka. Siapa yang memberatkan hambanya pada bulan itu, Allah akan memerdekakannya dari neraka.
Perbanyaklah pada bulan itu melakukan empat hal; yang dua membuatmu diredha Tuhan, yang dua lagi kamu akan mendapatkan sesuatu yang pasti kamu inginkan. Adapun dua yang membuatmu diredhai Tuhan adalah syahadat bahawa tak ada Tuhan selain Allah dan kamu memohon ampun kepada-Nya. Sedangkan dua yang menjamin kamu akan mendapatkan syurga kepada Tuhanmu dan memohon perlindungan kepada-Nya dari api neraka.”

Dalam Hadis yang lain Nabi saw bersabda:

          “Siapa berpuasa pada bulan Ramadhan kerana iman dan mengharapkan redha Allah, akan diampuni dosanya yang terdahulu dan kemudian.”


Sabda beliau lagi:
 
          “Setiap amal manusia itu untuknya kecuali puasa ia adalah untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya.”

Sabda beliau lagi:

“Di bulan Ramadhan, umatku telah diberi lima hal yang tidak diberikan kepada umat sebelumnya; bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi di sisi Allah daripada keharuman misik, para malaikat memohon ampun untuk mereka sampai mereka berbuka, juga pada bulan itu syaitan diikat, dan setiap hari Allah menghiasi syurga dan berkata: “Hamba-hamba-Ku yang soleh hindarkan dari keburukan dan penyakit”, serta Allah mengampuni mereka pada akhir malam dari bulan Ramadhan.”





Mungkin kita semua sudah tahu tentang kelebihan bulan Ramadhan, persiapan untuk menghadapinya dan sebagainya. Sudah banyak buku-buku dan karya-karya ilmiah yang dihasilkan untuk menyebarkan tentang betapa istimewanya bulan Ramadhan ini. Jom sama-sama kita kembali kepada peristiwa-peristiwa penting yang berlaku di bulan Ramadhan.
Antaranya :

v     Penurunan kitab-kitab Samawi pada bulan Ramadhan.
Suhuf Nabi Ibrahim – Awal Ramadhan
Kitab Taurat Nabi Musa – 6 Ramadhan
Kitab Injil Nabi Isa – 13 Ramadhan
Kitab Suci Al-Quran – 17 Ramadhan

v     Peristiwa Lailatul Qadar berlaku pada bulan Ramadhan seperti yang dijelaskan dalam Surah al-Qadar.

v     Perang Badar berlaku pada hari Jumaat bersamaan 17 Ramadhan tahun ke-2 hijrah yang membawa kemenangan kepada tentera Islam. Ia juga disebut ”Yaumul Furqan” (Hari pemisah antara yang benar dan yang salah).

v     Pembukaan Kota Makkah (Fathu Makkah) yang berlaku pada tahun ke-8 Hijrah.

v     Peperangan Tabuk berlaku pada bulan Ramadhan tahun ke-9 hijrah.

v     Berhala-berhala yang disembah sekian lama di sekitar Baitullah dan kota Makkah dihancurkan pada bulan Ramadhan tahun ke-8 hijrah.

v     Kerajaan Islam menumbangkan kerajaan Parsi pada bulan Ramadhan tahun 15H.

v     Salahuddin al-Ayyubi mengalahkan tentera salib pada bulan Ramadhan tahun 584H.

Bulan Ramadhan yang mulia mengandungi banyak peristiwayang memberi ruang dan peluang yang terbaik kepada mereka yang insaf. Diharapkan Ramadhan tahun ini mencipta sejarah hidup kita ke arah kecemerlangan di dunia dan di akhirat.



Yuk sama-sama lakukan~
Ramadan Activities Checklist

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah r.a. ia berkata: Rasulullah saw telah bersabda: ”Apabila tiba bulan Ramadhan maka dibuka pintu-pintu langit dan ditutup pintu-pintu neraka dan syaitan-syaitan dibelenggu.”

Alhamdulillah ya Allah! Engkau masih memberi kesempatan kepadaku untuk bertemu Ramadhan, yang padanya ada sesuatu yang didamba kekasih-Mu.
Alhamdulillah ya Allah! Engkau masih memberi kesempatan kepadaku untuk menghadapi Ramadhan kali ini dengan penuh keazaman dan keberkatan.
Banyak yang kuharapkan di bulan mulia ini. Almaklumlah, sudah 2 tahun tidak puasa penuh di rumah. Tahun ini berpeluang untuk berpuasa di rumah. Moga-moga dapat merebut kelebihan dan keberkatan yang telah dijanjikan oleh Allah kepada hamba-Nya.
Moga-moga Ramadhan kali ini menjadi titik permulaan untuk menjadi Muslim yang lebih bertaqwa demi menghadapi hari-hari mendatang selepas Ramadhan.


Rujukan:
1. Terjemahan Kitab MUKASHAFAH AL QULUB PENENANG JIWA PENGUBATAN DAN RAWATAN IMAM AL-GHAZALI.
2. Panduan Hidup Bersyariat pada Bulan Puasa Ramadan tiba lagi, hasil karya Wan Mohd. Noh Wan Hamat dan Rusnah Abu Samah


rujukan Ramadhan :


Pelbagai buku-buku ilmiah yang boleh dibeli untuk menjadi rujukan kepada kita. Moga-moga kita tidak mensia-siakan bulan yang penuh keberkatan ini.
Salam Ramadhan untuk semua.

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...