Wednesday, March 2, 2011

TINTA UKHUWWAH

Assalamualaikum
Rasanya sudah lama tangan ini tidak menulis. Kerna dek sibuk dengan peperiksaan dan perkara-perkara yang perlu diaulakan, aku tidak sempat untuk mengupdate blogku. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dengan izin Allah.

Pejam celik, pejam celik, cepatnya masa berlalu. 
Tanpa kusedari, sudah 5 semester aku berada di bumi CFS. 
Alhamdulillah, semuanya meninggalkan kenangan yang tidak dapat aku lupakan. 
Aku diajar dari pelbagai sudut kehidupan iaitu sudut ukhuwwah, tarbiyyah, thaqofah, siasah, sahsiah dan sebagainya. 
Alhamdulillah, kini aku mengerti apa itu hikmah di sebaliknya.

Sebagai manusia, aku tahu aku tidak sempurna. Masih banyak perkara yang perlu aku pelajari dan masih banyak perkara perlu aku cari untuk menjadi insan yang berguna. Sewaktu di CFS, aku dikelilingi rakan-rakan yang banyak menasihatiku, berkongsi tazkirah denganku dan rakan-rakan yang selalu berdamping dengan akhlak yang baik. 


Susah senang kita harungi bersama. 
Bila aku sedih, kalian ada di sana. 
Bila aku memerlukan pertolongan, kalian ada di sana. 
Bila aku jatuh, kalian ada di sana, memimpin aku untuk bangkit dari kegagalan itu. 
Bila aku gembira, kalian ada di sana. 
Kalian sangat bermakna dalam hidupku. 
Kalian mencorakkan lakaran hidupku dengan suka dan duka. 
Walaupun kita hanya berkenalan dalam masa 2 tahun, ikatan yang kita bina atas dasar ’aqidah ini amat utuh. Bertemu dan berpisah kerana Allah, itulah ungkapan yang kita sering ungkap, ungkapan yang sering kita dengar, walaupun pahit tapi tetap kutelan jua. Kini baru kumengerti apa erti BERTEMU DAN BERPISAH KERANA ALLAH... 




Dari sekolah hinggalah ke universiti, aku diajar apa itu usrah. 
Aku diajar rukun-rukun usrah dan adab-adab usrah. 
Sewaktu di sekolah, aku langsung tidak faham kenapa silibus usrah diajar. 
Tapi kini baru ku sedar, melalui usrah inilah aku mengerti apa erti ungkapan UKHUWWAH FILLAH dan BERTEMU DAN BERPISAH KERANA ALLAH.

Masih kuingat lagi, kakak usrah ku membentangkan tajuk PENGENALAN USRAH.
Dalam tajuk ini, terdapat tiga rukun iaitu :

 Rukun pertama : Ta’aruf
Ta’aruf atau maksudnya berkenalan antara satu sama lain sangat penting dalam menyemai kasih sayang antara manusia dan memahami hakikat ukhuwwah sejati. Sebagaimana firman Allah swt: ”Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara...” (Al-Hujurat: 10)

Rukun kedua : Tafahum
Saling memahami antara satu sama lain di dalam beramal dan bertindak adalah penting kerana ikatan ini tidak dapat dibentuk sekiranya tidak ada persefahaman.

Rukun ketiga : Takaful
Tolong menolong dan bantu membantu di kalangan saudara yang lain dalam menghadapi apa jua suasana sangat penting kerana dasar Takaful ini merupakan tunjang iman dan inti pati ukhuwah sejati.
  
Inilah yang kupelajari dan inilah yang aku praktikkan. 
Semester akhir di bumi CFS memberi kenangan persahabatan yang bermakna untukku. Kami kerja bersama-sama, kami makan bersama-sama, kami tidur dalam satu bilik yang sama, kami solat berjemaah bersama-sama, dan banyak aktiviti yang kami lakukan bersama-sama. Sangat indah persahabatan ini. 


Aku pulang ke rumah menaiki bas, Alhamdulillah, walaupun aku menerima pelbagai dugaan pada hari tersebut, tetapi ingatlah janji Allah. Allah telah mempermudahkan urusanku pada hari tersebut.

Sebagaiman firmanNya dalam surah Alam Nasyrah, ayat 5 dan 6 : ”kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahannya. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”.
Ingatlah setiap kesusahan yang kita terima pasti ada kemanisan selepasnya.  

 

Mesej-mesej yang kuterima dari sahabatku:

Salam, qilah. Terima kasih byk2. Qilah sentiasa ada x kira susah atau senang. Njh mohon maaf sbb byk sgt susahkan qilah. Njh byk terhutang budi pd qilah. TERIMA KASIH AQILAH. NAJAH SAYANG QILAH KERANA ALLAH. Teringat babak di mana Conita mengungkapkan kata-kata ini kepada Anna Althafunnisa. Air mata ingin mengalir bila mendengar ungkapan ini tapi kutahan dari jatuh ke bumi. Inilah ikatan ukhuwah yang kami bina...

UKHWAH ITU INDAH ats dasar 'akidah. TERIMA KASIH sahABat krn sntiasa b'sama x kira susah/ senang. Ainu Mardhiah Nur Aqilah Eidah Zain Siti Maisarah Mohamad Hadzri Najihah Abu Bakar Nurul Ilyana Uda & sahABat2 lain. T'haru dgn perhatian & bantuan kalian. Maaf krn selalu sakit hingga sntiasa susahkan kalian.

PAHLAWAN!! Aku rindu sama kamu !!!! bila lagi dapat makan bersama2, skali dgn tok guru, pahlawan, mutasaaqitun, altof n dik sarah.. Ya Allah , eratkan hati kami meski kami berjauhan.


Ukhuwah yang terbina dengan baik akan selalu menjadi benteng dari kemaksiatan. Kita akan memiliki saudara yang selalu mengingatkan kita di saat lupa dan lalai..Allahurabbi, syukur ats kurniaanMu..


susah senang, jatuh bangun, suka duka, gelak tangis, semuanya bersama..bersama2 demi meraih redha dariNya...2 sem di situ sangat sekejap berlalu, seolah-olah baru semalam kita ketemu..sekali lagi hati ini resah dan gelisah, kalau dulu takut untuk bertemu tapi kini takut untuk berpisah denganmu..namun, hakikat putaran hidup ini mesti diakui, setiap pertemuan, pasti ada perpisahan..moga hati ini kuat dan ikhlas menghadapinya..berpisah kita hanya di mata, bukan di hati..kalian tetap dekat dalam doa..insyaAllah..moga Allah merahmati..

'manisnya ukhuwah yg terjalin atas dasar akidah yang satu, bertemu dan berpisah hanya keranaNya'

terima kasih buat kalian yang telah menerima diri ini seadanya..maafkan segala khilaf dan kekuranganku..
--uhibbukum habban jamman, lillahitaala insyaAllah..<3
i'll miss u all so much..kehangatan rindu itu dah mula terasa..moga Allah kuatkan dan terus kuatkan hati ini..panjang umo, ada rezeki, kita jumpa lagi ye..bi iznillah..
maaf jgak kpada sume sahabat.x smpat nak jmpe n monrak maaf.sungguh indah bersame kmu sume.
berpisah bru rase indahnye bersahabat


x dpt nk gmbarkan manisnye ukhwah ini.... syukur pd Allah kerna memberi ksemptan merasa kemanisan bersama kalian... 
najah- sudh mnjadi mnjdi tggungjwab kami sbgai sahABatmu~
yana- sory jgk xsedar, i'allah kte akn jupe lg =)
qilah- sory ats segalanya jgk


sahabatku pendokong Islam,
penerus mata rantai perjuangan Rasulullah,
sesungguhnya jalan yang dipilih ini,
bukanlah setenang air di kali,
malah penuh dengan onak dan duri,
tambah dgn virus dunia,
kadang tersadung, kadang berdarah,
sering juga kita terluka,
malah pernah bersilang kata,
tapi usah biarkan ia menodai ukhuwwah kita,
malah jadikan ia sebagai wasilah,
untuk mematangkan diri kita
dan mengeratkan ukhuwwah kita.


Bertemu berpisah kerana ALLAH,
tak kira siapa PERGI dulu, kita jumpa di destinasi (SYURGA) insya Allah.
.....................
UHIBBUKUM FILLAH...............


KLIK SINISINI DAN SINI.
PERSAHABATAN INI AKAN KUINGATI...

..:nota cinta:..
setakat ini post untuk kali ini. Thanks to NAJAH SOLIHAH kerana telah membuat nota AKU PEJUANG ISLAM.


SELAMAT BERCUTI. 
Manfaatkan cuti dengan syariatNYA kerana tiada istilah cuti dalam kamus hidup seorang pejuang muslim. 
Allah tak pernah berehat dari mengawasi kita & malaikat rakib atid setia mencatat amal baik buruk kita. 
Masa itu ibarat air sungai, sekali ia mengalir, kita takkan dapat capai dan sentuhnya lagi. Sungguh rugi jika cuti kita ini hanya terisi dgn tidur, melayan tv atau fb. Ingat,KEWAJIPAN ITU LEBIH BYK DARI WAKTU.

"LIVE AS MUJAHID, DIE AS SHAHEED"

RUJUKAN BUKU:
1. QURANIC GROUP 1, disusun oleh: Mohd Rafie bin Yusof



LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...