Friday, May 20, 2011

Hari-hari itu bagaikan...

“Demi MASA. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali yang beriman dan yang beramal soleh.
Yang berpesan-pesan dengan KEBENARAN. Yang berpesan-pesan dengan KESABARAN”. (Surah al-'Asr)

Sudah lama tangan ini tidak mencoret kisah di blog akibat dek kesibukan. (mungkin???)
tik…tok…tik…tok, tinggal beberapa hari lagi aku akan meninggalkan bumi CFS ini. Exam is around the corner, buku tak baca lagi. Oh tidak!!! Ada satu perasaan yang tidak boleh aku nukilkan ialah perasaan ingin berjumpa dengan keluarga. 2 bulan di CFS ini membuatkan perasaan itu makin menyesakkan dada, oppssss!!! Ayat macam kena pinang dengan orang. Lari topic sudah…


one more, one more…
perasaan sedih meninggalkan sahabat-sahabat CFS juga tersemat di hatiku. Mana mungkin aku tidak sedih meninggalkan kalian setelah kita bersahabat.Walaupun aku tak sehebat kalian tapi aku ingin menjadi hebat seperti kalian. Sikap kalian yang sabar, bersemangat, tegar dengan ujian dan kemantapan kalian membuatkan aku bangga dengan kalian.Tanpa kalian mungkin aku tidak berada di sini bersama kalian.Kalian ibarat pensel yang mencorakkan kertas kehidupanku.Kepada sahabat-sahabat yang akan ke Gombak dan di mana-mana sahaja, ingatlah daku dalam doamu. Kepada  sahabat-sahabat yang keKuantan, pimpinlah aku ke jalan yang diredhaiNya dan kita sama-sama kecapi kejayaan dunia demi kejayaan di akhirat kelak.Ukhuwwah itu bukan teori semata-mata. Bila dipraktikkan ia akan menghasilkan tali kukuh yang tidak mampu diputuskan.


Tinggal beberapa hari lagi short semester 3 akan melabuhkan tirai. Setiap kali hujung minggu, ada sahaja program yang kami pergi sebelum pulang ke kampung halaman masing-masing.

7 MEI 2011
Sabtu, ini weekend. Alhamdulillah kami berkesempatan ke Masjid Shah Alam untuk menghadirkan diri ke majlis talaqi Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari al-Maliki. Hati gembira kerana kali pertama berjumpa dengan Tuan Syeikh. Sering sahaja mendengar nama Tuan Syeikh di talaqi Ustaz Muhadir, dan kali ini berkesempatan melihat sendiri Tuan Syeikh . Mendengar setiap bait-bait yang diperkatakan membuatkan hati ini tenang.Alhamdulillah. 


Antara perkongsian Syeikh bolehlah anda klik sini dan sini.

Allah berfirman dalam surah Al-Mujadilah ayat ke 11:
            “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila dikatakan kepadamu, “Berilah kelapangan di dalam majlis-majlis,”maka lapangkanlah,niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu.Dan apabila dikatakan, “Berdirilah kamu,” maka berdirilah, niscaya Allah akan mengangkat (derajat) orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu beberapa derajat. Dan Allah Mahateliti apa yang kamu kerjakan”.

8 MEI 2011
Ahad, hari untuk ‘short journey’ bersama sahabat-sahabat sebelum pulang ke kampung halaman masing-masing.Mula-mula hati ini gundah sama ada mahu pergi atau tidak,  akibat dek mengingatkan tali ukhuwwah bersama sahabat-sahabat, aku pergi jua. Seharian bersama kalian membuatkan hati ini gembira walaupun badan mengadu kepenatan.Sudah sekian lama tidak menjejakkan kaki ke Masjid Negara, hari ini, Masjid Negara berada di hadapanku.Banyak tempat yang kulawati, antaranya Masjid Negara, Planetarium Negara, Taman TasikPerdana, Taman Rusa dan banyak lagi. Seronoknya, itulah perasaan yang aku dapat gambarkan.


saya tak sehebat Ibnu Sina tetapi saya ingin menjadi seperti dia.



Diriwayatkan dari Abu Hamzah Anas bin Malik Radhiyallahu ‘anhuma, pelayan Rasulullah Shallallahu’alahi wasallam dari Nabi Shallallahu’alahi wasallam, telah bersabda: “Tidaklah beriman salah seorang di antara kalian sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri”. (Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim) 

11 MEI 2011
Rabu, talaqi terakhir bagi short semester 2010/2011 bersama al-Fadhil Ustaz Muhadir. Dan bagiku ini adalah talaqi terakhir di bumi CFS kerana aku akan menyambung degree di Kuantan kelak. Ustaz memberi tasyji’ kepada kami 2nd year yang akan ke Gombak dan Kuantan. Terasa sedih juga kerana tidak dapat merasai talaqi di annex102.
Antara pesanan ustaz kepada kami ialah:
·      Ustaz juga ada mengingatkan ahli pengajian agar berhati-hati menjaga diri dari berbuat maksiat. 
·     Ustaz juga menasihati kami agar sentiasa mujahadah dalam menjaga hati ini agar hati kita sentiasa dipagari dengan iman dan taqwa. Imam Haddad pernah memberi perumpamaan bagaimana cara untuk mendapatkan hati yang bersih dan disuluhi dengan nur Allah. Beliau mengatakan bahawa: “Jika kamu mendatangi penjual madu dengan bekas yang kotor, pasti penjual itu meminta kamu pulang untuk bersihkan dulu bekas yang kotor itu agar ia dapat diisi dengan madu nanti. Sama seperti hati kita. Bersihkan dulu hati daripada sifat mazmumah, pasti Allah letakkan ilmu dan kurniakan cahaya pada hatinya”. 
·       Imam Malik pernah berkata bahawa "Siapa yang bertasawuf tanpa memahami feqah, sesungguhnya dia kafir zindi. Siapa yang mempunyai feqah tanpa bertasawuf sesungguhnya dia fasiq. Siapa yang menghimpunkan keduanya (tasawuf dan feqah) nescaya dia tahkik".
·       ustaz mengingatkan semua ahli pengajian agar ikhlas, beramal dengan ilmu yang dipelajari dan istiqomah dengan amalan tersebut. 

Lebih lanjut boleh klik sini.

14 MEI2011
Sabtu, di pagi yang indah, bersama-sama dengan roommates <Najah, Athirah dan Zalehaserta Ilyana dan Shahira berkesempatan ke tasik bersebelahan dengan Amcorp Mall. 
Seronok juga berpagi-pagian di tasik.

Setibanya di tasik, kami mencari tempat duduk untuk bersarapan, perut mula menjerit kelaparan dan minta diisi. Berbekalkan nasi lemak, sandwich dan air kotak, akhirnya kami mula mengambil tempat duduk berdekatan dengan taman permainan. Alhamdulillah di atas rezeki yang diberikan oleh Allah.
Perut sudah kenyang, time to play. Bermain di taman permainan mengimbau saat ketika aku masih kecil. Abah selalu membawa aku dan adik-adikku ke taman permainan, gembira tak terkata, al-maklumlah taman permainan macam-macam ada.

Di taman permainan,
            Aku terlihat seorang budak perempuan sedang bermain. Mukanya macam orang putih. Orang putih kah dia??? Tidak lama kemudian terdengar maid budak perempuan tersebut berbahasa Inggeris. Sah budak tue anak orang putih. Namanya Heidi. Ibu dan bapanya are Australian and her maid is Indonesian. We play with that girl and speak English with her. Kami melayan kerenah Heidi, gembira sakan jumpa budak cute macam Heidi nie.
            “Do you want to play this?” i said to her.
            “......”she said.
Heidi is only 4 years old, her speaking is not clear to me. Dia sangat cute, sudah jatuh cinta pada Heidi. We spend our time playing with her J.



            After taking photo with Heidi, she’s going to sleep. She come back to home. Kami meneruskan bermain di playground yang besar. Kami dapat bermain buaian, oh tidak!!!seronoknya, dah lama tak main buaian, almaklumlah dah besar panjang kami semuanya. Sedang kami bermain, we meet a Chinese man with his son. First i meet both of them in papan gelongsor. The dad play with his soon cheerfully. I love that because I never see a dad play with his son without his wife. This showed that a man also love his son. Ketika sedang bermain buaian, terlihat anaknya bermain berdekatan dengan Najah dan Athirah. Terdengar kata-kata ayah kepada anaknya,
            “Say hi to kakak!” the dad said.
Wah, sangat membanggakan! Bukan senang untuk memulakan percakapan dengan orang Cina. The father is Uncle Malvin dan anaknya Hang. Setelah bercakap-cakap, kini baru kutahu ayah kepada Hang seorang software engineer. Tak sangka seorang uncle yang simple itu telah menamatkan phD nya di luar Negara. Uncle Malvin bercerita tentang kisahnya dan member motivasi kepada kami. Aku pula sibuk bermain dengan anaknya, Hang, oppppsss!!! pantang jumpa budak, aku pasti akan bermain dengan mereka. Athirah dan Najah menjadi penonton setia mendengar kata-kata Uncle Malvin. Klik sini dan sana untuk membaca pesanan Uncle Malvin.


I get many memories on that day. Sebelum pulang, kami sempat bertandang ke Amcorp Mall, mencuci pandangan melihat apa yang patut. 
Adakah orang perempuan suka shopping?? Jom kita sama-sama fikirkan...



Menjejak kaki ke kedai buku POPULAR hanya untuk melihat buku-buku terbaru, tapi tak sangka juga aku membeli sebuah buku. Oh tidak!!! Pantang lihat buku! Ada saja yang nak dibeli. Dek kerana kehabisan wang, aku membeli sebuah sahaja.


“Orang yang cintakan ALLAH akan tenang dengan mengingati-NYA. Orang yang takutkan ALLAH pasti bergetar hati apabila mendengar ayat-ayat-NYA. Andai cinta dan takut ALLAH ada di hati, kita seolah-olah memiliki segala-galanya. Itulah kekayaan, ketenangan dan kebahagian yang hakiki dan abadi.

Buku yang telah disyorkan oleh seorang kakak sewaktu program remaja, di mana DIA di hatiku? Hasil tulisan ustaz Pahrol Mohd Juoi. Teringat bait-bait mutiara yang keluar oleh kakak tersebut,
            Motivasi kita adalah ALLAH. Bila kita suka kembali kepadaNya. Bila kita sedih kembali kepadaNya, Bila kita gusar kembali kepadaNya. Bila kita penat kembali kepadaNya. Ingatlah Allah adalah motivasi kita. Ingatlah Allah Maha Melihat dan Maha Mendengar.

more information, click here and here.

Nota cinta :
16 MEI 2011, Selamat hari guru. Tanpa kalian, tidak mungkin aku berada di sini. Tanpa kalian, sudah tentu aku tidak pandai membaca dan menulis. Tanpa kalian, sudah pasti aku kecundang dalam mengharungi rancah kehidupan. Tanpa kalian, sudah pasti aku tidak akan sampai ke tahap ini. Terima kasih guru!!! Saya sayang kalian kerana Allah.


Guru – Abah dan Mama. Kalian adalah guru kami di rumah. Kalian mengajar kami erti sebuah kehidupan. Terima kasih Abah dan Mama. Kalian merupakan guru terbaik dalam hidupku.

17 MEI 2011, hari ini akhirnya aku mengetahui blog rakan octavo ku, Nurul Ain Othman. Thank you so much, semoga anda rajin mengupdate blog anda ye!!! Blog bkn sahaja untuk share ilmu tapi untuk kepada peringatan kepada diri sendiri. In short, I’ll always walking to your blog J.

Kepada kawan-kawan yang mengambil subjek UNGS, good luck for your examination next week. Do your best and good luck!!! UNGS is not only for examination but we should practise what we had learnt from UNGS.


“Barangsiapa melalui suatu jalan untuk mencari suatu pengetahuan (agama), Allah akan memudahkan baginya jalan menuju syurga.”(Bukhari)



kepada sahabatku, teruslah mujahadahmu dalam melawan hawa nafsu. Ya, aku tahu bukan mudah untuk melawannya tetapi dengan syarat kamu ikhlas dalam melakukannya. Aku tahu itu berat bagimu tetapi aku pasti kamu mampu melakukannya. Dulu kita hanya belajar apa itu mujahadah, sekarang adalah masa untuk mempraktikkannya. Bukan esok untuk mempraktikkan tetapi sekarang!!



Assignment UNGS 2050, The rights of wife and husband. terkejut juga kerana dalam banyak-banyak group, group kami yang akan membuat assignment berkenaan ini. Kami lakukan dengan sebaik mungkin walaupun kami belum berkahwin, persediaan untuk berkahwin suatu hari nanti. 
kepada kawan-kawan, jangan lupa hantar kad jemputan sama saya!!! 
teringat dgn Dr. Salah yang selalu meningatkan kami tentang 'marriage'



Dr. Mahmud asy-syarif di dalam bukunya Al-Hubb fil Quran menyatakan, "Islam adalah agama cinta dan mukmin tidak merasakan manisnya iman sehingga ia merasakan hangatnya cinta". 

Rasulullah memberitahu 3 perkara yang membolehkan seseorang berasa manisnya iman, iaitu apabila dia mencintai Allah dan Rasul lebih daripada yang lain, mencintai seseorang hanya kerana Allah dan benci untuk kembali kepada kekufuran seperti dia tidak suka dilemparkan ke dalam neraka.

misi sebelum tamat short sem:
MISI KHATAM QURAN



Sabda Rasulullah saw: "Bacalah olehmu akan al-Quran, sesungguhnya dia datang pada Hari Kiamat kelak memberi syafaat kepada tuannya". (HR Muslim)


semoga misi ini dipermudahkan...amin.

nota kaki: post terpanjang selama blog ini tercipta. Kepada yang menunggu post ini (bajet ada orang baca), maaf sebab sudah lama tidak diupdate walaupun 2 weeks yang lepas. 
Kampun halaman???!!!
oppppsssss....
Exam???!!! fullstop!
till here, Assalamualaikum.

diri yang kerdil, 
Syarifah Nur Aqilah
















Tuesday, May 3, 2011

.::KISAH HUJUNG MINGGU::.

JUMAAT, 29 APRIL 2011

Sayyidul ayyam. Hari ini aku ada kelas UNGS 2040, kelas ganti untuk minggu hadapan. Dan ini adalah kelas terakhir bersama DR SALAH dan hari ini adalah presentation day for Muslims Scholars. Group aku memilih Ibn Al Nafis.
         
“Ibn al-Nafis was an Arab Muslim Polymath, a physician, anatomist, physiologist, surgeon, ophthalmologist, Hafiz, Hadith scholar, Shafi'I'jurist, and lawyer, Sunni theologian, Islamic philosopher, logician, Arabic novelist, science fiction writer, and scientist. He wrote about the topics of Islamic psychology, Islamic sociology, astronomy, Islamic cosmology, futurology, geology, Arabic grammar, linguistics, and history.



Terbaca perenggan pertama history of Ibn Al Nafis. MasyaAllah, tabarakallah. Hebatnya beliau. Kagum dengan sarjana-sarjana Islam, bukan setakat major dalam bidang masing-masing malah bidang-bidang lain juga. Bagaimana dengan kita? Jauh bezanya kita dengan sarjana Islam dahulu. Apa yang menarik kami membawa history of Ibn Al Nafis kerana he was the first one who discovered the pulmonary circulation.
Tanpa jantung, adakah kita masih dapat menghirup udara pagi? Tanpa akal yang diberikan, sudah tentu kita tidak dapat berfikir dengan baik. Tanpa tangan, sudah tentu kita tidak dapat menulis, memasak dan lain-lain. Bersyukurlah atas nikmat yang Allah berikan, say ALHAMDULILLAH.

 Bersiap-siap untuk ke kelas, tiba-tiba roommate ku mengadu kesakitan.
          ”Arrrrggghhhh! Qilah sakit,” katanya.
          ”Ambilkan minyak but-but dengan Dayah,” katanya lagi.
          ”Ok!” kataku lalu bingkas bangun menuju ke bilik dayah.

Zaleha mengadu kesakitan. Aku dan Najah tak tahu nak buat apa bila Herbalist-to-be sakit, almaklumlah kami bukan doktor untuk merawat. Tambah-tambah aku ada kelas, tiba-tiba terfikir, kesian zaleha kalau aku pergi kelas, najah pula tak tahu nak buat apa. Lantas aku membuat keputusan, masuk kelas lepas rehat.
Dengan adanya aku, Najah dan Kak Hani, kami mengurut menggunakan teknik yang diajar.

Setelah sekian lama Zaleha mengadu kesakitan, akhirnya kami membuat keputusan untuk membawa Zaleha ke klinik. Aku dan Najah akhirnya menelefon madam on duty hari tersebut. Madam menyuruh kami bersiap-siap, untuk membawa Zaleha menaiki ambulans ke klinik. Aku menyerahkan tugas menemani Zaleha kepada Najah kerana aku perlu ke kelas. Assignment-assignment perlu dihantar pada hari ini before 12pm.

Di dalam kelas, aku tak senang duduk sebab membiarkan Najah seorang sahaja membawa Zaleha. Sempat aku menelefon Najah sewaktu dalam kelas, maaf kawan-kawan sebab tak dengar presentation kalian. Zaleha dibawa ke PPUM??? Oh, tidak! Akhirnya, setelah siap menghantar semua assignment yang diberikan, aku keluar dan bergegas ke PPUM bersama Aina. Terima kasih Aina, temankan qilah ke PPUM.

Tunggu punya tunggu, dalam jam 3.35pm, Zaleha keluar dari pintu kecemasan dengan tersenyum. Aku dan Najah pelik dan hairan.

          ”Zaleha dah sihat? Biar betul???,”fikirku.

Akhirnya kami percaya Zaleha dah sihat, enam jam tidur atas katil kecemasan, Alhamdulillah. Kepada Zaleha, ingat pesan doktor ye!!!

Esok ke bookfair at PWTC, tak sabar rasanya. Zaleha pun dah sihat, Alhamdulillah.

            "Sesungguhnya hanya di sisi Allah ilmu tentang hari kiamat; dan Dia yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang dikerjakannya besok. Dan tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Mengenal. [surah Luqman: 34]


SABTU, 30 APRIL 2011
Dalam kepalaku hanya satu tujuan, BOOKFAIR. Pantang tengok buku semua nak. Obses dengan buku. Aku sudah jatuh cinta dengan buku. Selalu juga aku berangan nak jadi orang kaya, nak beli buku banyak-banyak, kalau ada rumah, nak satu bilik penuh dengan rak-rak buku. Wah, sungguh besar cita-citaku. Berangan mat jenin juga aku nie rupanya!

Selepas bersarapan di Café ZC, akhirnya kami bertiga, Aku, Najah dan Zaleha bertolak ke PWTC dari UIA. Tak sabar aku nak ke sana almaklumlah 1st time ke sana dan tak sabar melihat buku-buku. Seronok tak terkata.

Akhirnya aku telah mendapatkan beberapa buku yang ingin kubeli. Nasihatku untuk kalian semua ialah senaraikan dulu buku-buku yang kalian nak beli, sebab bila tiba di sana, rambang mata, rasa nak beli semua je buku kat sana, tambah-tambah dengan diskaun yang diberikan. Lagi bertambah nafsu keinginan untuk membeli buku.

Buku terakhir yang aku beli ialah komik untuk adik-adik ku, Sayed Muhammad Syahir dan Sayed Muhammad Syakir. Komik bertajuk AKU, KAU DAN BOLA dan ULTRA QALIF keluaran PTS menjadi pilihanku. Tiada unsur percintaan, ganas dan sesuai dengan umur adikku.

Kakiku sudah mengadu kepenatan. Tanganku sudah mengadu kelelahan. Setelah mendapatkan semua buku, kami bertolak pulang. Setibanya di KTM Putra, ramainya orang!!! Kami membuat keputusan untuk ambil teksi untuk pulang ke UIA. teksi tiba dan kami masuk ke dalam teksi. Alhamdulillah, ada juga teksi yang lalu.

Pak cik teksi itu sangat baik. Pak cik tersebut mengambil jalan shortcut untuk sampai ke UIA. Pak cik siap tunjuk kami stesen INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA.
           
            ”Inilah stesen IKIM, pernah dengar radio IKIM tak?” kata pak cik teksi.
            ”Oooo, selalu dengar IKIM tapi tak pernah tahu stesen penyiarannya di mana,” kata salah seorang dari kami bertiga.

Pak cik meningatkan kami untuk belajar bersungguh-sungguh, senangkan hati mak ayah dan jadi orang berguna bila besar nanti. Terima kasih pak cik atas nasihat tersebut. Akan kami letak dan sematkan nasihat pak cik di dalam hati.

            ”Pak cik doakan anak-anak semua berjaya ye.” tinta terakhir pak cik teksi sebelum kami turun.

Lupa pula nak ambil nombor telefon pak cik tersebut. Sewaktu melalui istana negara yang baru dibina, pak cik berkata

”Kalau anak-anak duduk istana negara nanti, bagitahu pak cik, ajak pak cik duduk istana tersebut”.

Syukran jazillan, pak cik! Akan ku ingat pesanan mu walaupun aku tidak tahu nama pak cik.

Setibanya di bilik, aku membelek-belek buku yang dibeli, terlihat poskad yang dapat sewaktu di PWTC.

CINTAI BUKU: DUNIA TANPA SEMPADAN

Jom kita sahut seruan kerajaan. Antara wawasan 2020 adalah untuk mewujudkan MASYARAKAT SAINTIFIK DAN PROGRESIF. Bagaimana untuk merealisasikan wawasan ini??? Membaca adalah jawapannya.

Prophet Muhammad pbuh said,
            ”the knowledge without action is just like a tree without fruits”.

The Prophet saw said,
            “Seeking knowledge is obligatory on every Muslim”.

(96: 1-5)
“Read! In the name of the Lord and Cherisher, who created – created man, out of a mere clot of congealed blood. Proclaim! And your Lord is most Bountiful – He who taught the use of the pen, taught man that which he knew not”


AHAD, 1 MEI 2011
Illeya Ibrahim telah menjemput kami ke rumahnya, katanya ada tahlil arwah untuk arwah ayahnya. Kami bertiga memulakan perjalanan kami ke rumah illeya yang terletak di Klang. Tahlil arwah bermula jam 1.00 petang. Kami dijamu dengan makanan yang sangat lazat. Dah lama tak merasai masakan mama. Dah masuk kes homesick, oh tidak! Kepada Illeya, terima kasih atas jemputan ini. Setiap jiran dianggap sama seperti kaum kerabat sebagaimana diisyaratkan oleh al-Quran di dalam surah al-Nisa' ayat 36:

Maksudnya: “Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri.”



ISNIN, 2 MEI 2011
Kebanyakan masa dihabiskan di bilik. Tiba-tiba fikiran terlintas sewaktu di dalam kelas DR SALAH,

Homework today is WHAT IS RELATIONSHIP BETWEEN AQIDAH WITH YOUR SPECIALIST???
My specialist is AUDIOLOGY tetapi jika diletakkan ke major lain, aku redha, itu adalah ketentuanNya.

Teringat akan ayat surah Al A’raaf ayat 179 :

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.



Nota cinta: cuti!cuti!cuti! sibukkan dirimu dengan benda bermanfaat agar dirimu tidak sibuk dengan benda yang tidak bermanfaat.




.:::aqilah:::.



Wednesday, April 20, 2011

Harapan itu...

Harapan itu
tinggi menggunung
semua ingin mencapainya
walaupun terpaksa 
mengharungi cabaran
mendukung dugaan

Harapan itu
mampukah kita gapai?
mampukah kita sentuh?
mampukah kita pegang?
tekadkan azam
harapan itu 
akan menjadi kenyataan.



harapan itu
terangkul erat
nun di hatiku
keluarlah kamu
realisasikan dirimu
jangan putus asa
selagi dirimu mampu
gapailah harapan itu
dengan usahamu
dengan tawakkalmu
dengan doamu...


"Barangsiapa bertaqwa pada Allah, nescaya Allah sediakan baginya jalan keluar dan rezeki dari jalan yang tak disangka-sangkanya. Dan sesiapa bertawakkal pada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya" ( At Talaq: 2-3)


nota cinta: Sedang menyiapkan assignment UNGS 2030, SUMMARY OF SIRAH. Tiba-tiba teringat pesanan DR SALAH sewaktu kelas UNGS 2030, always berselawat pada Baginda Rasulullah saw dan mendalami sirah Nabi Muhammad saw.


3 CARA CINTA NABI

-banyakkan selawat
-dalami sirah hidup Nabi
-jadikan Nabi quwah hasanah

Teringat bait-bait bicara mama sewaktu menelefonku semalam. 
Maafkan anakmu ini kerana harapan itu...

Saturday, April 9, 2011

Setelah bercuti…

Assalamualaikum kawan-kawan. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ditujukan hanya padaMu, Allah S.W.T, tuhan sekian Alam, yang tiada sekutu bagi-Nya. Syukur atas nikmat yang paling besar kurniaan-Nya kepada kita, nikmat iman dan islam. Bersyukurlah atas nikmat kurniaan Allah kepada kita. Alhamdulillah, sekembalinya ke bumi CFS ini, menghadiri kelas-kelas UNGS dan talaqi, sedikit sebanyak input yang ingin kukongsi bersama kawan-kawan.
Mungkin anda tertanya-tanya apakah UNGS kan??? UNGS ini adalah salah satu subjek yang wajib dipelajari oleh IIUM student. This subject is about Islam, history of Islam and civilization and many mores. Boleh dikatakan subjek ini adalah subjek famous budak UIA. Kepada rakan-rakan yang belum taking this subject, semoga bersabar~. Diberi kesempatan untuk bertalaqi setelah sekian lama bercuti, Alhamdulillah.
Talaqi bermula dengan qasidah dan kemudiannya Ustaz memulakan dengan pembacaan hadis kesepuluh dalam kitab hadith 40 syarahan Imam Nawawi.

عَنْ أَبِي هُرَیْرَة رَضِىَ الله عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : (( إِنَّ الله تَعَالَى طَيِّبٌ لاَ یَقْبَلُ إِلاَّ طَيِّبَا وَإِنَّ الله أَمَرَ المُؤْمِنِيْنَ بِمَا أَمَرَ بِهِ المُرْسَلِيْنَ فَقَالَ تَعَالَى: { یَآ أَیُّهَا الرُّسُلُ آُلُوا مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَلُوا صَالِحًا } وَقَالَ تَعَالَى: { یَآ أَیُّهَا الَّذِیْنَ آمَنُوْا آُلُوا مِ ن طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاآُمْ } ثُمَّ ذَآَرَ الرَّجُلَ یُطِيْلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ یَمُدُّ یَدَیْهِ إِلَى السَّمَآء: یَا رَبّ! یَا رَبّ! وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ، وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ، وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ، وَغُذِي بِالحَرَامِ، فَأَنَّى یُسْتَجَابُ لَهُ! )) رواه مسلم.

Dari Abu Hurairah r.a : Telah bersabda Rasulullah SAW : " Sesungguhnya Allah Ta'ala itu baik, dia tidak akan menerima melainkan yang baik sahaja. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan kaum Mukminin sama sebagaimana Dia memerintahkan para Mursalin (para Rasul). Allah berfirman : ' Wahai para Rasul, makanlah dari yang baik-baik dan kerjakanlah amalan yang soleh. ' Dan Allah berfirman lagi : ' Wahai orang-orang yang beriman, makanlah dari makanan yang baik yang Kami berikan kepada kamu. ' Kemudian Rasulullah SAW mengisahkan tentang seorang lelaki yang telah belayar jauh. Rambutnya kusut, berdebu, mengangkat kedua belah tapak tangannya ke langit serta memohon : Ya Tuhanku ! Ya Tuhanku ! Sedangkan makanannya dari yang haram, minumannya dari yang haram dan pakaiannya dari yang haram, dan dia telah dikenyangkan dari sumber yang haram. Alangkah jauhnya dia (doanya) untuk dikabulkan. '

Kefahaman Hadis :
1) Suci Allah dari kekurangan atau keaiban atau tidak perlu rakan dan anak atau tidak zalim dan tidak tidur.
2) Diterima atau tidak amalan
- bergantung kepada pemakanannya halal atau haram.
- sebab kepada diterima atau tidaknya doa atau ibadah.
3) Sebab- sebab diperkenankan doa serta beberapa adabnya:
  • perjalanan yang jauh
           - (Hadis - tiga jenis doa yang diperkenankan ialah doa orang yang       dizalimi, orang dlm musafir dan doa bapa terhadap anaknya)
  • berpakaian lekeh (usang) - sebagaimana disunatkan dlm solat Istisqa’.
  • mengangkat tangan ke langit - hadis nabi berkenaan dengannya.
  • mengulang-ulang nama Allah - (3x) - sebagai tanda sangat berhajat.
  • penjagaan makanan, minuman dan pakaian .

Pengajaran hadis:
lslam menuntut umatnya menjaga diri dari semua aspek; kebersihan diri dan hati, keelokan berpakaian, kebersihan amalan perbuatan juga budi pekerti. Sesungguhnya Allah SWT itu baik. Dia hanya menerima perkara yang baik-baik sahaja. Amalan, pakaian, tempat tinggal, kenderaan dan makanan seseorang mempunyai hubungan rapat dengan darjat kemuliaan diri dan peningkatan maqam hatinya. Oleh itu, seorang mukmin dituntut menjaga amalan, tingkah laku dan pakaian serta memakan hanya benda yang baik. Makanan yang baik ialah makanan yang halal. lni tidak menafikan makanan yang berzat dan bervitamin, kerana Allah sifatkan makanan yang baik, bukan sekadar yang halal. Makanan dan perbuatan yang haram menghalang pembersihan jiwa seseorang, sekaligus menghalang doa daripada dimakbulkan Allah. 


Ingin berkongsi sedikit input yang dapat sewaktu talaqi Ustaz Muhadir. Andai ada salah silap dalam bahasa dan penerangan ana, mohon tunjuk ajar dan teguran.

1. beramal dengan ilmu
- Sesiapa yang beramal tanpa ilmu , amalannya tidak akan diterima.

Janganlah kita asyik berlumba-lumba mencari bekalan dunia sehingga terlupa pertemuan kita dengan Allah. Mari kita fikir sejenak tentang nasib kita di akhirat kelak. Adakah amalan kita diterima oleh Allah swt? Atau apakah amalan kita nanti mampu menyelamatkan kita dari azab Allah? Atau mungkin saja amalan kita yang banyak itu tidak diterima oleh Allah dan tidak menyelamatkan kita dari azab-Nya? Atau mungkin saja amalan itu dikerjakan tidak ikhlas kerana Allah atau mungkin saja amalan itu dikerjakan tanpa ada ilmunya? Sama-sama kita fikirkan...

Sabda Nabi Muhammad saw : Ada seorang wanita yang selalu berpuasa di siang harinya dan qiammullail pada malamnya tetapi dia selalu mengumpat dan menyakiti jirannya, maka dia merupakan ahli neraka.
Astaghfirullah al-azim. Jom kita sama-sama ambil pengajaran dari kisah ini.  

2. Orang yang beriman itu ada kedudukannya, yang paling mulia ialah yang beriman dan bertaqwa.

3. usahakan dirimu untuk menuntut ilmu – besar ganjaran pahala

4. jangan makan benda yang haram dan elakkan makan benda yang syubhat.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Setiap jasad yang membesar daripada benda-benda yang haram maka api nerakalah yang layak baginya”.
(Riwayat al-Baihaqi dan Abu Nuim)

Saad bin Abi Waqas, siapakah beliau???
Nama lengkapnya Saad bin Malik bin Uhaid bin Abd Manaf Az-Zuhri, biasa dipanggil Abu Ishaq dan digelari Faris Al-Islam. Dilahirkan di Mekkah pada tahun 23 sebelum hijrah.

Saad adalah orang yang pertama memanah dalam perang di jalan Allah dan orang pertama yang terkena panah juga. Saad adalah salah seorang antara 10 sahabat yang dijamin syurga oleh Rasulullah SAW.

Rasulullah salallhau ‘alaihi wasallam mengucapkan dalam doanya untuk Saad,
اَللّهُمَّ سَدِّدْ رَمْيَتَهُ وَأَجِبْ دَعْوَتَهُ
“Ya Allah, tepatkan lemparan panahnya dan kabulkan doanya.”*

Antara kata-kata beliau yang popular ialah :
Aku merupakan panah dari panah-panah Islam. Panahlah aku ke mana jua yang kamu mahu...

Saad bin Abi Waqas merupakan dua senjata ampuh iaitu panah dan doanya.
Makbulnya doa Saad bin Abi Waqas kerana tidak makan benda yang syubhat.
“Wahai Saad, perelokkan makanan kamu nescaya kamu akan dimustajabkan doa. Demi Tuhan yang diri Muhammad ada di dalam kekuasaan-Nya, sesungguhnya apabila seseorang itu menyuapkan sesua pmakanan haram ke dalam mulutnya, nescaya tidak akan diterima doanya selama 40 hari. Mana-mana hamba yang tumbuh daging dari makanan yang haram dan riba, maka api neraka yang lebih utama baginya”
Riwayat Al-Hafidz Ibnu Mardawaih dari ‘Atho dari Ibnu ‘Abbas r.a.

Orang yang makin dekat dengan cahaya,
Makin sesak bayangan dirinya,
Makin nampak keaiban dirinya,
Maka tiada rasa lagi untuk
mencari keaiban orang lain.

5. Cara tinggalkan maksiat batin
            -jaga dahulu yang zahir, insyaAllah Allah akan menjaga yang batin.

Berjagalah dengan 3 –TA :
i.                    takhta (pangkat)
ii.                  wanita (perempuan)
iii.                harta (duit)


Apa yang perlu kita lakukan?
FIRST
kenal siapa musuh diri kita
THEN
Belajar menghadapi musuh kita

Janganlah kamu berputus asa jika gagal kerana perjalanan kehidupanmu tidak mustahil tiada ujian. Praktikkan 3 perkara dalam hidupmu :
-         istiqamah
-         yakin
-         ikhlas

”Istiqamahlah dengan apa yang diperintahkan”

6. 3 sifat yang membawa kepada kebinasaan diri ialah :
i. ujub à takabbur
ii. riya’ : buat sesuatu untuk dilihat
iii. hasad : senang lihat orang lain susah, susah melihat orang lain
                 senang.

7. Jom kita sama-sama praktikkan:
- ikhlas kerana Allah
- bersihkanlah hati untuk menuntut ilmu
- jangan berasa bangga dengan diri sendiri
-bersyukur apa yang Allah beri kepada kita

”Ya Allah, berikan kekuatan pada diriku untuk mengikut jejak langkah orang-orang soleh”

Sumber rujukan :
i.                     http://tintamujahid90.blogspot.com/
iii.                  http://cetusanhati.com/info-and-articles/dosa-pertama
iv.                  Buku hadis 40 syarahan Imam Nawawi
v.                    Ringkasan daripada pengajian talaqi Ustaz Muhadir.
vi.                  Buletin tarbiah, bil. 350, diterbitkan oleh Badan Dakwah dan Tarbiah MMP.

Nota cinta :
Satu sajak ini kuselitkan di sini untuk tatapan sahabat semua. Sajak yang begitu menyentuh hati yang kujumpa di dalam BULETIN TARBIAH.



Seuntai Kurma Kala Berbuka,
Zinnirah, Muslimat sejati,
Biar terseksa tak berhenti berjuang
Tuhan hanyalah Allah
Kau jadikan sumber inspirasi perjuangan
Amanah perjuangan
Tanpa mengenal erti letih dan putus asa
Tanpa rungutan
Tanpa sungutan
Kau tunaikan tanpa tangguh.
Ikhlas
Biar tanpa ganjaran
Tanpa pujian, tanpa habuan,
Kau sematkan di hati
Nekad
Biar mehnah kunjung tak henti
Ujian datang silih berganti
Pancaroba selalu mendatangi
Kau tak pernah gentar
Umurmu, fikirmu, hartamu, dirimu,
Kau korbankan hanya untuk Islam
Tinggi kembaramu ke langit
Akhlakmu menyinari taman hati
Wajahmu sejernih berwudhu’
Kau pejuang
Tak bisa kenal erti penat dan jemu
Kau hadapi mehnah
Dengan kesabaran
Kau terus melangkah
Tidak kau undur walau selangkah
Tegas dengan iman di hati.

Kepada roommates short semester ku, ATHIRAH ARIFFINSITI ZALEHA DAN NAJAH SOLIHAH , misi penulisan blog seminggu sekali telah kutunaikan. Anda bagaimana???

peringatan: jika ada kesalahan dalam penulisan ini, harap diperbetulkan. Sekian.

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...