Monday, November 28, 2011

CERITA MINGGUAN~


Bismillahirrahmanirrahim ~ In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.


Alhamdulillah, hujung minggu terisi dengan program Khalifah Training. Program 2 hari 1 malam ini sangat best!!! Ini adalah salah satu program yang tak boleh dilupakan sepanjang berada di Bumi Kuantan. Antara salah satu aktiviti yang diadakan ialah JUNGLE TREKKING. Serius saya tak tahu rupa-rupanya jungle trekking itu bukan seperti yang saya fikirkan. Yang saya tahu jungle trekking tue adalah aktiviti berjalan-jalan di dalam hutan dan melihat sekeliling ciptaan Tuhan. Rupa-rupanya, jungle trekking yang kulalui sangat berbeza, kami diberikan halangan-halangan yang perlu ditempuh untuk sampai ke penghujungnya. Bak kata kawanku: “Seronok tengok qilah datang sini sebab qilah kan malas nak keluar, x sangka dapat tengok qilah berjungle trekking”. Betul laa tue, memang saya malas nak jogging, tapi saya suka berjalan kaki. Tak percaya??

Alamak roommates sebelah compartment tgh skodeng saya tgh buat ape???
Cik Fatinatul Afifah, saya tengah menulis.
Heeee~


Sambung bercerita. Ini adalah kali pertama aku meredah hutan dan melalui halangan-halangan sukar (x de laa sesukar mana pun!!). terpaksa meredah lumpur-lumpur, merangkak dalam lopak tanah liat, menyelam dalam air dan segala bagai, oppsss lupe plak, make-up guna tanah liat dan bergayut tarzan. Pengalaman tak dapat dilupakan.

Thanks to all committees of Khalifah Training. Terbaek~~~
Terima kasih kerana telah menganjurkan program seperti itu.
Satu pengajaran yang boleh ku nukilakan di sini ialah:

“Untuk menjadi seorang Khalifah, seseorang itu perlu mempunyai tiga element penting iaitu; aqidah yang teguh, ibadah yang sejahtera dan akhlak yang sempurna”.

“Apabila seseorang itu telah mengucap kalimah syahadah, maka dia adalah DAIE”.

“dakwah itu bukan tugas ustaz- ustazah tetapi tugas setiap orang”.


Salam maal hijrah 1433H.
Jom tanamkan azam baru, semangat baru…
Big changes always start with simple steps
Membuat segala untuk mendapat nilai pandangan Al-Khaliq bukan dari sisi makhluk
Mengatur azam dan impian agar berubah baik kepada kebaikan seizinNya,amen.
.:::LET’S MAKE STEPS FORWARD:::.

May ALLAH bless us :)



Result mid-term pun dah keluar, say Alhamdulillah.
Ya Allah, hanya Kau yang tahu apa yang terbaik. 
Aku merancang dan Kau juga merancang.
Pasakkan hati kepada Allah kerana Dia adalah sebaik-baik perancang.

Mengadulah kepada Tuhanmu nescaya Allah akan memakbulkannya...

Saat ini, ketika ini, aku ingin melafazkan nota kesedihan pada ibuku, tetapi apakan daya aku tidak mampu untuk berhadapan dengan mereka sekalipun di telefon. Saat itu aku hanya mampu mengadu padaNya, hanya DIA yang dapat mententeramkan jiwa ini. Ibubapa mana yang tidak mahu melihat anaknya cemerlang. Aku ingin meluahkan pada ibu, tetapi bila mana aku teringatkan mama dan abah, hati ini ingin menangis, patutkah aku menceritakan pada mereka? Sedih menguasai diri. Ketika itu, aku sudah hilang fokus sewaktu sesi lecture, tetapi aku kuatkan diri agar air mata tak jatuh. Serius aku malu, aku takut dan segala bagai perasaan menimpa diri ini. Tak mampu aku membawa ujian seberat ini. Tapi apakan daya, aku perlu kuat dan bersemangat, don’t cry for small matter~!!! Aku kawal perasaanku, aku bersabar dan terus bersabar. Hanya pada Allah aku mengadu dan hanya padaNya aku meminta pertolongan.


Allah mendidik kita supaya menerima sesuatu dengan reda dan sabar kerana Allah bersama dengan orang yang sabar. Orang yang bersabar akan mendapat kemenangan di dunia dan syurga di akhirat. Firman Allah yang bermaksud:
"Dan supaya kamu jangan terlalu berduka cita terhadap apa yang hilang daripada kamu dan janganlah kamu terlalu gembira apabila mendapat sesuatu nikmat."
- (Surah al-Hadid, ayat 23)
Ingatlah setiap ujian yang Allah berikan adalah untuk mengetahui sejauh mana keimanan kita kepadaNya.
Kawan-kawan, jangan bersedih, belajarlah bersabar dan terus bersabar.


Ingatlah,
Firman Allah yang bermaksud:
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan saja mengatakan kami sudah beriman sedangkan mereka tidak diuji terlebih dulu. Dan sesungguhnya kami sudah menguji orang sebelum kamu maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui orang yang benar dan orang yang dusta." 
(Surah al-Ankabut, ayat 2-3)
 You must wake up, only you!!! 
Others can only support you, but only you can make this decision!!!

CHOICE IS IN YOUR HAND!!! 



 Kata-kata pujangga:

Saat hati berkata "INGIN", namun qadar Allâh berkata "TUNGGU"...

Saat air mata "MENITIS", namun qadar Allâh berkata"TERSENYUMLAH"...

Saat segalanya terasa "MEMBOSANKAN", namun qadar Allâh berkata "TERUSLAH MELANGKAH"...

Biidznillaah...

Kita merancang sesuatu, ALLAH juga merancang seuatu yang dirahsiakan-NYA buat kita. Namun, Rancangan ALLAH itu LEBIH baik. ..yang Terbaik. . .dan yang PALING baik daripada rancangan kita.

Karena ALLAHU Yaa 'Aliimu Yaa HAKAM (Yang Maha Mengetahui dan Yang Maha Menetapkan)! ! !

Jadi, kita sebagai hambaNYA. . Jangan pernah PROTES atau PUTUS ASA.
Yakinlah...
ALLAH ada untukku, untukmu, dan untuk kita semua Insha'ALLAH !!

Best Quotes:
Pretending to be happy when you're in pain 
is 
Just an example of how strong you are as a person.
Be strong and Allah always besides us.


 Kepada kawan-kawan 6A1D
Ainu mardhiah
Ayuni razak
Nazirah mat ariffin
Adawiyah ahmad
Nurul Shahira
Afiqah Abdul Rahim



Terima kasih kerana menjadi sahabat saya.
Sayang kalian semua kerana Allah.
Tegurlah saya andai saya melakukan kesilapan dan kesalahan
yang disengajakan atau tak disengajakan.

Terima kasih kepada Ainu Mardhiah for sharing this quote:
awak, saya dan kamu masing-masing Allah bagi 24 jam sehari. Tapi yang membezakan  antara awak, saya dan kamu ialah macam mana kita gunakan 24 jam yang diberikan. saya tak tahu, dengan 24 jam ini, saya boleh tak kumpulkan keuntungan dunia dan akhirat atau menambah kerugian (dosa). Teringat pesan abg 'Sham Kamikaze' dalam talk semalam..." janganlah kita hanya memberi sisa2 hidup kita pada Allah". (talk I’M ROCK,I’M OK!). 


nota cinta:
.:::. Esok dah start kelas macam biasa
.:::. Jadual final exam sem 1 2011/2012 dah keluar.
.:::. Nyaris-nyaris dikejar anjing sewaktu berjalan-jalan di taman bandar. Ingatlah, letakkan sepenuh pengharapan pada Allah, nescaya selamat. Jom amalkan mathurat, Alhamdulillah, anjing itu berpatah balik ke kawasannya.
.:::. Bahang CAMPRO semakin membara
CAMPRO - ISLAM IS MY ONLY WAY OF LIFE.


.:::. Trademark baru: I hope I’m strong enough to look only for Allah


.:::. Jaga hati hiasi peribadi, bImbing jiwa dekati Rabbi

.:::. Ambil iktibar dengan pengajaran yang lepas


.:::. Teringin nak berjungle trekking lagi, ding~
.:::. Study mood~


Love,


LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...