Terbaca pasal jodoh di Facebook, sangat tertarik dengan kata-kata ini...
Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup
Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga
Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan
Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
“.. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
(Al Baqarah : 216 )
Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri
Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan
Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya.
“Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.”
(Umar Bin Khattab ra)
If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way
“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”
(HR. Al-Hakim)
-SR-
bila tangan ini menulis: Apabila orang sekeliling membincangkan tentang couple, nikah gantung dan sebagainya, ingatlah jodoh dan pertemuan itu di tangan Allah...
Jika kamu mencintai gadis itu,
mintalah pada Allah melalui solat istikarah,
berserahlah kepadaNya.
Jika kamu mencintai gadis itu,
ikutlah sunnah baginda Rasulullah saw,
bukan dengan ikatan couple dan sebagainya.
Jika kamu mencintai gadis itu,
mintalah pada kedua ibu bapanya,
kerana ibu bapa tahu lelaki yang terbaik untuk anaknya.
Didik lah dirimu sebagaimana kamu mahukannya ada pada anakmu kelak. Teringat akan kata-kata seorang ustaz, Baitul Muslim bermula dengan diri sendiri. Persiapkan diri dengan disiplin, akhlak mulia, kebersihan, kecekapan, menuntut ilmu, bertanggungjawab dan tarbiyyah diri sangat penting untuk mendidik anak-anak kelak.
Barakallahulakuma buat sahabat-sahabat yang akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.
Ihfazillah yahfazka.
6.45pm
15.5.2013