Monday, June 7, 2010

AIR MATA KEINSAFAN~!!!



Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam 



dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu 

dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya 

Islamik yang lain. 




Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. 




Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan 
seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia" 

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini 

rasanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah" 


"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat" 


"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika 
hujan turun" 



Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca 

sebegini" 


Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?" 



Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!" 



"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah 

hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu. 

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun 

yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya. 


Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada 

pada tangannya. Dia berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal. 


Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka. 



Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. 


Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?" 


Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. 



"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi. 


"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut 


Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam 

memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya " Ada sesiapa nak 
menyatakan sesuatu"? 


Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah 

perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini 
yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk 
pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. 
Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini". Air mata mulai bergenang di kelopak matanya. 


"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap 


anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu 
lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba 
loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa 
pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi 
lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi". 


"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini 

setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi 
ke pintu". 


"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. 



Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik". Itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar". 


"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat . Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. 




Aku tak perlukan itu lagi". 


"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi 

hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat 
kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada 
selama-lamanya di dalam neraka" 


Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang 

berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR! 

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya 
yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. 


Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah 

yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang 
sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat. 

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada 
makhlukNya yang penyayang 



Panjangkanlah risalah ini. Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara 

kamu! 





TAKBIR!! ALLAHUAKBAR!



SAMA-SAMA KITA FIKIRKAN~!!!!


Di mana boleh cari ramai Melayu
Pastinya di Kelantan dan Terengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu 
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu 
Di Sungai Buloh, pusat pemuilihan, dulu di Pudu 
Dan di jalan, lumba haram, rempit tak berlampu
Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan chandu 
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru 
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu 
Apa hobi orang Melayu
Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Atau baca majalah Mastika, Metro pasal cerita hantu 
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru 
Berpusu-pusu pergi tengok pameran hantu 
Sambil makan junk food, kuaci dan muruku
Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru
Apa pakaian Siti nak pakai itu yang nak tahu 
Mana tak gendut berpenyakit selalu 
Kalau nak berlagak melayu masih nombor satu 
Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu
Boleh tak jumpa mereka di kedai buku
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu 
Ada tapi kurang sangat mereka di situ
Kenapa melayu jadi begitu 
Nak salahkan siapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu
Nak harap Kerajaan saja membantu 
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh siapa dulu 
pasal jambatan senggek atau siapa dia penghulu
Dan suka sanggat dengan budaya ampu mengampu
Sampai bila kita nak tunggu 
Bangsa Melayu jadi bangsa yang maju
Boleh! dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu 
Kata nabi ikutlah Quran dan sunnah ku
Al-Quran yang diturunkan 1400 tahun dahulu
tapi apa yang kita tahu, cuma baca bila nak halau hantu.


Distribusi normal manusia meninggal dunia (tahun)

< 60th
> 70th
60th - 70th 
(65th)


Chart


Kebanyakan manusia meninggal dunia antara usia 60 thn-70thn (majoriti)
Puratanya manusia meninggal ± 65 th 
"Baligh: Start untuk seseorang di perhitungkan amal baik atau buruknya selama hidup di dunia" 
Laki-laki Baligh ± 15 tahun 
Wanita Baligh  ± 12 tahun 
Usia Yang ada untuk kita beribadah kepada-Nya, puratanya: 
Mati - Baligh = Baki Usia, :~ 65 - 15 = 50 tahun 
50 tahun digunakan untuk apa? 
  
  
Gambaran kasarnya:


Mari kita muhasabah bersama.........!


Waktu kita tidur ± 8 jam/hari ; 
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai tidur 18250 hari x 8 jam= 146000 jam= 16 tahun 7 bulan; dibulatkan jadi 17 tahun 
Logiknya: Alangkah sayangnya waktu 17 tahun habis di gunakan untuk tidur, padahal kita akan tertidur dari dunia untuk selamanya.......
 
Waktu aktiviti kita di siang hari ± 12 jam


Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai untuk aktiviti: 
18250 hari x 12 jam= 219000 jam = 25 tahun 
Aktiviti disiang hari: Ada yang bekerja, atau bercinta, ada yang belajar atau mengajar, ada yang sekolah atau kuliah, 
ada yang makan sambil jalan-jalan, dan banyak lagi. 
 
Waktu rehat ± 4 jam


Dalam 50 tahun waktu yang dipakai untuk rehat 18250 hari x 4 jam= 73000 jam = 8 tahun
Rehat: menonton tv, atau mungkin dihabiskan termenung di buai khayalan.... ..
17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun


Lalu Bila Nak Beribadah???


Padahal Allah ada berfirman yang bermaksud; "Tidak KUciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKU". 
Maut datang menjemput tak pernah bersahut, 
Malaikat datang menuntut untuk merenggut, 
Manusia tak kuasa untuk berkata-kata, 
Allah Maha Kuasa atas syurga dan Neraka, 
Terimalah habuanmu seadanya.. 
Memang benar!!! Menuntut ilmu itu ibadah, kalau niatnya untuk ibadah, tetapi kebanyakannya belajar agar mudah mencari pekerjaan.. 
Sekiranya belajar itu tidak membantu menambah pendapatan kita, kita tidak akan belajar...
Memang benar!!! Bekerja cari nafkah itu ibadah, tapi bekerja yang bagaimana?
Ramai orang bekerja untuk hidup bermewah-mewahan dan amat kurang sedekahnya.
" Jarang ada yang menolak untuk dipuji dan dipuja tatkala berjaya "
 
Lalu Bila Nak Beribadah???


Oh! mungkin solat 5 waktu itu dianggap sudah mencukupi... ! 
Karena kita fikir; solat wajib besar pahalanya, solat amalan pertama yang dihisab, solat jalan untuk membuka pintu syurga... 
Benarkah solat kita itu mencukupi dan diterima !!? 
 
Berapa banyak solat kita dalam 50 tahun???


1 solat = ± 10 minit ..... 5x solat = ± 1 jam 
Dalam waktu 50 tahun waktu yang terpakai utk solat = 18250 hari x I jam =18250 jam= 2 tahun
 
Kesimpulan:
waktu yang kita manfaatkan dalam 50 tahun di dunia cuma 2 tahun untuk solat ( ini kalau yg solat 10minit! 
Kalau solat macam ayam patuk tanah..amacam? ) 2 tahun dari 50 tahun kesempatan kita....
itupun belum tentu solat kita bermakna berpahala dan di terima. 
Dan sekiranya pahala solat kita selama 2 tahun tidak sebanding dengan perbuatan dosa-dosa kita selama 50 tahun; 
dalam percakapan kita yang selalu dusta, baik yang sengaja ataupun tidak, dalam pertuturan kita yang sering mengguris 
orangtua kita, dalam harta kekayaan kita yang selalu kedekut terhadap orang faqir, dalam setiap perbuatan kita yang 
selalu bergelumang dosa... 
 
Logiknya:


Bukan satu yang mustahil kita umat akhir zaman akan berhamburan di neraka untuk mendapatkan balasan kelalaian............ 
Terlalu banyak masa yang terbuang percuma selama manusia hidup di dunia dan semuanya itu akan menjadi bencana............ 
 
Penyelesaian:


Tiada kata terlambat walaupun waktu berlalu cepat, isilah ia dengan sesuatu yang bermanfaat!! !!!!! 
Ingatlah negeri kita...Akhirat


TAMAT


"Saling mengingatkan sesama bukanlah hal binasakan''
sama2 kita fikirkan...
bukan ingin menyalahkan mana-mana pihak 
tetapi
 kita perlu sedar kita berada di mana...

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...