Friday, July 29, 2011

Friendship~


Friendship or persahabatan

Pernah anda dapat mesej sebegini dari rakan anda???

“Ukhuwah itu bukan terletak pada pertemuan, bukan pada manisnya ucapan di bibir tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya dalam doanya.” Imam AlGhazali.

“Antara 2 cinta yang ingin kumiliki, cinta insan dan cinta Ilahi... pasti yang utama cinta ILAHI kerana cinta-Nya cinta hakiki.. antara 2 insan yang ingin kumiliki, kekasih hati dan sahabat sejati, pasti yang utama SAHABAT SEJATI kerana setianya sukar ditemui…”

“Sesungguhnya sahabat itu wujud dari 1 pertemuan dengan 10 pertanyaan, 100 keyakinan dan 1000 kali pengorbanan serta berjuta-juta kali perjuangan dengan 1 keikhlasan atas keredhaan Allah, andai seorang sahabat membuat kebaikan, ukirlah di atas batu agar ia tersemat di hati dan kekal sebagai memori terindah dan seandainya seorang sahabat membuat kesalahan, tulislah ia di atas pasir agar ia hilang ditiup angina kemaafan…”

Through love, we understand what relationship are, what friendship mean and what knowledge is…
Without love, we live an empty life, without joy and contentment and that is very sad indeed…

As long as we have memories…
Yesterday remains!
As long as we have hopes…
Tomorrow awaits!
As long as we have friendship…
TODAY is beautiful!



Sudah tentu anda pernah menerima mesej ini dari sahabat-sahabat anda. Banyak kata-kata untuk sahabat telah diekspresikan dalam pelbagai cara untuk mengungkapkan perkataan “SAHABAT”. Semua orang mempunyai sahabat, betul??? Sahabat, rakan, kawan dan sewaktunya dengannya memberi impak dalam kertas kehidupan kita seharian.

Post kali ini ingin kutujukan buat sahabat-sahabatku.

Aku sayang mereka kerana Allah
Mungkin aku pernah menyakiti hati kalian
Kerana
Aku insan yang tidak sempurna
Aku insan biasa
Penuh dengan salah dan silap...

Sahabat
Memori bersama kalian
Suka
Duka
Gembira
sedih
Akan terus terpahat di hatiku
Akan ku kenang sampai bila-bila...

Sahabat
Moga dirimu berjaya dalam apa jua bidang yang kalian ceburi
Aku di sini
Mendoakan agar kalian
Hidup gembira di samping orang tersayang...



Anda dalam ingatan saya!!!

Diriwayatkan dari Abu Hamzah Anas bin Malik Radhiyallahu ’anhuma, pelayan Rasulullah Shallallahu ’alaihi wasallam dari Nabi Shallallahu ’alaihi wasallam, telah bersabda : ”Tidaklah beriman salah seorang di antara kalian sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri.” (Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim)



Nota cinta: bulan Ramadhan bakal menjelang tiba. Persiapan anda bagaimana??? jom sama-sama persiapkan diri untuk bertemu Ramadhan yang dirindui dan dinanti.

Ya Allah, terimalah kami sebagai tetamuMU di bulan mulia ini.
Allahumma bariklana fi syaaban wa ballighna fi ramadhan, amin.




Tinta penaku,

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...