Kisah-kisah teladan Islami ini mempunyai pengajaran yang boleh kita jadikan panduan dalam kehidupan harian kita:
Cinta kepada Allah swt adalah cinta yang hakiki.
Jujur dan ikhlas kerana Allah swt
SYURGA di telapak kaki IBU
Nikmat SYURGA jauh lebih nikmat daripada segala-galanya.
Kebesaran AZAN~takbir! ALLAHU AKBAR!!!
BERSEDEKAHLAH pada jalan Allah
Keajaiban Basmalah
Perasaan takut kepada Allah
"Allahumma inna nasaluka ridhaaka wal jannah, wa na’udzubika min sakhatikawannaar!Amin.” (Ertinya: Ya Allah, kami memohon redhaMu dan syurga. Dan kami berlindung dari murkaMu dan dari neraka. Amin)
Manusia yang paling mulia ialah yang suka memperbaiki kesalahan dirinya sendiri dan tunduk kepada kebenaran.
“Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemulianNya kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab” nabi Muhammad saw
Apabila kau berteman, janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan kelemahan, kau akan menjauhinya. Apabila kau berteman, janganlah kerana kebaikannya, kerana dengan keburukan, kau akan membencinya. Andai kau bersahabat, janganlah kerana ilmunya, kerana pabila dia buntu, kau mungkin akan menfitnahnya. Andai kau berkawan, janganlah kerana sifat cerianya, kerana andai dia tidak ceria, mungkin kau akan menjauhinya. Andai kau bersahabat, terimalah dia seadanya kerana dia juga adalah manusia biasa sepertimu….
Alihkan matamu ke arah laut, airnya membiru dan penuh ketenangan tetapi hanya DIA sahaja yang tahu rahsia di dalamnya. Begitulah juga dengan kehidupan manusia. Riang, ketawa…tetapi hanya ALLAH yang tahu rahsia kehidupannya. Jika dirimu kecewa, pandanglah ke sungai, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang. Jika dirimu bersedih, pandanglah ke langit, kau akan sedar bahawa DIA sentiasa bersamamu, mengiringi tiap langkahmu dan memakbulkan tiap doamu…
“Carilah teman-teman yang jujur dan hiduplah di samping mereka kerana mereka umpama perhiasan di waktu senang dan bekalan di waktu susah”- Umar Al Khattab RA
Menurut Thabrani dan Al-Bazzar, Nabi Muhammad SAW bersabda: “Mahukah aku tunjukkan suatu yang akan menaikkan darjatmu? Bersopan santunlah dengan mereka yang tidak mempedulikanmu. Maafkan mereka yang menzalimimu. Berikanlah kepada mereka yang bakhil terhadapmu. Hubungilah mereka yang memutuskan hubungan persaudaraan denganmu.”
Surah Faatiha protects one from anger of Allah. Surah Yaseen from thirst on the day of Judgement. Surah Waaqiah from poverty and starvation. Surah Al-Mulk from punishment of grave. Surah Kautsar from enemity of enemy. Surah Kaafiroon from kufr at time of death. Surah Ikhlaas from hypocrisy. Surah Falaq from calamities. Surah Naas from evil thoughts.
Kita sering mahukan hari yang cerah, tetapi Allah lebih mengetahui hakikatnya HUJAN perlu diturunkan…
Kita sering inginkan keseronokan, jauh sekali kesusahan, tetapi hanya Allah lebih mengetahui KESUSAHAN itulah yang mengajar KEHIDUPAN…
Kita sering menginginkan ketenangan, hakikatnya jiwa insani penuh dengan dosa dan kejahatan, tetapi manusia tidak dapat lari daripada KESILAPAN.
Semua itu bukan suatu hukuman, tetapi tanda kasih dan sayang ALLAH agar kita lebih beriman…Renungkanlah…
Terlalu banyak berfikir tetapi kurang tawakkal…
Terlalu banyak risau dan kurang optimis…
Kerana kita terlupa bahawa ujian itu adalah tarbiyyah dari ALLAH.
Aku minta kepada Allah setangkai bunga segar, DIA beri kaktus berduri. Aku minta kupu-kupu, DIA beri aku ulat berbulu…
Aku sedih dan kecewa, namun kemudian, kaktus itu berbunga indah dan ulat berbulu itu menjadi kupu-kupu yang cantik…
Itulah kejadian Allah, indah pada masanya…
Allah tidak memberi apa yang kita harapkan tapi DIA memberi apa yang kita perlukan…
Kadang-kadang kita sedih, kecewa, terluka…
Tapi jauh di atas segala-galanya, DIA sedang menghantar yang terbaik dalam kehidupan kita..
Ingatlah…
Bila Allah cepat makbulkan doamu…
Maka Allah menyayangimu.. Bila doamu lambat dimakbulkan…
Maka tandanya Allah mahu mengujimu.. Dan apabila doamu tidak dimakbulkan…
Tanda Allah merancang sesuatu yang lebih baik buatmu…. Oleh itu, bersangka baiklah dalam apa jua keadaan kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNya…
“Ya Allah, padaMu aku meminta, padaMu aku berserah dan kepadaMu aku kembali….”
Penyejuk hati kita berada dalam SOLAT.
Keselamatan kalbu kita berada dalam REDHA.
Keteduhan perasaan kita berada dalam sifat QANAAH.
Sesungguhnya kecantikan wajah kita berada dalam SENYUMAN.
Terpeliharanya kehormatan kita berada dalam HIJAB
Dan ketenangan hati kita terletak pada ZIKIR…
Three things in life once gone never come back…
1. word
2. opportunity
3. time
Three things in life are never sure…
1. dreams2. success
3. luck
Three things in life that make you a great person…
1. hardwork2. sincerity
3. punctual
Three things in life are most valuable…
1. love 2. self-respect
3. friends
Kiranya tiada cinta insani untukmu, cukuplah cinta Allah menjadi penyuluh hidupmu…
Kelak pasti akan ada cinta untukmu, dari insane yang menyintai Allah sebagaimana cintamu terhadapNya…
Berilah hatimu hanya untuk Allah, pasti DIA temukan dengan pemilik yang terbaik. Hamparkan masamu seluasnya hanya untuk Allah, pasti DIA aturkan kehidupanmu sebaiknya.”
#marilah kita sama-sama renungi. Masya-Allah, betapa indahnya kebesaran dan keagungan Allah SWT. Sama-samalah kita bermujahadah…