Monday, August 25, 2014

Tawakkal

Bismillahirrahmanirrahim...

5 months ago
.
.
.
.
Krik. krik. krik.
Rindu untuk menulis. Rindu untuk membebel sana sini. Segalanya rindu.
Maaf terlalu lama aku menyepi tanpa tinggalan mesej.
Blog oh blog, moga kau masih sudi menerima aku.

Masa berlalu dengan pantas, kadang aku menyedarinya, kadang aku lupa masa sudah meninggalkan aku.
Pelbagai perkara berlaku, kadang aku merancangnya, kadang tanpa dirancang, semuanya terjadi kerana Allah adalah Tuhan yang sebaik-baik Perancang yang merancang agendaku.

Teringat satu doa asma'ul husna yang diajari oleh Dr Wan Maseri:

"Ya Allah Ya Bari', daku menyerahkan seluruh jiwa ragaku untuk agendaMu, jadikan daku abdiMu yang sejati".

Semoga kita menjadi hamba Allah yang sejati, in sha Allah, ameen.

Reminder for today:
Terbaca satu buku karya Sulaiman Al-Kumayi, Menjadi Wanita Super dgn Asmaul Husna...
Said Nursi berkata...
Daripada keluhan muncul musibah. Wahai fakir, hidarilah ia dan bertawakkallah. Sekiranya engkau mengarahkan munajatmu kepada Tuhan pasti engkau mendapat apa yang engkau hajatkan kerana segala sesuatu adalah pemberiannya.
Segala sesuatu adalah kesucian. Tanpa Allah, engkau tersesat dan cemas di dunia ini. Adakah engkau hendak mengeluhkan sebiji pasir yang kecil kepada zat yang memikul semua gunung? Keluhan itu hanyalah musibah atas musibah. Dosa atas dosa dan derita. Sekiranya engkau tersenyum di hadapan musibah, musibah itu pun menjadi layu dan larut di bawah mentar kebenaran, menjadi butiran-butiran ais. Ketika itulah duniamu tersenyum. Senyuman yang menyiratkan keyakinan. Senyuman yang lahir dengan pancaran keyakinan. Senyuman yang muncul dengan rahsia keyakinan.

Bersangka baiklah dengan Allah, jangan pernah ragu, jangan pernah berputus asa.
Letakkan sepenuh pengharapan pada Allah, sesungguhnya Dia Maha Mengetahui.
Have tawakkul.
Have faith in Allah.

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...