Wednesday, November 10, 2010

KELEBIHAN QIAMULLAIL~!!!

Bismillahirrahmanirrahim...

SUBHANALLAH
ALHAMDULILLAH
ALLAHU AKBAR

Alhamdulillah, aku masih dapat hidup dalam nikmat iman dan Islam.
Post kali ini berkaitan dengan qiamullail. Kita sering digoda oleh syaitan dan hawa nafsu agar meninggalkan perintahNya, tetapi dengan melakukan qiamullail dan perbuatan yang mendekatkan diri dengan Allah, insyaAllah kita akan istiqamah dalam melakukan ibadah kepadaNya. Sedang orang lain lena dibuai mimpi, kita bangkit dari tidur, kita ber qiamullail, merupakan sesuatu yang Allah sukai. Bak kata ustazah saya, sewaktu di sekolah dahulu, "Kita mesti lakukan qiamullail walaupun sekali setahun." (walaupun tak dapat lakukan qiamullail tiap-tiap hari sekurang-kurangnya dalam seminggu, kita qiamullail kan?? nasihat pada diri sendiri, hehe!!!)

Kelebihan Qiamullail



1.                  Daripada Abu Hurairah : Aku bertanya : Wahai Rasulullah! Beritahulah kepadaku tentang suatu amalan yang membolehkan aku masuk Syurga lalu nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sebarkanlah salam, jamukanlah makan, dirikanlah solat sedangkan manusia lain sedang tidur nescaya engkau akan masuk Syurga dengan selamat – Dikeluarkan oleh Imam Ahmad, Hakim dan Ibnu Habban dengan sanad sohih
 
2.                  Daripada Abdullah bin Salam katanya bahawa nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Wahai sekalian manusia! Sebarkanlah salam, jamukanlah makan, jalinkanlah silaturrahim dan bangunlah untuk dirikanlah solat sedangkan manusia lain sedang tidur nescaya kamu akan masuk Syurga dengan selamat – Dikeluarkan oleh Tarmizi, Ahmad, Hakim, Darimi, Ibnu Majah dan Ibnu Saad dengan sanad sohih
 
3.                  Daripada Abu Hurairah katanya bahawa nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Puasa yang paling afdhal selepas puasa Ramadhan ialah puasa pada bulan Allah Muharram dan sembahyang sunat yang paling afdhal selepas solat fardhu ialah solat pada waktu malam – Dikeluarkan oleh Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasaie, Ibnu Khuzaimah, Ahmad, Darimi, dan Baihaqi dengan sanad sohih
 
4.                  Daripada Abdullah ibnu Umar katanya bahawa nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Wahai Abdullah ibnu Umar! Janganlah engkau menjadi seperti si Pulan di mana dia bangun pada waktu malam tetapi dia tidak melakukan ibadat qiamullail – Dikeluarkan oleh Imam Bukhari, Muslim, Ibnu Majah dan Ahmad  dengan sanad sohih 




Keutamaan Qiamulail

1.                  Sembahyang Malam - amalan orang soleh

Dari Ummah Al-Bahili dari Rasulullah s.a.w ; "hendaklah kamu melazimkan (qiamulail) sembahyang malam.  Sebab itu adalah amalan orang-orang soleh sebelum kamu.  Ia menghampirkan kamu    dengan tuhan, menebus keburukan (kamu) dan mencegah dari    melakukan dosa." - ( Riwayat At-Tarmizi )

Dalam riwayat Salman Farisi ditambah lagi dengan faedah lain iaitu, "ia dapat menghilang penyakit dari dalam tubuh." - ( Riwayat At-Tabrani )

2.         Sembahyang Malam - Sumber Rahmat

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda ;
"Allah merahmati orang yang bangun pada waktu malam dan mengejutkan isterinya untuk sembahyang.  Jika isterinya payah sedar ia merenjiskan air di wajahnya.  Dan Allah merahmati isteri yang bangun waktu malam bersembahyang dan mengejutkan suaminya (agar beribadah).  Jika suaminya     enggan (liat) untuk bangun maka ia merenjiskan air diwajahnya."                                         - ( Riwayat Abu Daud )

3.         Sembahyang Malam - mendapat martabat Zakirin dan Zakirat

Abu Hurairah r.a. dan Abu Said meriwayatkan sabda Rasulullah s.a.w. "Jika seorang suami mengejutkan isteri (keluarganya) diwaktu malam dan bersembahyang (walau dua rakaat) mereka ditulis dalam golongan 'zakirin dan zakirat\'."  - ( Riwayat Abu Daud )

Dalam Hadis lain, Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa ;

"Keutamaan sembahyang malam dari sembahyang siang adalah seperti keutamaan bersedekah secara senyap-senyap dari bersedekah terang-terang." - ( Riwayat Tabrani )

Berkata Samrah bin Jundub, "Rasulullah s.a.w. menyuruh kita sembahyang malam baik sedikit atau banyak dan supaya ditamatkan sembahyang tersebut dengan witir." - ( Riwayat Tabrani dan Al-Bizzar )

4.         Hendaklah diamalkan walaupun sedikit

Iyas bin Mu\'awiyah Al-Muzni meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda ; "Boleh dikerjakan sembahyang malam meski pun (masanya) sekadar memerah susu seekor kambing. Dan (waktu) selepas sembahyang Isya\' itu dikira sebagai (waktu) malam." - ( Riwayat Tabrani )

Menurut Ibnu Abbas, Rasulullah s.a.w. menyuruh dan menggalakkan umatnya sembahyang malam hinggakan beliau pernah bersabda, "Hendaklah kamu (melazimkan) sembahyang malam walau pun sekadar satu rakaat." - ( Riwayat Tabrani )

5.         Kemuliaan diperolehi dengan sembahyang malam

Sahl bin Saad r.a. menerangkan (pada suatu ketika) Jibril datang menemui Rasulullah sambil mengingatkan beliau, \"Wahai Muhammad, hiduplah semahu mu namun engkau pasti mati. Berbuatlah (apa sahaja) sekehendak mu, sesungguhnya perbuatan mu akan dibalas.  Cintailah juga siapa yang engkau mahu, namun engkau pasti berpisah juga dengannya.  Ketahuilah bahawa kemuliaan seorang mukmin itu pada sembahyang malam dan kehormatan (harga) dirinya ialah dengan tidak meminta-minta pada orang lain." - ( Riwayat Tabrani )

Dari Ibnu Abbas, "Semulia-mulia umat ku ialah Hamalatul Al-Quran dan orang-orang yang melazimi sembahyang malam."  Orang yang sembahyang malam ini maksudnya ialah yang beribadah dengan tahajjud, zikir dan istighfar.  Manakala Hamalatul Al-Quran pula ialah orang-orang yang hafal Quran, menurut suruhanNya, mengelak atau meninggalkan laranganNya.  Tidak membaca Quran di tempat-tempat yang menjatuhkan martabatnya disamping mereka menunjukkan contoh tauladan yang baik.

Amru bin Utbah pernah mendengar sabda Rasulullah s.a.w. bahawa, "Masa yang seorang hamba Allah itu paling hampir denganNya ialah di larut-larut malam.  Maka seandainya engkau mampu untuk ikut serta menjadi orang yang mengingati Allah ketika itu maka, jadilah seperti mereka." - ( Riwayat Tarmizi )

6.         Tanda menjadi kekasih Allah

Abu Darda' meriwayatkan sabda Rasulullah s.a.w. ;

"Tiga golongan yang Allah kasihkan kepada mereka; Allah gemar/gembira dengan mereka.  Orang yang pasukannya hampir kalah tetapi terus berperang (menggadaikan) nyawanya demi Allah s.w.t.  Tekadnya ialah sama ada ia terkorban (syahid) atau dimenangkan oleh Allah dan diselamatkan olehNya.     Sehingga Allah berkata; "Lihatlah kalian kepada hamba mu ini, demikian sabarnya dia demi aku. "  Orang yang punya isteri rupawan dan tilam yang empuk nyaman namun ia bangun sembahyang malam."  Allah sampai berkata, "(demikian sekalian dia), ia sanggup meninggalkan nafsu syahwatnya dan mengingat Aku, pada hal jika dia mahu, dia boleh terus tidur."  Dan orang yang     dalam perjalanan bersama teman-teman.  Mereka berjaga (kerana     perjalanan), kemudian mereka tidur, namun ia bangun bersembahyang di larut malam dengan payah dan mudah." - ( Riwayat Tabrani )

Firman Allah swt, "Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran." Surah Al-Ashr

Dari Abdullah bin \'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:
" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat." 


Tinta penaku,
aqilah


p/s : RAFEST menjelang tiba, MUET around the corner, QUIZ BIO and QUIZ MATHS coming soon. 4 in 1. Ya Allah, permudahkanlah urusanku. Kepada kawan-kawan yang sama bikin denganku, good luck~!!! Till then, assalamualaikum.




LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...