Friday, January 28, 2011

IKHLAS~!!!

Adakah kita ikhlas???

Keikhlasan menjadi pra-syarat sama ada amalan kita diterima oleh Allah swt ataupun tidak. Kerana kita inginkan amalan kitalah yang bakal menjelma sebagai makhluk yang indah bila kita di dalam alam barzakh nanti, kita berharap agar amalan kitalah yang dapat membela kita pada hari pembalasan kelak.
Sudah tentu, niat pada permulaan kita membuat sesuatu, hinggalah ke akhirnya perlulah hanya kerana Allah semata-mata. Tidak kira amalan itu menyentuh perkara peribadi mahupun dalam kehidupan berdakwah. Namun, ibarat kita hendak mengenal samada kita sudah terkena penyakit 'chicken pox' dsbnya, ada tanda-tanda yang dapat menolong kita memastikan adakah benar kita ini ikhlas.

Antaranya :-
1. Kita takutkan sanjungan dan pujian manusia.
2. Kita tidak berasa hati apabila usaha dikritik oleh manusia.
3. Kita tidak berasa bangga bila dipuji.
4. Kita sentiasa menganggap diri cuai dalam ibadah akibat sikap taajub akan diri sendiri.
5. Tidak malas, lembab dan ketinggalan dalam kesusahan.
6. Tidak jemu dalam berusaha mengajak orang kepada Islam.
7. Tidak menjauhkan diri dari jemaah walau dicaci manusia.
8. Di dalam organisasi/jemaah, tidak teringin menjadi ketua tetapi tetap bekerja dan menyumbang.
9. Menjadi pemimpin atau pengikut, mana satu tidak menjadi hal.
10. Tidak marah malah gembira, bila muncul seorang yang baru menjadi ketua (namun bukan bermaksud tanggungjawabnya sendiri berkurang, kerana amanah bukan dari manusia tetapi dari Allah)

Begitulah antara perkara-perkara yang perlu kita perhatikan. Ini hanyalah panduan sahaja sebagai langkah berjaga-jaga bagi memastikan amalan diri kita sendiri bersih dari sifat ria', taajub, takabbur dan seumpamanya. Pekerjaan yang zahirnya baik, tetapi jika diselimuti oleh segala sifat yang batil tersebut, maka sia-sialah di sisi Allah swt. Hatta mereka yang berperang di saff hadapan dan mati di medan peperangan. Walau bagaimanapun, atas kelemahan manusia, tidak layak sebenarnya untuk menilai atau menghukum orang lain ikhlas ataupun tidak.

Dalam satu kata-kata ulama', ada ulama' yang mengatakan untuk membayangkan ikhlasnya seseorang itu seperti seekor semut yang hitam yang berjalan diatas batu yang hitam pada waktu malam ( yg pekat legam ). Betapa besarnya hati manusia itu, apa bila merasakan hatinya itu ikhlas terhadap Allah Ta'ala.

Begitulah dalam beramal, solat, zakat, baca Quran,mengajar, berdakwah, menolong, motivasi, forum, ceramah, belajar, semata-mata kerana Allah:

1. kerana suruhanNya
2. kerana keredhaanNya
3. kerana arahanNya
4. kerana mentaatiNya
5. kerana patuh padaNya




Dan sama-samalah kita berdoa:
Wahai Tuhan kami!
Perbaikilah hati kami,
hapuskanlah cacat cela kami,
pimpinlah kami ke arah kebaikan,
hiasilah kami dengan iman,
hiasilah kami dengan taqwa,
kurniakanlah kepada kami
taat setia kepadaMu
sepanjang hidup kami.
Tuhan kami! Jadilah kami ikhlas kepadaMu,
syukur kepadaMu,
bertawakkal kepadaMu,
taubat kepadaMu,
khusyuk kepadaMu.
Wahai Tuhan kami!
Sesungguhnya kami mohon kepadaMu
ketetapan di dalam urusan ini
keazaman di dalam hidayah
tolonglah kami mengingat Engkau
menyebut namaMu
mensyukuri Engkau
baik ibadat kepadaMu. 



footnote: minggu-minggu terakhir yang sangat memerlukan aku mengoptimizekan keikhlasan dalam melakukan kerja. Kadang-kadang bila terasa penat dengan kerja dunia, sampai lupa diiringi dgn keikhlasan. 1 hour 19 minutes after this, i'll have BIOLOGY class.
Nak kongsi satu doa yang terbaca di facebook kawan, 
"Ya Allah, jangan letakkan dunia di dalam hatiku tapi letakkan di dalam tanganku."
to Najah - i know you can do it!!! 


Pesan Habib Ali al Jufri:

Matamu ini hidupkannya dgn kehidupan Baginda, jangan engkau memandang pada perkara yg haram,

Telingamu ini hidupkannya dgn kehidupan Rasulullah, jangan engkau mendengar sesuatu perkara dosa,

Lidahmu ini hidupkannya dengan kehidupan Rasulullah jangan engkau berbicara melainkan ia dapat menyebabkan engkau mengingati Allah dan RasulNya,

Wahai hamba Allah yang banyak berdosa,
Hidupkan kehidupanmu dgn membaca kalam Allah,
Hidupkan kehidupanmu dgn sunnah Rasulullah,
Hidupkan kehidupanmu dgn hukum hakam Allah,
Hidupkan kehidupanmu dgn zikir dan ibadah pada Allah,
nescaya hidupmu kekal dlm rahmat Allah sentiasa,
sehingga Allah menghimpunkanmu bersama kehidupan sebenarnya di alam barzakh,
kemudian di hari akhirat bersama Nabi Muhammad,
kemudian di syurga firdausi yg tertinggi

~Ya Allah, hidupkan kami dgn mencintai orang yang mencintaiMU~

*syukran najah sbb tag me on this picture at facebook.

JOM KITA SAMA-SAMA LUANGKAN MASA UNTUK MAJLIS YANG PENUH BARAKAH INI.


kenangan bergerak kerja di CFS.

p/s : terbaca di FB, perkongsian KAK ZATI BALQIS:

"tumpukanlah perhatian kamu kepada urusan hati kamu dan batin kamu, buktikan perkataan kamu dengan amal kamu, dan amal kamu dengan niat dan ikhlas kamu, dan niat serta ikhlas kamu dengan menjernihkan dalaman kamu dan memperbetulkan hati kamu, kerana hati itu adalah Asal dan dialah tempat putarn segala-galanya, sesungguhnya Allah hanya menilai hati dan niat kamu"

(habib abdullah al-haddad)


LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...