Wednesday, October 24, 2012

Checklist 9 Zulhijjah

Bismillahirrahmanirrahim – In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT tuhan semesta alam di atas segala nikmat yang diberikan. Selawat serta salam ke atas baginda Rasulullah saw.

Alhamdulillah still given a chance to breathe and live peacefully in Islam.
I feel very bless with every ni'mat Allah gives to us.

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah


Hari Arafah hari istimewa.
Dari Aisyah r.a. katanya, Rasulullah saw bersabda: “Tidak ada suatu hari dimana Allah Taala paling banyak membebaskan hambaNya dari neraka selain dari hari Arafah (9 Zulhijjah).” (Sahih Muslim)


InsyaAllah esok, khamis bersamaan dengan 9 Zulhijjah 1433H, jom kita amalkan amalan-amalan yang dilistkan di bawah bersama-sama.  Amanah dari Ustaz Muhadir untuk dipanjang-panjangkan kepada anda :)

1) puasa



Rasulullah pernah ditanya tentang Puasa Hari Arafah, lalu baginda menjawab: “Puasa itu akan menghapus dosa-dosa satu tahun yang lalu dan yang akan datang.”

[Shahih Muslim, no: 1977]


2) banyakkan membaca " La Ilaha Illallah wahdahu la syariikalah... Qodiir"


 3) banyakkan istighfar



4) Baca doa yang dibaca Nabi Muhammad SAW:

"ALLAHUMMA LAKAL HAMDU KALLAZII NAQUUL , WA KHAIRAM MIMMAA NAQUUL, ALLAHUMMA LAKA SHOLATI,WA NUSUKI,WA MAHYAAYA WA MAMATI,WA ILAIKA MA'ABII, WA LAKA ROBBII TARAATHI , ALLAHUMMA INNI A'UUZUBIKA MIN 'AZABIL QOBRI WA WASWATISH SHODRI WA SYATAATIL AMRI, ALLAHUMMA INNII A'UUZUBIKA MIN SYARRI MAA TAJII BIHIR RIIH"


5) banyakkan memohon apa-apa doa

Hari Arafah adalah hari doa dan hari perjumpaan antara hamba yang merdeka dan Tuhannya yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Mengasihani. Pada hari pengampunan yang agung ini betapa banyak kebimbangan telah dilepaskan, dan berapa kesedihan telah diredakan dan berapa banyak keperluan telah ditunaikan. Oleh sebab itu Rasulullah SAW menggesa supaya membanyakkan berdoa pada hari yang agung ini. Baginda SAW bersabda:

“Sebaik-baik doa ialah doa pada hari ‘Arafah. Sebaik-baik ucapan yang pernah aku dan rasul sebelumku ungkapkan ialah tiada tuhan melainkan Allah …” 
(Riwayat at-Timizi).


panjang-panjangkan, dan, Selamat Beramal!

bila tangan menulis, otak berfikir, hati merintih:



SubhanaAllah.. 

Indahnya Tanah Suci-Mu, ya Allah. Ingin sekali aku jejaki tanah suci ini. Panggillah hamba ini, ya Allah. Aku ingin sekali ke Tanah Suci-Mu. Permudahkanlah, ya Allah. :)

Syukran Najah atas doamu..,
“InsyaAllah, pasang doa setiap kali solat. Moga Allah permudahkan kita semua”.

last but not least, 
Love ALLAH because He love you...


Haza Wa billahitaufik

tangan yang menulis,













LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...