Pernahkah kita gagal?
Pernahkah kita kecewa?
Rasakan sakitnya...
Rasakan pedihnya...
ANUGERAH DARI KEGAGALAN
nyanyian : Dato' Shake
Dari kegagalan
Satu percintaan
Kualami
Penderitaan
Kesengsaraan
Kebatinan
Tapi di sebalik
Semua kepahitan
Tersembunyi
Oh keinsafan
Dan pengertian
Yang amat dalam
Terbukti kegagalan
Bukanlah kehancuran
Dengan anugerah
Nikmat dan hikmat
Kehidupan
Aku pelajari
Mengenali diri
Dan siapa kita
Yang sebenarnya
Di bumi Tuhan
Ho ho
Satu percintaan
Kualami
Penderitaan
Kesengsaraan
Kebatinan
Tapi di sebalik
Semua kepahitan
Tersembunyi
Oh keinsafan
Dan pengertian
Yang amat dalam
Terbukti kegagalan
Bukanlah kehancuran
Dengan anugerah
Nikmat dan hikmat
Kehidupan
Aku pelajari
Mengenali diri
Dan siapa kita
Yang sebenarnya
Di bumi Tuhan
Ho ho
Haruskah kita terus menyesali kegagalan yang telah kita buat???
Berhenti berjalan kerana sebuah kegagalan???
Untuk apa kita masih berdiam diri sedangkan masa terus berputar tanpa henti.
Sedarkah kita???
Mulailah merangkak, berjalan walaupun perlahan
kegagalan bukanlah jalan buntu,
bukan juga jalan sempit,
Tapi ia merupakan jalan menuju kejayaan
Pilihan di tangan kita
sama ada
bangkit dan berjalan ke arah kejayaan
atau
menyesali diri terus-menerus menuju arah kegagalan
Tersenyumlah dan katakan "AKU BANGKIT!!!"
pandang ke hadapan demi masa depan yang lebih cerah dan lebih baik
Optimislah dalam berusaha
Orang yang berjaya dalam hidup memulakan usaha dengan rasa optimis, semangat berdikari dan berserah kepada Allah. Dia yakin usahanya yang baik tidak akan disia-siakan Allah.
Firman Allah Taala yang bermaksud :
"...Sesungguhnya Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.
-Surah At-Taubah Ayat 120
Gagal sekali tidak bermaksud gagal selamanya
Kawan-kawan
Ayuh bangkit!!!
Kita hanya diuji dengan ujian yang kecil sahaja
tidak seperti umat Islam di Palestin, Iraq,Lubnan...
Mohonlah kepada Rabbmu agar kita menjadi orang yang tabah dan sabar dalam menghadapi ujian hidup.
Mutiara hikmah : KH Abdullah Gymnastiar
"Kala musibah datang menimpa, maka segera kenakan pakaian sabar. Dengan sabar musibah yang terjadi akan membuka jalan bagi datangnya nikmat.