Assalamualaikum kawan-kawan. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ditujukan hanya padaMu, Allah S.W.T, tuhan sekian Alam, yang tiada sekutu bagi-Nya. Syukur atas nikmat yang paling besar kurniaan-Nya kepada kita, nikmat iman dan islam. Bersyukurlah atas nikmat kurniaan Allah kepada kita. Alhamdulillah, sekembalinya ke bumi CFS ini, menghadiri kelas-kelas UNGS dan talaqi, sedikit sebanyak input yang ingin kukongsi bersama kawan-kawan.
Mungkin anda tertanya-tanya apakah UNGS kan??? UNGS ini adalah salah satu subjek yang wajib dipelajari oleh IIUM student. This subject is about Islam, history of Islam and civilization and many mores. Boleh dikatakan subjek ini adalah subjek famous budak UIA. Kepada rakan-rakan yang belum taking this subject, semoga bersabar~. Diberi kesempatan untuk bertalaqi setelah sekian lama bercuti, Alhamdulillah.
Talaqi bermula dengan qasidah dan kemudiannya Ustaz memulakan dengan pembacaan hadis kesepuluh dalam kitab hadith 40 syarahan Imam Nawawi.
عَنْ أَبِي هُرَیْرَة رَضِىَ الله عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : (( إِنَّ الله تَعَالَى طَيِّبٌ لاَ یَقْبَلُ إِلاَّ طَيِّبَا وَإِنَّ الله أَمَرَ المُؤْمِنِيْنَ بِمَا أَمَرَ بِهِ المُرْسَلِيْنَ فَقَالَ تَعَالَى: { یَآ أَیُّهَا الرُّسُلُ آُلُوا مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَلُوا صَالِحًا } وَقَالَ تَعَالَى: { یَآ أَیُّهَا الَّذِیْنَ آمَنُوْا آُلُوا مِ ن طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاآُمْ } ثُمَّ ذَآَرَ الرَّجُلَ یُطِيْلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ یَمُدُّ یَدَیْهِ إِلَى السَّمَآء: یَا رَبّ! یَا رَبّ! وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ، وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ، وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ، وَغُذِي بِالحَرَامِ، فَأَنَّى یُسْتَجَابُ لَهُ! )) رواه مسلم.
Dari Abu Hurairah r.a : Telah bersabda Rasulullah SAW : " Sesungguhnya Allah Ta'ala itu baik, dia tidak akan menerima melainkan yang baik sahaja. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan kaum Mukminin sama sebagaimana Dia memerintahkan para Mursalin (para Rasul). Allah berfirman : ' Wahai para Rasul, makanlah dari yang baik-baik dan kerjakanlah amalan yang soleh. ' Dan Allah berfirman lagi : ' Wahai orang-orang yang beriman, makanlah dari makanan yang baik yang Kami berikan kepada kamu. ' Kemudian Rasulullah SAW mengisahkan tentang seorang lelaki yang telah belayar jauh. Rambutnya kusut, berdebu, mengangkat kedua belah tapak tangannya ke langit serta memohon : Ya Tuhanku ! Ya Tuhanku ! Sedangkan makanannya dari yang haram, minumannya dari yang haram dan pakaiannya dari yang haram, dan dia telah dikenyangkan dari sumber yang haram. Alangkah jauhnya dia (doanya) untuk dikabulkan. '
Kefahaman Hadis :
1) Suci Allah dari kekurangan atau keaiban atau tidak perlu rakan dan anak atau tidak zalim dan tidak tidur.
2) Diterima atau tidak amalan
- bergantung kepada pemakanannya halal atau haram.
- sebab kepada diterima atau tidaknya doa atau ibadah.
3) Sebab- sebab diperkenankan doa serta beberapa adabnya:
- perjalanan yang jauh
- (Hadis - tiga jenis doa yang diperkenankan ialah doa orang yang dizalimi, orang dlm musafir dan doa bapa terhadap anaknya)
- berpakaian lekeh (usang) - sebagaimana disunatkan dlm solat Istisqa’.
- mengangkat tangan ke langit - hadis nabi berkenaan dengannya.
- mengulang-ulang nama Allah - (3x) - sebagai tanda sangat berhajat.
- penjagaan makanan, minuman dan pakaian .
Pengajaran hadis:
lslam menuntut umatnya menjaga diri dari semua aspek; kebersihan diri dan hati, keelokan berpakaian, kebersihan amalan perbuatan juga budi pekerti. Sesungguhnya Allah SWT itu baik. Dia hanya menerima perkara yang baik-baik sahaja. Amalan, pakaian, tempat tinggal, kenderaan dan makanan seseorang mempunyai hubungan rapat dengan darjat kemuliaan diri dan peningkatan maqam hatinya. Oleh itu, seorang mukmin dituntut menjaga amalan, tingkah laku dan pakaian serta memakan hanya benda yang baik. Makanan yang baik ialah makanan yang halal. lni tidak menafikan makanan yang berzat dan bervitamin, kerana Allah sifatkan makanan yang baik, bukan sekadar yang halal. Makanan dan perbuatan yang haram menghalang pembersihan jiwa seseorang, sekaligus menghalang doa daripada dimakbulkan Allah.
Ingin berkongsi sedikit input yang dapat sewaktu talaqi Ustaz Muhadir. Andai ada salah silap dalam bahasa dan penerangan ana, mohon tunjuk ajar dan teguran.
1. beramal dengan ilmu
- Sesiapa yang beramal tanpa ilmu , amalannya tidak akan diterima.
Janganlah kita asyik berlumba-lumba mencari bekalan dunia sehingga terlupa pertemuan kita dengan Allah. Mari kita fikir sejenak tentang nasib kita di akhirat kelak. Adakah amalan kita diterima oleh Allah swt? Atau apakah amalan kita nanti mampu menyelamatkan kita dari azab Allah? Atau mungkin saja amalan kita yang banyak itu tidak diterima oleh Allah dan tidak menyelamatkan kita dari azab-Nya? Atau mungkin saja amalan itu dikerjakan tidak ikhlas kerana Allah atau mungkin saja amalan itu dikerjakan tanpa ada ilmunya? Sama-sama kita fikirkan...
Sabda Nabi Muhammad saw : Ada seorang wanita yang selalu berpuasa di siang harinya dan qiammullail pada malamnya tetapi dia selalu mengumpat dan menyakiti jirannya, maka dia merupakan ahli neraka.
Astaghfirullah al-azim. Jom kita sama-sama ambil pengajaran dari kisah ini.
2. Orang yang beriman itu ada kedudukannya, yang paling mulia ialah yang beriman dan bertaqwa.
3. usahakan dirimu untuk menuntut ilmu – besar ganjaran pahala
4. jangan makan benda yang haram dan elakkan makan benda yang syubhat.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Setiap jasad yang membesar daripada benda-benda yang haram maka api nerakalah yang layak baginya”.
(Riwayat al-Baihaqi dan Abu Nuim)
Saad bin Abi Waqas, siapakah beliau???
Nama lengkapnya Saad bin Malik bin Uhaid bin Abd Manaf Az-Zuhri, biasa dipanggil Abu Ishaq dan digelari Faris Al-Islam. Dilahirkan di Mekkah pada tahun 23 sebelum hijrah.
Saad adalah orang yang pertama memanah dalam perang di jalan Allah dan orang pertama yang terkena panah juga. Saad adalah salah seorang antara 10 sahabat yang dijamin syurga oleh Rasulullah SAW.
Rasulullah salallhau ‘alaihi wasallam mengucapkan dalam doanya untuk Saad,
اَللّهُمَّ سَدِّدْ رَمْيَتَهُ وَأَجِبْ دَعْوَتَهُ
“Ya Allah, tepatkan lemparan panahnya dan kabulkan doanya.”*
“Ya Allah, tepatkan lemparan panahnya dan kabulkan doanya.”*
Antara kata-kata beliau yang popular ialah :
Aku merupakan panah dari panah-panah Islam. Panahlah aku ke mana jua yang kamu mahu...
Saad bin Abi Waqas merupakan dua senjata ampuh iaitu panah dan doanya.
Makbulnya doa Saad bin Abi Waqas kerana tidak makan benda yang syubhat.
“Wahai Saad, perelokkan makanan kamu nescaya kamu akan dimustajabkan doa. Demi Tuhan yang diri Muhammad ada di dalam kekuasaan-Nya, sesungguhnya apabila seseorang itu menyuapkan sesua pmakanan haram ke dalam mulutnya, nescaya tidak akan diterima doanya selama 40 hari. Mana-mana hamba yang tumbuh daging dari makanan yang haram dan riba, maka api neraka yang lebih utama baginya”
Riwayat Al-Hafidz Ibnu Mardawaih dari ‘Atho dari Ibnu ‘Abbas r.a.
Orang yang makin dekat dengan cahaya,
Makin sesak bayangan dirinya,
Makin nampak keaiban dirinya,
Maka tiada rasa lagi untuk
mencari keaiban orang lain.
5. Cara tinggalkan maksiat batin
-jaga dahulu yang zahir, insyaAllah Allah akan menjaga yang batin.
Berjagalah dengan 3 –TA :
i. takhta (pangkat)
ii. wanita (perempuan)
iii. harta (duit)
Apa yang perlu kita lakukan?
FIRST
kenal siapa musuh diri kita
THEN
Belajar menghadapi musuh kita
Janganlah kamu berputus asa jika gagal kerana perjalanan kehidupanmu tidak mustahil tiada ujian. Praktikkan 3 perkara dalam hidupmu :
- istiqamah
- yakin
- ikhlas
”Istiqamahlah dengan apa yang diperintahkan”
6. 3 sifat yang membawa kepada kebinasaan diri ialah :
i. ujub à takabbur
ii. riya’ : buat sesuatu untuk dilihat
iii. hasad : senang lihat orang lain susah, susah melihat orang lain
senang.
7. Jom kita sama-sama praktikkan:
- ikhlas kerana Allah
- bersihkanlah hati untuk menuntut ilmu
- jangan berasa bangga dengan diri sendiri
-bersyukur apa yang Allah beri kepada kita
”Ya Allah, berikan kekuatan pada diriku untuk mengikut jejak langkah orang-orang soleh”
Sumber rujukan :
iv. Buku hadis 40 syarahan Imam Nawawi
v. Ringkasan daripada pengajian talaqi Ustaz Muhadir.
vi. Buletin tarbiah, bil. 350, diterbitkan oleh Badan Dakwah dan Tarbiah MMP.
Nota cinta :
Satu sajak ini kuselitkan di sini untuk tatapan sahabat semua. Sajak yang begitu menyentuh hati yang kujumpa di dalam BULETIN TARBIAH.
Seuntai Kurma Kala Berbuka,
Zinnirah, Muslimat sejati,
Biar terseksa tak berhenti berjuang
Tuhan hanyalah Allah
Kau jadikan sumber inspirasi perjuangan
Amanah perjuangan
Tanpa mengenal erti letih dan putus asa
Tanpa rungutan
Tanpa sungutan
Kau tunaikan tanpa tangguh.
Ikhlas
Biar tanpa ganjaran
Tanpa pujian, tanpa habuan,
Kau sematkan di hati
Nekad
Biar mehnah kunjung tak henti
Ujian datang silih berganti
Pancaroba selalu mendatangi
Kau tak pernah gentar
Umurmu, fikirmu, hartamu, dirimu,
Kau korbankan hanya untuk Islam
Tinggi kembaramu ke langit
Akhlakmu menyinari taman hati
Wajahmu sejernih berwudhu’
Kau pejuang
Tak bisa kenal erti penat dan jemu
Kau hadapi mehnah
Dengan kesabaran
Kau terus melangkah
Tidak kau undur walau selangkah
Tegas dengan iman di hati.
Kepada roommates short semester ku, ATHIRAH ARIFFIN, SITI ZALEHA DAN NAJAH SOLIHAH , misi penulisan blog seminggu sekali telah kutunaikan. Anda bagaimana???
peringatan: jika ada kesalahan dalam penulisan ini, harap diperbetulkan. Sekian.