Monday, July 26, 2010

ENTRIES YG MENARIK~SEORANG YANG BERGELAR NISA'!!!

Saudariku,
Bangkitlah dari lenamu yang panjang,
dan tidak berkesudahan,
sekali kamu terjatuh,jangan biarkan diri kamu jatuh selamanya,
kamu punya kekuatan untuk bangkit semula,
walaupun kita berdosa sebanyak buih yang memutih di lautan,
yakinlah kasih sayang dan maghfirah Allah terlalu luas...



Saudariku...
hidup ini seperti mimpi,
seorang pengemis bermimpi menjadi seorang raja,
dipuji dan dipuja,
segala kemuliaan dan kekayaan tunduk kepadanya,
tapi bila dia sedar dari lenanya,
dia masih seorang pengemis yang miskin dan tidak punya apa-apa,
seorang raja yang bermimpi,
menjadi seorang pengemis yang miskin dan hodoh,
dia dihina dan dikeji di setiap persimpangan yg dilalui,
tapi bila raja itu sedar dari lena,
dia tetap seorang raja...

Saudariku...
itulah hakikat hidup di dunia,
kalau susah,susah yang sementara,
kalau senang, senang yang sementara,
tapi hidup di akhirat, kalau susah sehari, ibarat seribu tahun di dunia,
kalau senang di akhirat..senang untuk selamanya...



Saudariku...
matanglah dalam urusan akhiratmu,
jgn kerna kesenangan dunia yg sementara,
kau sanggup menempah sengsara di akhirat selamanya,
jgn kerna kasih makhluk yg sementara, kau hilang kasih Allah di akhirat,
jika kau hilang kasih Allah, kau hilang segalanya...

Saudariku...
Saidatina Aisyah r.a pernah berpesan,
"sebaik baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang"
jangan kau berasa bangga, kecantikanmu dikejar jutaan lelaki,
itu bukan kemuliaan bagimu, tapi adalah satu penghinaan,
jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dgn pepasir dipantai,
yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja,
di mana seorang pengemis pun mampu memilikinya,
tapi jika kau menganggapnya sebagai satu musibah pada dirimu,
Kau telah memuliakan dirimu setanding mutiara Zabarjad.
yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga sahaja...

Saudariku...
ingatlah pesan Rasulullah s.a.w,
"barang siapa yang menyerupai sesuatu kaum,maka dia daripada kalangan mereka"
lihatlah penampilanmu,percakapanmu,ataupun akhlakmu,
moga - moga ia mirip Asiah dan Maryam a.s,
mirip isteri-isteri Rasulullah saw dan para sahabiyahnya r.a,
kelak di hari kebangkitan,mereka akan menjadi jiranmu,
tapi apa khabar nasibmu,jika penampilanmu, percakapanmu dan akhlakmu,
seperti akhlak wanita-wanita jahiliyah...?

Saudariku...
jadilah wanita solehah,
yang taat pada Allah dan Rasulnya,
teguhlah menjalankan perintahnya dan meninggalkan larangannya,
jangan kau cuba menambah atau menguranginya
walaupun langit dan bumi menghimpitmu,
jagalah hati, pandangan, pendengaran dan percakapanmu,
binalah hubungan baik dengan Tuhanmu,
beristiqomahlah dalam kebaikan dan kesolehan,
agar tarikan dan hembusan nafasmu,
di dalam keredhaan tuhanmu,
didiklah hatimu seperti hati Rasulullah s.a.w,
walaupun dicaci,dilukai dan disakiti,
tapi baginda tetap mendoakan kebaikan utk umatnya...



Saudariku...
ajarlah jiwamu untuk bersahabat dgn tuhan,
ia tidak semudah pengucapan,
kau akan didatangi pelbagai musibah dan ujian,
di kala jasadmu bersama manusia, tapi ruhmu jauh terbang merindui tuhan,
di kala manusia lalai dengan keduniaan, jiwamu menangis kerna takutkan tuhan,
hiasilah setiap tarikan dan hembusan nafasmu,dengan zikir LailahaillaAllah,
berjalanlah di atas jalan seorang solehah, da'ieah, abidah, alimah,murabiyah dan zahidah,
jalan yg pernah dilalui oleh Maryam a.s, Masyitah a.s dan para sahabiyah r.a,
di mana seorang yang buta pun, apabila melalui jalan ini, mereka akan bertemu syurga Allah...

semoga kamu dimuliakan Allah seperti Saidaina Fatimah r.a..di kala penghulu wanita di syurga itu ingin melalui titian sirat, Allah akan memerintahkan setiap manusia supaya menundukkan pandangan,kerna beliau adalah wanita yang tegar menjaga maruahnya di dunia..betapa tingginya maruah seorang wanita solehah..semoga kamu ditaufiqi Allah untuk mendakapnya. Ameen
-Ibnu Aminah aljuhury-

Wednesday, July 21, 2010

UKURAN PERSAHABATAN~!!!


Ukhuwwah sesama manusia~ persahabatan, friendship...
Betapa pentingnya ukhuwwah sesama manusia ini utk melahirkan cinta kepada Allah.
Seperti firman Allah Taala bermaksud: 

Wahai orang-orang yang beriman, barang siapa di antara kamu yang murtad dari agamanya maka kelak Allah Taala akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang mukmin.” 
(Surah Al-Maidah, ayat 54)

Rasulullah SAW juga menyeru umatnya untuk saling mencintai dalam sabdanya bermaksud:

Tidaklah sekali-kali dua orang lelaki saling mencintai kerana Allah, melainkan orang yang paling dicintai Allah itu adalah yang paling kuat kecintaannya kepada saudaranya.
(Hadis riwayat al-Tabrani)

Sabda Baginda lagi bermaksud:
Tidak beriman seseorang di antara kamu sehingga dia mencintai bagi saudaranya apa yang dia cintai bagi dirinya sendiri.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Antara perkara paling berharga dalam kehidupan ini adalah persahabatan yang ikhlas. Ia tidak mudah untuk dimiliki melainkan oleh mereka yang ikhlas mahu mewujudkannya. Jika Allah mencantumkan hati manusia tiada siapa boleh menghalangi mereka mengecapi nikmat persahabatan itu.

Antara akhlak persahabatan yang paling rendah ialah sedia memaafkan saudara kita, manakala yang tertinggi pula, menolong sepenuh hati jika dia memerlukan kita untuk berada di sisinya. Sahabat yang terbaik adalah mereka yang bersungguh-sungguh mengajak kita mengecapi kasih sayang hingga ke akhirat. Sahabat di dunia dan akhirat menjadi slogan yang indah dan tak terlupa. Hanya dengan ikatan itu kita mampu mengecapi rahmat Allah bersama saudara seiman.

Kepada sahabat-sahabatku, rakan-rakanku, kawan-kawanku, 
maafkan segala salah dan silapku....
andai kata aku pernah mengguris hatimu,
andai kata aku pernah melakukan sesuatu yang membuatkan dirimu tidak puas hati,
setiap dari manusia itu tidak sempurna...
aku manusia lemah...
tidak dpt lari dari melakukan kesalahan..
maafkan ku sahabat...
terimalah aku seadanya...
hanya ini yang mampu aku lakukan...

"bila kau letih dan hilang semangat,Allah tahu betapa kau telah mencuba sdaya upaya.bila tangisanmu berpanjangan,Allah telah mengira titisan airmatamu.bila kau rasa ketinggalan dan masa meniggalkan mu,Allah sentiasa disisimu.bila kau telah mencuba segalanya tapi tidak tahu tujuan,Allah ada penyelesaiannya..bila tiada yang bererti buatmu,keliru dan kecewa,Allah adalah jawapannya,,"(innallahama'ana).

 "tuhan pimpinlah hati ini..
untukku menghayati petunjukMu..
wlu diuji KESABARANKU juga KEIMANANKU..
tak tercabar keyakinanku pd janji2Mu..
ttp bersujud dihdpnMu..
meraih cintaMu..
seluruh jiwa aku serahkan hanyalah untukMu..
betapa ku bersyukur..
dgn HIDAYAH yg engkau berikan..
SMOGA SELAMANYA AKU KEKAL DI JALANMU.."

Simpanlah air mata tangisan itu semua sbg bekalan utk menginsafi segala kecuaian yg melanda diri, segala dosa berbentuk bintik hitam yg menggelapkan hati hingga sukar utk menerima hidayah dari Allah s.w.t. Justeru, serulah air mata itu drpd persembunyiannya di sebalik kelopak mata, agar ia menitis, membasahi dan mencuci hati, sehingga ia putih kembali dan semoga ia dpt meleburkan dosa dan mendapat keampunan-Nya.

Suatu masa nanti, engkau akan menyedari hakikat kasih sayangNya, bukan terlatak hanya pada nikmatNya padamu,tetapi jua pada ujian yang diberikan.

Suatu ketika nanti,engkau akan bersyukur ditaklifkan dengan amanah yang terkadang membuatkan engkau ingin sahaja berhenti, kerana amanah itu sebenarnya adalah sebuah hadiah dariNya untuk melatihmu menjadi bertanggungjawab.

Suatu saat nanti,engkau akan tersenyum pabila mengenangkan kesakitan2 yang kau rasai kini, kerana ia bakal menjadi episod semalam yang membuatkan engkau kenal akan erti ketabahan.

For being the one who made me realize how lucky I am to be myself,thank you.

I love you not because who you are, but because who I am when I am with you.

Uhibbuki fillah jiddan sahabati♥

Monday, July 19, 2010

PENGALAMAN SEMALAM...

Go to fullsize image

15 JULAI 2010
aku selamat pulang ke rumah menaiki bus
hati gembira sekali...
rindu pada keluarga
abah
mama
adik-adik
sekali-sekala balik, siapa tak gembira???
16 JULAI2010
selamat tiba di rumah pada jam 5.30am
sampai sahaja dirumah, disambut oleh mama..
terima kasih mama.
terima kasih abah kerana menjemput ku di perhentian bus.
terima kasih adik-adik ku, syafiq, syahir dan syakir...
terima kasih jugas untuk farah
dan tak lupa utk wani
kerana bagi along balik rumah
18 JULAI 2010
hari ini aku terpaksa balik ke uia semula..
jadual bus ku pada pukul 9pm...
masa naik bus, tiba2 ada masalah berlaku..
tiket bus aku bertindih dengan orang lain...
bila di tengok dalam rekod, 
tiket aku sepatutnya semalam, 17JULAI2010..
tapi dalam tiketku bertulis tarikh 18JULAI2010??
siapa salah???
bukan salah aku...
pakcik bus tersebut kata aku yang salah..
dia tuduh aku ubah tarikh kat tiket...
tak der maknanya aku nak ubah tarikh kat tiket tue...
dah laa aku sorang2 kat situ...
pakcik tue plak pergi heboh-heboh ckp aku nie xreti naik bus,
tiket semalam tapi naik mlm nie..
bengang jgk aku ketika itu
tapi aku tak melawan,
sbb aku berhadapan dgn pakcik..
aku hormat..
aku diam..
ketika itu aku hanya dgn perasaan yang gelisah
1st time naik bus pulang ke KL...
aku terpaksa turun dari bus yang aku mula-mula naik...
aku turun dan aku tunggu abahku datang.
aku tak tahu nak buat ape ketika itu..
aku hanya istighfar...

Akhirnya,
familyku menghantar aku ke UIA...
pada malam itu juga...
kasihan abah dan mama
terpaksa berkorban utk ku...
aku sedih..
aku menangis...
"Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kedua ibu bapaku sebagaimana mereka menjaga aku ketika aku kecil"
mama, abah
maafkan along.

Ya Allah, terangilah hidupku dengan cahaya kasihMu,pimpinlah daku dengan hidayahMu, Ampunilah dosa-dosaku yang lalu, sungguh, aku dambakan keredhaanMu..banyaknya dosa aku..

Muslim yg paling bahagia tak selalu memiliki hal-hal yg terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yg terbaik dari setiap yg hadir dalam hidupnya..Semoga kita sama2 menjadikan setiap hari yang mendatang adalah hari yg bahagia untuk kita.. Setiap muslim pasti diuji, kerna sedangkan kekasih Allah, Rasulullah juga menghadapi saat2 sukar dlm hidup baginda, ini kan pula kita umatnya~

 "tuhan pimpinlah hati ini..
untukku menghayati petunjukMu..
wlu diuji KESABARANKU juga KEIMANANKU..
x tercabar keyakinanku pd janji2Mu..
ttp b'sujud dihdpnMu..
meraih cintaMu..
seluruh jiwa aku serahkan hanyalah untukMu..
betapa ku bersyukur..
dgn HIDAYAH yg engkau berikan..
SMOGA SELAMANYA AKU KEKAL DI JALANMU..


Friday, July 9, 2010

Khaulah Al-Azwar-Mujahidah Sejati~!!!

salam perjuangan buat sahabat handai ~!!!!
Alhamdulillah, kita berada di dalam nikmat iman dan Islam...
Tajuk post untuk kali ini tentang salah seorang pejuang sayap kiri, iaitu KHAULAH AL-AZWAR...

Pada 4 JULAI 2010...
aku mendapat mesej yang dihantar oleh sahabatku...
Allahuakhbar! Semangat tentera Muslim menggegar di udara. Musuh berasa gerun. "Adakah itu KHALID BIN AL-WALID?" Musuh tertanya-tanya. Seorang ketua skuad Islam, Raafe bin Umaira berbisik kagum". Beliau bertempur seperti KHALID, tapi saya yakin beliau bukan KHALID. Tatkala mengetahui tentera yang sedang bersemangat menentang musuh, itulah KHAULAH AL-AZWAR, Khalid bin al-Walid hampir terjatuh dari kudanya. Takjub. Subhanaallah...

Aku berfikir sejenak...SUBHANALLAH...betapa kagumnya aku dengan semangat KHAULAH AL-AZWAR??? bisakah kita menjadi sepertinya??? INSYAALLAH...




Sedarilah bahawa peranan Muslimat dalam menegakkan agama Allah tidak terbatas hanya pada aktiviti dalam rumah sahaja. Akan tetapi, bila mana tugas seharian sudah selesai, muslimat boleh berjuang ke tengah masyarakat dalam apa jua bidang yang mampu asalkan tidak melanggar hukum syariat. 
Marilah kita sama-sama merenungi dan menginsafi bagaimana seorang tokoh mujahidah Islam yang berani kerana agama Allah, Khaulah binti Azwar. Masih adakah muslimat masa kini yang berani berjuang kerana Allah seperti beliau???
 
Khaulah memiliki kekuatan jiwa dan fizikal yang kuat. Susuk tubuhnya tinggi lampai dan tegap. Sejak kecil beliau sudah pandai bermain pedang dan tombak. Rasulullah s.a.w. telah membenarkan Khaulah menyertai angkatan peperangan muslimin bersama-sama mujahidah yang lain.
 
Ketangkasan Khaulah telah menggemparkan angkatan muslimin dalam peperangan menentang kafir Rom. Khaulah dengan pakaian serba hitam yang menyelubungi seluruh tubuhnya telah meluncur dengan kudanya ke tengah
medan peperangan. Sekilas pandang sahaja, tiga musuh menyembah bumi. Khaulah ibarat singa lapar menerkam mangsa. 

Panglima tentera Khalid Ibnu Walid serta seluruh angkatan perang tercengang melihat ketangkasan Khaulah. Mereka tertanya-tanya siapakah pejuang tersebut yang kelihatan hanya dua biji matanya sahaja. Semangat jihad muslimin mula tercabar dan membakar serta lebih bersemangat apabila mengetahui seorang wanita (Khaulah binti Azwar) mampu berbuat demikian. Tentera muslimin terus menggempur musuh yang berlipat kali ganda sehingga meraih kemenangan mutlak. Bukan sahaja beliau seorang wanita yang berani, malah telah memainkan peranan penting dalam kemenangan kepada Islam .
 

Keberanian Khaulah sekali lagi terbukti apabila beliau dan beberapa mujahidah lain ditawan dalam peperangan Sahura. Mereka dikurung an dikawal rapi selame beberapa hari. Walaupun agak mustahil untuk melepaskan diri, namun Khaulah tidak mahu menyerah kalah kerana jiwanya sentiasa hidup. 

Beliau sering mengeluarkan kata-kata semangat kepada rakan-rakannya.  
"Wahai sahabat-sahabatku yang sedang berjuang di di jalan Allah, apakah saudari semua sanggup menjadi tukang-tukang picit orang Rom? Apakah saudari sanggup menjadi hamba orang-orang kafir yang dilaknati? Relakah saudari dihina dan dicaci maki oleh bangsa Rom yang durjana itu? Dimanakah letaknya harga diri saudari sebagai seorang pejuang yang rindukan syurga Allah? Dimanakah letaknya kehormatan saudari sebagai seorang Islam yang bertaqwa? Sesungguhnya mati itu lebih bagi kita daripada menjadi hamba-hamba orang
Rom." 

Khaulah terus menerus membakar semangat rakan-rakannya. Akhirnya mereka sebulat suara mnentang pengawa-pengawal yang mengawal mereka. Khaulah dan rakan-akannya rela mati syahid jika gagal melarikan diri. Mereka semua bertaubat dan berdoa bersungguh-sungguh agar datangnya bantuan. Sebelum mara Khaulah menyampaikan maklumat kepada rakan-rakannya: "Janganlah saudari sekali-sekali gentar dan takut. Kita semua harus bersatu dalam perjuangan dan jangan ada yang terkecuali. Patahkan tombak mereka, hancurkan pedang mereka, perbanyakkan takbir serta kuatkan hati. Insya"Allah pertolongan Allah sudah dekat."
 


Berkat keyakinan, mereka berjaya menghapuskan pengawal-pengawal dan melepaskan diri dari kurungan tersebut. Beginilah cara hidup dan sikap yang harus terkubur dalam sanubari serikandi yang solehah. Walaupun kita sedari muslimat masa kini tidak perl
u mengangkat senjata, akan tetapi terlalu banyak perkara yang wajib ditentang dan diperbetulkan.  



BANGUNLAH!!! Muslimat sekalian, mengapa masih lena di siang hari? Keyakinan dan keberanian Khaulah mesti dicontohi ketika berjuang ditengah masyarakat menentang arus jahiliah. Akhawat sekalian, sedarlah bahawa sudah tiba masanya untuk kalian meningkatkan lagi keberanian dan keyakinan dalam menentang segala kemaksiatan yang melibatkan kaum wanita hari ini. 
-arkib nisa'- 

p/s: alhamdulillah, aku masih lagi dapat menimba ilmu dari kuliah talaqqi dan talk about THE MAVI MARVARA TRAGEDY... 
kepada kawan2, selamat menjawab exam~!!!
kepada syafekar dan liana, selamat hari lahir~!!!
semoga panjang umur dan dimurahi rezeki...
sayang kamu semua kerana Allah.

Saturday, July 3, 2010

Kenapa mahu menjadi doctor???

Alhamdulillah, aku masih hidup dalam nikmat Islam dan iman...
rasenya sudah lame blog ini tak terupdate...
busy???maybe...
kali ini aku nak berkongsi artikel yang kudapat....
artikel ini sangat menarik perhatianku...

“Kenapa anda mahu jadi doktor?”, saya melemparkan soalan ini, selepas mempertontonkan kepada pelajar di IMU tadi video dari koleksi Stephen R. Covey. 


Pelajar yang hadir tersenyum-senyum. 
“Sebab minat biologi?”, saya bertanya. 
Ramai yang ketawa. Itu mungkin alasan semasa di Tingkatan 4 dahulu. 
“Sebab suka tolong orang?”, saya terus bertanya. 


Ramai yang mengangguk. 
“Well, come on. Ramai yang hantar anak buat perubatan supaya boleh rawat ibu bapa sendiri nanti. Tetapi realitinya, kamu bukan manusia pertama boleh muncul memberikan rawatan jika berlaku apa-apa kepada ibu bapa. Malah ketika di bilik pembedahan dan wad kecemasan, ahli keluarga bukanlah calon terbaik untuk merawat ahli keluarga sendiri. Namanya, profesionalisma”, saya menyambung provokasi. 
“Kamu nak tolong suami, isteri dan anak-anak? Rasa saya, suami doktor, isteri doktor dan anak-anak doktorlah yang paling banyak kena berdikari”, saya terus mencucuk jarum. 
“Saya selalu beritahu isteri, bahawa apabila awak berjaya jadi specialist nanti, jangan lupa bahawa orang yang paling banyak berkorban ialah tiga orang ini. Anak-anak kita. Merekalah yang berkorban, melepaskan masa yang sepatutnya kita beri kepada mereka, agar kita berjaya”, saya berkongsi cerita. 
Saya sengaja mengacah pelajar-pelajar di IMU supaya berfikir bersungguh-sungguh, mengapa mereka memilih bidang perubatan. 
Jika anda seorang perempuan yang bakal menjadi doktor, anda perlu tahu bahawa walaupun negara amat terdesak kepada adanya ramai tenaga pakar, anda tidak akan diberikan ‘kemudahan’ untuk menjadi pakar. Anda tidak ada cuti bersalin, seandainya anda ‘termengandung’ semasa sedang membuat program pakar. Anda tidak menerima sebarang elaun untuk membeli buku. Semua kena guna duit sendiri. Kursus dan seminar yang anda hadir, anda mesti membayarnya sendiri. Mungkin anda terpaksa menawarkan diri menjadi AJK agar dapat dikecualikan dari yuran, walaupun anda tahu akibat menjadi AJK itu. Semua orang mahu anda bekerja seperti orang lain, ketika anda terdesak menghadapi peperiksaan. Tiada belas, tiada insentif. 
Misalnya isteri saya, kerana 2 minggu cuti yang diperuntukkan untuk kecemasan dan lain-lain, sudah pun digunakan bersalin, lupakanlah kenduri kendara di kampung, lupakanlah ibu bapa, 6 bulan tiada cuti. 
Bukan calang-calang kerja. 
Anda mahu menjadi pelajar perubatan kerana mahu menolong orang? Tolonglah diri sendiri kerana anda yang amat memerlukan pelbagai pertolongan itu nanti. 
“Maka, apa tujuan anda mahu menjadi doktor?”, soalan yang sama saya ulang sekali lagi. 
Pelajar-pelajar itu termenung. Sesi soal jawab tiada soalan, kerana semua soalan adalah untuk ditanya kepada diri sendiri, dan diri sendirilah yang perlu menjawabnya. 
PERSOALAN NILAI 
Kuliah kali ini adalah tentang nilai. Apa nilai yang dibawa dalam sebuah pekerjaan? Dalam sebuah kehidupan. 
Jika seorang isteri mengungkit di hadapan suami, bahawa kerja rumahnya, kerjanya ‘melayan suami’, tidak mungkin mampu dibalas walaupun dengan bayaran RM2000 sebulan, maka nilai apakah yang ada pada dirinya? Saya tidak bermaksud membela lelaki yang tidak tahu menghargai isterinya, tetapi dalam kes ini, si perempuan itu sudah menjatuhkan dirinya. 
Hanya ‘bibik’ sahaja yang buat kerja rumah untuk duit. Maafkan saya, hanya pelacur sahaja yang meletakkan harga pada layanannya terhadap seorang lelaki. 
Seorang ibu membuat kerja rumah kerana NILAI KASIH SAYANG. Seorang isteri juga melakukan apa yang ia lakukan atas NILAI KASIH SAYANG. Maka tanpa kasih sayang, perkahwinan adalah beban. 
Menentukan nilai, sebagai pendorong kita melakukan sesuatu adalah sangat penting. Nilai itu akan mencorakkan tingkah laku kita terhadap pekerjaan yang kita lakukan. 
NILAI DUIT 
Kalau pekerjaan diukur dengan nilai wang, maka kita akan berhadapan dengan banyak masalah, walaupun wang berjaya diperolehi. 
Sekarang ni sudah menjadi satu trend kepada dua industri, kalau boleh saya katakan industri. Yang pertamanya adalah industri perubatan, dan yang keduanya, industri berkaitan petroleum. Trend yang saya maksudkan di sini, adalah perpisahan di antara seorang suami atau isteri dengan pasangannya, serta anak-anak, kerana prospek kerjaya dan desakan nilai wang itu tadi. 
Sudah menjadi kebiasaan, pasangan yang sudah berumahtangga, berpisah sementara (bukan calang-calang sementara) demi melepaskan isteri yang bekerja sebagai jururawat di luar negara, khususnya di negara Teluk. Begitu juga dengan mereka yang terbabit dengan industri petroleum, bekerja di negara Teluk dan Afrika, menyahut saranan majikan untuk meningkatkan kerjaya dan pendapatan dengan berhijrah ke negara yang menagih kepakaran kita. Ia hebat, menggiurkan… tetapi output daripadanya merunsingkan saya. 
Itu, belum lagi dikorek kisah suami di Johor, isteri di Pulau Pinang atau Kuala Lumpur. 
Trend ini berlaku dan merebak di dalam masyarakat, dan saya ditakdirkan Allah bertemu dengan outputnya. Saya bertemu dengan anak-anak remaja, yang ayah mereka pulang ke Malaysia 4 kali setahun. Saya bertemu dengan kes, suami main kayu tiga ketika isteri meninggalkannya gersang setahun di tanah air. Saya juga bertemu dengan kes isteri yang mem’poligami’kan suaminya dengan bersuamikan orang lain semasa di perantauan. Dan kes-kes ini membiak dari semasa ke semasa. Tidak pernah menjadi tajuk berita. 
Tentu sahaja, hasil kewangan dari kenaikan pangkat dengan bekerja jauh dari pasangan dan anak-anak, boleh mengubah nasib keluarga. Tetapi perubahan itu apakah ke arah positif atau negatif? Maka yang dikejar dalam sebuah rumah tangga dan perkahwinan, apakah boleh disandarkan pada nilai material? 
Malah sumber kebencian. 
NILAI – HARGA – KORBAN 
Nilai berkadar terus dengan harga. Tinggi nilai, tinggilah harga. Tinggi harga, banyaklah korban dan pengorbanan yang diperlukan bagi mendapatkannya. Untuk bekerja dengan gaji RM10,000 sebulan, apakah harga yang perlu dibayar untuk nilai material RM10K itu? Kehancuran rumah tangga, kepincangan emosi dan identiti anak-anak, dosa… itulah harga yang mungkin perlu dibayar untuk nilai material yang dijadikan asas bekerja. 
Anak-anak yang mewah dengan nilai material ini, gersang dan menderita pada nilai kasih sayang dan perhatian ibu bapanya. Sering saya ulang, ‘mereka adalah generasi yang kesunyian’. 
Jangan terkejut, dengan hanya 3 hari perkenalan, seorang remaja boleh menjadi mangsa lelaki yang berniat jahat. Mengapa begitu mudah? Lelaki itu memberi sesuatu yang tiada diperolehi remaja tersebut di dalam keluarganya iaitu KASIH SAYANG dan PERHATIAN. 
Malam ini saya mahu pelajar-pelajar yang hadir ke kuliah ini, melatih diri mereka dengan tabiat ‘Begin With the End in Mind‘. Lihatlah apa yang menanti di hujung perjalanan mereka sebagai seorang doktor perubatan. 
TENTUKAN NILAI SEAWAL PERJALANAN 
Maka, semenjak mereka di bangku pengajian, soal nilai yang ingin dibawa pada kerjaya di masa hadapan, mesti ditentukan. 
Anda boleh mengambil sikap tidak mengendahkan hal ini, bekerjalah selagi mampu, kejarlah habuan material yang dikejar selama ini, tetapi anda perlu meneliti harga yang perlu dibayar. Perhatikan di mana korbannya? Harga dan korban itu mungkin rumah tangga, mungkin pesakit, dan yang paling besar, mungkin sistem itu sendiri. 
Hati saya amat terhiris, mendengar kawan-kawan saya dan isteri, mengeluh tentang satu demi satu penceraian yang menimpa pasangan doktor. Sama ada kedua-dua suami dan isteri itu doktor, atau salah seorang daripada mereka. 
PROVOKASI DEMI MASA DEPAN 
Atas provokasi inilah, saya mengajak adik-adik di bangku pengajian perubatan, untuk menyemak hubung kait bidang ini dengan Tujuan Hidup mereka. Kenang kembali siapa mereka di alam ini? Kenal diri, dan kenallah Ilahi. 
Kita sebagai hamba Allah, menjaga tali kita dengan Dia yang disembah. Yang diabdikan diri kepada-Nya. Ia hablun minAllah. 
Kita sebagai khalifah, menjaga tali kita dengan manusia ciptaan-Nya, kerana kita ditugaskan menjadi saluran kebaikan-Nya ke alam ini. Ia hablun minannaas. 
Buat baik kepada sesama manusia, boleh dengan sedekah, boleh dengan memimpin tangan si buta di pinggir jalan. Namun sedekah hanya sekali sekala, orang buta bukan setiap hari kita jumpa. Jalan kebaikan yang paling utama, adalah pada menjadikan kerja sebagai ibadah. Memberi kebaikan kepada manusia, melalui pekerjaan yang dikurniakan Allah kepada kita. 
JIKA KERJA JADI IBADAH 
Jika kerja jadi ibadah, Allah adalah ‘CEO’ kita. The unsung hero beroleh quwwah, untuk terus membuat kebaikan, biar sekecil mana pun di mata insan. 
Jika kerja jadi ibadah, ia jalan Taqarrub kepada Allah. Tidak tergamak menghambur dosa, kerja dibuat sebaik yang upaya. 
Jika kerja jadi ibadah, biar sempit jalan KEPERLUAN, asalkan luas perjalanan mencapai TUJUAN.
Ubah paradigma, betulkan nilai pada kerja. 
Teruskan cita-cita kalian menjadi doktor. Ia cara terbesar, kamu zahirkan syukur kepada-Nya. 
Kita hamba-Nya, kita Khalifah-Nya. 



p/s: Mid-sem around the corner...good luck to all my friends~!!!try your best and beat the best...
         Semalam keluarga ribenna mengadakan birthday party tuk anje, uda and umi ribenna...
        pandai mereka merancang, papepun terima kasih banyak2. Syukran jazillan. 



 

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...