Tentu kalian tertanya-tanya kenapa tajuk kali ini tentang arnab, pelik bukan? Ini kerana aku tidak pernah post tentang haiwan. Sesiapa yang mengenal diri kerdil ini sudah tentu kalian tahu aku mempunyai satu sifat iaitu takut akan kucing. Kucing oh kucing!
Bila melihat kawanku, Athirah post tentang KUCING, tiba-tiba dapat idea untuk update tentang arnab.
Jumaat yang lalu, mama telah membeli 2 ekor anak arnab. Cute gitu. Sebenarnya sebelum ini kami sekeluarga pernah memelihara arnab tetapi sudah tiada, seekor terjun longkang dan seekor lagi lari dari kandang. Anak arnab yang mama beli nie bernama KIKI dan LALA. Untuk pengetahuan kalian semua, dalam banyak-banyak binatang peliharaan, aku paling suka arnab. Sebab utamanya ialah arnab cute!!!
Mengapa arnab harus dijadikan haiwan peliharaan terbaik untuk keluarga???
Ini kerana haiwan ini amat mudah dijaga walau penjaganya adalah seorang yang kurang upaya. Pemeliharaan tidak memerlukan kawasan yang luas. Sumber makanan yang murah dan mudah diperolehi di sekitar kediaman. Haiwan ini tidak mengeluarkan bunyi yang boleh menganggu kejiranan. Bau najis yang amat minima. Boleh dibela di dalam rumah samada jenis flat atau kondominium. Arnab tidak pandai menyerang walau dalam keadaan terdesak. Tidak mendatangkan sebarang ancaman kepada penternak atau masyarakat keliling. Cepat berkembang biak. Tahan lasak.
Kepada kawan-kawan, jom pelihara arnab. Seronok juga menjadi penjaga arnab bila adik-adik ku ke sekolah. Apa yang aku buat??? Sikat bulu arnab, bagi makan kangkung takpun carrot takpun makanan tambahan [pellet] dan bersih najis arnab.
jom zoom gambar KIKI dan LALA~!!!
cute kan mereka ini???
Anda masih ingat tentang kisah Abu Hurairah??? Nama sebenar beliau adalah Abdul Al-Rahman bin Sakhar al-Dusi Yamani. Gelaran Abu Hurairah r.a. adalah kerana kegemarannya bermain dengan anak kucing. Diceritakan pada suatu masa ketika Abu Hurairah r.a. bertemu Rasullullah SAW, beliau ditanya oleh baginda apakah yang ada dalam lengan bajunya. Apabila dia menunjukkan anak kucing dalam lengan bajunya lantas dia digelar Abu Hurairah oleh Rasullullah SAW. Semenjak itu dia lebih suka dikenali dengan gelaran Abu Hurairah. Dalam suatu peristiwa, tatkala seorang sahabat nabi bernama Abdul Rahman bin Sakhr menemui seekor anak kucing yang sedang mengiau kerana kehilangan ibunya. Beliau yang dalam perjalanannya menuju ke Masjid Nabawi, berasa kasihan kepada anak kucing itu, lalu mengambil dan meletaknya dalam baju besar beliau.
Apabila sampainya di masjid, baginda bertanya Abdul Rahman, apa dalam bajunya? Ia menjawab anak kucing yang kehilangan ibu, aku mengambilnya kerana kasihan padanya. Lalu baginda menggelarkan Abdul Rahman dengan Abu Hurairah (bapa anak kucing).
Banyak hikmah dari riwayat hidup Abu Hurairah ini dan antaranya beliau telah mencontohi kepada kita betapa bagusnya dan satu amalan yang sangat disukai oleh nabi sendiri iaitu berbuat baik kepada kucing.
Seorang wanita masuk neraka kerana kucing. Ia menahannya hingga mati. Ia masuk neraka kerananya, kerana ia tidak memberinya makan sebab ia menahannya, dan tidak membiarkannya makan serangga-serangga tanah.” Hadith riwayat Bukhari.
Sama-samalah kita mengelakkan diri dari menyeksa binatang, lebih-lebih lagi menyeksakan mereka dengan api. “Sesungguhnya tidak ada yang berhak menyiksa dengan api selain Rabb (Tuhan) pemilik api.” Hadith Riwayat Abu Dawud, hadits shahih.
::nota cinta::
Walaupun aku takut akan kucing tetapi aku tidak pernah menyiksanya. Mungkin ini kerana disebabkan kisah anak jiran yang kena dicakar oleh kucing, aku jadi takut. Jikalau Abu Hurairah digelar bapa anak kucing, aku pula Umm Arnab, sesuaikah??? J
Untuk pengetahuan kalian, GENN si hamster telah mati kerana jangkitan kuman. Adikku sedih juga dengan kehilangan GENN.
Stop here.
No comments:
Post a Comment