Harapan itu
tinggi menggunung
semua ingin mencapainya
walaupun terpaksa
mengharungi cabaran
mendukung dugaan
Harapan itu
mampukah kita gapai?
mampukah kita sentuh?
mampukah kita pegang?
tekadkan azam
harapan itu
akan menjadi kenyataan.
harapan itu
terangkul erat
nun di hatiku
keluarlah kamu
realisasikan dirimu
jangan putus asa
selagi dirimu mampu
gapailah harapan itu
dengan usahamu
dengan tawakkalmu
dengan doamu...
"Barangsiapa bertaqwa pada Allah, nescaya Allah sediakan baginya jalan keluar dan rezeki dari jalan yang tak disangka-sangkanya. Dan sesiapa bertawakkal pada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya" ( At Talaq: 2-3)
nota cinta: Sedang menyiapkan assignment UNGS 2030, SUMMARY OF SIRAH. Tiba-tiba teringat pesanan DR SALAH sewaktu kelas UNGS 2030, always berselawat pada Baginda Rasulullah saw dan mendalami sirah Nabi Muhammad saw.
3 CARA CINTA NABI
Teringat bait-bait bicara mama sewaktu menelefonku semalam.
Maafkan anakmu ini kerana harapan itu...
Maafkan anakmu ini kerana harapan itu...
No comments:
Post a Comment