Monday, August 9, 2010

PENGALAMAN 1JAM 15MINIT BERSAMA MURABBI~!!!

Alhamdulillah...
kita masih dapat merasai nikmat Islam dan Iman....
rasanya sudah terlalu lama blog ini tidak terupdate...bz kah aku???
Saya ingin berkongsi pengalaman saya bersama seorang lecturer CFS IIUM PJ yang kuanggap murabbi...
Pertama kali ketika memasuki kelas talaqqi di CFS IIUM, saya belajar dengannya. Namanya amat cukup terkenal, memandangkan semua orang menyukainya. Bak kata kawanku, "bila tengok muka ustaz, tenang rasanya. Bila pergi kls talaqqi ustz, tenang hati dan jiwa untuk menuntut ilmu". Apabila saya bertemu dengannya, bersua muka dengannya, mendengar setiap penyampaian ilmu yang diberikan kepada kami, maka aku faham, kenapa orang begitu menghormatinya. Namanya AL-FADHIL USTAZ MUHADIR BIN HAJI JOLL. Kami memanggilnya Ustaz Muhadir.

Kelas talaqqi yang selalu diadakan pada setiap hari khamis jam 9 mlm, kemungkinan besar, menjelang bulan  Ramadhan yang bakal tiba, kelas talaqqi akan diubah waktu dan hari. Kebiasaannya kelas talaqqi akan dipenuhi oleh pelajar-pelajar yang ingin menuntut ilmu. Alhamdulillah. Kami mempelajari kitab Bidayatul Hidayah yang ditulis oleh Al Imam Hujjatul Islam Abu Hamid Al Ghazali. Penyampaiaannya amat memberi impak positif dan membuatkan kelas talaqqi tidak membosankan.

Ustaz Muhadir seorang yang mesra, lembut dan tenang. Dia seorang yang merendah diri dan memuliakan orang lain. Dia juga sering membantu pelajar-pelajarnya. Pada hujung mnggu yang lepas, ustaz telah membantuku. Terima kasih ustaz. Syukran jazillan ustaz. Tak dapat aku katakan betapa berterima kasih kepada ustaz kerana telah menolongku. Pada satu malam, aku terpaksa bank in duit. Siapa yang nak tolong aku nie???dilema hatiku. Kredit handphone jatuh sebab boleh dikatakan hampir semua kawan-kawanku aku telefon untuk menemani aku, tapi tiada siapa yang menjawabnyadan no response. Aku kena pergi sorang-sorang ke???macam mana nie???fikirku. Akhirnya, salah seorang sahabatku, NAJAH SOLIHAH menelefonku dan sanggup menemani aku. Terima kasih sahabat. Maaf menyusahkan dirimu.

Ketika berjumpa dengan ustaz, aku meminta izin ustaz menghantar kami ke CIMB BANK berdekatan JAYA ONE. Ustaz dengan rela hati menghantar kami ke bank. Ketika itu ustaz bersama zaujahnya, tak sempat kami bertanya siapa nama zaujah ustaz. Kami memanggilnya ustazah. Ustaz membawa kami ke CIMB BANK di Taman Tun, kata ustaz, dekat sahaja, tapi bagi kami agak jauh. Segan kami dengan ustaz, maklumlah kami hanya meminta dihantar ke bank yg berdekatan dengan CFS IIUM, tp dibawanya kami ke sana. Ustaz kata, bila lagi nak jejak Taman Tun, almaklumlah kami bukan orang SELANGOR. Orang PANTAI TIMUR sahaja. Menurut ustaz, Taman Tun dulu taman orang Melayu, sekarang???Menyusahkan Ustaz sahaja tapi sekurang2 nya kami kenal juga Taman Tun. Bila orang tanya, dapat laa kami ceritakan bahawa guru kami telah membawa kami ke sana.

Beberapa minit perjalanan, sampainya aku di bank. Ustaz bertanya kepadaku, Aqilah, pandai ke nak bank in duit??? Aku menjawab, Ayah ada ajar tapi sudah lupa ustaz. Soalan sama dituju kepada Najah, Najah menjawab, tak reti, tak pernah buat. Ustazah telah membantu kami untuk membank in kan duit. Alhamdulillah, selesai juga akhirnya, kata hatiku. Selepas selesai bannk in duit, ustaz berhenti di sebuah pasaraya. Ketika itu, aku hanya fikirkan mungkin ustazah ingin membeli barang-barang dapur, rupa-rupanya ustazah membeli buah-buahan untuk kami bawa pulang ke hostel. Kami segan dibuatnya, maklumlah menyusahkan ustaz membawa kami ke bank kemudian membelikan buah dan air kotak untuk kami.

Selesai membeli bua-buahan, ustaz berhenti pula di Restoran (kedai makan) Quali di area Taman Tun. Ketika itu aku dan najah beranggapan mungkin ustazah mahu membeli makanan untuk ustaz. Sangkaan kami salah. Ustazah membelikan kami makan malam.
"Ustazah tak payah susah-susah, kami segan. Buah tadi pun cukup". kata kami.
tapi ustazah tetap menempah makanan untuk kami.
"Nasi goreng USA 2, bungkus".
"Nak air ke?" tanya ustazah..
Kami dah tak terkata apa-apa, terima kasih ustazah kerana telah menyusahkan ustaz dan ustazah...

Semasa menunggu makanan siap dimasak, ketika itu ustaz Muhadir solat di bilik solat yang disediakan di restoran itu, ustazah pula berbicara dengan kami.Ustazah memberi nasihat kepada kami, nasihat yang berguna untuk kami.
Antara pesanan ustazah...
-belajar bersungguh-sungguh 
-bahagiakan hati mak dan ayah
-apa-apa yang kita lakukan, apa cita-cita kita sekalipun, mestilah bermanfaat. Contohnya, jika kita seorang doktor, biarlah kita melakukan sesuatu yang bermanfaat. Kita tidak tahu bila kita mati. Bila mana kita dah lakukan sesuatu yang bermanfaat, kita akan tidur dalam bahagia....
kita tidak tahu bila mana, di mana, ketika mana,saat mana kita mati...

Terima kasih ustazah atas nasihat yang ustazah berikan, insyaAllah kami akan lakukan yang terbaik untuk mencapai impian yang telah kami cita-citakan.

Selama 1jam 15minit bersama ustaz dan ustazah banyak yang dapat aku pelajari dari ustaz dan ustazah. 
-Ustaz dan ustazah sangat baik, mesra dan lemah lembut. 
-Ustaz dan ustazah melayan tetamu dengan sebaik mungkin menyebabkan kami segan untuk menerima pemberian ustaz dan ustazah.
-selalu ingatkan Allah walau di mana jua kita berada.
-Ustaz dan ustazah memberi contoh yang sangat baik kepada kami. Terdetik di hatiku, ingin sekali ku contohi ustazah. InsyaAllah. 

Sampainya kami di UIA, kami mengucapakan terima kasih. Syukran jazillan ustaz. Aku dan najah tak dapat berkata-kata betapa kami berterima kasih kepada ustaz dan ustazah. Kemudiaan kami menghantar mesej tanda terima kasih kepada ustaz dan ustazah.

"Assalamualaikum ustaz dan ustazah. Terima kasih kerana menolong kami. Segan kami dibuatnya. Semoga Allah merahmati ustaz dan ustazah di dunia dan akhirat. Jazakallahu khairan jaza'.

Ustaz membalasnya;
Waalaikumussalam. Alhamdulillah. Moga kita semua dirahmati Allah. Moga Allah merahmati entuma kerana memudahkan urusan kawan-kawan entum.

Terima kasih Ustaz dan Ustazah.

p/s: ketika pulang dari UM ke UIA, aku, athirah dan maisarah pulang dengan teksi. Pak cik teksi tue sangat baik dan peramah. Dia berpesan kepada kami, belajar sungguh-sungguh, mak dgn ayah mengharapkan kejayaan anak2nya, x perlu pikir pasal kawin2 nie, belajar dulu. Terima kasih pak cik, nasihat pak cik akan kami ingat sampai bila2. Terima kasih kepada sarah dan thirah sebab teman qilah ke UM...



SELAMAT MENYAMBUT KEDATANGAN RAMADHAN
JOM BERAMAL DI BULAN RAMADHAN...


LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...