Sunday, June 26, 2011

PELANGI


Pelangi merupakan fenomena optik dan meteorologi yang menghasilkan spectrum cahaya (hampir) selanjar di langit apabila matahari bersinar semasa hujan turun. Menurut kamus Cambridge Advanced Learner’s Dictionary, pelangi atau dalam bahasa inggerisnya disebut rainbow ialah an arch of different colours seen in the sky when rain is falling and the sun is shining. Ia merupakan satu lengkung yang berwarna-warni dengan warna merah di lengkung paling luar dan ungu di lengkung paling dalam. Mengikut urutan warnanya ialah merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu. Teringat sewaktu di sekolah rendah, punyalah susah nak ingat warna pelangi. Bila cikgu mata pelajaran sains tahu diajarkan kami satu cara untuk mengingatinya. Ini disebut teknik .... opppsss!saya sudah lupa teknik ini disebut apa. Mungkin anda tahu!!!
MAT JENIN KENA HALAU BALIK INDIA UTARA

Betapa indahnya ciptaan Allah...


Bagaimana terhasilnya pelangi ini?
Pelangi dihasilkan apabila cahaya terbias melalui titik air di udara. Sebab itulah pelangi selalu dapat dilihat selepas hujan. Ia berbentuk melengkung (bulat) kerana titisan air di udara berbentuk bulat/sfera. Namun biasanya bahagian bawah pelangi itu "terlindung" oleh bumi. Fenomena pelangi ini juga boleh dilihat dengan membelakangi matahari dan menyembur air pada hari yang cerah.

from GOOGLE

“Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu Dia bersemayam di atas 'Arsy. Dia menutupkan malam kepada siang yang mengikutinya dengan cepat, dan (diciptakan-Nya pula) matahari, bulan dan bintang-bintang (masing-masing) tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah, menciptakan dan memerintah hanyalah hak Allah. Maha Suci Allah, Tuhan semesta alam.” –Surah Al-A’raaf:54


JUMAAT- Hari ini pulang ke rumah nenek di Kuala Krai. Rumah nenek mempunyai kawasan sekeliling yang luas. Adik-adik tidak melepaskan peluang untuk bermain bola dan bermain badminton. Teringat tentang perlawanan bola antara Malaysia dan Lebanon semalam. Malaysia menewaskan Lebanon 2:1. Aku tak minat bola cuma bila adik-adik nak tengok bola, aku terpaksa turut serta melihatnya. Terasa penat mata melihat walaupun aku tak main bola.

Disebabkan abah ada mesyuarat esok, kami pulang selepas solat Asar. Dalam perjalanan pulang, sudah menjadi hobiku melihat ke luar tingkap kereta, melihat pemandangan sekeliling yang telah diciptakan Allah untuk hambaNya merenung kekuasaan Allah. Subhanallah. Aku dapat tengok pelangi!!! Happy sekali, kerana sudah lama aku tidak melihat pelangi dengan mata sendiri. 


Teringat movie Laskar Pelangi yang aku tonton di Astro RIA. Sebenarnya movie ini aku pernah lihat sewaktu di dalam usrah bersama kawan-kawan, sangat seronok menontonnya. Tetapi ketika itu, almaklumlah, bahasa Indonesia kurang ku fahami menyebabkan aku kurang faham ceritanya. Bila di rumah, aku menontonnya dengan bantuan sarikata. Seronok sangat menonton cerita ini. Kepada kawan-kawan yang nak suruh suggest movie untuk ditonton atau didownload saya akan suggestkan filem Laskar Pelangi.


 Laskar Pelangi adalah novel pertama karya Andrea Hirata yang diterbitkan oleh Bentang Pustaka pada tahun 2005. Novel ini bercerita tentang kehidupan 10 anak dari keluarga miskin yang bersekolah di sebuah sekolah Muhammadiyah di Belitung yang penuh dengan keterbatasan. Mereka menggelarkan diri mereka sebagai Laskar Pelangi, terdiri daripada Ikal, Lintang, Sahara, Mahar, A Kiong, Syahdan, Kucai, Borek, Trapani dan Harun. Meraka tetap ingin bersekolah walaupun kemiskinan menghimpit mereka. Laskar Pelangi mengharungi hari-hari mendatang dengan gembira, menangis dan ketawa bersama. Inilah kertas kehidupan kita iaitu AGAMA, KELUARGA, PERSAHABATAN dan KEJAYAAN.

Satu pengajaran yang aku dapat ialah erti tidak kenal putus asa. Dalam filem ini, Lintang, teman rapat Ikal, seorang genius. Dia mengayuh basikal ke sekolah walaupun terpaksa menempuh laluan buaya. Ketika buaya melintasi laluannya, dia akan sabar menunggu sehingga buaya hilang dari pandangan mata. Walaupun hidupnya miskin, dia tetap ke sekolah. Dia menunjukkan minat untuk bersekolah pada waktu hari pertama persekolahan. Dia bercita-cita dalam menjadi Ahli Matematik. Alangkah sedihnya bila cita-citanya terpaksa ditinggalkan kerana terpaksa menjaga adik-beradiknya semenjak ayahnya meninggal dunia. Watak utama ”aku” dalam cerita ini ialah Ikal. Ikal juga merupakan salah seorang murid pintar di sekolah itu. Dia sangat meminati bidang sastera. Ikal akhirnya menjadi seorang yang berjaya di luar Pulau Belitung, pulang ke kampung halaman setelah 12 tahun ditinggalkannya.

Selain itu, cerita ini menunjukkan walaupun mereka hanya pelajar sekolah agama yang kekurangan dalam segenap aspek, mereka tetap berjaya. Janganlah kita hanya memandang pada besarnya sekolah, cemerlangnya cikgu, luasnya padang sekolah dan lain-lain. Hal ini kerana walaupun semuanya lengkap dalam segenap aspek pembelajaran, kalau diri sendiri tidak mahukannya, tiada gunanya. Ayuh kawan-kawan, gunakan peluang pembelajaran yang kita dapat dengan sebaik-baiknya. Ingatlah masih ramai di negara miskin yang lain inginkan pelajaran tetapi apakan daya, keterbatasan mereka menyekat peluang itu. Letakkan matlamat anda untuk membantu mereka yang tidak mendapat pelajaran walaupun anda seorang doktor atau polis atau pakar ekonomi.
  
Naskhah Laskar Pelangi diadaptasi menjadi sebuah filem tahun 2008 yang berjudul sama. Filem Laskar Pelangi diproduksi oleh Miles Films dan Mizan Production, dan digarap oleh sutradara Riri Riza.Senario adaptasi ditulis oleh Salman Aristo dibantu oleh Riri Riza dan Mira Lesmana. Menurut Andrea Hirata, dengan diadaptasi menjadi sebuah filem, pesanan dan pengajaran yang terkandung di bukunya diharapkan dapat disebarkan kepada khalayak ramai.

Mahu tahu sinopsis cerita ini, klik SINI.


Apa yang boleh aku boleh katakan filem ini 5 BINTANG!!!
Like this movie very much!!!

Terdapat soundtrack lagu Laskar Pelangi dari Nidji dalam filem ini sewaktu mereka melihat pelangi. Best!!!
Mahu tahu lebih lanjut, klik sini


notacinta: ada sesiapa di sini mahu share filem yang best di sini??? Dipersilakan.
Tertarik dengan kata-kata di muka kulit majalah Solusi, isu no. 32 iaitu “usia akan berakhir tetapi biarlah pahala terus mengalir”. Ini disebut dalam hadis,

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya,, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.'' (HR Muslim).

Jom kita sama-sama praktikkan amalan-amalan ini.



:::TAK DILUPAKAN:::

26 JUNE 1991, selamat hari lahir buat sahabat OCTAVO, NABIHATI HASNA HASMI.


SANAH HELWAH, KAWAN!!!


SAYA SAYANG KAMU KERANA ALLAH

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...