Tuesday, May 3, 2011

.::KISAH HUJUNG MINGGU::.

JUMAAT, 29 APRIL 2011

Sayyidul ayyam. Hari ini aku ada kelas UNGS 2040, kelas ganti untuk minggu hadapan. Dan ini adalah kelas terakhir bersama DR SALAH dan hari ini adalah presentation day for Muslims Scholars. Group aku memilih Ibn Al Nafis.
         
“Ibn al-Nafis was an Arab Muslim Polymath, a physician, anatomist, physiologist, surgeon, ophthalmologist, Hafiz, Hadith scholar, Shafi'I'jurist, and lawyer, Sunni theologian, Islamic philosopher, logician, Arabic novelist, science fiction writer, and scientist. He wrote about the topics of Islamic psychology, Islamic sociology, astronomy, Islamic cosmology, futurology, geology, Arabic grammar, linguistics, and history.



Terbaca perenggan pertama history of Ibn Al Nafis. MasyaAllah, tabarakallah. Hebatnya beliau. Kagum dengan sarjana-sarjana Islam, bukan setakat major dalam bidang masing-masing malah bidang-bidang lain juga. Bagaimana dengan kita? Jauh bezanya kita dengan sarjana Islam dahulu. Apa yang menarik kami membawa history of Ibn Al Nafis kerana he was the first one who discovered the pulmonary circulation.
Tanpa jantung, adakah kita masih dapat menghirup udara pagi? Tanpa akal yang diberikan, sudah tentu kita tidak dapat berfikir dengan baik. Tanpa tangan, sudah tentu kita tidak dapat menulis, memasak dan lain-lain. Bersyukurlah atas nikmat yang Allah berikan, say ALHAMDULILLAH.

 Bersiap-siap untuk ke kelas, tiba-tiba roommate ku mengadu kesakitan.
          ”Arrrrggghhhh! Qilah sakit,” katanya.
          ”Ambilkan minyak but-but dengan Dayah,” katanya lagi.
          ”Ok!” kataku lalu bingkas bangun menuju ke bilik dayah.

Zaleha mengadu kesakitan. Aku dan Najah tak tahu nak buat apa bila Herbalist-to-be sakit, almaklumlah kami bukan doktor untuk merawat. Tambah-tambah aku ada kelas, tiba-tiba terfikir, kesian zaleha kalau aku pergi kelas, najah pula tak tahu nak buat apa. Lantas aku membuat keputusan, masuk kelas lepas rehat.
Dengan adanya aku, Najah dan Kak Hani, kami mengurut menggunakan teknik yang diajar.

Setelah sekian lama Zaleha mengadu kesakitan, akhirnya kami membuat keputusan untuk membawa Zaleha ke klinik. Aku dan Najah akhirnya menelefon madam on duty hari tersebut. Madam menyuruh kami bersiap-siap, untuk membawa Zaleha menaiki ambulans ke klinik. Aku menyerahkan tugas menemani Zaleha kepada Najah kerana aku perlu ke kelas. Assignment-assignment perlu dihantar pada hari ini before 12pm.

Di dalam kelas, aku tak senang duduk sebab membiarkan Najah seorang sahaja membawa Zaleha. Sempat aku menelefon Najah sewaktu dalam kelas, maaf kawan-kawan sebab tak dengar presentation kalian. Zaleha dibawa ke PPUM??? Oh, tidak! Akhirnya, setelah siap menghantar semua assignment yang diberikan, aku keluar dan bergegas ke PPUM bersama Aina. Terima kasih Aina, temankan qilah ke PPUM.

Tunggu punya tunggu, dalam jam 3.35pm, Zaleha keluar dari pintu kecemasan dengan tersenyum. Aku dan Najah pelik dan hairan.

          ”Zaleha dah sihat? Biar betul???,”fikirku.

Akhirnya kami percaya Zaleha dah sihat, enam jam tidur atas katil kecemasan, Alhamdulillah. Kepada Zaleha, ingat pesan doktor ye!!!

Esok ke bookfair at PWTC, tak sabar rasanya. Zaleha pun dah sihat, Alhamdulillah.

            "Sesungguhnya hanya di sisi Allah ilmu tentang hari kiamat; dan Dia yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang dikerjakannya besok. Dan tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Mengenal. [surah Luqman: 34]


SABTU, 30 APRIL 2011
Dalam kepalaku hanya satu tujuan, BOOKFAIR. Pantang tengok buku semua nak. Obses dengan buku. Aku sudah jatuh cinta dengan buku. Selalu juga aku berangan nak jadi orang kaya, nak beli buku banyak-banyak, kalau ada rumah, nak satu bilik penuh dengan rak-rak buku. Wah, sungguh besar cita-citaku. Berangan mat jenin juga aku nie rupanya!

Selepas bersarapan di Café ZC, akhirnya kami bertiga, Aku, Najah dan Zaleha bertolak ke PWTC dari UIA. Tak sabar aku nak ke sana almaklumlah 1st time ke sana dan tak sabar melihat buku-buku. Seronok tak terkata.

Akhirnya aku telah mendapatkan beberapa buku yang ingin kubeli. Nasihatku untuk kalian semua ialah senaraikan dulu buku-buku yang kalian nak beli, sebab bila tiba di sana, rambang mata, rasa nak beli semua je buku kat sana, tambah-tambah dengan diskaun yang diberikan. Lagi bertambah nafsu keinginan untuk membeli buku.

Buku terakhir yang aku beli ialah komik untuk adik-adik ku, Sayed Muhammad Syahir dan Sayed Muhammad Syakir. Komik bertajuk AKU, KAU DAN BOLA dan ULTRA QALIF keluaran PTS menjadi pilihanku. Tiada unsur percintaan, ganas dan sesuai dengan umur adikku.

Kakiku sudah mengadu kepenatan. Tanganku sudah mengadu kelelahan. Setelah mendapatkan semua buku, kami bertolak pulang. Setibanya di KTM Putra, ramainya orang!!! Kami membuat keputusan untuk ambil teksi untuk pulang ke UIA. teksi tiba dan kami masuk ke dalam teksi. Alhamdulillah, ada juga teksi yang lalu.

Pak cik teksi itu sangat baik. Pak cik tersebut mengambil jalan shortcut untuk sampai ke UIA. Pak cik siap tunjuk kami stesen INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA.
           
            ”Inilah stesen IKIM, pernah dengar radio IKIM tak?” kata pak cik teksi.
            ”Oooo, selalu dengar IKIM tapi tak pernah tahu stesen penyiarannya di mana,” kata salah seorang dari kami bertiga.

Pak cik meningatkan kami untuk belajar bersungguh-sungguh, senangkan hati mak ayah dan jadi orang berguna bila besar nanti. Terima kasih pak cik atas nasihat tersebut. Akan kami letak dan sematkan nasihat pak cik di dalam hati.

            ”Pak cik doakan anak-anak semua berjaya ye.” tinta terakhir pak cik teksi sebelum kami turun.

Lupa pula nak ambil nombor telefon pak cik tersebut. Sewaktu melalui istana negara yang baru dibina, pak cik berkata

”Kalau anak-anak duduk istana negara nanti, bagitahu pak cik, ajak pak cik duduk istana tersebut”.

Syukran jazillan, pak cik! Akan ku ingat pesanan mu walaupun aku tidak tahu nama pak cik.

Setibanya di bilik, aku membelek-belek buku yang dibeli, terlihat poskad yang dapat sewaktu di PWTC.

CINTAI BUKU: DUNIA TANPA SEMPADAN

Jom kita sahut seruan kerajaan. Antara wawasan 2020 adalah untuk mewujudkan MASYARAKAT SAINTIFIK DAN PROGRESIF. Bagaimana untuk merealisasikan wawasan ini??? Membaca adalah jawapannya.

Prophet Muhammad pbuh said,
            ”the knowledge without action is just like a tree without fruits”.

The Prophet saw said,
            “Seeking knowledge is obligatory on every Muslim”.

(96: 1-5)
“Read! In the name of the Lord and Cherisher, who created – created man, out of a mere clot of congealed blood. Proclaim! And your Lord is most Bountiful – He who taught the use of the pen, taught man that which he knew not”


AHAD, 1 MEI 2011
Illeya Ibrahim telah menjemput kami ke rumahnya, katanya ada tahlil arwah untuk arwah ayahnya. Kami bertiga memulakan perjalanan kami ke rumah illeya yang terletak di Klang. Tahlil arwah bermula jam 1.00 petang. Kami dijamu dengan makanan yang sangat lazat. Dah lama tak merasai masakan mama. Dah masuk kes homesick, oh tidak! Kepada Illeya, terima kasih atas jemputan ini. Setiap jiran dianggap sama seperti kaum kerabat sebagaimana diisyaratkan oleh al-Quran di dalam surah al-Nisa' ayat 36:

Maksudnya: “Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri.”



ISNIN, 2 MEI 2011
Kebanyakan masa dihabiskan di bilik. Tiba-tiba fikiran terlintas sewaktu di dalam kelas DR SALAH,

Homework today is WHAT IS RELATIONSHIP BETWEEN AQIDAH WITH YOUR SPECIALIST???
My specialist is AUDIOLOGY tetapi jika diletakkan ke major lain, aku redha, itu adalah ketentuanNya.

Teringat akan ayat surah Al A’raaf ayat 179 :

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.



Nota cinta: cuti!cuti!cuti! sibukkan dirimu dengan benda bermanfaat agar dirimu tidak sibuk dengan benda yang tidak bermanfaat.




.:::aqilah:::.



LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...