Tuesday, January 18, 2011

kita merancang, Allah jua merancang

Kita merancang, Allah jua merancang…
Title post roommates, ATHIRAH ARIFFIN
Tertarik dengan title tersebut kerana apa yang kita rancang tak semestinya akan berlaku, kerana kita perlu ingat Allah jua merancang apa yang terbaik untuk kita.
Bagiku tak perlu aku menangis kerana sesuatu kerana Allah sudah menetapkan segalanya. Aku redha di atas segala ketentuanNya.

Untuk pengetahuan semua, opppsss bajet ramai yang baca post ku kali nie….
Malam ini adalah kuliyyah briefing for ALLIED HEALTH SCIENCES students at LECTURE HALL B. And tomorrow is INTERVIEW SESSION for ALLIED HEALTH SCIENCES students. In ALLIED HEALTH SCIENCES at INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY MALAYSIA, there is four major courses. BACHELOR OF AUDIOLOGY, BACHELOR OF DIETETICS, BACHELOR OF OPTOMETRY AND BACHELOR OF DIAGNOSTIC IMAGING AND RADIOTHERAPY. For more information, you can browse about ALLIED HEALTH SCIENCES at http://www.iium.edu.my/kahs/.

Now, I’m ALLIED HEALTH SCIENCES student. Apa yang mahu saya pilih??? Apa yang mahu saya jadi??? Sungguh keliru sekarang ini. What I want to be??? An audiologist? Or optometrist? Or dietician? Oh, no~!!! QILAH, PLEASE WAKE UP!!! Aku merancang dan Allah jua merancang. Dan aku telah tekad aku akan pilih BACHELOR OF AUDIOLOGY. FULL STOP.

WHY YOU CHOOSE AUDIOLOGY???
Audiologist work with patients/ clients of all ages, dealing with assessment of hearing and/ or balance, associated needs, provision of appropriate intervention, and assessment of benefit. They may be located close to or within ENT, primary care, pediatrics or occasionally Education services. Audiologist act in support roles for medical collegues and in some circumstances may act as first -contact autonomous practitioners, with for example direct referral from promary care or from education or social services. Audiologists practice in many different areas such as: Public and Private Hospitals, Ministry of Education Special Schools of the Deaf, Hearing Service Centres, Industries and Military.

Duration of Study at IIUM

The duration of study is a minimum period of four (4) years covering 8 semesters to a maximum of six (6) years covering 12 semesters. This is in consonant with the semester system which is currently being implemented in IIUM, and to fulfill the curriculum requirements for future professional recognition.

kisah dulu-dulu:
Dari anak kecil yang hanya tahu, “apa nak jadi bila besar nanti??aku jawab DOKTOR” hingga darjah 6, bila kawan-kawan semua buat buku biodata diri, apa yang kutulis dalam buku tersebut tentang cita-cita ialah DOKTOR. Hingga lah tingkatan 1-5, cita-cita ku ialah DOKTOR. At form 5, aku bercita-cita untuk further my studies in medic at JORDAN or MESIR. Bercita-cita besar juga aku rupanya. My result is good but I’m cannot get biasiswa MARA at that time. Ada hikmah di sebaliknya. Aku menerima tawaran UTP dalam bidang ICT dan aku terima tawaran UIA dalam bidang ALLIED HEALTH SCIENCES. Susah nak buat pilihan dan akhirnya setelah istikarah beberapa kali, Alhamdulillah, aku menerima tawaran  belajar di UIA. Dan sekarang aku belajar banyak perkara di UIA, rasa sangat bertuah bila berada di sini. Alhamdulillah. Cita-citaku masih MEDIC, dan aku masih menaruh harapan pada MEDIC, tapi apa yang boleh ku simpulkan ialah aku bukan PELAJAR MEDIC dan aku adalah PELAJAR ALLIED HEALTH SCIENCES. Medic oh Medic, tinggal kenangan. Rezeki ku bukan di sana, aku pasrah menerimanya walaupun agak pahit pada awalnya. DAN SEKARANG, Aku akan meneruskan perjalananku sebagai seorang ALLIED HEALTH SCIENCES student. Berdebar nak kena interview nih, last interview kat UTP, huh!!! Presentation english pun berdebar, adoyai, aku nie memang lemah laa bab nak speaking – speaking nie.

 Tutup kes…

kisah hujung minggu yang lepas...
Nak dijadikan cerita, hujung minggu lepas, aku kirim 1 buah buku. Buku ini dah lama aku cari dan first aku tertarik bila pinjam buku ini pada rakanku, AINA NADIAH…
Buku bertajuk ; 
TERJEMAHAN KITAB MUKASHAFAH AL-QULUB
PENENANG JIWA, PENGUBATAN DAN RAWATAN
KARYA IMAM AL-GHAZALI



Hari Sabtu lepas, aku ditemani rakanku ke UM. Selalu juga aku ke UM, jalan pun dah boleh hafal. Adikku belajar di PASUM, menghantar barang adalah tugas ku. Kakak sulung katakan!!! Kat KOLEJ 12, ada suatu event, FRENSTER 12 tak silap. Ada gerai buku. Aku nie pantang tengak buku, semua buku nak beli. Kalaulah aku jutawan, ingin sahaja aku beli kedai buku tersebut.

Aku beli buku sirah
 iaitu
BIOGRAFI MUHAMMAD BIN ABDULLAH
PERJALANAN HIDUP SEORANG NABI
KARYA ZULKIFLI MOHD. YUSOFF & NOOR NAEMAH ABD. RAHMAN



Buku ini diperkenalkan oleh sahabatku, NAJAH SOLIHAH
Najah selalu menceritakan peristiwa yang berlaku seperti yang diceritakan di dalam buku ini. Boleh dikatakan ramai kawan-kawanku memiliki buku tersebut. Last cerita yang rakanku ceritakan ialah kisah tentang Khabbab bin Arat. Khabbab bin Arat ini merupakan salah seorang yang teruk diazab oleh Quraisy. 
Nak baca kisah selanjutnya, belilah buku ini -bukan nak promote,hehe..

Bak kata salah seorang ustaz,
 bila mana menjadi seorang daie, perlulah dia mahir dalam bab-bab seluruh aspek agama 
iaitu sirah, fiqah dan lain-lain. 
Jom kita tambah ilmu dengan membaca.
 Jom sahut cabaran ”MEMBACA JAMBATAN ILMU”.




Ini pula kisah MP3. 
Thanks to my adik yer sbb tolong belikan MP3 ini.
 Alhamdulillah, telah ku isi MP3 ini dengan ceramah tazkirah, lagu nasyid, zikrullah, bacaan al-Quran dan lain-lain. 
Alhamdulillah, dapat ku dengar sesuatu yang tidak melalaikan. 
Alhamdulillah, syukur di atas nikmat yang Allah berikan.
 Alhamdulillah.



p/s : Alhamdulillah, briefing sudah. Interview pulak bakal datang menjenguk tiba. I have to make a decision, decision yang akan menentukan masa depanku.
May Allah bless me. And the way that I will choose.

Oh, Allah. Hanya Kau yang tahu apa yang terbaik. Aku merancang dan Kau juga merancang.
Pasakkan hati kepada Allah kerana Dia adalah sebaik-baik perancang.

Mengadulah kepada Tuhanmu nescaya Allah akan memakbulkannya...

Saat ini, ketika ini, aku ingin melafazkan nota kegelisahan pada ibuku kerana aku adalah anaknya. Malam menutup tirai, ibuku sudah beradu pada waktu ini. Tidak ingin aku menelefon mereka, takut mereka bimbang akan ku. Ibubapa ku mahu apa yang terbaik untuk anaknya. Aku ingin meluahkan pada ibu, tetapi bila mana aku teringatkan ibu, hati ini ingin menangis. Tapi apakan daya, aku perlu kuat dan bersemangat, don’t cry for small matter~!!!

You must wake up, only you!!! 
Others can only support you, but only you can make this decision!!!

CHOICE IS IN YOUR HAND!!! 

18.01.2011
1.23am
Tinta hatiku,

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...