Monday, November 7, 2011

WRITING AGAIN...

Bismillahirrahmanirrahim ~ In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.

Salam to all readers. Alhamdulillah,Alhamdulillah, Alhamdulillah… say Alhamdulillah for all the nikmat from Him. We as the vicegerent of Allah, we should appreciate all things that given by Allah.
10 Zulhijjah 1432H, Salam Eiduladha.
Semoga detik ini mendekatkan kita kepada Allah swt.
Maaf zahir dan batin…

Banyak story-mory yang ingin kuceritakan di blog,
Tapi apakan daya, kekangan masa membuatkan aku lupa mengupdate blog.
Selalu juga kawan bertanya,
“Aqilah, why you not update your blog???”, “Please update your blog, I want to read!” and many such sentences I heard.
I just said: “Sorry, sorry and sorry…”


Alhamdulillah setelah menamatkan pengajian di CFS IIUM selama 2 thn, sekarang aku telah melanjutkan pembelajaran ke peringkat degree, The Bachelors of Audiology (Hons).



Team AUDI
We’re 16 people – 3 brothers and 13 sisters

Ayuni
Ainu
Nazirah
Kak Ada
‘Ain Fathanah
Shahira
Aqilah
Syaimaa
Najibah
Husna
Hafizah
Ainaa
Khairani
Fairul
Arif
Fadzil

Alhamdulillah sudah 8 minggu berada di UIA Kuantan, banyak yang sudah kutempuhi dan banyak juga yang kupelajari. 




Formal education : dari tak tahu structure body, skrg dah boleh taw circulatory system, fetal circulation, cardiovascular system and many mores. Kalau difikirkan bagaimana Allah mencipta manusia dengan begitu unik, Alhamdulillah.
dari tak tahu apa itu semantic, syntax, phonetics, morphology, pragmatics – sekarang sudah dpt bezakan antara mereka. Belajar phonology: /p/, /b/, /f/ and so on.
Teringat status ku sewaktu di Facebook, almaklumlah setiap kali terasa susah, pasti kita merintih dan mencari jalan untuk mempermudahkannya.

phonetics, now i should learn how to love you~ without tongue, you're not only can taste, but you're also can't talk. Appreciate our tongue Imam al-Ghazali berkata: “Keimanan dan kekufuran seseorang tiada terang dan jelas, selain dengan kesaksian lidah. Lidah mempunyai ketaatan yang besar dan mempunyai dosa besar pula. Anggota tubuh yang paling derhaka kepada manusia ialah lidah. Sesungguhnya lidah alat perangkap syaitan yang paling jitu untuk menjerumuskan manusia.” 


Informal education : Alhamdulillah, diizinkan untuk join beberapa program yang dikendalikan oleh society di UIA. Walaupun kita sibuk study, carilah waktu untuk join program yang sedia ada. Antaranya talk U-turn bersama Catriona Ross dan Ustaz Riduan Mohd Nor, Youth Writing Workshop, Personality Workshop, Slaughtering Course and many mores. Love all the workshops very much.
U-turn talk mengajar aku agar beranilah u-turn kepada fitrah semulajadi kita. Fitrah kita fitrah bertuhan. Setiap kali kita gembira, sedih, resah dan gelisah, kita akan mengadu dan merintih padaNya.


Youth Writing Workshop meluas mindaku untuk terus menulis dan menulis. Walaupun blog ku ini tak seberapa dan followers pun x ramai sangat, aku tetap akan menulis kerana setiap apa yang aku tulis adalah nasihat utk diriku sendiri dan nasihat pada orang lain.

Aku pernah alpa
Aku pernah lupa
Aku pernah terlena
Dibuai cahaya indah
Situku jadi megah
Tanpa bersusah payah
Tanpa aku menduga
Ku dalam leka…
(Seperti Syurgamu- Pop Shuvit feat Manbai)

Personality workshop memberi peluang pada diri ini utk mendiscover personality diri sendiri.
NOW
I’M SANGUINE PEOPLE.


Slaughtering course, akhirnya aku boleh sembelih 2 ekor puyuh mengikut syariat Islam. Mula-mula takut, mahu lari ke tempat lain sebab serius tak mahu sembelih puyuh, tapi apakan daya bila ketakutan itu dicabar. Waktu nak lari dari tempat penyembelihan, perbualanku didengari oleh Dr. Ibrahim. Beliau memintaku untuk mencuba, jantungku sudah berdegup kencang, hati besar menjerit: “AKU TAKUUUUUTTT!!!!”. Tetapi hati kecil memujuk, “Qilah, you can do it. Inilah masanya, please, you can do it!!!”. Akhirnya, aku memberanikan diri untuk menyembelih puyuh. Alhamdulillah, aku sudah berani menyembelih puyuh.

"Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya." ~ Albert Camus.


Emmm, tapi aku masih takut akan kucing. Maaf kucing, aku tidak membencimu tetapi aku takut padamu. Entah mengapa. Teringat cerita kawanku tentang lembu terlepas di pagi raya Aidiladha, kena kejar lembu, kecoh satu rumah. Aku plak lain kisahnya, orang duk sibuk-sibuk nak kejar lembu, aku pulak sibuk-sibuk lari dari kucing. Oh tidak! Serius, aku memang takut kucing. Kesian orang yg dekat denganku, tak pasal-pasal bleh sakit jantung sbb aku terkejutkan orang, pdhal kucing je kot. Maaf ye, kawan-kawan. Rasanya anda sudah mengetahui siapa kawanmu ini.

Teringat cerita kawan-kawan, kalau kita takut kucing, mesti bakal suami kita nanti opposite with us, sukakan kucing. Camne laa agaknya nanti? Opppsss, lari topic pulak daa. Nie laa bila kusyuk sgt menulis, ntah pape ditulis pun tak taw. Berbicara topic kawen, tak sampai ke hujungnya.

“Tenang sahajalah menanti jodoh yang baik itu akan datang sendiri hasil dari usaha tahajjud yang berterusan dan istiqamah. Ikhlas kerana Allah Ta'ala. Jangan buat kerana jodoh semata-mata ya. Usaha sebenar adalah usaha kita minta dengan DIA, bukan dengan merayu kasih pada si dia-si dia hanya kerana hati gelisah mahu hidup berteman. Hati gelisah takut si dia yang kacak terlepas, takut si dia yang cantik jatuh ke tangan orang. Minta dengan Allah, Allah bagi segala. Cepat atau lambat bukan kita penentu. Jodoh adalah sunnatullah. Sunnatullah tidak boleh digesa, tidak boleh dilengahkan bila sampai masanya. ”






Sabarlah. Tenanglah. Tahajjudlah.

Rusydee Art

Sesi pembelajaran sudah lama bermula, sekarang sesi mid-term exam. Exam, exam and exam, term yg selalu bermain di mindaku. Untuk programme Audiology, mid-term exam sudah selesai. Alhamdulillah. Kepada programme-programme lain, teruskan perjuangan dalam exam nanti. Good luck and all the best.


Ingin dijadikan satu cerita, perkara ini berlaku sewaktu exam Human Structure and Function I, first time aku lalui setelah selama 14 tahun bergelar seorang pelajar. Apa yang aku lalui ini memang agak berat dan aku tidak mampu membayangkan akibat yang aku terima nanti. Serius, aku sangat takut untuk berhadapan dengannya kelak.
Situasi: habis exam, pulang ke bilik… terpandang buku anatomy, oh ,tidak!!! hati tak tenang, tidakkk!!! Aku menangis, merintih padaMu ya Allah, diri ini tidak tahu apa yang patut dilakukan. Aku menghantar mesej pada ibuku.

“Mama, along takut. Along salah jawab dalam exam anatomy td. Along hilang 20 markah. Along takut tak lulus. Along takut mama.”

Disebabkan tidak ada kekuatan untuk menelefon ibuku, mesej menjadi penghubung. Ku tunggu ibu membalas mesej, masih belum reply. Tertidur dan akhirnya, ibu telefon…

“Macam mane boleh salah jawab? Tak pe, hilang 20 markah je, tak pe. Takkan tak lulus kot. Tak yah takut laa. Nak wat macam mane, dah silap buat. Tak yah bimbang, ok je…”


Mendengar kata-kata ibu, terus hilang kesedihanku. Serius, aku sangat takut. Terima kasih mama sebab memahami perasaan anakmu ini. Terima kasih Allah kerana Engkau telah kurniakan ibu yang menjadi wasilah untukku bersabar. Agak-agaknya, aku perlu tabah dan kuat menghadapi akibat dari kesilapanku.

Along, you must face it!!! Agaknya macam mana aku nak berhadapan dengan Doktor nanti ye??? Apa aku nak jawab nanti??? Ya Allah berilah kekuatan kepada hambaMu ini untuk berhadapan dengannya kelak.


Dari Suhaib ra, bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Sungguh menakjubkan perkaranya orang yang beriman, karena segala urusannya adalah baik baginya. Dan hal yang demikian itu tidak akan terdapat kecuali hanya pada orang mu'min: Yaitu jika ia mendapatkan kebahagiaan, ia bersyukur, karena (ia mengetahui) bahwa hal tersebut merupakan yang terbaik untuknya. Dan jika ia tertimpa musibah, ia bersabar, karena (ia mengetahui) bahwa hal tersebut merupakan hal terbaik bagi dirinya." (HR. Muslim)








Bercerita tentang raya pula, Alhamdulillah 10 Zulhijjah 1432H, hari raya Aidiladha disambut oleh umat Islam seluruh dunia. 






Saat berderai titisan air mata suci IBRAHIM,
Melihatkan keteguhan iman anaknya ISMAIL,
Di kala itulah bermulanya sejarah agung
ERTI SEBUAH PENGORBANAN…
Salam aidiladha to all readers dan yang mengenali diri ini.

Last but not least,


Selamat bercuti kepada kawan-kawan~
And I want to share something with all of you~
Listen and hayati liriknya…



MENJEJAK BAHAGIA
Mohd Erfino Johari


Saat dirimu sendirian
keseorangan tiada teman
usah kau resah 
jua gelisah
kerna cinta-Nya bersamamu
sentiasa


Perjalanan yang kau lalui
kembara pasti kan menguji
andai kau jatuh
andai kau tersungkur
bangkitlah teruskan langkah mu


Kini bukannya masa untuk berputus asa
janganlah mudah untuk menyerah kalah
tiada waktu untuk kau persia
renungi mimpi cita
terus berlari menjejak bahagia


Roda hidup terus berputar
Saat akan pantas beredar
kau kan tempuh onak dunia mencabar


Tinta penaku,
aqilah

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...