Sunday, June 26, 2011

PELANGI


Pelangi merupakan fenomena optik dan meteorologi yang menghasilkan spectrum cahaya (hampir) selanjar di langit apabila matahari bersinar semasa hujan turun. Menurut kamus Cambridge Advanced Learner’s Dictionary, pelangi atau dalam bahasa inggerisnya disebut rainbow ialah an arch of different colours seen in the sky when rain is falling and the sun is shining. Ia merupakan satu lengkung yang berwarna-warni dengan warna merah di lengkung paling luar dan ungu di lengkung paling dalam. Mengikut urutan warnanya ialah merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu. Teringat sewaktu di sekolah rendah, punyalah susah nak ingat warna pelangi. Bila cikgu mata pelajaran sains tahu diajarkan kami satu cara untuk mengingatinya. Ini disebut teknik .... opppsss!saya sudah lupa teknik ini disebut apa. Mungkin anda tahu!!!
MAT JENIN KENA HALAU BALIK INDIA UTARA

Betapa indahnya ciptaan Allah...


Bagaimana terhasilnya pelangi ini?
Pelangi dihasilkan apabila cahaya terbias melalui titik air di udara. Sebab itulah pelangi selalu dapat dilihat selepas hujan. Ia berbentuk melengkung (bulat) kerana titisan air di udara berbentuk bulat/sfera. Namun biasanya bahagian bawah pelangi itu "terlindung" oleh bumi. Fenomena pelangi ini juga boleh dilihat dengan membelakangi matahari dan menyembur air pada hari yang cerah.

from GOOGLE

“Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu Dia bersemayam di atas 'Arsy. Dia menutupkan malam kepada siang yang mengikutinya dengan cepat, dan (diciptakan-Nya pula) matahari, bulan dan bintang-bintang (masing-masing) tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah, menciptakan dan memerintah hanyalah hak Allah. Maha Suci Allah, Tuhan semesta alam.” –Surah Al-A’raaf:54


JUMAAT- Hari ini pulang ke rumah nenek di Kuala Krai. Rumah nenek mempunyai kawasan sekeliling yang luas. Adik-adik tidak melepaskan peluang untuk bermain bola dan bermain badminton. Teringat tentang perlawanan bola antara Malaysia dan Lebanon semalam. Malaysia menewaskan Lebanon 2:1. Aku tak minat bola cuma bila adik-adik nak tengok bola, aku terpaksa turut serta melihatnya. Terasa penat mata melihat walaupun aku tak main bola.

Disebabkan abah ada mesyuarat esok, kami pulang selepas solat Asar. Dalam perjalanan pulang, sudah menjadi hobiku melihat ke luar tingkap kereta, melihat pemandangan sekeliling yang telah diciptakan Allah untuk hambaNya merenung kekuasaan Allah. Subhanallah. Aku dapat tengok pelangi!!! Happy sekali, kerana sudah lama aku tidak melihat pelangi dengan mata sendiri. 


Teringat movie Laskar Pelangi yang aku tonton di Astro RIA. Sebenarnya movie ini aku pernah lihat sewaktu di dalam usrah bersama kawan-kawan, sangat seronok menontonnya. Tetapi ketika itu, almaklumlah, bahasa Indonesia kurang ku fahami menyebabkan aku kurang faham ceritanya. Bila di rumah, aku menontonnya dengan bantuan sarikata. Seronok sangat menonton cerita ini. Kepada kawan-kawan yang nak suruh suggest movie untuk ditonton atau didownload saya akan suggestkan filem Laskar Pelangi.


 Laskar Pelangi adalah novel pertama karya Andrea Hirata yang diterbitkan oleh Bentang Pustaka pada tahun 2005. Novel ini bercerita tentang kehidupan 10 anak dari keluarga miskin yang bersekolah di sebuah sekolah Muhammadiyah di Belitung yang penuh dengan keterbatasan. Mereka menggelarkan diri mereka sebagai Laskar Pelangi, terdiri daripada Ikal, Lintang, Sahara, Mahar, A Kiong, Syahdan, Kucai, Borek, Trapani dan Harun. Meraka tetap ingin bersekolah walaupun kemiskinan menghimpit mereka. Laskar Pelangi mengharungi hari-hari mendatang dengan gembira, menangis dan ketawa bersama. Inilah kertas kehidupan kita iaitu AGAMA, KELUARGA, PERSAHABATAN dan KEJAYAAN.

Satu pengajaran yang aku dapat ialah erti tidak kenal putus asa. Dalam filem ini, Lintang, teman rapat Ikal, seorang genius. Dia mengayuh basikal ke sekolah walaupun terpaksa menempuh laluan buaya. Ketika buaya melintasi laluannya, dia akan sabar menunggu sehingga buaya hilang dari pandangan mata. Walaupun hidupnya miskin, dia tetap ke sekolah. Dia menunjukkan minat untuk bersekolah pada waktu hari pertama persekolahan. Dia bercita-cita dalam menjadi Ahli Matematik. Alangkah sedihnya bila cita-citanya terpaksa ditinggalkan kerana terpaksa menjaga adik-beradiknya semenjak ayahnya meninggal dunia. Watak utama ”aku” dalam cerita ini ialah Ikal. Ikal juga merupakan salah seorang murid pintar di sekolah itu. Dia sangat meminati bidang sastera. Ikal akhirnya menjadi seorang yang berjaya di luar Pulau Belitung, pulang ke kampung halaman setelah 12 tahun ditinggalkannya.

Selain itu, cerita ini menunjukkan walaupun mereka hanya pelajar sekolah agama yang kekurangan dalam segenap aspek, mereka tetap berjaya. Janganlah kita hanya memandang pada besarnya sekolah, cemerlangnya cikgu, luasnya padang sekolah dan lain-lain. Hal ini kerana walaupun semuanya lengkap dalam segenap aspek pembelajaran, kalau diri sendiri tidak mahukannya, tiada gunanya. Ayuh kawan-kawan, gunakan peluang pembelajaran yang kita dapat dengan sebaik-baiknya. Ingatlah masih ramai di negara miskin yang lain inginkan pelajaran tetapi apakan daya, keterbatasan mereka menyekat peluang itu. Letakkan matlamat anda untuk membantu mereka yang tidak mendapat pelajaran walaupun anda seorang doktor atau polis atau pakar ekonomi.
  
Naskhah Laskar Pelangi diadaptasi menjadi sebuah filem tahun 2008 yang berjudul sama. Filem Laskar Pelangi diproduksi oleh Miles Films dan Mizan Production, dan digarap oleh sutradara Riri Riza.Senario adaptasi ditulis oleh Salman Aristo dibantu oleh Riri Riza dan Mira Lesmana. Menurut Andrea Hirata, dengan diadaptasi menjadi sebuah filem, pesanan dan pengajaran yang terkandung di bukunya diharapkan dapat disebarkan kepada khalayak ramai.

Mahu tahu sinopsis cerita ini, klik SINI.


Apa yang boleh aku boleh katakan filem ini 5 BINTANG!!!
Like this movie very much!!!

Terdapat soundtrack lagu Laskar Pelangi dari Nidji dalam filem ini sewaktu mereka melihat pelangi. Best!!!
Mahu tahu lebih lanjut, klik sini


notacinta: ada sesiapa di sini mahu share filem yang best di sini??? Dipersilakan.
Tertarik dengan kata-kata di muka kulit majalah Solusi, isu no. 32 iaitu “usia akan berakhir tetapi biarlah pahala terus mengalir”. Ini disebut dalam hadis,

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya,, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.'' (HR Muslim).

Jom kita sama-sama praktikkan amalan-amalan ini.



:::TAK DILUPAKAN:::

26 JUNE 1991, selamat hari lahir buat sahabat OCTAVO, NABIHATI HASNA HASMI.


SANAH HELWAH, KAWAN!!!


SAYA SAYANG KAMU KERANA ALLAH

Thursday, June 23, 2011

ARNAB~

Tentu kalian tertanya-tanya kenapa tajuk kali ini tentang arnab, pelik bukan? Ini kerana aku tidak pernah post tentang haiwan. Sesiapa yang mengenal diri kerdil ini sudah tentu kalian tahu aku mempunyai satu sifat iaitu takut akan kucing. Kucing oh kucing! 


Bila melihat kawanku, Athirah post tentang KUCING, tiba-tiba dapat idea untuk update tentang arnab. 

Jumaat yang lalu, mama telah membeli 2 ekor anak arnab. Cute gitu. Sebenarnya sebelum ini kami sekeluarga pernah memelihara arnab tetapi sudah tiada, seekor terjun longkang dan seekor lagi lari dari kandang. Anak arnab yang mama beli nie bernama KIKI dan LALA. Untuk pengetahuan kalian semua, dalam banyak-banyak binatang peliharaan, aku paling suka arnab. Sebab utamanya ialah arnab cute!!! 

Mengapa arnab harus dijadikan haiwan peliharaan terbaik untuk keluarga???
Ini kerana haiwan ini amat mudah dijaga walau penjaganya adalah seorang yang kurang upaya. Pemeliharaan tidak memerlukan kawasan yang luas. Sumber makanan yang murah dan mudah diperolehi di sekitar kediaman. Haiwan ini tidak mengeluarkan bunyi yang boleh menganggu kejiranan. Bau najis yang amat minima. Boleh dibela di dalam rumah samada jenis flat atau kondominium. Arnab tidak pandai menyerang walau dalam keadaan terdesak. Tidak mendatangkan sebarang ancaman kepada penternak atau masyarakat keliling. Cepat berkembang biak. Tahan lasak

Kepada kawan-kawan, jom pelihara arnab. Seronok juga menjadi penjaga arnab bila adik-adik ku ke sekolah. Apa yang aku buat??? Sikat bulu arnab, bagi makan kangkung takpun carrot takpun makanan tambahan [pellet] dan bersih najis arnab.

jom zoom gambar KIKI dan LALA~!!! 




cute kan mereka ini???

Anda masih ingat tentang kisah Abu Hurairah??? Nama sebenar beliau adalah Abdul Al-Rahman bin Sakhar al-Dusi Yamani. Gelaran Abu Hurairah r.a. adalah kerana kegemarannya bermain dengan anak kucing. Diceritakan pada suatu masa ketika Abu Hurairah r.a. bertemu Rasullullah SAW, beliau ditanya oleh baginda apakah yang ada dalam lengan bajunya. Apabila dia menunjukkan anak kucing dalam lengan bajunya lantas dia digelar Abu Hurairah oleh Rasullullah SAW. Semenjak itu dia lebih suka dikenali dengan gelaran Abu Hurairah. Dalam suatu peristiwa, tatkala seorang sahabat nabi bernama Abdul Rahman bin Sakhr menemui seekor anak kucing yang sedang mengiau kerana kehilangan ibunya. Beliau yang dalam perjalanannya menuju ke Masjid Nabawi, berasa kasihan kepada anak kucing itu, lalu mengambil dan meletaknya dalam baju besar beliau.
Apabila sampainya di masjid, baginda bertanya Abdul Rahman, apa dalam bajunya? Ia menjawab anak kucing yang kehilangan ibu, aku mengambilnya kerana kasihan padanya. Lalu baginda menggelarkan Abdul Rahman dengan Abu Hurairah (bapa anak kucing).
Banyak hikmah dari riwayat hidup Abu Hurairah ini dan antaranya beliau telah mencontohi kepada kita betapa bagusnya dan satu amalan yang sangat disukai oleh nabi sendiri iaitu berbuat baik kepada kucing.
Seorang wanita masuk neraka kerana kucing. Ia menahannya hingga mati. Ia masuk neraka kerananya, kerana ia tidak memberinya makan sebab ia menahannya, dan tidak membiarkannya makan serangga-serangga tanah.” Hadith riwayat Bukhari.

Sama-samalah kita mengelakkan diri dari menyeksa binatang, lebih-lebih lagi menyeksakan mereka dengan api. Sesungguhnya tidak ada yang berhak menyiksa dengan api selain Rabb (Tuhan) pemilik api.” Hadith Riwayat Abu Dawud, hadits shahih.
::nota cinta::
Walaupun aku takut akan kucing tetapi aku tidak pernah menyiksanya. Mungkin ini kerana disebabkan kisah anak jiran yang kena dicakar oleh kucing, aku jadi takut. Jikalau Abu Hurairah digelar bapa anak kucing, aku pula Umm Arnab, sesuaikah??? J
Untuk pengetahuan kalian, GENN si hamster telah mati kerana jangkitan kuman. Adikku sedih juga dengan kehilangan GENN.
Stop here.


Tuesday, June 21, 2011

UPDATED AGAIN~

Sorry for my blog followers yang tertunggu-tunggu post untuk kali ini.
Many topics that I want to tell you- bila “story-mory” tergendala, maka panjang berjela lah percakapan kita.

Bermulanya kisah pada 25 MAY 2011, the last exam paper that I had taken for the short sem. I’m to happy because this night adalah tiket balik ke rumah. Dan hari ini juga adalah hari lahirku, dah besar panjang AKU rupanya. Nak diceritakan tentang hari lahirku, sudah tentu happy bangat, almaklumlah walaupun ‘exam-mood’ , my friends still giving a surprise for me. Thank for all of you. Sebenarnya dalam ingatanku, semua sibuk study, tak mungkin mereka nak wat surprise tgh-tgh malam camni, sangkaanku meleset sekali. Sedap sekali kek coklat itu dan terima kasih atas ucapan itu.


3 EXAM PAPERS BEFORE LEAVING CFS


SEDAP KAN KEK HARI LAHIR INI^_^
TAPI KEK YANG KALIAN BERI ITU LAGI SEDAP, yummy yummy.
Tetapi saya merindui moist chocolate brownies kawan aka exroommate saya, Athirah Ariffin.
Boleh je nak buat tapi qilah da lupe link yang tirah tag di fb, da cari x jumpe, wah, dalam kempunan gitu.


Bas yang akan membawa aku dan rakan-rakan ku ke BUMI QLATE

Tanggal 27 MAY 2011, family vacation at Pulau Langkawi.
Setibanya di Jeti Kuah, helang besar menyambut ketibaan kami.


Gambar credit to cik google

Ini merupakan kali ke empat kami sekeluarga ke sana. Seronoknya dapat bercuti bersama keluarga. Have a very memorable days.


Feri ini yang membawa kami ke sana.


Langkawi yang penuh sejarah tersendiri

Kalau ke Langkawi Island tak sah kalau tak beli coklat. Penggemar coklat sudah tentu rambang mata melihat coklat di sini tetapi pilihlah yang halal.


I love chocolate very much!!!
Apa kelebihan coklat???
Antara kelebihan coklat yang dikenalpasti:
a)         Membantu meningkatkan memori dan hafalan
b)         Membantu menguatkan hafalan
c)         Membantu menajamkan mata dan minda
d)         Membantu memulihkan keletihan saraf
e)         Membantu menguatkan daya ingatan
f)          Mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular
g)         Mengurangkan risiko atherosclerosis serta mengurangkan kematian akibat penyakit koronari jantung
h)        Meningkatkan kebolehan mengatasi tekanan
i)          Melambatkan proses penuaan
sumber dari coklatkismisdoa.com
31st MAY 2011, esok adalah perdaftaran adikku di USIM. Congratulation! Kamu sudah buktikan yang terbaik, tahniah. Semua kebaikan itu datang dari Allah, sama-samalah kita bersyukur kepada Allah atas nikmat yang telah dikurniakan sehari-harian kepada kita.


After registration, tinggallah adikku di sana, belajar berdikari demi mengejar kejayaan. Kami sekeluarga membuat keputusan untuk pulang ke kampung yang terletak di Pontian, Johor.


Bendera negeri Johor


Peta negeri Johor
Pontian merupakan daerah di penghujung benua asia.


Pontian terkenal dengan tanaman nanas.
Tanjung Piai juga salah satu tempat pelancongan.
Tanjung Piai is a cape in Johor which is the southernmost point of Peninsular Malaysia and thus the most southern point of mainland Asia. The skyline of Singapore is visible across the Johor Strait from the point. It features seafood restaurants, perched on wooden jetties that are surrounded by a rugged and rarefied coastline of unspoiled mangrove forests.

 Cuti-cuti Malaysia kali ini. Now, i at home. Semua mesti tertanya-tanya apa yang aku buat di rumah.

CERITA CUTI
Rumah dan seisinya

Children sitter

Guru tuisyen untuk adik-adik
Muffin baker
Penjaga rabbit
Fulltime housewife J
Reading-mania
Preparation of Ramadhan

Nota cinta: InsyaAllah blog ini akan sentiasa terupdate selepas ini. Jom kita memburu Ramadhan kali ini. Salam sayang dan rindu untuk rakan-rakan seperjuangan sekalian.




















LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...