UKHUWWAH FILLAH ABADAN ABADA
Senangnya untuk mengungkap ungkapan "UKHUWWAH FILLAH ABADAN ABADA"
"FRIENDSHIP TILL THE END" AND SO ON...
betulkah kita merasai ukhuwwah yg slama ini kita bina??
adakah kita berkawan kerana kekayaan sahabat??
kebijakan mereka??kecantikan mereka??kesopanan mereka??
cuba kita fikirkan!!
Sebenarnya, jika kita berkawan atas dasar fisabilillah...
kita dapat merasai sebenarnya ukhuwwah itu indah..
sangat indah dan penuh ketenangan...
itulah kawan yang sejati.
betapa manisnya ukhuwwah pada jalan ALLAH.
UKHUWWAH FILLAH ABADAN ABADA
BERTEMU DAN BERPISAH KERANA ALLAH
Dari Abu Karimah, Nabi S.A.W sabdanya, "Jikalau seseorang itu mencintai saudaranya, maka hendaklah memberitahukan kepada saudaranya itu bahawa ia mencintainya"- riwayat Abu Daud dan Imam Tarmizi -
UKHUWWAH FILLAH ABADAN ABADA
Terujaku pada kata-kata Imam Al-Ghazali : "Ukhuwwah itu bukan pada indahnya pertemuan, tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya dalam doanya : "harapanku mekar di hati, agar persahabatan suci ini terus kekal, menjadi SYAFAAT, terukir indah di pintu JANNAH..."
"Ukirkan persahabatan kita di atas ukiran kasih sayang , ciptakan kejayaan kita bersama di atas sebuah impian, dan kukuhkan ukhuwwah kita di atas keikhlasan hati"
Apabila kau berteman, janganlah kerana kelebihannya,
kerana mungkin dengan 1 kelemahan, kau akan menjauhinya.
Andai kau berteman, janganlah kerana kebaikannya,
kerana dengan 1 keburukan, kau akan membencinya...
Andai kau bersahabat, janganlah kerana ilmunya,
kerana apabila dia buntu, kau mungkin akan menfitnahnya...
Andai kau berkawan, jgnlah kerana sifat cerianya,
kerana andai dia tak ceria, mungkin kau akan menjauhinya.
Andai kau bersahabat, terimalah dia seadanya
kerana dia juga adalah manusia biasa sepertimu....
to my friends,
i love all of you...
i miss you very much...
i want to say...
"ana uhibbu sahabati jiddan jiddan"
SELAMAT BERJUANG~!!!
No comments:
Post a Comment