Thursday, January 31, 2013

Success versus Failure

Roda kehidupan seorang pelajar.
Kejayaan dan kegagalan.


"Success is the sum of small efforts, repeated day in and day out" -Rober Collier


"Every failure is a step to success" -William Whewell

FAILURES
are parts of life.
If you don't fail,
you don't learn.
If you don't learn, you'll never change.


Perjalanan kehidupan itu sememangnya kadangkala manis atau pahit. 
Andai tiada kepahitan itu tiadalah warna-warni coretan pengalaman, senyumlah.

"Dan bahawa sesungguhnya, Dialah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis" 
[surah An-Najm: 43]


Allah knows best!


Bersyukurlah.


Jangan bersedih.
Kita harus yakin bahawa apa yang ditentukan oleh Alah buat kita, itulah yang terbaik.

Semakin tabah seseorang itu menempuh segala ujian, semakin tinggilah kekuatan dalam dirinya.

Different people, different stories, different fortune, different ways. Whichever it is, that's the best Allah has arranged for us.

Lain orang, lain masalahnya, tetapi jalan penyelesaian ada persamaan, iaitu pergantungan kita kepadaNya. 
Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui.

Menyelami kisah Bill Gates, moga jadi teladan buat kita.

Every successful person has a painful story. Every painful story has a successful ending.  Accept the pain and get ready for the success.

Antara kata-katanya, 


Keep your heart strong :)
The Google fact said : "Having positive thoughts increase your brains ability to make better decisions!"

Which step have you reached today? 
-ask yourself-

Let's start all over again. Allah knows best.


Alhamdulillah ala kulli hal :)

"Ketika bumi tutup mendengar rintihan, ketahuilah langit sentiasa terbuka." -Prof Hamka
Allah is there for you.

"Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku." 
[surah Thaahaa: 25-26]

Ingatlah apa tujuan hidup kita.


Forget the past that made you cry and focus on the present that completes your smile. Allah aways knows what is the best for you.


Keep moving forward!!!

New semester, new spirit and new resolution.
Hopefully for this becoming new semester, I will do the actions below:

i) istiqamah dengan amalan

ii) wajib revise setiap subject setiap hari walau sesibuk manapun

iii) susun jadual antara gerak kerja dan study

iv) berjimat-cermat

v) *letakkan prioriti anda*

vi) jangan bertangguh. say NO to procrastination.

Be a better student!

Note-to-myself:


Stop here.












Monday, January 28, 2013

Sweet letter...


Together forever, never be apart,
Maybe in distance but never in the heart…

Salam ukhuwwah...
Sahabat tecinta, kalian lah yang mengetahui siapa diri ini yang sebenar.
dalam suka dan duka, kalian sentiasa ada di sisiku...
Uhibukkunna fillah! May Allah bless you always.


Tinta seorang sahabat untuk ku akan ku abadikan di blog ini.
Semoga Allah mencintai kalian lebih dari cintaku kepada kalian.

Sahabat,
Bulan malam bersinar sangat cantik,
Angin malam bertiup sangat tenang,
Bintang gemerlap di langit malam sangat indah, 
Beribu cereka dicoretkan, 
Berjuta rahsia diungkaikan.

Sahabat,
Diri kita sendiri adalah amanah,
Jantung kita berdenyut adalah sumpah,
Nafas kita ini tidaklah dikerah,
Namun mengapa ada yang tidak mengerti?
Sedang mereka ketahui mungkin esok tiada
buat mereka..

Sahabat,
Diri kita milik Ilahi,
Pencipta agung sekalian makhluk,
Pencinta setia sekalian hamba,
Dalam ratib kita sentiasa berdoa,
buat kesejahteraan dunia dan akhirat.

Sahabat, 
Masa itu mungkin lama,
Kadangkala masa itu dekat,
Namun kepastian mati itu tetap hakiki,
Kerana kita takut esok bukan milik kita lagi.

Maafku pinta darimu sahabat,
Kerana aku bukanlah insan sempurna,
Khilafku nyata, salahku nyata...

Aku takut andai aku tak dapat melihat tawamu,
Aku takut andai dosaku padamu tak terampun,
Aku takut andai keranaku kau menangis,
Aku takut andai keranaku kau terkedu,
Aku takut andai keranaku kau terdiam,
Aku takut andai keranaku kau marah,
Aku takut andai keranaku kau lari,
Kerana hakikatnya,
Aku takut hari esok aku tak sempat melihatmu
tersenyum seperti sediakala,
Kerana ajalku bukan ketetapan dariku,
Kerana ajalku pemilik Rabb-ku.

Sahabat,
Terima kasih atas segalanya,
Aku tak pernah melupakan budi baikmu,
Kerana dengannya aku tersenyum sendiri,
Ada nikmat yang besar buatku dari Penciptaku,
Allah swt...
iaitu sahabatku, Aqilah.

bila tangan menulis:
*terima kasih sahabat. Alhamdulillah, khatam juga sebuah buku untuk cuti semester kali ini. Buku bertajuk Travelog Luka Air Mata Syria benar-benar membuka hati, mata dan minda ku. Mereka bermati-matian mempertahankan Islam dari pemerintahan kuku besi Syiah Nusairi. Moga Allah tempatkan mereka sebagai syuhada. 

Aku ingin menjadi seperti burung kecil yang terbang membawa sedikit air pada paruhnya, untuk disiram pada bakaran api yang besar yang sedang menjerang Nabi Allah Ibrahim AS.
Walau sehebat manapun kamu, berkorbanlah sekecil atau sebesar apapun demi mempertahankan Islam. Allahu Akbar.







Wednesday, January 23, 2013

DIA- Rasulullah SAW



Jangan mengaku cintakan Rasulullah saw, andai sunnah baginda ditinggalkan.
Jangan mengaku rindukan Rasulullah saw, andai hanya mengingati baginda pada hari kelahirannya.
Jangan mengaku sayangkan Rasulullah saw, andai tidak mengamalkan ajarannya.
Jangan mimpi untuk mendapat syafaat Rasulullah saw, andai apabila disebut nama baginda berat untuk berselawat ke atasnya.
Ya Allah, sampaikan rasa sayang, kasih dan rinduku pada kekasihMu ya Allah.

Sempena hari mulia dan bulan Rabiul Anwar ni, jom kita berazam perbanyakkan amalan sunnah dalam kehidupan seharian. ;)

Allahumma Solli 'Ala Saidina Muhammad, Wa 'Ala Alihi Saidina Muhammad. Marilah sama-sama kita mengingati perjuangan Baginda Rasulullah S.A.W.

3 cara cinta Nabi Muhammad saw yang dapat kita praktikkan:
1.     Banyakkan berselawat
2.     Dalami sirah Nabi Muhammad saw
3.     Jadikan Baginda sebagai qudwah hasanah

Tema Maulidur Rasul peringkat kebangsaan bagi tahun 2013 :
"Wasatiah Tonggak Kesatuan Ummah"

Salam maulidur rasul~

Tuesday, January 22, 2013

updating...


10 Rabi-ul-awwal 1434H


LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...