Monday, March 8, 2010

JIHAD DI JIWA GERSANG~!!!


Ribut pasir tujahan kuda gagah di Gurun Badar,
kembali tenang
Desingan peluru mortar di lading jihad Afghan,
tidak lagi kedengaran
Tangisan hiba yatim dan janda di bumi Kashmir,
semakin perlahan
 Derita lapar anak-anak malang di Iraq,
kian dilupakan....

Hakikat nyata merobek di depan mata
Semakin hebat modenisasi
Semakin canggih saluran media dan komunikasi
Semakin kaya hartawan yang dulunya papa
Semakin bijak cendiakawan yang dulunya buta
Dunia Islam semakin hilang punca!!!

Pemimpin Islam kekaburan arah
Bumi Islam ketandusan darah syuhada
Pejuang Islam kehilangan senjata
Sasterawan Islam kekeringan tinta
Para ulama semakin tumpul taringnya

Dan umat Islam di mana-mana
Ketandusan iman,kekeringan ihsan
Lenyap akhlak dan budi
Nafsu dan dunia merajai hati

Kanak-kanak tak berdosa disembelih pengganas Serbia
Gadis-gadis suci dirobek maruahnya di Chechnya
Daging-daging hidup ditusuk senjata
Pelarian-pelarian malang di Poso dan di Almohera
Kem-kem pejuang diledaki peluru di Selatan Filipina

Khabarlah berita derita ini kepada mereka
Paparkan cerita ngeri ini di depan mata
Tagihlah simpati dan ihsan mereka
Mungkin....
Kan jatuh jua air mata insafnya
Kan terluhur jua seringgit dua infaq hartanya
Terkesan jua derita sengsara saudara seIslamnya

Tetapi esok...
Derita itu akan lenyap pergi
Cerita ngeri itu tak berbekas lagi 
Dan mereka akan kembali ketawa
Merancang yang muluk-muluk untuk masa depan mereka!!!

Malam ini...
Rintihan pilu dari bumi Palestin kedengaran lagi
Ngauman machine gun tentera Yahudi membunuh lagi
Maruah kita umat Islam tercabar lagi
Gemercing gendang perang kembali berkumandang
Pekikan takbir jihad menggugah senang

Dan kita di sini
Patutkah kita sekadar memerhati??
Wajarkah kita setakat simpati??
Tak terusikkah benang persaudaraan dan ukhuwwah kita??
Tak terkilankah jiwa, masa dan harta yang tersia??

Sedang saudara seIslam kita di bumi Al-Aqsa
Menempah tiket menuju ke syurga
 Menagih rindu wajah Al-Khalid di Sidratul Muntaha...

ditulis oleh Luqman Fikri


p/s: sajak ini di ambil dari majalah sekolah mamaku, SMKA FALAHIAH.
      sajak ini hanya untuk direnungkan bersama...

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...