Tuesday, February 16, 2010

CinTa~!!!LoVe~!!!



CINTA...!
Diluluskan pada Khamis, 24 November 2005 @ 8:50:11 oleh istisafa
Umum

khalida menulis ""Mama, salahkah jika saya menyintainya?"
saya terkedu apabila soalan itu keluar dari mulut mongel itu lalu singgah di telingaku beberapa tahun lalu. Ya. saya sedar puteriku sudah remaja, sudah mengenali alam percintaan. Namun apa boleh kubuat kini dia telah jatuh cinta!


Apakah yang bakal kubualkan kepadanya tentang cinta. saya mencongak kata-kata yang bakal kususun, agar dia tidak akan lari dari saya. saya bertekad untuk menjadi ibu yang mendengar. Jika saya gagal. saya akan kehilanggannya buat selama-lamanya…


Apakah cinta itu sebenarnya? Bagaimana Islam memandang cinta?
Bagaimana pula jika cinta telah menghampiri kita? Cinta atau mahabbah asalnya bermakna bening dan bersih. Boleh diertikan
juga air yang melimpah ruah selepas hujan turun dengan lebatnya. Oleh itu disimpulkan al Mahabbah sebagai luapan hati dan gejolak rindu ketika dselubungi keinginan untuk bertemu dengan kekasih.


Cinta boleh membawa sengsara namun boleh juga membawa bahagia. Ianya bergantung kepada bagaimana kita mengurus cinta. Islam memandang cinta terhadap berlainan jenis dalam 3 perspektif:


1. Mencintainya kerana Allah (mendekatkan diri pada Allah dan mentaatiNya). Ini termasuk cinta yang bermanfaat. Contohnya:
Cinta suami isteri yang bernikah untuk menjaga dirinya dari perkara maksiat dan juga bernikah kerana mengikuti sunnah Rasulullah menyambung generasi pejuang.


2. Cinta yang mendatangkan murka Allah. Lebih kita kenali sebagai cinta kerana nafsu berahi. Cinta inilah yang memalingkan diri kita dari Allah, membuat kita lupa akanNya dan mendorong untuk melanggar syariatNya. Firman Allah: "Dan diantara
manusia dan orang yang mengangkat sembahan selain Allah, mereka mencintai sebagaimana mencintai Allah. Adapun orang-orang beriman sangat cintanya pada Allah. Dan Allah tidak akan menunjuki orang - orang fasik." (Al Baqarah: Ayat 165)


3. Cinta yang mubah (harus), adalah cinta yang tidak ada unsur kesengajaan. Misalnya tanpa sengaja kita (lelaki) melihat
wanita atau kita (wanita) melihat lelaki kemudian jatuh cinta dan
perkara ini tidak sampai kita membuat maksiat pada Allah. Kita
merahsiakannya dan menahan diri kita untuk tidak melakukan
perkara-perkara yang dilarang.


Jadi bagaimana kita menanggapi dan mengurus perasaan cinta yang menghampiri kita? Mana mampu kita menolak datangnya cinta, kerana cinta itu datang tanpa diundang, umpama pencuri, cinta itu laksana panah asmara yang menikam mata dan menusuk ke hati. Memang perasaan cinta tidak boleh ditahan dan dibendung. Cuma kita hendaklah berlaku jujur dan menyalurkannya
mengikut kehendak syariat. Perasaan 'cinta suci remaja' memang biasa diucapkan, cuma dalam hal ini syaitam memainkan peranan dalam menggelincirkan kita kepada kemungkaran dan larangan Allah.


Memang adab bercinta semuanya mendakwa cinta mereka ikhlas dan suci murni tetapi syaitan memainkan peranannya sehingga tidak kita sedari ia banyak melanggar larangan Allah. Ingatlah bahawa setiap haram itu adalah haram walau apa keadaan sekalipun, cuma kita yang kadang-kadang cuba 'menghalalkan'nya dengan kita membuat pelbagai alasan itu dan ini. Di sisi Allah ianya adalah satu dosa dan setiap dosa layaknya adalah
neraka.


Apakah kita lihat hadis Rasulullah ini dalam sunnah Ibni Majah: "Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah."


Apa?, Nikah?,!! Tidak mungkin.......sekolah saja belum habis, bagaimana nak bernikah???


Marilah kita lihat apa yang dikatakan pencipta kita, Allah azza wa
jalla: "Janganlah kamu menghampiri zina....." Al Isra':Ayat 32


"Ah terlalu ekstrim, takkanlah jika kita bercinta boleh dianggap
mendekati zina...." tapi bukankah kita sudah pernah mendengar sabda Rasulullah: "Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita... Tidak lah bersendirian diri dengan seorang wanita kecuali ketiganya Syaitan....."(hari. Tabrani) "Kedua tangan juga dapat berzina dan zinanya adalah menyentuh dan kedua kaki juga berzina dan zinanya adalah berjalan (menuju tempat maksiat) dan mulut juda berzina dan zinanya adalah ciuman" (hari. Muslim dan Abu Daud)


Anakku, kamu adalah seorang remaja muslim yang baik tidak akan
berdalih lagi untuk mengelak dari perkataan Allah dan RasulNya.
Mampukah anakku tidak berdalih lagi? Umpamanya kerana kasihan, kerana ingin mengahwininya, kerana boleh menasihatinya, kerana sedang mencari-cari perlindungan dan rakan diskusi intelek, kerana sering menghadiri program mahasiswa bersama dalam satu kereta, kerana menemani kakak yang sedang bercinta...


Jadi mama, apakah penyelesaiannya?


Bagi anakku yang sudah terjatuh cinta, rasakan cintamu dalam hati, berusahalah melupakannya buat sementara waktu dan sibukkan diri dengan sesuatu yang bermanfaat, Tahanlah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama seperti mengelamun, berangan-angan dan membayangkan wajahnya yang tampan dan menggoda. Bersabarlah menghadapi ujian cinta ini.


Jagalah batas-batas pergaulan. Peliharalah kehormatan diri. Jangan biarkan cinta yang mubah ini menjadi cinta yang salah. Berdoalah kepada Allah agar Dia pertemukan kamu jika dia paling sesuai untukmu, agamamu, dan keluargamu. Apabila tiba masanya nanti, apalah jodoh mu ada insya-allah kamu akan ditemukan dalam hubungan yang diredhai Allah.


Pun begitu perhatikanlah juga perkara - perkara di bawah agar hatimu tidak mudah menjadi rawan:
- Tundukkan pandanganmu dari perkara-perkara yang boleh menaikkan nafsu.
- Ataupun janganlah merenung kaum berlawan jenis (surah An-Nur:30-31)
- Hindari berduaan dan ikhtilat (campur gaul tanpa batasan).
- Janganlah berwewenangan berinteraksi dengan yang bukan mahram.
- Hindari menonton filem-filem cinta yang mengasyikkan dan filem seks yang mengghairahkan nafsu.
- Hindari bacaan-bacaan/novel-novel yang menghanyutkan hati kita lantas tergoda dengan perangkap cinta palsu.
- Hindari lagu-lagu cinta kerana boleh melemahkan hati dan memendekkan cita-cita.
- Sibukkan dengan mengaji dan berzikir.Bergaullah dengan kawan-kawan yang baik, kerana kadang-kadang hati kita kalah kepada 'cinta' ini kerana kebodohan kita terhadap ilmu agama dan lemahnya iman kita.


Apabila kita telh mempunyai "teman akrab", cukuplah kiranya kita
fahami firman Allah; "Dan (ingatlah) hari (ketika itu) orang yang zalim menggigit kedua tangannya seraya berkata:'Aduhai, kiranya dulu saya mengambil jalan bersama-sama Rasul. Kecelakaan besarlah bagiku. Kiranya saya (dulu) tidak menjadikan si fulan itu teman akrabku (kekasihku). Sesungguhnya dia telah menyesatkan saya dari Al-Quran ketika Al-Quran telah datang kepadaku. Dan adalah syaitan itu tidak mahu menolong manusia." (Surah Al Furqan:Ayat 27-29).


Maka janganlah kita menyesal di kemudian hari, kerana terlanjur mangambil seorang "teman akrab" yang kononnya menyintai kita.
Puasalah untuk meredam perasaan nafsu dan rindu dendam. Ingatlah firman Allah, "Adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran tuhanNYA dan menahan diri dari keinginan nafsunya maka sesungguhnya syurgalah tempatnya." Surah An Naziat :Ayat 40-41).


Bernikah lah sahaja jika sudah benar-benar mampu dari segi fizikal, kewangan, emosi dan intelekmu.


Aduhai mama, Susahnya!


Boleh jika kamu mahu, jangan bersedih. Syurga itu kan lebih indah. Dalam hadith, Rasulullah juga bersabda bahawa jika kita meninggalkan sesuatu yang disukai manusia, tapi dibenci oleh Allah maka Allah akan mencukupkan diri kita dari sesuatu yang kita perlukan.


Alangkah baiknya Allah, sanggupkah kita mengkhianatiNya? Bukankah Dia yang telah mencipta dan memelihara kita selama ini. Tidakkah Dia lebih baik dan sesuai, maka pantas untuk dicintai? Rasulullah bersabda: "Tidak sempurna iman seorang hamba hingga ia lebih mencintai Allah daripada mencintai anaknya, orang tuanya dan semua manusia."


Siapakah yang dapat menolong kita di akhirat nanti? Kekasih-kekasih kita kah? Tentu tidak. Oleh kerana itu tetaplah tersenyum dan berlapang dada dalam menghadapi cinta ini. Insya-Allah, Allah akan menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik, kekasih yang suci dan soleh/solehah didunia ini dan syurga di akhirat nanti.


Insya-Allah..Amin.







Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

\'',/ - opinion, pandangan dan kefahaman ku:
sejak akhir-akhir ini..remaja???makin bermasalah. dgn meniru gaya Barat yg terlmpau....di mana agama mereka???MasyaAllah, aku malu pemuda pemudi Islam skrg. di mana maruah mereka??sanggup mereka memalukan Islam?sanggup mereka menjatuhkan Islam??berzina pd 14 februari di hotel murahan???zina sana sini???buang bayi, yg specialnya, bibakar bayi 2??GEJALA SOSIAL SANA SINI???tahu kah mereka??14 februari??slama nie aku x pernah amik taw apa hari 14 feb, aku btol2 x amik taw,,,aku prnh dgr org sebut 14 feb,,tp aku x taw 2 ari ape..smsa di form 5, bru aku taw, tue adalah VALENTINE'S DAY. kunonya aku.  skrg baru aku mengerti, dunia skrg mengembalikan smula zmn jahiliah..Mampukah kita menjawab di depan Mungkar dan Nakir nnti?? sesetengah orang kata, sejarah ini ibarat pentas bermain wayang, cerita-cerita lampau dihurai, dipanjang-panjangkan, bila tamat, diulang..dan diulang..diulang kembali...itulah sejarah. Semoga kita akan sedar, insaf..muhasabah diri itulah yg utama, xkan kita nak lihat Islam jatuh di tangan kafir???bangunlah wahai pemuda pemudi Islam...sama2 kita berjuang fisabilillah. Aku bkn nya kuat, aku lemah, tp aku masih ada niat, aku masih ada cita2 untuk memperjuangkan Islam. Jikalau aku diminta berperang pd jalan Allah, aku akan pergi kerana aku tahu, mati syahid pd Jalan Allah itu amat mulia. Aku bnyak melakukan dosa kecil, yg disengajakan atau tidak disengajakan,..aku tidak sedar. Taubatlah yg mampu kupinta drMu, ya Allah!Aku pling benci bila diminta komen tntg usaha mengawal pembuangan bayi, slh seorg dr masyarakat kita ckp tmpal poster buang bayi kat tmpt maksiat, btol tp apakah ini dpt mngurangkan kes zina???apa guna???mana Agama Islam??mana ajaran Islam??muhasabah diri yg PALING UTAMA, LA TAKRABU ZINA???SEJAUH MANE UMAT ISLAM MNGHAYATI AYAT INI??? CINTA ITU BUTA~!!! MEMANG BENAR!!! tp jika kita kawal nafsu, pegang pd agama, hal ini x terjadi bukan??? Ya Allah, aku sedih melihat pemuda pemudi skrg. Bangkitlah pemuda pemudi Islam...shift our paradigm. 


luahan hatiku...
aku bleh menulis, tp aku x bjak dlm berkata2..bila diminta pndgn aku senyap..akku tdk dpt luahkan ape yg aku rasa. aku tdk tahu mengapa, aku akan takut bila berdiri di khalayak ramai. di sini menunjukkan imanku lemah, tp akan kucuba tingkatkan imanku. Hanya di blog ini aku dpt mencurahkan ape yg aku rase, pkir dan berbicara. 
Ya Allah, ampunilah dosa hambaMu ini.
  

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...