Monday, April 22, 2013

realiti itu...


Kesibukan. Kepenatan. Kadang-kadang tak dapat lari dari cabaran, mehnah dan ujian. Bila diri ini penat, seringkali ingin tersungkur, Allah yang menguatkan aku untuk terus berada di jalan ini. Dia ada untuk hamba-hambaNya. Hanya Dia motivasi untuk meneruskan hidup.

Aku bukan hebat seperti orang lain. Aku bukan seperti mereka. Tetapi, apa yang aku pegang, aku cuba untuk menjadi seperti mereka walaupun aku masih merangkak. Apa yang penting aku takkan berhenti berusaha. Biarlah orang nak kate ape pun, apa yang penting kita harus bangkit dan terus berusaha. 

Sudah lama tangan ini ingin menulis, membicarakan segenap perkara, tapi apakan daya, masih banyak perkara yang perlu aku seimbangkan. 
Doakan yang terbaik buat diri ini.

Banyak yang perlu aku pelajari, banyak yang perlu aku perbaiki. Hanya satu yang aku pegang, "IHFAZILLAH YAHFAZKA", jagalah Allah, maka Allah akan menjagamu. Jangan sedih andai kita jatuh di tengah jalan, ingatlah, kita merancang, Allah jua merancang, dan sebaik-baik perancangan adalah perancanganNya. Ada hikmah di sebalik ujian itu.

Peringatan buat diri sendiri:
"Dunia hanya tempat persinggahan. Akhirat tempat kekal selama-lamanya. Moga menjadi Muslim yang menuju jalan mardhotillah walaupun banyak dugaan, cabaran dan mehnah yang perlu ditempuhi. Hanya Dia tempat kita meluahkan segala-galanya".

#mode: bersengkang mata menyiapkan assignment yang perlu dihantar besok hari. 
errr, masa untuk siapkan assignment, tapi sempat lagi curi masa untuk update blog! senyum!

terima kasih buat adik-adik usrah, bawa kek, hadiah untuk kakak-kakak. Sayang adik-adik kerana Allah.

-bumikan hijau di Malaysia, tenggelamkan gelombang biru-




Jaga diri, jaga iman, jaga peribadi...
22.4.2013
butterflybuddy
1.10am

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...