Tuesday, April 27, 2010

HATI, KAWAN, PERASAAN DAN PERSAHABATAN???

Assalamualaikum…
Rasanya sudah lama tanganku ini tidak menghayunkan tinta-tinta indah…
Alhamdulillah…
Hari-hari yang kulalui ini dipenuhi suka, duka, cabaran, dugaan, hiba dan sebagainya….
Itulah asam garam kehidupan…
Kadang-kadang kita gembira,
Kadang-kadang kita sedih,
Kadang-kadang kita tertekan,
Kadang-kadang kita putus asa….
Itulah apa yang kita rasa.
Ini semuanya dari hati…
Hati memainkan peranan penting dalam kehidupan kita.
Hati merupakan raja kepada jasad kita.



Rasulullah  SAW bersabda dalam hadits yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari
dan Muslim yang artinya: “Sesungguhnya di dalam tubuh ada segumpal
darah. jika segumpal darah tersebut baik maka akan baik pulalah seluruh
tubuhnya, adapun jika segumpal darah tersebut rusak maka akan rusak
pulalah seluruh tubuhnya, ketahuilah segumpal darah tersebut adalah
hati.”


Abu Hurairah r.a. berkata, “Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya..Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya”. 

 Aku teringat salah seorang kakak seniorku berpesan kepadaku:
“LETAKLAH PERASAAN PALING BAWAH SEKALI”

Bab-bab perasaan, hati…
Susah untuk dibahaskan…
Maka hati bagaikan raja yang menggerakkan tubuh untuk melakukan
perbuatan-perbuatannya, jika hati tersebut adalah hati yang baik maka
seluruh tubuhnya akan tergerak untuk mengerjakan hal-hal yang baik,
adapun jika hatinya adalah hati yang buruk maka tentunya juga akan
membawa tubuh melakukan hal-hal yang buruk. Hati adalah perkara utama
untuk memperbaiki manusia, Jika seseorang ingin memperbaiki dirinya
maka hendaklah ia memperbaiki dahulu hatinya!!!


Wahai zat yang membolak-bolakkan
hati, teguhkanlah hati kami diatas agamamu, wahai zat yang
membolak-balikkan hati tuntunlah hati kami teguh di atas ketaatan
kepada-Mu…


Kawan, persahabatan, hati dan perasaan???
Ada apa dengan kawan, persahabatan, hati dan perasaan???
Siapalah aku untuk membahas tajuk ini..
Tajuk yang tiada penghujungnya…
“BERTEMU DAN BERPISAH KERANA ALLAH SWT”
“UKHUWWAH FILLAH ABADAN ABADA”
“FRIENDSHIP TILL THE ENDS”

Senangnya kita mengungkap ungkapan persahabatan…
Saya sayang kawan saya..
Saya cinta kawan saya kerana Allah…
Saya suka dia kerana Allah…
Ya, memang betul kita sayang persahabatan kita..
Kita sayang kawan kita..
Siapa kata kita tak sedih jika kawan yang kita sayang tinggalkan kita???
Cuba kita pikir…
Dia hanya manusia biasa…
Ya, memang patut kita sedih. Tapi kita tidak boleh menghukum dia dengan membencinya. Cuba kita pikir jika kita menjadi dia??? Sanggupkah seorang sahabat ingin melukakan hati kawannya?? Jika kita amati, jangan kita hanya pikir diri kita, cuba pikir bagi pihaknya??? Kita tak bercakap dengannya kerana dia ingin meninggalkan kita??? Cuba kita pikir, jika kawan kita dipanggil Ilahi, adakah kita akan membencinya??? Itu semua di tangan Allah. Siapa lah kita untuk merungkai takdir Allah??? Kita hanyalah seorang hamba Allah.



Kawan, kuatkanlah hatimu…
Aku hanya manusia biasa, siapalah aku untuk menasihatmu???
Hanya inilah yang aku dapat luahkan tulus ikhlas dariku…
Kawan, aku tahu hatimu terluka..
Kawan, aku tahu hatimu menangis,
Ingatlah, kita berada di dunia ini hanya sementara…
Hanya dengan ikatan UKHUWWAH FILLAH ABADAN ABADA….
InsyaAllah, kita akan bertemu di syurga nanti.

Aku selitkan lagu SAHABAT SEJATI dari UNIC…
Cuba kita memahami apa yang tersirat dalam lagu nasyid ini..

Biar kalam berbicara 
Menghurai maksudnya di jiwa 
Agar mudah ku mengerti 
Segala yang terjadi 
Sudah suratan Ilahi 
Ku biarkan pena menulis 
Meluahkan hasrat di hati 
Moga terubat segala 
Keresahan di jiwa 
Tak pernah ku ingini 
Aku telah pun sedaya 
Tak melukai hatimu 
Mungkin sudah suratan hidupku 
Kasih yang lama terjalin 
Berderai bagaikan kaca 
Oh teman, maafkanlah diriku 
 
Oh Tuhan 
Tunjukkan ku jalan 
Untuk menempuhi dugaan ini 
Teman, maafkan jika ku melukaimu 
Moga ikatan ukhwah yang dibina 
Ke akhirnya 
Aku tidak kan berdaya 
Menahan hibanya rasa 
Kau pergi meninggalkan diriku 
Redhalah apa terjadi 
Usahlah kau kesali 
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi



Aku sayang kalian kerana Allah..
Aku sedih bila melihat kawan-kawanku bergaduh atas alasan yang kecil…
Kawan, jagalah perasaan kawan-kawan.
Dalam persahabatan, letaklah perasaan paling bawah sekali.
Jika kawan melakukan kesalahan, tegurlah, sama-sama kita berubah…
Ungkapan “PERSAHABATAN” tiada jalan penghujungnya…
Sama-sama kita renungkan…



No comments:

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...