Monday, April 12, 2010

SALAH SIAPA???

.............................................................................................


Assalamualaikum. Rasanya sudah lama aku tidak mengupdate blogku...

Apa khabar saudari seIslamku??Apa khabar iman mu???Apa khabar amal mu???
Semoga iman dan amal kita seiring dgn peningkatan usia kita dari sehari ke sehari. AMIN.
Tajuk yg aku ingin ketengahkan ialah : SALAH SIAPA???
Sejak akhir-akhir ini....
PEMBUANGAN BAYI MAKIN MENJADI-JADI...
dari satu kes ke satu kes...
............................................................................................



Utusan 2 Mac melaporkan: Sebanyak 75,299 kes perceraian direkodkan di seluruh negara pada 2007 dan 2008 termasuk kes-kes tertunggak bagi tahun-tahun sebelumnya. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 64,631 kes dicatatkan pada 2007 yang turut melibatkan tunggakan kes tahun-tahun sebelumnya, manakala sebanyak 10,668 kes dilaporkan tahun lalu. 



Harian Metro pula melaporkan: Mengaibkan apabila semakin ramai remaja perempuan beragama Islam di negara ini kehilangan dara pada usia muda. Lebih membimbangkan, segelintir mereka berbangga dengan status itu dan beranggapan remaja yang masih dara sebagai kelompok ketinggalan zaman. 



Dan Harakah Daily 16 Feb juga turut melaporkan: Jumlah anak tanpa bapa di Malaysia mencecah 257,411 orang sekarang, sama hebat dengan ancaman penyakit selsema burung atau aedes, kata Senator Muntaz Mohd Nawi. Beliau ketika merasmikan program Hi-Tea anjuran Dewan Muslimat PAS Bayan Baru di Dewan Orang Ramai Sungai Ara semalam juga membidas dasar kerajaan yang tidak serius menangani permasalah tersebut berbanding ancaman penyakit lain termasuk chikunya. 


APA SALAH BAYI INI SEHINGGA DIPERLAKUKAN BEGINI??



APAKAH KESALAHAN YANG BAYI INI LAKUKAN SEHINGGA DIBUANG OLEH SESETENGAH MASYARAKAT YANG KURANG ILMU AGAMA???



BAYI YANG TIDAK BERSALAH...



DIBUANG DI DALAM PLASTIK SAMPAH???MASYA-ALLAH



DILETAKKAN BAYI ITU DI DALAM BALDI???
LANGSUNG TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN...
......................................................

12.4.2010 - Sekali lagi kisah pembuangan bayi berlaku...


‘Tidurkan’ bayi dalam tong sampah

Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim dan Md Fuzi Abd Lateh
bhnews@bharian.com.my
2010/04/12



POLIS membawa mayat bayi untuk dibedah siasat di Sungai Choh, semalam.

Mayat mangsa dibungkus dengan surat khabar ditemui kakitangan MDHS 

KUALA LUMPUR: Lagi kes pembuangan bayi berlaku, terbaru dengan penemuan mayat bayi lelaki dibungkus dengan surat khabar dan masih bertali pusat dipercayai baru dilahirkan di dalam tong sampah di Kampung Tanjung dekat Sungai Choh, Hulu Selangor, pagi semalam. Mayat bayi itu ditemui Mohd Kamil Enoh, 44, pekerja Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) ketika memulakan kerja hariannya di kawasan berkenaan, kira-kira jam 8 pagi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi, berkata mengikut keterangan pekerja MDPH itu, ketika mengangkat tong sampah ke dalam lori, satu plastik yang didalamnya dibalut dengan surat khabar jatuh berhampiran kakinya. 

“Pekerja itu mengangkat bungkusan berkenaan yang disangkanya sampah, sebelum terkejut melihat sebelah kaki bayi yang terjuntai daripada balutan surat khabar dan membuat laporan polis,” katanya ketika dihubungi, semalam. 

Norel berkata, susulan maklumat diterima, pihaknya menghantar sepasukan anggota polis, termasuk unit forensik ke tempat kejadian dan mayat bayi itu dihantar ke Hospital Kuala Kubu Baru (HKKB) untuk bedah siasat. 


Katanya, hasil pemeriksaan pihak hospital mendapati bayi itu berkemungkinan dilahirkan ketika berusia lapan bulan berdasarkan keadaannya yang cukup sifat. 
“Polis tidak menolak kemungkinan suspek meletakkan bayi yang tidak berdosa itu dalam longgokan sampah lewat malam tadi (kelmarin) bagi mengelak dikesan penduduk di sekitar berdekatan. 

“Polis percaya, bayi itu meninggal ketika proses kelahiran dan gerakan memburu suspek sedang giat dijalankan,” katanya mengesahkan kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran menyebabkan kematian. 

Sementara itu, Mohd Kamil berkata mulanya beliau cemas melihat bungkusan berkenaan, namun memberanikan diri untuk membukanya. 

"Mulanya saya nampak kaki bayi pada bahagian hujung bungkusan. Selepas dibuka keseluruhan pembalut itu, saya sebak dan menggigil. Bayi itu masih bertali pusat dibuang bersama urinya,” katanya ketika ditemui di kawasan itu. 

Beliau kemudian meminta bantuan peniaga gerai nasi ayam bersebelahan tempat kejadian untuk menghubungi polis.




.................................................................................................

Kesimpulan





Seks dan zina bukanlah perkara remeh dan tidak boleh di pandang enteng. Seharusnya gejala tidak sihat ini dibendung dan dibanteras. Jika terus dibiarkan ia ibarat barah yang merosakkan sesuatu bangsa dan agama. Jika ia terus dibiarkan, sesebuah institusi pernikahan tidak lagi dipandang tinggi. Susur galur keturunan dan nasab juga menjadi celaru. Anak luar nikah kian bertambah. Kes pengguguran dan buang bayi pula meningkat. Dosa dan pahala dipandang ringan. Syurga dan neraka bagaikan tiada beza. Kita sayang keturunan kita. Kita sayang agama kita. Kita sayang bangsa dan negara kita. Tapi bagaimana kita ingin mengatasi permasalahan ini? Adakah memadai dengan memeluk tubuh dan menggelengkan kepala? 



"Janganlah kamu mendekati zina bahawa sesungguhnya ia (zina) adalah kejahatan dan keji perjalanannya"
"Bahawa sesungguhnya solah (sembahyang) itu (berupaya) mencegah (yang mendirikannya) dari melakukan perkara yang keji dan mungkar"

Sedetik dua detik, saya berfikir sendirian..harus bagaimanakah percaturan ini ingin diteruskan?Semoga Tuhan terus memberikan kekuatan dan petunjuk, kepada saya dan seluruh umat manusia.


"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya"
(Mereka berdoa dengan berkata): 


"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. 


Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir". 
[Al-Baqarah: Ayat286] 

..............................................................................

Sesungguhnya Islam telah menetapkan hukum yang syumul dari pelbagai aspek, adakh perkara ini disebabkan tidak mengikut hukum Allah yang telah ditetapkan???sama-sama kita renungkan....
 SALAH SIAPA???tepuk dada tanya iman...
fikir-fikirkan...
"GUZHWATUL FIKR"
KIAN MENULAR DLM KALANGAN MASYARAKAT HARI INI...


Sunday, April 4, 2010

Mudahnya Mengeluh, Sukarnya Bersyukur~!!!


Dialog antara aku dan roommatesku, najah pada suatu hari~!!!!
"Najah, penatlah. Jap lgk ada kelas pulak....pening,"kataku....
"Kesian qilah, tapi xpe laa...ingtlah janji Allah"...najah mula berkata...
"Biarlah kita berpenat lelah mengeluarkan peluh di dunia, penat sangat pun, kita perlu lalui...janganlah kita, dibanjiri dgn peluh kita bila di akhirat kelak."
Syukran kasiirrr di atas nasihat yg diberikan...


Kita selalu mengeluh tapi x pernah dlm kepenatan itu kita melafazkan perkataan syukur kepada Allah.
Najah ada bagitahu...


Habib Umar pernah berkata: "Hati ini bila mana tak disibukkan dengan benda yang bermanfaat akan disibukkan dengan benda yang tidak bermanfaat". 



Begitu mudah sekali melontarkan keluhan. Keluhan demi keluhan keluar dari bibir tanpa disedari. Kita mengeluh atas perkara-perkara yang remeh. Kita mengeluh atas perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah. Kita mengeluh dan asyik mengeluh. Andai dapat ditukar setiap bait keluhan itu kepada wang ringgit, pasti terbasmi kemiskinan di muka bumi. Namun hairan, Kita mengeluh tatkala kita ditimbuni dengan pelbagai kesenangan. 


Kita mengeluh kerana makanan kegemaran tidak disediakan, sedangkan perut semakin memboyot kekenyangan. Kita mengeluh kerana kepanasan, sedangkan angin semula jadi disediakan tanpa bayaran. Kita mengeluh atas sekelumit kekurangan, sedangkan kelebihan sebanyak buih dilautan dibiarkan. 


Allah s.w.t berfirman "Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya" (An-Nahl: 18). Di saat kita tenggelam dalam keluhan diri sendiri, pancaindera kita tidak lagi mampu memainkan peranannya untuk melihat, mendengar, merasai dan menghayati pemberian Allah yang tiada henti-hentinya. Lantaran itu, begitu sukar sekali untuk menyebutkan kalimat Alhamdulillah sebagai tanda kesyukuran seorang hamba kepada khaliqnya. Itulah hakikitnya. Memang manusia sentiasa leka dan lupa. Manusia mempunyai keinginan yang tiada batasan. Manusia tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki..Kecuali orang-orang yang bersyukur. 


Pada zaman Sayyidina Umar al-Khattab, ada seorang pemuda yang sering berdoa di sisi Baitullah yang maksudnya: "Ya Allah! Masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit" Doa beliau didengar oleh Sayyidina Umar ketika beliau (Umar) sedang melakukan tawaf di Kaabah. Umar berasa hairan dengan permintaan pemuda tersebut. Selepas selesai melakukan tawaf, Sayyidina Umar memanggil pemuda berkenaan lalu bertanya: "Kenapakah engkau berdoa sedemikian rupa (Ya Allah! masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit), apakah tiada permintaan lain yang boleh engkau mohon kepada Allah?" Pemuda berkenaan menjawab: "Ya Amirul Mukminin! Aku membaca doa berkenaan kerana aku (berasa) takut dengan penjelasan Allah seperti firman-Nya dalam surah al-A'raaf ayat 10 yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami (Allah) telah menempatkan kamu sekelian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi (sumber/jalan) penghidupan. (Tetapi) amat sedikitlah kamu bersyukur" Aku memohon agar Allah memasukkan aku dalam golongan yang sedikit, iaitu (lantaran) terlalu sedikit orang yang tahu bersyukur kepada Allah" jelas pemuda berkenaan. Mendengar jawapan itu, Umar al-Khattab menepuk kepalanya sambil berkata kepada dirinya sendiri: "Wahai Umar, alangkah jahilnya engkau, orang ramai lebih alim daripadamu


SubhanaLlah. Semoga kita semua termasuk ke dalam golongan yang sedikit ini, Amin...


Jadi, sama-samalah kita membina tekad untuk membanteras keluhan dan meningkatkan kesyukuran kerana Dia telah berjanji "Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." (Ibrahim: 7) 



Peringatan Besar buat Kaum Wanita~!!!

Dipetik dari Kitab Muhimmah karangan Sheikh Abdullah bin Abdul Rahim Fathoni 1384 Hijrah.
Diceritakan oleh Sayyidina Ali RA.; Adalah pada suatu hari masuk aku ke dalam rumah Nabi SAW. dan ada sertaku isteriku, Siti Fatimah RA. Maka tatkala aku dekat dengan pintu, maka sabda Nabi SAW.
"Siapa yang dipintu itu?"
Maka sahut Siti Fatimah;
"Kami dengan suami kami, Ali. Hamba datang untuk menghadap engkau ya Rasulullah".


Maka tatkala Rasulullah membuka pintu bagi kami, tiba-tiba kami dapati akan Nabi hal keadaannya menangis akan sebagai tangis yang sangat.

Maka kataku(Sayyidina Ali RA.) baginya;

"Penebusmu [adalah] aku, engkaulah bapaku dan ibuku Ya, Rasulullah. apakah yang menyebabkan engkau menangis?"


Maka sabda Rasulullah SAW.;

"Bahawa sesungguhnya telah aku lihat pada malam mikraj, beberapa perempuan daripada umatku di dalam siksa yang amat sangat. Maka sangatlah salah pekerjaan mereka itu., kerana itulah yang menyebakan aku menangis kerana keadaan mereka yang tersangat siksa".


Berkata Sayyidina Ali RA.;

"Ya, Rasulullah, bagaimanakah engkau lihat akan keadaan mereka itu?"

Maka sabda Rasulullah SAW.;

Telah aku lihat seorang perempuan yang tergantung dengan lidahnya dan api neraka yang sangat panas dituangkan ke dalam lehernya; dan


Aku lihat seorang perempuan yang tergantung dengan rambutnya dan mendidih otak kepalanya; dan
Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung dengan dua kakinya pada hal terikat lagi terlipat dan telah mengeluarkan segala malaikat yang menyiksa itu dengan dua tangannya daripada pihak belakang lalu dilumurkan minyak tanah pada badannya dan dituangkan air panas ke dalam lehernya; dan

Aku lihat seorang perempuan yang tergantung dengan dua susunya dan buah zaqqum itu dituangkan masuk ke dalam lehernya. (Ada pun buah zaqqum itu adalah buah kayu di dalam neraka yang amat pahit dan apabila memakan mereka itu akannya, nescaya menggelegak (mendidih) segala isi perut mereka itu, dan otak dan gusi mereka itu dan keluar lidah apinya daripada mulut mereka itu) dan
Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung pada hal memakan ia akan daging dirinya manakala api neraka dinyala-nyalakan daripada pihak bawahnya; dan

Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung lagi menambat oleh segala malaikat akan dua kakinya kepada dua susunya dan ditambatkan dua susunya kepada ubun-ubunnya dan dijadikan atas badannya itu beberapa ekor ular dan kala hak keadaannya memakan ia(ular dan kala) akan dagingnya dan meminum ia(perempuan) akan darahnya; dan
Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung hal keadaannya buta dan tuli dan kelu. Di dalam kerongkongnya api neraka pada hal keluar otak daripada kepalanya dan lagi mengalir ke dalam hidungnya dan segala badannya itu amat busuk lagi berputar-putar (menggelupur) seperti terkena penyakit yang besar; dan

Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung hal keadaannya dipotong segala daging badannya daripada hadapan hingga ke belakang daripada segala anggota dengan gunting api neraka; dan
Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung hal keadaannya hitam segala mukanya dan dua susunya dan api memakan isi perutnya; dan lagi
Aku lihat seorang perempuan yang tergantung kepalanya seperti kepala babi dan tubuhnya seperti tubuh keldai dan di atasnua itu beribu-ribu warna daripada azab; dan

Aku lihat pula seorang perempuan atas rupa anjing dan api neraka itu masuk daripada bawah duburnya dan keluar daripada ia{api} daripada mulutnya dan segala malaikat itu memukul mereka itu akan kepalanya dan badanya dengan pemukul api neraka.
Kata Sayyidina Ali RA;

Maka berdirilah Siti Fatimah RA. kepada Nabi SAW. lalu berkata;

"Hai kekasihku dan cahaya mataku, khabarkan olehmu apa dosa-dosa mereka itu hingga jatuh atas sekelian mereka itu dengan berbagai-baga siksaan itu?"

Maka sabda Nabi SAW.;

Ada pun perempuan yang tergantung dengan rambutnya dan mendidih otak kepalanya; maka bahawa sesungguhnya ia tiada mahu menutup rambutnya daripada lelaki yang haram memandang dia,
Dan adapun perempuan yang tergantung dengan lidahnya dan api neraka yang sangat panas dituangkan ke dalam lehernya; maka bahawa sesungguhnya ia menyakiti akan suaminya.
Dan adapun seorang perempuan yang tergantung dengan dua susunya dan buah zaqqum itu dituangkan masuk ke dalam lehernya; maka sesungguhnya ia memberikan air susu suaminya [kepada bayi yang lain] dengan tiada izin suaminya.
Dan adapun perempuan yang yang tergantung dengan dua kakinya di dalam kerongkongan api nereka itu; maka bahawa sesungguhnya ia keluar rumah dengan tiada izin daripada suaminya.

Dan adapun perempuan yang tergantung dan memakan ia akan tubuhnya dan api neraka dinyala-nyalakan daripada pihak bawahnya; maka bahawa sesungguhnya ia memperhiasi tubuhnya kerana orang lain dan tiada memperhiasi bagi suaminya.

Dan adapun perempuan yang tergantung lagi menambat oleh segala malaikat akan dua kakinya kepada dua susunya dan ditambatkan dua susunya kepada ubun-ubunnya dan dijadikan atas badannya itu beberapa ekor ular dan kala hak keadaannya memakan ia(ular dan kala) akan dagingnya dan meminum ia akan darahnya; bahawa sesungguhnya ia di dalam dunia tiada hendak bersuci badannya dan tiada hendak mandi junub dan haid dan daripada nifas dan meringan-ringan akan sembahyang.
Dan adapun perempuan yang tergantung hal keadaannya buta dan tuli dan kelu. yang di dalam kerongkongan api neraka; maka bahawa sesungguhnya ia mendatangkan daripada anak zina dan ditambatkan kepada batang leher suaminya. (perempuan yang menduakan suaminya hingga mendapat anak zina dan dinyatakan anak itu adalah hasil daripada suaminya).
Dan adapun perempuan yang tergantung kepalanya seperti kepala babi dan tubuhnya seperti tubuh keldai; maka sesungguhnya ia sangat mengadu-ngadu (adu domba/batu api) lagi amat dusta.
Dan adapun perempuan yang seperti rupa anjing dan api masuk ia ke dalam mulutnya dan keluar ia daripada duburnya; maka bahawa sesungguhnya ia adalah sangat membangkit akan manusia (mengungkit-ungkit pemberian atau pertolongan) lagi banyak dengki mendengki
SEMOGA MAMPU MEMBERIKAN PERINGATAN KEPADA KAUM MUSLIMIN DAN MUSLIMAT SEKELIAN.

"Ya Allah, ampunilah segala dosa hambaMu ini."
sama2 kita renungkan....
aku manusia yang tdk sempurna, sama2lah kita saling nasihat-menasihati....
kawan, tegurlah aku jika aku melakukan kesalahan...


"Ya Allah, jadikanlah kami wanita yg mampu menggegarkan dunia."

Saturday, April 3, 2010

SELESAI SUDAH~~~


Sudah lama rasenya x mengupdate blog...
short sem....yg speedy gonzales...
bru je blaja, dah nak mid-term exam...
nie laa namanya short sem...
insyaAllah akan buat yang terbaik untuk exam nie...
berckp mngenai sbjek yg kuambil...
1. english...
Alhamdulillah..
selesai sudah presentation bi. Seronok sgt...walaupun aku takut tuk berada di hdpn, alhamdulillah, aku dah wat yg terbaik. Aku paling takut bila disuruh berada di hadapan khalayak ramai, yg terdiri kaum muslimin. Bukan ANTI-LELAKI tetapi kalau boleh, aku tidak mahu menonjolkan diriku. Jika ditanya, apa kelebihanmu???akan kujawab, aku sentiasa bersemangat, tapi, bila masuk bab present2 nie, kalau boleh aku nak elakkan. Apa kelemahan mu, ya ukhti??akan kujawab, AKU SEORANG YG PEMALU.Aku lebih suka berdiam...Biarlah aku dikatakan lemah sekalipun, tapi aku memang begini dari dulu lagi. Jikalau aku diberi kerja, sama ada jadi pengerusi majlis atau pnyapu sampah, aku lebih rela menjadi penyapu sampah. Aku seorang yg pemalu dan tak berkeyakinan utk berdiri di hadapan. Sbb utamanya, dah 5 thn berada di sekolah muslimat, so, nak berinteraksi di hadapan LELAKI ini agak susah. Tapi aku cuba sedaya upaya untuk menyesuaikan diri dan menjaga hati agar tidak terjerumus dlm kancah percintaan. Aku tetap ingat COUPLING ITU HARAM. Aku tetap ingt, jaga hati DAN YANG PALING UTAMA ialah ingat CINTA KEPADA ALLAH ADALAH CINTA YANG PALING HAKIKI DAN PALING AGUNG. Firman Allah s.w.t dalam surah Adz-Dzaariyaat, ayat  56 : "Tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaku". Cita-citaku ialah untuk menggapai cintaMu, YA ALLAH, YA RAHMAN, YA RAHIM~!!! Aku tak kisah orang nak kata aku nie lemah, pemalu, kuno sekalipun, tapi aku adalah aku. Apa yang baik itu datang dari Allah, dan apa yang buruk itu datang dari diriku sendiri. Aku insan yang lemah di hadapanMu, Ya Allah. 

PRESENTATION BI: RAKAN-RAKANKU MANTAP SEKALI BILA DIBAHASKAN TAJUK MEREKA. Yang paling terkejut, AMIRAH, wah~!!!Mantap sekali presentation dia. CAYALAH MIRAH.
LISA??? tak kunafikan, Lisa memang hebat. FATIMAH??ZAI??KAK SYAKIRAH??KAK HAJAR??KAK SARAH??mantap sekali..bgus~!!!
tahniah atas usaha korang...
(walaupun aku x semantap diaorang, tapi, Alhamdulillah, dah wat yg terbaek~!!!malu dgn mereka, tapi apa pun, don't give up!!!YOU HAVE TIME TO CHANGE, YOU HAVE TIME TO SUCCESS, BE THE BEST AS YOU CAN BE!!!)



2. Alhamdulillah, selesai sudah QUIZ KOMPUTER~!!!

3. JUMAAT, 2 April 2010. Alhamdulillah, dapat pengisian agama dari kelas kuliah Ustz Mahadir. Maklumlah sem nie, aku hnya amik english dan computers...so, pengisian agama yang aku terima ialah dari buku2 yang kubeli dan yang kupinjam dari rakan-rakanku. Alhamdulillah.  

exam mid-term pun dah dekat~!!!
mnggu depan...hehe~!!!
to all my friends, good luck for exam~!!!


aqilah~zephyr_hovel91@yahoo.com

Saturday, March 27, 2010

UKHUWWAH FILLAH ABADAN ABADA~!!!


UKHUWWAH FILLAH ABADAN ABADA

Senangnya untuk mengungkap ungkapan "UKHUWWAH FILLAH ABADAN ABADA"
"FRIENDSHIP TILL THE END" AND SO ON...
betulkah kita merasai ukhuwwah yg slama ini kita bina??
adakah kita berkawan kerana kekayaan sahabat??
kebijakan mereka??kecantikan mereka??kesopanan mereka??
cuba kita fikirkan!!
Sebenarnya, jika kita berkawan atas dasar fisabilillah...
kita dapat merasai sebenarnya ukhuwwah itu indah..
sangat indah dan penuh ketenangan...
itulah kawan yang sejati.
betapa manisnya ukhuwwah pada jalan ALLAH.
UKHUWWAH FILLAH ABADAN ABADA
BERTEMU DAN BERPISAH KERANA ALLAH





Dari Abu Karimah, Nabi S.A.W sabdanya, "Jikalau seseorang itu mencintai saudaranya, maka hendaklah memberitahukan kepada saudaranya itu bahawa ia mencintainya"- riwayat Abu Daud dan Imam Tarmizi -



UKHUWWAH FILLAH ABADAN ABADA





Terujaku pada kata-kata Imam Al-Ghazali : "Ukhuwwah itu bukan pada indahnya pertemuan, tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya dalam doanya : "harapanku mekar di hati, agar persahabatan suci ini terus kekal, menjadi SYAFAAT, terukir indah di pintu JANNAH..."
  

"Ukirkan persahabatan kita di atas ukiran kasih sayang , ciptakan kejayaan kita bersama di atas sebuah impian, dan kukuhkan ukhuwwah kita di atas keikhlasan hati"



Apabila kau berteman, janganlah kerana kelebihannya,
kerana mungkin dengan 1 kelemahan, kau akan menjauhinya.
Andai kau berteman, janganlah kerana kebaikannya,
kerana dengan 1 keburukan, kau akan membencinya...
Andai kau bersahabat, janganlah kerana ilmunya,
 kerana apabila dia buntu, kau mungkin akan menfitnahnya...
Andai kau berkawan, jgnlah kerana sifat cerianya,
 kerana andai dia tak ceria, mungkin kau akan menjauhinya.
Andai kau bersahabat, terimalah dia seadanya
 kerana dia juga adalah manusia biasa sepertimu....



to my friends,
 i love all of you...
i miss you very much...
i want to say...
"ana uhibbu sahabati jiddan jiddan"




SELAMAT BERJUANG~!!!

Hidup ini adalah keyakinan dan perjuangan; perjuangan mukmin yg sejati tak akan berhenti kecuali kedua-dua tapak kakinya telah menginjak pintu syurga....(Imam Ahmad bin Hanbal)

Tuesday, March 23, 2010

BAHAGIA MENGHADAPI UJIAN ALLAH


www.iLuvislam.com
oleh : harithah_addin88
editor : almusafirq8
Dalam meniti arus kehidupan,manusia seringkali diuji oleh Allah s.w.t. Ada sahaja yang menimpa diri,sehingga kekadang dirasa sudah tidak tertahan dengan ujian yang dihadapi.Bukan sengaja merintih nasib diri tetapi dugaan yang bertimpa-timpa sedikit sebanyak menguji keimanan yang tidak sekuat mana pun.
Ya,manusia memang mudah merasa sengsara apabila diasak bertubi-tubi dengan ujian dariNya.Hinggakan terlupa suatu hakikat bahawa orang yang diuji oleh Allah itu adalah hamba-hambaNya yang Dia sayangi.Firman Allah dalam Surah Ali Imran:139 yang bermaksud,

 “Dan janganlah kamu merasa lemah,dan jangan pula kamu bersedih hati,sebab kamu paling tinggi derajatnya,jika kamu orang yang beriman.”
.




Justeru,mengapa memilih untuk berkeluh kesah dan menderita?Sedangkan kebahagiaan menanti dalam setiap ujian yang dihadapi.Tinggal lagi manusia yang harus mencarinya dengan hati yang tulus dan suci.Bagaimana? 
1.Bergantung harap hanya pada Allah Rabbul ‘Alamin. 
Allah yang mendatangkan ujian kepada manusia,jadi penawarnya juga ada padaNya.Manusia yang bertaqwa tidak akan membiarkan dirinya hanyut melayan perasaan sengsara,tetapi tetap bersyukur dengan ujian yang menimpa kerana dalam mengharunginya dia telah dianugerahkan ketabahan dan kesabaran.Maksud Firman Allah dalam Surah At-Taubah:129,

”Cukuplah Allah bagiku; tidak ada tuhan selain Dia.Hanya kepadaNya aku bertawakkal,dan Dia adalah tuhan yang memiliki ‘Arasy yang agung.” 

2.Mengimani dan meyakini qada’ dan qadar Allah. 
Hanya Allah yang Maha Mengetahui segala yang terbaik untuk hambaNya.Kerana Dia adalah Khalik,Zat yang mencipta manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain.Allah telah menetapkan aturan terhadap manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain mengikut ilmuNya yang Maha Luas,itulah yang dipanggil sunnatullah.Segalanya mengikut qada’ dan qadarNya.Manusia yang bertaqwa akan meyakini segala ujian yang dihadapi adalah ketetapan untuknya dari Allah dan ada hikmah serta rahmat di sebaliknya.Firman Allah dalam Surah At-Talaq:3 yang bermaksud

“…Dan barang siapa yang bertawakkal kepada Allah,niscaya Allah akan mencukupkan urusannya.Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya.Sungguh,Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap sesuatu.” 

3.Mengimpikan kebahagiaan yang abadi di dunia dan akhirat. 
Kiasannya,langit tidak akan selalunya mendung pasti terbit jua sang mentari di ufuk timur.Allah pasti menyusulkan kemudahan di setiap kesusahan yang diberikan kepada hambaNya.Firman Allah dalam Surah Al-Insyirah:5 dan 6 yang barmaksud,

 “Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.” 

Manusia yang bertaqwa bukan sahaja menginginkan kebahagiaan di dunia yang sementara tetapi mendamba kebahagiaan hakiki di akhirat kelak.Lantas dia tidak mudah melatah dengan ujian yang dihadapi,kerana baginya itu satu peluang untuk memperoleh rahmat Allah di dunia dan akhirat.Firman Allah dalam Surah Az-Zumar:61 yang bermaksud,
 
“Dan Allah menyelamatkan orang-orang yang bertaqwa kerana kemenangan mereka(pada hari kiamat).Mereka tidak disentuh oleh azab dan tidak bersedih hati.” 

4.Menginsafi diri bahawa ada manusia yang lebih dhaif.
Setiap kali ditimpa dugaan,manusia pasti merasakan dialah yang paling menderita dan bernasib malang di dunia ini.Walhal ada yang lebih dhaif darinya tetapi tidak pernah mengeluh,tetap redha dengan aturan Allah kepadanya.Manusia yang bertaqwa akan memandang kepada orang yang lebih bawah setiap kali didatangkan dengan ujian dariNya kerana hanya dari situ dia melihat dirinya lebih baik dan beruntung.Dia juga menanamkan qana'ah dalam dirinya dan menzahirkan rasa syukurnya kepada Allah dengan sebaiknya.Firman Allah dalam Surah Ibrahim:7 yang bermaksud,
 
“Dan ingatlah ketika tuhanmu memaklumkan,”Sesungguhnya jika kamu bersyukur,nescaya Aku akan menambah nikmat kepadamu,tetapi jika kamu mengingkari nikmatKu,maka pasti azabKu amat berat.” 


Secara tuntasnya,Allah menguji hambaNya bukan tujuanNya untuk menyeksa,tetapi itu adalah suatu rahmat dariNya.Dan kerana Allah menciptakan manusia untuk kehidupan di akhirat,lantas dunia ini hanya tempat untuk mencari perbekalan.Firman Allah dalam Surah Al-Mukminn:115 yang bermaksud, 

“Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main2 saja,dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?”.

Justeru,hadapilah ujian dariNya dengan hati yang redha kerana pasti ada hikmat yang tersembunyi disebaliknya.Kerana semakin sayang Allah pada manusia,semakin dia diuji,namun dirawatnya dengan sebaik-baik penawar iaitu ketenangan pada hati.Wallahu’alam.



Monday, March 22, 2010

PENGEMUDI CINTA ILAHI~!!!

PENGEMUDI CINTA ILAHI...
tiba-tiba aku terpanggil untuk mengungkap 
apakah di sebalik BLOG TITLE NAME...

PENGEMUDI CINTA ILAHI

AKU, ANA, I
SIAPAKAH AKU???
MAN ANA???
WHO ARE YOU???
AKU HANYALAH SEORANG INSAN KERDIL
AKU HANYALAH SEORANG HAMBA
AKU HANYALAH SEORANG MANUSIA 
AKU SEORANG HAMBA KEPADA SANG PENCIPTA
AKU SEORANG HAMBA ALLAH
AKU ABDULLAH
YANG PENUH KESILAPAN
YANG PENUH KEHINAAN
YANG PENUH KEKHILAFAN
SUJUD MENGHADAPMU
MEMINTA AMPUN DAN TAUBAT DARI-MU
DI WAKTU MANUSIA ENAK DIBUAI MIMPI

AKU SEDIH
AKU HIBA
AKU DUKACITA
KERANA AKU TAHU SIAPA DIRIKU...
AKU SANG PENGEMUDI
YANG KEKERINGAN CINTA ILAHI
YANG KESUSAHAN HATI
YANG KEKURANGAN ILMU
YANG KEGELISAHAN JIWA

AKU PERLU KUAT
AKU PERLU TABAH
AKU PERLU SABAR
APA YANG AKU PERLU???
AKU PERLU MENGGALI CINTA ILAHI
AKU PERLU MENCARI CINTA ILAHI
AKU PERLU MEMBAWA HATI MENUJU CINTA ILAHI
KERANA APA???
KERANA
AKU PERLU BUKTIKAN
AKULAH HAMBA ALLAH 
YANG MENCARI CINTA ILAHI
UNTUK MENUJU SYURGA ABADI
DAN YANG UTAMA
INGIN BERTEMU DENGAN-MU, YA ALLAH.

nukilan
aqilah 
zephyr_hovel91@yahoo.com
01.11am- 22.03.2010



Friday, March 19, 2010

ANTARA LOBAK, TELUR DAN KOPI… KITA YANG MANA?

Seorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai kehidupannya dan bertanya mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya. Dia tidak tahu bagaimana untuk menghadapinya dan hamper menyerah kalah dalam kehidupan. Setiap kali satu masalah selesai, timbul pula masalah baru.

Ayahnya yang bekerja sebagai tukang masak membawa anaknya itu ke dapur. Dia mengisi tiga buah periuk dengan air dan menjerangkannya di atas api. Setelah air didalam ketiga-tiga periuk tersebut mendidih, dia masukkan lobak merah di dalam periuk pertama, telur dalam periuk kedua dan serbuk kopi dalam periuk terakhir.

Dia membiarkannya mendidih tanpa berkata-kata. Si anak tertanya-tanyadan menunggu dengan tidak sabar  sambil memikirkan apa yang sedang dilakukan oleh ayahnya. Setelah 20 minit, si ayah mematikah api.

Dia menyisihkan lobak dan menaruhnya dalam mangkuk, mengangkat telur dan meletakkannya dalam mangkuk yang lain dan menuangkan kopi di mangkuk lain.

Lalu dia bertanya kepada anaknya, “Apa yang kau lihat, nak?” “Lobak, telur dan kopi”, jawab si anak. Ayahnya meminta anaknya merasa lobak itu. Dia melakukannya dan berasa bahawa lobak itu sedap dimakan.



Ayahnya meminta mengambil telur itu dan memecahkannya. Setelah membuang kulitnya, dia dapati sebiji telur rebus yang isinya sudah keras.



Terakhir, ayahnya meminta untuk merasa kopi. Dia tersenyum ketika meminum kopi dengan aromanya yang wangi. Setelah itu, si anak bertanya, “Apa erti semua ini, ayah?” Ayah menerangkan bahawa ketiga-tiga bahan itu telah menghadapi kesulitan yang sama, direbus di dalam air dengan api yang panas tetapi masing-masing menunjukkan reaksi yang berbeza.



Lobak sebelum direbus kuat, keras dan sukar dipatahkan. Tetapi setelah direbus, lobak menjadi lembut dan mudah dimakan. Telur pula sebelumnya mudah pecah dengan isinya yang berupa cairan. Tetapi setelah direbus, isinya menjadi keras.

Serbuk kopi pula mengalami perubahan yang unik. Setelah berada di dalam rebusan air, serbuk kopi mengubah warna dan rasa air tersebut.

“Kamu termasuk golongan yang mana?Air panas yang mendidih itu umpama kesukaran dan dugaan yang bakal kamu lalui. Ketika kesukaran dan kesulitan itu mendatangimu, bagaimana harus kau menhadapinya?

“Apakah kamu seperti lobak, telur atau kopi?”tanya ayahnya.

Bagaimana dengan kita? Apakah kita adalah lobak yang kelihatan keras, tapi dengan adanya penderitaan dan kesulitan, kita menyerah menjadi lembut dan kehilangan kekuatan. Atau, apakah kita adalah telur yang pada awalnya memiliki hati yang lembut, dengan jiwa yang dinamis? Namun setelah adanya kematian, patah hati, perpisahan atau apa saja cabaran dalam kehidupan akhirnya kita menjadi keras dan kaku.

Dari luar kelihatan sama, tetapi apakah kita menjadi pahit dan keras dengan jiwa dan hati yang kaku? Atau adakah kita serbuk kopi? Yang berjaya mengubah air panas, sesuatu yang menimbulkan kesakitan, untuk mencapai rasa yang maksimum pada suhu 100 darjah Celcius…

Ketika air mencapai suhu yang terpanas, kopi terasa semakin nikmat. Jika kita seperti serbuk kopi, ketika keadaan menjadi semakin buruk atau memuncak, kita akan menjadi semakin baik dan membuat keadaan di sekitar kita juga menjadi semakin baik.

Samalah halnya dengan serbuk kopi yang berjaya mengubah air panas yang membakarnya menjadikan ia lebih sedap dan enak untuk diminum.

Antara lobak, telur dan kopi, kita yang mana???

Thursday, March 18, 2010

DEMAM???



DEMAM~!!!
batuk + selsema + bersin+++...
demam3...
semoga cepat sembuh~!!!
x lama lagi nak presentation english...
chaiyok..
shafakillah~!!!
alhamdulillah, demamku x seteruk mana...
mama pesan, makan ubat~!!!
ok???
minum air masak banyak2...
jaga kesihatan..
terima kasih kerana ambil berat tntg along~!!!





Monday, March 15, 2010

BERMULALAH KEHIDUPAN SEBAGAI PELAJAR~!!!

15.3.2010
ALHAMDULILLAH~!!!
BERMULALAH KEHIDUPANKU SEBAGAI PELAJAR UIA!!!
HARI NIE KELAS KU START PUKUL 11AM
KELAS WRITING
ICE-BREAKING SESSION
JADUAL UTK WRITING CLASS???
I LIKE..HIHIHI
MONDAY, TUESDAY, WEDNESDAY AND THURSDAY...
INSYAALLAH AKAN WAT TERBAIK UTK ESSAY...
TIAP-TIAP HARI JUMPA MADAM, TAK PASS EXAM TUE TAK TAHU LAH...
INSYAALLAH, APA YANG PENTING USAHA....
3.15PM...
LISA CALL~!!!
"qilah, bagi matric card and password, nak add sbjek computer"
matrik kad......(dirahsiakan)
lisa said, "wrong password"
kejap, QILAH datang bilik lisa...
dengan sepantas kudratku, 
akhirnya aku dapat add subjek komputer untuk semester 3...
alhamdulillah..
AKU ADALAH PELAJAR TERAKHIR UNTUK MASUK DALAM GROUP 10...
ALHAMDULILLAH...
AKHIRNYA ALLAH TOLONG KITA~!!!
sebenarnya, mengikut module yg tlh ditetapkan, aku mesti ambil subjek English dan Computer,,,
tapi skrg UIA dah guna system online...
so FIRST COME FIRST SERVE...
aku tak dapat add subjek computer pada mulanya..
tapi Alhamdulillah..
dpt jugak amik sbjek computer hari nie atas bantuan kawan-kawanku~!!!
thanks lisa, aina, zai, mirah, kak ada, atim, k.hajar, k.sarah,...





HABIS KELAS READING PETANG TADI...
KAK SYAKIRAH @ MAMA RIBENNA BLANJA PENGEPIT RAMBUT...
SYUKRAN JAZILLAN...



DLM KELAS READING,
MDM SURIATI TANYA, "WHAT YOUR AMBITION, AQILAH???"
aku teragak-agak untuk memberitahu yang aku nak jdk DOKTOR
sdgkan aku berada dlm course ALLIED HEALTH SCIENCES...
dan akhirnya...
AKU DAH BUAT KEPUTUSAN...
SECARA RASMINYA...
I WANT TO BE A SPECIALIST IN AUDIOLOGY...
ACTUALLY, I WANTS TO BE A DOCTOR...
(masa kecil2 dlu, apa cita-cita along?along nak jadi doktor. itulah ayat yang selalu aku katakan)
BUT MY CGPA NOT ENCOURAGE ME TO TAKE MEDIC...
MUNGKIN REZEKI DALAM COURSE ALLIED HEALTH SCIENCES...
WALAUPUN TAK JADIK DOKTOR, AUDIOLOGIST PUN DOKTOR JGK...
KITA TAK TAHU APA YANG TERBAIK UTK KITA..
APA YANG KITA NAK X SEMESTINYA KITA DAPAT...
ALLAH TLH MERANCANG APA YANG TERBAIK UTK KITA...
QILAH TERIMA DUGAAN INI...
YANG PENTING BERILAH SEPENUH KEYAKINAN KEPADA ALLAH...
INSYAALLAH, ITULAH YANG TERBAIK UTK KITA...
CHAIYOK~!!!JANGAN PUTUS ASA...
TAK DE ISTILAH PUTUS ASA DALAM KAMUS SEORANG MUSLIM..
INGATLAH JANJI ALLAH~!!!
SYUKRAN UTK HARI INI~!!!



Sunday, March 14, 2010

~WELCOME TO CFS IIUM~

Alhamdulillah...



selamat tiba di UIA ~14.3.2010~
bermulalah kehidupan ku sebagai PELAJAR UIA~!!!
kuatkan hati...
berpikiran positif...
terus maju ke hadapan...
jangan main-main lagi..
study btul2...
tawakkal kepada Allah..
berilah sepenuh keyakinan kepada Allah..
salam dari sahabatmu,
AQILAH...

Friday, March 12, 2010

LAST DAY AT HOME before....~!!!



Hari ini hari terakhirku berada di rumah...
apa yg nak dikata...
masa begitu cepat berlalu tanpa kita sedari...
bersyukurlah dan sama-sama menghargai masa...
sedih laa nak balik uia....
tapi perjuangan sebagai student UIA perlu diteruskan~!!!

UIA TERCINTA~!!!
BE THE BEST AS YOU CAN BE~!!!

CUTI YANG PALING BEST BAGIKU~!!!
AKU SEMPAT MENGHABISKAN DUA BUAH BUKU....
ALHAMDULILLAH~!!!

1. LANGIT ILAHI KARYA HILAL ASYRAF

BANYAK PENGAJARAN DAN INTIPATI YANG KUDAPAT DARI BUKU INI~!!!
ALHAMDULILLAH

2. MOTIVASI MENJADI WANITA PALING BAHAGIA 
KARYA DR 'AIDH ABDULLAH AL-QARNI

ALHAMDULILLAH~!!! BUKU INI MEMBERI PELBAGAI KISAH DAN PENGAJARAN YG DPT KUAMBIL...
"WANITA YANG BIJAKSANA MAMPU MENGUBAH SAHARA YANG GERSANG MENJADI TAMAN YANG SEGAR MENGHIJAU"
INSYAALLAH


SELAMA CUTI SEMESTER INI, SUHU BUMI MAKIN PANAS....
TERASA BAHANG KEPANASAN...
TAPI INGATLAH DI AKHIRAT NANTI MATAHARI HANYA SEJENGKAL DI ATAS KEPALA
GLOBAL WARMING~!!! JOM KEMPEN....\'',/

BUMI SEMAKIN TUA~!!!

HARI INI, 11.3.2010...
ALHAMDULILLAH SEMENJAK AKU PULANG 2 MINGGU YANG LALU, HARI INI HUJAN...
ALHAMDULILLAH...
HUJAN RAHMAT KATAKAN....
RESULT SPM KELUAR~!!!
ADIKKU ADALAH SALAH SEORANG CALON SPM 2009...

zwani.com myspace graphic comments




Graduation Graphic Comments

TAHNIAH AND CONGRAT TO WANI~!!!
SALAH SEORANG PELAJAR CEMERLANG MMP
YANG MENDAPAT 11A SPM
PERJUANGANMU MASIH BELUM SELESAI...
MASIH BANYAK LIKU KEHIDUPAN YANG PERLU DIHARUNGI...
ALHAMDULILLAH KERANA KAMU TELAH MEMBUAT ABAH DAN MAMA HAPPY~!!!
ALHAMDULILLAH SYUKUR KE HADRAT ILAHI~!!!

TAHUN INI PULA, FARAH, ADIKKU YANG KETIGA CALON SPM 2010
GOOD LUCK DAN STUDY HARD...
MAKE THE BEST AS YOU CAN BE~!!!

BIARLAH ORANG CACI KITA, HINA KITA, DENGKI KITA...
TAPI INGATLAH ALLAH LEBIH MENGETAHUI APA YANG ADA DI LANGIT DAN DI BUMI
APA YANG PENTING KITA USAHA
USAHA, USAHA, USAHA DAN TAWAKKAL KEPADA ALLAH...
INGATLAH, 
"MEMADAILAH ALLAH SEBAGAI PENOLONG KAMI DAN ALLAH ADALAH SEBAIK-BAIK PENOLONG"







zwani.com myspace graphic comments
Graphics for Islam Comments

INSYAALLAH ESOK KAMI SEKELURGA AKAN JALAN-JALAN,
 ZOOM IN MALAYSIA KATAKAN....
 SEBAGAI HADIAH UNTUK ADIKKU,WANI...
SEMOGA KAMI SELAMAT SAMPAI DAN KEMBALI...
ALHAMDULILLAH~!!!

KEPADA KAWAN-KAWANKU...





 
SELAMAT BERTEMU KEMBALI...
INSYAALLAH~!!!

INSYAALLAH, PADA SEMESTER 3 INI...
AKU AKAN TINGGAL SEBILIK DENGAN KAWANKU, NAJAH SOLEHAH
BERASAL DARI TERENGGANU..
KEPADA NAJAH,
TERIMALAH AKU SEBAGAI SAHABATMU DAN ROOMMATE...
THANKZ YEA~!!!
KEPADA N DAN MUN, 
WALAUPUN KITA TAK SEROOMMATES SEPERTI DULU, 
KALIAN TETAP SAHABATKU...






INSYAALLAH~!!!
SUBJEK YANG AKAN KUPELAJARI DI SEMESTER 3 INI IALAH:

1.VI ENGLISH LANGUAGE






2. COMPUTERS






DUGAAN???CABARAN???
KADANG-KADANG LANGIT TAK SELALU CERAH..
KITA AKAN DIUJI..
INGATLAH ITU SALAH SATU TARBIAH DARI ALLAH UNTUK KITA.






zwani.com myspace graphic comments
Graphics for Islam Comments

"INGATLAH BAHAWA (APA JUGA) YANG MENIMPAMU BUKANLAH (SEMUANYA) KERANA KESALAHAN ANDA."

SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MENCIPTAKAN KITA SEMPURNA DAN TERPELIHARA DARI DOSA...
SETIAP KITA PASTI MENANGGUNG DOSA DAN AIB SENDIRI.
SIBUKKANLAH DIRIMU DENGAN MEMBETULKAN AIBMU DARI BERBANDING SIBUK MEMERHATIKAN AIB ORANG LAIN...

SETAKAT INI SAHAJA YANG DAPAT AKU CERITAKAN...
OPS~!!!SBLM TERLUPA..
AKU INGIN MEMINTA MAAF JIKA DALAM PERSAHABATAN KITA, AKU TELAH MENGGURIS HATI DAN PERASAAN KALIAN..
TERIMA KASIH KERANA KALIAN MENJADI SAHABATKU...
ALHAMDULILLAH~!!!

Tuesday, March 9, 2010

"Ya Allah, ampunilah dosa hambaMu ini."
"Ya Allah, ampunilah dosa hambaMu ini."
"Ya Allah, ampunilah dosa hambaMu ini."

Beratnya dugaan yang aku tempuhi...semoga aku thabat dalam cabaran ini...
Aku tidak akan sesekali lemah, putus asa..
kerana aku tahu Engkau berada bersamaku...

Firman Allah:
{BERDOALAH KAMU KEPADA-KU NESCAYA AKAN KUPERKENANKAN BAGIMU}
(QS AL-MU'MINUN: 60)

La tahzan, innallaha ma'ana...
Along, be strong~!!!

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...