Tuesday, August 27, 2013

menuju cintaNya...

12.45pm | 27 Ogos 2013

Bismillahirrahmanirrahim...
Semoga kalian berada dalam nikmat iman dan Islam.

Syukur ke hadrat Ilahi dan selawat dan salam ke atas junjungan Baginda Nabi Muhammad saw.

Updated again. Alhamdulillah, selesai sudah semester 3 2012/2013. Usaha nya itu udah, tinggal doa dan tawakkal kepadaNya, hanya Dia yang Maha tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Sekarang tengah menghabiskan cuti yang berbaki seminggu lebih. Semester baru, tahun baru. Third year-student-to-be!!! Allah Allah, cepatnya masa berlalu. Pejam celik pejam celik, umurku pun udah makin meningkat. Soalan cepumas yang selalu orang tanya: "dah ada orang ke belum???" Jawapanku: belum ada lagi, masih single! 


Tidak perlu kejar cinta manusia, nanti kamu penat, nanti dia akan datang sendiri. Kejarlah cinta Allah SWT. 

Berbicara soal jodoh pasti tiada penghujungnya. Kitaran soalan pasti berlaku. Semasa remaja, orang akan tanya: "Bila nak kawen?". Bila dah kawen, orang akan tanya, "bila nak dapat anak?" and again and again. Memang tak dapat lari, setiap orang pasti diuji dengan ujian cinta. Memang tak dapat lari dan pasti akan kita lalui. Pernah ada orang tanya saya, ciri-ciri suami idaman (soalan cepumas buat diri, jawab jangan tak jawab!!!). Jawapan yang kuberikan: Ciri-ciru suami idaman ialah kaya! Aku bukan mata duitan, kaya bukan semata-mata kaya duit, gaji besar. Berbalik pada soalan, siapa sih tidak mahu suami kaya??? Aku mengimpikan suami yang kaya ilmu, kaya ibadahnya, kaya akhlaknya dan kaya agamanya. Siapa aku untuk mendapat suami yang kaya sebegitu?? Bila berbalik pada diri, layakkah aku menjadi isteri pada suami itu??? Aku bukan sempurna, tetapi ingatlah lelaki dan perempuan itu dicipta untuk saling melengkapi. Itu hanya idaman semata-mata, apa yang penting berdoalah kepadaNya semoga kita bertemu jodoh yang soleh dan solehah. Perbaikilah diri kita kerana masih banyak yang perlu kita lengkapkan. Andai kita tak mampu mendidik diri, bagaimana kita ingin mendidik anak-anak kita kelak? (ayat macam expert bab-bab jodoh, akulah doktor pakar cinta, dush!!!)

Tertarik dengan doa Nabi Daud: 

“ Ya Allah, kurniakanlah daku perasaan cinta kepada-Mu, dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, Dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan, Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cinta-Mu, Dan cinta orang yang mencintai-Mu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu,
Ya Allah, apa sahaja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai. Dan apa sahaja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu sesuatu yang paling aku cintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan.
Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu, mencintai malaikat-Mu, Rasul-Mu dan hamba-Mu yang soleh, Ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaan-Mu.”
(Hadis riwayat At-Tarmizi)
Rasulullah SAW bersabda, “Inilah doa yang biasa dipanjatkan oleh Nabi Daud a.s.”
Jom sama-sama kita amalkan, pesanan buat diri dan sahabat-sahabat...

Kata-kata hikmat Almarhum Syeikh al-Tantawi:

Kau tidak perlu berwajah cantik untuk dikatakan sebagai seorang yang cantik
Dan tidak perlu memuji-muji kerana mahu menjadi seorang yang disukai
Tidak perlu menjadi kaya untuk menjadi seorang yang bahagia
Cukuplah dengan membuatkan Tuhanmu redha dan kasih kepadamu, pasti Dia akan menjadikanmu cantik dan indah di mata manusia, disukai dan disenangi oleh semua, serta hidup bahagia...

Andai kau lakukan 99 kebaikan, tetapi terbuat silap sekali
Manusia akan menyalahkanmu dengan kesilapan yang satu itu, dan melupakan semua 99 kebaikan yang lain
Itulah hakikat manusia!

Tetapi andainya kau lakukan 99 kesilapan, dan cuma sekali melakukan perkara kebaikan
Allah akan ampun semua 99 kesilapanmu dan menerima amal baktimu yang satu itu
Itulah Dia Tuhanku!
Menuju cintaNYA...



bila tangan menulis: Banyak kerja yang masih belum dilunaskan. Jom manfaatkan cuti yang berbaki dengan sesuatu yang berfaedah. 


ihfazillah yahfazka
butterflybuddy

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...