Monday, April 12, 2010

SALAH SIAPA???

.............................................................................................


Assalamualaikum. Rasanya sudah lama aku tidak mengupdate blogku...

Apa khabar saudari seIslamku??Apa khabar iman mu???Apa khabar amal mu???
Semoga iman dan amal kita seiring dgn peningkatan usia kita dari sehari ke sehari. AMIN.
Tajuk yg aku ingin ketengahkan ialah : SALAH SIAPA???
Sejak akhir-akhir ini....
PEMBUANGAN BAYI MAKIN MENJADI-JADI...
dari satu kes ke satu kes...
............................................................................................



Utusan 2 Mac melaporkan: Sebanyak 75,299 kes perceraian direkodkan di seluruh negara pada 2007 dan 2008 termasuk kes-kes tertunggak bagi tahun-tahun sebelumnya. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 64,631 kes dicatatkan pada 2007 yang turut melibatkan tunggakan kes tahun-tahun sebelumnya, manakala sebanyak 10,668 kes dilaporkan tahun lalu. 



Harian Metro pula melaporkan: Mengaibkan apabila semakin ramai remaja perempuan beragama Islam di negara ini kehilangan dara pada usia muda. Lebih membimbangkan, segelintir mereka berbangga dengan status itu dan beranggapan remaja yang masih dara sebagai kelompok ketinggalan zaman. 



Dan Harakah Daily 16 Feb juga turut melaporkan: Jumlah anak tanpa bapa di Malaysia mencecah 257,411 orang sekarang, sama hebat dengan ancaman penyakit selsema burung atau aedes, kata Senator Muntaz Mohd Nawi. Beliau ketika merasmikan program Hi-Tea anjuran Dewan Muslimat PAS Bayan Baru di Dewan Orang Ramai Sungai Ara semalam juga membidas dasar kerajaan yang tidak serius menangani permasalah tersebut berbanding ancaman penyakit lain termasuk chikunya. 


APA SALAH BAYI INI SEHINGGA DIPERLAKUKAN BEGINI??



APAKAH KESALAHAN YANG BAYI INI LAKUKAN SEHINGGA DIBUANG OLEH SESETENGAH MASYARAKAT YANG KURANG ILMU AGAMA???



BAYI YANG TIDAK BERSALAH...



DIBUANG DI DALAM PLASTIK SAMPAH???MASYA-ALLAH



DILETAKKAN BAYI ITU DI DALAM BALDI???
LANGSUNG TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN...
......................................................

12.4.2010 - Sekali lagi kisah pembuangan bayi berlaku...


‘Tidurkan’ bayi dalam tong sampah

Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim dan Md Fuzi Abd Lateh
bhnews@bharian.com.my
2010/04/12



POLIS membawa mayat bayi untuk dibedah siasat di Sungai Choh, semalam.

Mayat mangsa dibungkus dengan surat khabar ditemui kakitangan MDHS 

KUALA LUMPUR: Lagi kes pembuangan bayi berlaku, terbaru dengan penemuan mayat bayi lelaki dibungkus dengan surat khabar dan masih bertali pusat dipercayai baru dilahirkan di dalam tong sampah di Kampung Tanjung dekat Sungai Choh, Hulu Selangor, pagi semalam. Mayat bayi itu ditemui Mohd Kamil Enoh, 44, pekerja Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) ketika memulakan kerja hariannya di kawasan berkenaan, kira-kira jam 8 pagi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi, berkata mengikut keterangan pekerja MDPH itu, ketika mengangkat tong sampah ke dalam lori, satu plastik yang didalamnya dibalut dengan surat khabar jatuh berhampiran kakinya. 

“Pekerja itu mengangkat bungkusan berkenaan yang disangkanya sampah, sebelum terkejut melihat sebelah kaki bayi yang terjuntai daripada balutan surat khabar dan membuat laporan polis,” katanya ketika dihubungi, semalam. 

Norel berkata, susulan maklumat diterima, pihaknya menghantar sepasukan anggota polis, termasuk unit forensik ke tempat kejadian dan mayat bayi itu dihantar ke Hospital Kuala Kubu Baru (HKKB) untuk bedah siasat. 


Katanya, hasil pemeriksaan pihak hospital mendapati bayi itu berkemungkinan dilahirkan ketika berusia lapan bulan berdasarkan keadaannya yang cukup sifat. 
“Polis tidak menolak kemungkinan suspek meletakkan bayi yang tidak berdosa itu dalam longgokan sampah lewat malam tadi (kelmarin) bagi mengelak dikesan penduduk di sekitar berdekatan. 

“Polis percaya, bayi itu meninggal ketika proses kelahiran dan gerakan memburu suspek sedang giat dijalankan,” katanya mengesahkan kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran menyebabkan kematian. 

Sementara itu, Mohd Kamil berkata mulanya beliau cemas melihat bungkusan berkenaan, namun memberanikan diri untuk membukanya. 

"Mulanya saya nampak kaki bayi pada bahagian hujung bungkusan. Selepas dibuka keseluruhan pembalut itu, saya sebak dan menggigil. Bayi itu masih bertali pusat dibuang bersama urinya,” katanya ketika ditemui di kawasan itu. 

Beliau kemudian meminta bantuan peniaga gerai nasi ayam bersebelahan tempat kejadian untuk menghubungi polis.




.................................................................................................

Kesimpulan





Seks dan zina bukanlah perkara remeh dan tidak boleh di pandang enteng. Seharusnya gejala tidak sihat ini dibendung dan dibanteras. Jika terus dibiarkan ia ibarat barah yang merosakkan sesuatu bangsa dan agama. Jika ia terus dibiarkan, sesebuah institusi pernikahan tidak lagi dipandang tinggi. Susur galur keturunan dan nasab juga menjadi celaru. Anak luar nikah kian bertambah. Kes pengguguran dan buang bayi pula meningkat. Dosa dan pahala dipandang ringan. Syurga dan neraka bagaikan tiada beza. Kita sayang keturunan kita. Kita sayang agama kita. Kita sayang bangsa dan negara kita. Tapi bagaimana kita ingin mengatasi permasalahan ini? Adakah memadai dengan memeluk tubuh dan menggelengkan kepala? 



"Janganlah kamu mendekati zina bahawa sesungguhnya ia (zina) adalah kejahatan dan keji perjalanannya"
"Bahawa sesungguhnya solah (sembahyang) itu (berupaya) mencegah (yang mendirikannya) dari melakukan perkara yang keji dan mungkar"

Sedetik dua detik, saya berfikir sendirian..harus bagaimanakah percaturan ini ingin diteruskan?Semoga Tuhan terus memberikan kekuatan dan petunjuk, kepada saya dan seluruh umat manusia.


"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya"
(Mereka berdoa dengan berkata): 


"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. 


Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir". 
[Al-Baqarah: Ayat286] 

..............................................................................

Sesungguhnya Islam telah menetapkan hukum yang syumul dari pelbagai aspek, adakh perkara ini disebabkan tidak mengikut hukum Allah yang telah ditetapkan???sama-sama kita renungkan....
 SALAH SIAPA???tepuk dada tanya iman...
fikir-fikirkan...
"GUZHWATUL FIKR"
KIAN MENULAR DLM KALANGAN MASYARAKAT HARI INI...


LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...