Thursday, November 21, 2013

Setelah...

Bismillahirrahmanirrahim...
Semoga kalian berada dalam nikmat iman dan Islam.

Syukur ke hadrat Ilahi dan selawat dan salam ke atas junjungan Baginda Nabi Muhammad saw.

Lama rasanya tangan ini tidak menulis. Sangat rindu untuk menulis, pagi ini tekad untuk menulis juga. Walaupun assignment tak siap lagik, apa yang penting dapat update blog. Aduh! Ada banyak cerita untuk diceritakan tetapi bila menulis, ini lupa itu lupa, oh manusia! 

Empunya blog sihat ke? Alhamdulillah sihat. Sekarang dengan cuaca tak menentu, kejap hujan, kejap panas, pandai-pandailah jaga kesihatan ye semua. Take care of yourself! Makan ubat, rehat secukupnya dan jangan lupa makan taw! Teringat tazkirah yang disampaikan oleh Dr Azlina di dalam kelas, 

Dari Ibnu ‘Abbas, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,


اِغْتَنِمْ خَمْسًا قَبْلَ خَمْسٍ : شَبَابَكَ قَبْلَ هَرَمِكَ وَ صِحَّتَكَ قَبْلَ سَقَمِكَ وَ غِنَاكَ قَبْلَ فَقْرِكَ وَ فَرَاغَكَ قَبْلَ شَغْلِكَ وَ حَيَاتَكَ قَبْلَ مَوْتِكَ



“Manfaatkan lima perkara sebelum lima perkara :

Waktu mudamu sebelum datang waktu tuamu,
Waktu sehatmu sebelum datang waktu sakitmu,
Masa kayamu sebelum datang masa kefakiranmu,
Masa luangmu sebelum datang masa sibukmu,
Hidupmu sebelum datang kematianmu.”


5 weeks left before study week. Allah Allah, rasa sekejapnya masa berlalu. 
Road to final exam~ 
Moga dipermudahkan segala urusan. 
Study smart+usaha semampu mu+doa dan tawakkal padaNya.



Kalau ikut formula KEJAYAAN:
usaha+doa+tawakkal= SUCCESS

Banyak perkara berlaku dalam kehidupan kita. Ada masa kita gembira, ada masa kita sedih, ada masa kita putus asa, dan banyak perkara berlaku dalam hidup kita bukan kita yang pinta. Itulah warna-warni kehidupan. Kertas kehidupan kita takkan pernah sunyi tanpa contengan dakwat dan lukisan gambar. Kadang kita di atas, kadang kita di bawah, bersyukurlah dengan nikmat yang Allah berikan. Let's say Alhamdulillah. 


I need to stop here- need to continue my assignment.
InsyaAllah, di lain waktu, di lain hari, akan ku menulis lagi.
Maaf andai ada terkasar bahasa dan terguris hati, ambil yang jernih buang yang keruh. 
Berperibahasa laa plak, betul ke idok x taw laa, heeee~~~

Sebelum menutup tirai, nak promote one of the biggest program in IIUM Kuantan Campus,
IIUM Kuantan Open Day 2013.
Semua warga rakyat Malaysia, anda dijemput hadir! 


IIUM Kuantan Opening Ceremony:


Sama-sama kita memeriahkan IKOD 2013! 
Sempat lagi promote, heee~~~

bila tangan menulis: Cukup sampai sini. Stop!!!! semakin dekat dengan final exam, makin banyak tugasan yang perlu disettlekan. Moga dipermudahkan segala urusan. Keep strong and hold on to the rope of Allah.
To Ayuni binti Razak. Sanah Helawah ya jameelah! Selamat hari lahir and happy birthday :)
Semoga panjang umur dan murah rezeki. May Allah bless you always.

ihfazillah yahfazka
butterflybuddy
21 November 2013

Tuesday, November 5, 2013

Ahlan wasahlan 1435H!



Salam Maal Hijrah 1435H!

Semoga hari ini lebih baik daripada semalam.
Semoga tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun lepas.

Semoga perjalanan hidup kita di tahun baru akan dipermudahkan, diberkati dan diredhai Allah hendaknya.


Begin with a step & be the change!


Saturday, September 7, 2013

memori tercipta...

Bismillahirrahmanirrahim.
Semoga kalian berada dalam nikmat Islam dan iman :)

Memori tercipta nyanyian Shila Amzah sangat best dan bermakna! Bila dengar lagu nie, terus mengimbau kenangan lalu sewaktu di sekolah. Betapa indahnya kenangan itu..


Di sini jua memori tercipta..
Walau seketika terjalin kasih kita...


Di sini jua memori tercipta..
Kenangan bersama takkan kulupa...


28 Ogos 2013, akhirnya aku berjaya melangkahkan kaki ke Maahad Muhammadi Perempuan, Kota Bharu.



Rindu, rindu semakin rindu...
Cinta, cinta semakin cinta...
Aku di sini, kau di sana...


Alhamdulillah, selepas 5 tahun meninggalkan sekolah, akhirnya kaki melangkah ke MMP. Sungguh aku rindu. Tengah exam, ptot laa bertebaran budak maahad di padang dan pondok2. Teringat waktu sekolah, sebelum exam, mesti hapal bawah pokok takpun pondok tepi padang. Nie lah orang kata kenangan :).

Malu ala shy shy cat suma, almaklumlah segan dah lama tak datang sekolah tetibe datang, uhuk33. Last-last jumpa cikgu sana sini dah tak rasa malu dah. Rasa seronok dapat jumpa cikgu2 dan ustaz, ustazah...
Muka cikgu suma maintain cantik dan comey ayu. Soklan yang wajib cikgu atau ustazah tanya, "belajar mana, tahun berapa? dan batch mane?" Yes, saya batch Nik Madihah, oh, SPM 2008! Almaklumlah budak maahad nie bukannya sikit, cikgu nak ingat suma pun susah. Dan soklan cepumas dr cikgu dan ustazah ialah "datang bawak kad kawen ke???" Jawapan: single lagi ustazah, xde orang nak pun.. haha :D

Nak taw cter lanjut lawatan kami boleh laa jengah blog Ain Fatihah. Dia dah cter dari A to Z!!!
Thanks kengkawan yang telah menjayakan ziarah ke sekolah -Ain, Nabilah Amran dan Alifah.

Just wanna share about my beloved ustazah:
Ustazah Fatimah, dia kenal lagi saya!!!

Situasi di bilik guru blok B...
Ustazah: "Enti, Syarifah......(my full name)".
Saya: "Ustazah... ustazah ingat lagik saya???"
Ustazah: "mestilah ustazah ingat, form 1 dulu ustazah banyak minta tolong enti bab-bab komputer..."
Saya: "ye kew ustazah?"
Ustazah: "ye laa,, ustazah sampai sekarang, kalau bab-bab komputer, teringat kat enti, lama dia tak mai sekolah..."
Saya: ...... (malu,segan, bangga jugak sbb ustazah still ingat saya)

Ustazah siap bagi tazkirah kat kami. Berkaitan ujian. Almaklumlah waktu kami datang tengah exam. Ujian setiap orang berbeza-beza. Mereka diuji dalam pelbagai bentuk; kekayaan, kegagalan, kesedihan dan sebagainya. Hadapilah ujian dengan tenang, kuncinya sabar!
Teringat firman Allah swt:

Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung. (QS 3 : 200)

Ustazah juga pesan, jangan pernah malu atau segan ke sekolah. Ingatlah anda datang ke sekolah sangat bermakna kerana ini adalah tanda anda menghargai jasa guru-guru yang telah mendidik kalian sewaktu di bangku sekolah. INsyaAllah ustazah, ada kesempatan waktu, akan ku kunjungi sekolah lagi...

Antara catitan ku:





28.8.2013 Alhamdulillah diberi kesempatan untuk menjejakkan kaki ke sekolah.
Dengan tujuan utk bersua muka dengan cikgu-cikgu dan ustazah-ustazah yang telah mendidik puteri-puteri Maahad..
Ada yang masih berbakti di sekolah itu..
Dan ada yang sudah berpindah ke sekolah lain..
Dan ada juga yang sudah pencen...
Dan ada juga yang sudah pergi menemui Ilahi..
Terima kasih cikgu! 

Di sini aku diajar ilmu agama dan akademik
Di sini aku berkenalan dengan bahasa arab
Di sini aku diasuh sebagai muslimah
Di sini aku ditarbiah dgn usrah dan tamrin
Di sini aku belajar erti persahabatan...


Memori terpahat di ingatan...

Bila tangan menulis: Cuti semester bakal melabuhkan tirai. Ini bermakna semester baru bakal menjengah tiba. Post pasal octavo tak post lgk. InsyaAllah, tunggu ye!!! 



Ilalliqa'!
Ihfazillah yahfazka
butterflybuddy
7.9.2013 | Sabtu

Tuesday, August 27, 2013

menuju cintaNya...

12.45pm | 27 Ogos 2013

Bismillahirrahmanirrahim...
Semoga kalian berada dalam nikmat iman dan Islam.

Syukur ke hadrat Ilahi dan selawat dan salam ke atas junjungan Baginda Nabi Muhammad saw.

Updated again. Alhamdulillah, selesai sudah semester 3 2012/2013. Usaha nya itu udah, tinggal doa dan tawakkal kepadaNya, hanya Dia yang Maha tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Sekarang tengah menghabiskan cuti yang berbaki seminggu lebih. Semester baru, tahun baru. Third year-student-to-be!!! Allah Allah, cepatnya masa berlalu. Pejam celik pejam celik, umurku pun udah makin meningkat. Soalan cepumas yang selalu orang tanya: "dah ada orang ke belum???" Jawapanku: belum ada lagi, masih single! 


Tidak perlu kejar cinta manusia, nanti kamu penat, nanti dia akan datang sendiri. Kejarlah cinta Allah SWT. 

Berbicara soal jodoh pasti tiada penghujungnya. Kitaran soalan pasti berlaku. Semasa remaja, orang akan tanya: "Bila nak kawen?". Bila dah kawen, orang akan tanya, "bila nak dapat anak?" and again and again. Memang tak dapat lari, setiap orang pasti diuji dengan ujian cinta. Memang tak dapat lari dan pasti akan kita lalui. Pernah ada orang tanya saya, ciri-ciri suami idaman (soalan cepumas buat diri, jawab jangan tak jawab!!!). Jawapan yang kuberikan: Ciri-ciru suami idaman ialah kaya! Aku bukan mata duitan, kaya bukan semata-mata kaya duit, gaji besar. Berbalik pada soalan, siapa sih tidak mahu suami kaya??? Aku mengimpikan suami yang kaya ilmu, kaya ibadahnya, kaya akhlaknya dan kaya agamanya. Siapa aku untuk mendapat suami yang kaya sebegitu?? Bila berbalik pada diri, layakkah aku menjadi isteri pada suami itu??? Aku bukan sempurna, tetapi ingatlah lelaki dan perempuan itu dicipta untuk saling melengkapi. Itu hanya idaman semata-mata, apa yang penting berdoalah kepadaNya semoga kita bertemu jodoh yang soleh dan solehah. Perbaikilah diri kita kerana masih banyak yang perlu kita lengkapkan. Andai kita tak mampu mendidik diri, bagaimana kita ingin mendidik anak-anak kita kelak? (ayat macam expert bab-bab jodoh, akulah doktor pakar cinta, dush!!!)

Tertarik dengan doa Nabi Daud: 

“ Ya Allah, kurniakanlah daku perasaan cinta kepada-Mu, dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, Dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan, Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cinta-Mu, Dan cinta orang yang mencintai-Mu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu,
Ya Allah, apa sahaja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai. Dan apa sahaja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu sesuatu yang paling aku cintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan.
Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu, mencintai malaikat-Mu, Rasul-Mu dan hamba-Mu yang soleh, Ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaan-Mu.”
(Hadis riwayat At-Tarmizi)
Rasulullah SAW bersabda, “Inilah doa yang biasa dipanjatkan oleh Nabi Daud a.s.”
Jom sama-sama kita amalkan, pesanan buat diri dan sahabat-sahabat...

Kata-kata hikmat Almarhum Syeikh al-Tantawi:

Kau tidak perlu berwajah cantik untuk dikatakan sebagai seorang yang cantik
Dan tidak perlu memuji-muji kerana mahu menjadi seorang yang disukai
Tidak perlu menjadi kaya untuk menjadi seorang yang bahagia
Cukuplah dengan membuatkan Tuhanmu redha dan kasih kepadamu, pasti Dia akan menjadikanmu cantik dan indah di mata manusia, disukai dan disenangi oleh semua, serta hidup bahagia...

Andai kau lakukan 99 kebaikan, tetapi terbuat silap sekali
Manusia akan menyalahkanmu dengan kesilapan yang satu itu, dan melupakan semua 99 kebaikan yang lain
Itulah hakikat manusia!

Tetapi andainya kau lakukan 99 kesilapan, dan cuma sekali melakukan perkara kebaikan
Allah akan ampun semua 99 kesilapanmu dan menerima amal baktimu yang satu itu
Itulah Dia Tuhanku!
Menuju cintaNYA...



bila tangan menulis: Banyak kerja yang masih belum dilunaskan. Jom manfaatkan cuti yang berbaki dengan sesuatu yang berfaedah. 


ihfazillah yahfazka
butterflybuddy

Thursday, August 15, 2013

Pray for Egypt


Ya Allah, Ya Hayyu Ya Qayyuum, 
Ya Dzal Jalaali wal Ikraam, 
kami memohon kepada-Mu agar Engkau menolong saudara-saudara kami kaum muslimin di Mesir atas musuh-musuh mereka. 
Ya Allah, jagalah mereka dengan mata-Mu yang tak pernah tertidur, lindungilah mereka dengan perlindungan-Mu yang tak kan mampu ditembus.
AMIIN YA RABBAL 'AALAMIIIN

Hasbunallahu wa ni'mal wakil.
doa buat saudara kita di Mesir

"If you don't feel the pain of the ummah, then you're not part of it".

Kata-kata dari sahabat, Izzati Nur:

Saat mereka makin kejam dibantai tentera as-sisi,
Mereka makin teguh tetap turun ke medan tegakkan al-haq.
Jiwa mereka sungguh yakin dengan janji Allah. Tak gentar!

Jemputan dari syurga,wangian dr Jannah untuk para syuhada'.
Mesir, nahnu ma'akum. Mesir kami bersamamu. Bersama al-haq.

Ya Allah peliharalah Mesir dan ahlinya. Bantulah yang benar.
Allahummasurnal ikhwananal muslimin wal mujahideen fi Misr.
Ihzimhum, ihzimhum ihzimhum wansurnal alaihim.

Kita dan mereka bersaudara T.T Allahurabbi..

Ihfazillah yahfazka
butterflybuddy
11.30pm
15/8/2013
9 Syawal 1434H



Saturday, August 10, 2013

Syawal 1434H

Bismillahirrahmanirrahim...
Semoga kalian berada dalam nikmat iman dan Islam.

Syukur ke hadrat Ilahi dan selawat dan salam ke atas junjungan Baginda Nabi Muhammad saw. 

Update jugak! Hari ini sudah masuk 4 Syawal 1434H. Sedang mereka menonton perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Barcalona FC, aku sibu menghupdate blog, penuh sesawang-sesawang yang ditinggalkan. Kemas umah boleh, nak hupdate blog x boleh? *sentap*


SALAM EID MUBARAK
SALAM LEBARAN
Minal 'Aidin wal- Faizin
Taqabbalallahuminna waminkum
Maaf seggala salah dan silap...
Maaf zahir dan batin.


Bila tangan menulis: Stop here! Raya dah abes, i need to focus on my study, assignment x siap lagik. Final exam sem 3 tinggal 10 hari je lagik. I need to study. Study, study and study. Study again. Doakan saya ye! Siyes, sangat hebat dugaan nak study kat umah dengan pelbagai rancangan TV ditayangkan, karenah adik-adik yang perlu dilayan, wifi 24 hours, kena mujahadah lawan nafsu. Kadang-kadang almaklumlah, aku manusia biasa, lalai dan leka, aku pendosa! Apa-apapun, we need to kawal nafsu kita. ramadhan dah berlalu, semoga semangat dan penghayatan Ramadhan akan berterusan di bulan-bulan lain. Semoga kita dipanjangkan umur dan dan dipertemukan dengan Ramadhan di tahun akan datang. Alamak satu lagik, lupe! I need to read 4 books about sejarah tamadun Islam. Doakan saya rajin dan dipermudahkan segala urusan ye! Banyak saya nak berceloteh! Tahun nie x balik raya kat Johor, siyes rindu nak jumpa sedara-mara kat sana dan rindu nak makan ketupat palas, rendang, burasak, air tangan pakcik makcik, tak mengapalah -_- 
Mesti korang tanya kan kenapa? sebab Syahir ada kelas tambahan selasa nie, kalau balik pun x berbaloi, minyak mahal (agak2 minyak naik harga lagik x?), baliknya sekejap. Nak Syahir ponteng, dah selalu ponteng, UPSR nya da dekat, uhuk33 -_- 
Apa-apapun tetap happy sbb nenek bg duit raya dan mama masak soto! (e_~)
Lain hari, lain waktu, akan berceloteh lagik! Jaga diri, jaga iman jaga peribadi.


Ihfazillah yahfazka
butterflybuddy
4 Syawal 1434H
10.00pm


Wednesday, July 24, 2013

15 Ramadhan...

15 Ramadhan 1434H akhirnya menjengah tiba. Bagaimana dengan puasamu? Bagaimana dengan amalanmu?

Did you see the beautiful full moon last night? That means our beautiful Ramadhan is halfway and we have just 2 weeks to enjoy its blessings...

Halfway of ramadhan, Allahumma balighna ila akhir Ramadhan warzuqna Lailatulqadr. Allahumma ameen...


bila tangan menulis: terupdate juga. Tiada cerita yang ingin ku bicarakan. Aku masih di sini, menimba ilmu. Done with our midsem paper and tomorrow we have a quiz. May Allah bless. Jaga diri jaga peribadi jaga iman. Selamat beramal dan selamat berpuasa. 

ihfazillah yahfazka
butterflybuddy
15 Ramadhan 1434H
10.50am

Tuesday, July 9, 2013

Marhaban ya ramadhan~

As we enter this blessed month of mercy, I give this advice to myself first, and then to you:
Don’t let this Ramadan be just a holiday of rituals. Don’t finish reading the Quran without it transforming you. Don’t feed your body at suhoor, but starve your heart of Qiyam. Don’t reduce this downpour of mercy to just a month of sweets and lavish iftars. Seek Him, you will find. Take a sincere step towards change, transformation, redemption. If you do, you will find Him in front of you. Find Him this month. He’s been there all along. Closer than your jugular vein. Look and you’ll find. Walk and you’ll arrive.
-Yasmin Mogahed-

Ya Allah temukanlah aku dengan Ramadhan~
Semoga kita keluar dari Ramadhan sebagai pemenang dan menjadi manusia yang disucikan daripada dosa-dosa, seperti bayi yang baru lahir dari rahim ibunya.


antara amalan doa yang boleh kita amalkan di bulan mulia ini.

Bila tangan menulis: Cukup setakat ini. Selamat berpuasa dan selamat menjalani ibadah di bulan yang penuh barakah. Semoga Ramadhan kali ini menjadi titik perubahan kita ke arah lebih baik, InsyaAllah. First time berpuasa di Kuantan tanpa di sisi keluarga. Sangat sedih, tapi apakan daya aku mesti kuat. Ada hikmah di sebalik apa yang telah Allah tentukan. Malam nie dah start berterawih di masjid dan esok ada quiz, need to stop here. Semoga dipermudahkan segala urusan.  


Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak
Ihfazillah yahfazka
butterflybuddy
29 Sya'ban 1434H

Friday, July 5, 2013

Last friday in Sya'ban...

Bismillahirrahmanirrahim...
Semoga kalian berada dalam nikmat iman dan Islam.
"Kak wani, qilah pinjam laptop, nak update blog jap". Alhamdulillah, selesai untuk kelas di minggu kedua di sem 3 2012/2013. Habis kelas, beli makanan dan online sekejap untuk mengetahui apa yang berlaku di Malaysia dan negara luar. Susah betul xde internet, memang ketinggalan atau seperti katak di bawah tempurung. laptop sendiri tak leh connect dengan wifi UIA, so pinjam laptop orang laa jawabnya. Hari ini Jumaat yang terakhir di bulan Sya'ban sebelum menutup tirainya. Salah Jumaat dan jumuah mubarakah.


"Dah habis baca surah Al-Kahfi?" Kalau belum jangan lupa habiskan. Banyakkan berselawat dan berdoa. Kembali kepada isu Dr Morsi, Allah Allah, menitis air mata melihat video Dr Morsi. Sangat sedih! Peritnya perjuangan, sering kali ku ingatkan pada diri, bahawasanya jalan perjuangan yang kita pilih ini sukar, payah dan penuh onak duri di awalnya, tetapi ingatlah satu hari nanti pasti ada kemanisan di hujungnya.

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap-siaga (diperbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beruntung" (Ali-Imran :200)Allah Allah, moga Allah beri kekuatan, kekuatan dan kekuatan untuk seluruh umat Islam. Teruskan berdoa untuk saudara Islam kita di sana.
Apabila melihat wajah Dr. Morsi, hati menjadi sebak. Walaupun tiada hubungan darah dengan beliau atau mana-mana rakyat Mesir, tautan ukhuwah dan sedih bersatu. Indahnya ukhuwah Islam. Ukhuwah ini mendekatkan yang jauh, merapatkan yang dekat. Sakit mereka, sakitlah kita. Itulah silaturrahim. Doa kita adalah untuk kemenangan Islam di muka bumi ini.
Pray for Egypt, pray for Islam. 

Allah Allah, speechless bila terbaca sajak yang ditulis oleh isteri Dr Morsi, Dr Najlaa berkaitan suaminya...

Di hari-hari yang penuh dengan ujian,

tatkala aku masuk ke dalam bilik,
kelihatan beliau sentiasa sujud memohon pertolongan kepada Allah 
dalam keadaan menangis mengadu halnya dan negaranya.. 
Apabila dia nak tidur, tangisan itu kedengaran 
walaupun beliau berada di atas katilnya
sehingga basahnya umpama mandi.. 
Demi Allah wahai Dr Morsi, 
nescaya Allah tidak akan membiarkan kamu 
terus bersedih dan meninggalkan kamu tanpa pertolongan daripadaNya 
disebabkan keadaan wajahmu yang bersinar dan hatimu yang bersih.. 
Maralah wahai Sang Presiden, 
Demi Allah jika Dia menggoncangkan sungai Nil dan Laut..
nescaya digoncangkan mereka bersama mu..

Sungguh menyentuh hati, Allah Allah. 
Kemenangan Islam itu dalam doaku duhai sahabat..
Hasbunallahu wani'mal wakeel.

Antara lain, rintihan Dr Morsi yang dishare di facebook:

RINTIHAN DR MORSI

Sesungguhnya,
Aku melalui jalan-jalan yang sukar sangat,
Bukanlah aku mahukan jawatan sebesar ini,
Bukanlah aku dambakan kedudukan teratas sebuah negara,
Bukanlah impianku untuk menjadi orang pertama harapan rakyat,

Keberadaaanku adalah kerana ALLAH mahukan agama ini dijaga,
Kerana agama ini sahajalah penyelamat segala,
Kerana kebenaran ini sahaja yang membuka mata,
Menyedarkan hati-hati yang kebutaaan agama,

Islam ini bukanlah semata-mata luaran pakaian sahaja,
Islam ini bukanlah pada percakapan dan manis tutur kata sahaja,
Islam ini perlu bergerak seiring dengan iman,
Iman yang membuktikan segala kepatuhan agama,

Kerana dalam setiap apa pun, Sama ada hati, percakapan, ataupun perbuatan,
Itulah islam bagiku, Kaffah, menyeluruh, Kita bukan islam biasa-biasa.

Maka itu yang aku mahukan ianya berlaku dalam negara kita,
Segala macam korupsi yang ada,
Apakah dianjurkan islam?
Dengan segala hak rakyat menjadi hak milik orang-orang besar,
Adakah itu yang islam harapkan?

Orang-orang miskin di tepi jalan,
Semakin ramai yang menganggur, jenayah dan maksiat, berpeleseran seperti syaitan,
Apakah itu yang islam anjurkan?

Itulah yang mahu aku baiki,
Untuk semua rakyat di negara ini,
Kita ada agama yang memimpin hidup kita,
Kita ada TUHAN yang akan menilai tingkah laku kita,

Ingat hari kiamat akan muncul, dan semuanya akan dipertontonkan semula.
Aku memohon ampun atas kelewatanku, Untuk mengurus negeri ini,
Aku mengetahui batasan aku,
Aku mengakui ketidakmampuanku pada sesuatu perkara,

Namun, ku mengharapkan, kamu membantu aku,
Bersama-sama kita bangunkan negeri ini,
Jika tidak ada sokongan kamu,
Aku tidak akan berada di sini,

Ku hanya memohonkan sabarmu,
Ku hanya memohonkan komitmenmu,
Ku hanya memohonkan bantuanmu,
Bantulah aku untuk kita bina negara ini bersama,
Kerana ianya bukan hak mutlak diriku,
Dia adalah milik kita bersama,

Tetapi keadaannya tidak demikian,
Kau malah menuduh aku bermacam-macam,
Sikapmu yang tidak sabar,
Ianya hanya merugikan kita.

Maka, aku hanya mengharapkan ALLAH Yang Satu,
Untuk membantu perjuanganku ini,
Kerana DIA bersikap tidak pernah meninggalkan Hamba-NYA,
Maka aku hanya berpegang dengan Tali-NYA,

Allahumma, bantulah aku Ya ALLAH, kerana aku membawa Agama-MU,
Allahumma, sentiasalah bersama- samaku ALLAH, untuk memimpin negara ini,
Allahumma, kerana cukup Kekuatan-MU Ya ALLAH,

Maka aku merasa KAU mencukupi untukku.

Bismillahi tawakkaltu 'ala Allah, la haula wa la quwwata illa billah!



bila tangan menulis: Stop here. Need to wash my clothes, mesin rosak, kena basuh tangan, ala kesiannya! Semalam keluar shopping, bukan shopping sgt pun, tapi keluar cari sandal. Pusing satu mega cari kasut, alahai, xde yang murah! Akhirnya kasut jugak yang kubeli. Dan semalam juga, ke kedai buku Popular, sekarang popular tgh buat promosi, so walaupun bukan ahli dapat 10%, so bila duit dalam tangan, aku membeli buku Di Mana DIA di hatiku, karya ustaz Pahrol Mohd Juoi. Buku nie dah pernah beli dulu tapi entah siapa dan di mana buku itu berada, akhirnya aku ambil keputusan untuk beli baru. Ini adalah buku kesayanganku, tak kesah abes duit semata-mata untuk dapatkan buku ini. 
Teringat pesanan dari seorang kakak: sekarang bukan masa untuk merenung nasib kita, apa yang terjadi pasti ada hikmahnya, penuhkan ilmu di dada, fikirkan apa yang kita ingin sumbang pada umat Islam. Hidup kita untuk memberi sebanyak-banyaknya, bukan hanya menerima.

Technique in Audiology, here I am... 

Ada hikmah di sebalik apa yang terjadi! keep moving forward 

Teringat kata-kata: Live your life as you did in Ramadhan. And your death will be like eid. 

Banyakkan berdoa. Allahumma bariklana fi sya'ban wa ballighna ramadhan. 

Ahlan Ramadhan.



ihfazillah yahfazka
butterflybuddy
edited at 3.30pm
5th July 2013




Tuesday, July 2, 2013

Counting days for Ramadhan...

Jam menunjukkan pukul 2.58pm, hujan sudah reda, matahari pun mula memancarkan sinar. Short semester aka semester 3 2012/2013 sudah bermula. Maka bermulalah perjuanganku di UIA Kuantan Campus. Esok ada quiz tp sempat lagik update blog. Adeh! Sunyi sepi UIA almaklumlah yang lain sedang seronok menikmati cuti 3 bulan, jeles. Dan sekarang saya HOMESICK T_T.

Nak update blog pun kena pinjam laptop kawan, tq Shera sbb bg orang di sini update blog. Hehe. Laptop sendiri x dpt nak connect dgn wifi UIA, so kena laa pinjam laptop org tuk on9. Kelas waktu short sem tidaklah memenatkan buat setakat ini, tp kena study terus lepas kelas, almaklumlah, exam pun dah dekat. Ada hikmah jugak laptop xdpt connect dgn wifi, boleh laa tumpu study, ahahaha ._.

Syaaban bakal menutup tirai, Ramadhan bakal menjelma tidak lama lagi. 
Counting days for Ramadhan...

Bila dengar lagu Maher Zain, Ramadan, terus jatuh cinta. Ulang banyak kali pun tak boring. 
Sungguh menuntun jiwa.
Ahlan wasahlan Ramadhan.
Moga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan yang lalu. 
I wish to meet you Ramadhan...


You lift me up high
You spread my wings
And fly me to the sky
I feel so alive
It's like my soul thrives in your light
But how I wish you'd be
Here with me all year around

Chorus:
Ramadan Ramadan,
Ramadanu ya habib
(Ramadan, Ramadan,
Ramadan O beloved)
Ramadan Ramadan
Laytaka dawman qareeb
(Ramadan, Ramadan,
How I wish you were always near)

Love is everywhere
So much peace fills up the air
Ramadan month of the Quran
I feel it inside of me, strengthening my Iman
But how I wish you'd be
Here with me all year around

Chorus
I just love the way you make me feel
Every time you come around you breathe life into my soul
And I promise that
I'll try throughout the year
To keep your spirit alive
In my heart it never dies
Oh Ramadan!

Allahumma bariklana fi Sya'aban, wa balighna Ramadhan. Balighna Ya Rabb!

bila tangan menulis: I'll stop here. Esok quiz, need to revise and study. Doakan saya semoga semuanya berjalan lancar. Bacaan buku Nasihat Ramadan dari orang-orang soleh belum abes lagik. Sila habiskan! Acoustics Reflex, here I am...


Ihfazillah yahfazka
butterflybuddy
2.58pm
2/7/2013

Thursday, June 20, 2013

IIUM Kuantan, here I come...

IIUM Kuantan Campus, here I come...
(errr, tak datang lagik tapi InsyaAllah, akan meneruskan perjalanan menuntut ilmu untuk semester 3 2012/2013 - officially start next week)
Sedih untuk meninggalkan family, adik-adik tapi apakan daya perjuangan menuntut ilmu perlu aku teruskan hingga ke akhirnya. Walau tersadung jatuh, akan kucuba bangkit meneruskan perjalanan hidup ini. Biarlah apa orang nak kata, yang penting aku redah jalan yang kulalui. Kepada Allah aku berserah.

Haruskah kita terus menyesali kegagalan yang telah kita buat? Berhenti berjalan kerana sebuah kegagalan?
Untuk apa kita masih berdiam diri sedangkan masa terus berputar tanpa henti. Sedarkah kita???
Mulailah merangkak, berjalan walaupun perlahan. Kegagalan bukanlah jalan buntu, bukan juga jalan sempit,
Tapi ia merupakan jalan menuju kejayaan. Pilihan di tangan kita sama ada bangkit dan berjalan ke arah kejayaan atau menyesali diri terus-menerus menuju arah kegagalan. 

Tersenyumlah dan katakan "AKU BANGKIT!!!"
pandang ke hadapan demi masa depan yang lebih cerah dan lebih baik. 

Optimislah dalam berusaha
Orang yang berjaya dalam hidup memulakan usaha dengan rasa optimis, semangat berdikari dan berserah kepada Allah. Dia yakin usahanya yang baik tidak akan disia-siakan Allah.

Firman Allah Taala yang bermaksud : 
"...Sesungguhnya Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.
 -Surah At-Taubah Ayat 120



It’s all about mind. Think +ve, act +ve, insya Allah the result is +ve. Allah mengikut sangkaan hambaNyaSentiasa besangka baik dengan Allah kerana Allah Maha Penyayang dan tidak pernah menzalimi hambaNya melainkan kita sendiri yang zalimi diri sendiri.
Teruslah bersangka baik denganNya.

Teringat akan tazkirah atau pesanan dari sahabatku, Najah. Dia menghadiahkan aku sepotong ayat cinta dari Al-Quran. Ketika itu terus aku berfikir, semuanya sudah termaktub dan tertulis dalam takdirNya. Berjaya, gagal, sedih, gembira, musibah, rezeki, jodoh dan ajal, semuanya sudah tercatat di luh mahfuz Allah. Apa yang penting, kita sebagai hamba Allah haruslah terus berusaha dengan bersungguh-sungguh dan doa berterusan agar Allah memberikan yang terbaik untuk kehidupan kita. 


"Dan kunci semua yg ghaib ada padaNya. Tiada yg tahu selain Dia. Dia tahu apa yg ada di darat dan di laut. Tidak ada sehelai daun pun yang gugur yg tidak diketahuiNya. Tidak ada sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak pula sesuatu yg basah atau kering, yg tidak tertulis dlm kitab yg nyata Luh Mahfuz"
- Al-An'am: ayat 59. 


"Allah did not promise that life would be easy, but He did promise to always be beside you, in every step of your life"
Moga Allah bagi kekuatan untuk menuntut ilmu, moga dengannya dipermudahkan jalan ke syurga :)

Peringatan buat diri:

Aku minta kepada Allah setangkai bunga segar, DIA beri kaktus berduri. 
Aku minta kupu-kupu, DIA beri aku ulat berbulu…
 Aku sedih dan kecewa. 
Namun kemudian, kaktus itu berbunga indah dan ulat berbulu itu menjadi kupu-kupu yang cantik…

 Itulah kejadian Allah, indah pada masanya…



 Allah tidak memberi apa yang kita harapkan tapi DIA memberi apa yang kita perlukan…
 Kadang-kadang kita sedih, kecewa, terluka…

 Tapi jauh di atas segala-galanya, DIA sedang menghantar yang terbaik dalam kehidupan kita..



 Ingatlah…
 Bila Allah cepat makbulkan doamu…

 Maka Allah menyayangimu..

 Bila doamu lambat dimakbulkan…

 Maka tandanya Allah mahu mengujimu..

 Dan apabila doamu tidak dimakbulkan…

 Tanda Allah merancang sesuatu yang lebih baik buatmu….

 Oleh itu, bersangka baiklah dalam apa jua keadaan kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNya…


 “Ya Allah, padaMu aku meminta, padaMu aku berserah dan kepadaMu aku kembali….”


Don't lose hope, you never know what tomorrow may bring.

Back to my post, insyaAllah, I will back to Kuantan maybe on Saturday or Sunday (tak balik lagik pun!)
Pasakkan azam, teguhkan diri dan pasang niat belajar kerana Allah. Moga ada hikmah di sebaliknya. Allah Allah. Ya Allah, make me strong...

Doa yang diulang-ulang oleh Rasulullah menjelang Ramadhan:

“Allahumma Ballighna Ramadhan”

الَلهمَ بلَغنا رمضان
“Ya Allah Sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.”

Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar!

Bila tangan menulis: Alhamdulillah atas nikmat yang telah Engkau berikan. Tiada ucapan lain yang bisa aku katakan, terjemahkan erti syukur! Alhamdulillah. Senang hati, akhirnya aku dpt buat banner blog, punyalah lama pikir mcm mane laa blog org lain buat, akhirnya, syeikh google membantu, ahaha :D Maka terhasillah blog banner ku. Stop here. Jumuah mubarakah, jangan lupa baca surah Al-Kahfi dan banyakkan berselawat ke atas nabi Muhammad saw. Banyakkan membaca qunut nazilah. Ya Allah, selamatkan umat Islam dan negara Syria dr cekaman kezaliman.


ihfazillah yahfazka
butterflybuddy
11.00pm
20.6.2013

Sunday, June 16, 2013

cuti yang berbaki~

Setelah sekian lama, blog ini terupdate juga. Cuti sem 2 2012/2013 sudah lama bermula (sudah dalam seminggu, mungkin). Tik tok tik tok, nak masuk Tahun 3 bulan 9 nie. Perasaan??berdebar, gembira, suka, sedih dan sebagainya. Perasaan bercampur baur, serius, I'm speechless. Ada apa dengan Tahun 3??? Tahun 3 adalah clinical year, mengapply semua ilmu yg dipelajari sewaktu tahun 1 dan tahun 2. Rasa baru semalam sahaja aku berada di Tahun 1 (diri makin tua, hahaha)

Jealous dengan kawan-kawan yang sedang bekerja, almaklumlah cuti UIA, 3 bulan, untunglah. Aku macam biasa, cutiku kali ini adalah untuk berbakti untuk abah, mama dan adik-adik. Waktu inilah yang dapat tolong mereka, walaupun tak dapat balas jasa mereka, tapi sekurang-kurangnya aku dapat meringankan beban mereka. What I can say that: SAYA BIBIK TERHORMAT (haha, bibik dpt gelaran jgk eh???asal aku gembira, no prob!)

InsyaAllah tahun ini, aku ambil short sem, tak seperti kawan-kawan yang lain, almaklumlah ada satu subjek lgk yg masih belum kuambil. Tak silap minggu depan bermula short sem, serius perasaan bercampur baur, tapi apakan daya, aku harus laluinya. Teringat kata-kata yang dikongsi oleh Yasmin Mogahed:

"He wants to make you tired of everything, so that you may not be distracted from Him by anything."
--ibn `Ata'illah as-Sikandari (RA)

This reminds of the fact that Allah wants us to rely on Him totally and at all times. Submitting completely to Him by fully depending on Him and remembering Him for any task we do at any moment.
Ihfazillah yahfazka.
Jagalah Allah maka Allah akan menjaga kamu.

Short semester, I'm waiting you!
Redah sahaja, sesungguhnya Allah Ya Baari', Engkau Maha Mengatur agenda, jadikan daku abdiMu yang sejati. 
Serahkan segalanya pada Dia kerana Dia Maha Mengetahui.
Biarlah mereka dengan perkara mereka, aku perlu meneruskan perjuanganku. 

 "Barangsiapa yang melalui suatu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah akan permudahkan baginya suatu jalan menuju ke syurga"

وَمَنْ سَلَكَ طَرِيقاً يَلْتَمِسُ فِيْهِ عِلْماً، سَهَّلَ اللهُ لَهُ بِهِ طِرِيقاً إِلَى الْجَنَّة


People around us
Mereka adalah warna-warna yang mencorakkan kertas kehidupan kita.
Bersyukurlah.
HabluminAllah wa Habluminannas merupakan kata Allah di dalam al-Quran yang membawa maksud yang begitu mendalam. 
Kalimah ini bermaksud kita perlu menjaga hubungan kita dengan Allah dan hubungan kita sesama makhluk. 
Barangsiapa yang memperbaiki hubungannya dengan Allah, maka Allah akan memperbaiki hubungannya dengan sesama manusia.


Bila tangan menulis:
Sekian lama, akhirnya hari nie, baru terbuka blog penulis Syed Alwi Alatas, a writer with more than 20 books in many subjects/ genres. 
His blog entitled: Belajar dari kehidupan.  CLICK here!
Full of meaning. 
Masa lalu bukan untuk direnung tetapi sebagai pengajaran untuk memulakan hari yang baru esok kelak.

Antara kata-kata mutiara, “Ikatlah nikmat-nikmat Allah dengan bersyukur kepada-Nya.”
Umar bin Abdul Aziz. 


Bila tangan menulis: Baru ada 2 buah buku karya beliau, need to cari dan kumpul duit, nanti boleh beli lagik, ngee... e_~

Saya beli buku lagi. Pantang tengok buku, semua nak beli. Nasib baik laa duit tak de dlm tangan, kalau tak pasti habis dengan beli buku. Adoyai! 
Belinya banyak baca satu pun tak habis, pesan pada diri: sila habiskan pembacaan buku-buku anda!
Tapi tapi semalam, beli juga satu buku, berguna untukku nanti, insyaAllah!

Dan dan dan
Tetiba teringin nak berkarya seperti dulu- hasilkan novel dan cerpen, wah, seronoknya.
Moga diberi kesempatan, idea-idea yang berlimpah ruah seperti ladang gandum, hehehe, dah ke laut pulak!
Stop here. 
Ada masa akan ku update lagik!


Allahumma bariklana fi rajab wa syaaban wa ballighna ramadhan~
Ya Allah, berkatilah kami dalam ulan Rejab dan Syaaban, dan panjangkanlah usia kami sehingga Ramadhan.

ihfazillah yahfazka
11.50am
butterflybuddy
16.6.2013

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...