Sunday, January 3, 2016

Page 3 of #snasa366hari


Wahai penuntut ilmu,
Mengapa kamu belajar?
Kamu belajar untuk memberi manfaat kepada ummah.
Kamu belajar untuk mengajar orang-orang Islam.
Kamu belajar, membawa risalah Islam
dan menyampaikannya kepada manusia.
Kamu mesti menjadikan perkara ini tujuan kita.
Dan inilah tugas para Nabi dan Rasul.
Tugas para Nabi dan Rasul ialah mengajar manusia.

Kamu belajar, sehingga mengajar manusia seperti yang telah dilakukan oleh para Nabi dan Rasul 
selawat dan salam ke atas mereka.

........................................................................................................

Ini adalah salah satu taujihat yang sering aku ulang-ulang setiap kali nak exam. Kadang kita lupa kita study sebab apa, study untuk peperiksaan semata-mata, atau study kerana Allah?
Ya, untuk kita katakan study kerana Allah, sebelum study niat ikhlas kerana Allah itu senang, tapi alangkah susahnya untuk kita praktikkan dalam kehidupan kita. Kadang kita lalai dan alpa, kerana apa kita menuntut ilmu. Bagaimana susahnya untuk praktis, apa yang penting kita cuba lakukan, mungkin pada awalnya kita rasa terpaksa tetapi lama-lama dengan sendirinya lahir keikhlasan dalam diri kita untuk belajar dan mengajar kepada orang lain. InshaAllah, ameen.

Tiada apa yang menarik untuk diperkatakan 2-3 hari ini, kerana aku bakal menempuh practical exam (paediatric), doakan saya sahabat2! Moga diberikan ketenangan dan dapat menjawab soalan viva dengan ilmu yang ada. Semakin kita baca, kadang semakin banyak kita tak tahu. Nak ingat segala point-point dari sekecil-kecil perkra hingga sebesar-besar perkara, Allah! Tak semua yang aku ingati. Moga dengan usaha kecil ini dan pertolonganNya, aku mampu harunginya dengan sebaik mungkin. Tiada yang lain kuharapkan, hanya pertolongan Dia semata-mata. 


Last but not least,
Doa itu bukan memberitahu Allah akan hajatmu, kerana Allah Maha Tahu. 
Juga bukan meminta, kerana Allah Maha Pemurah, memberi tanpa meminta. 

Namun, doa hanyalah menunjukkan keperluanmu kepadaNya, kerana Allah Maha Kaya dan suka dengan hamba yang menunjukkan kefaqirannya. 
-Syeikh Rohimuddin Nawawi | KhadimulQuran-



With lots of love, butterflybuddy!
Ilalliqa'!
Ihfazillah yahfazka
3 Januari 2016 | 1.35pm

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...