Wednesday, April 20, 2011

Harapan itu...

Harapan itu
tinggi menggunung
semua ingin mencapainya
walaupun terpaksa 
mengharungi cabaran
mendukung dugaan

Harapan itu
mampukah kita gapai?
mampukah kita sentuh?
mampukah kita pegang?
tekadkan azam
harapan itu 
akan menjadi kenyataan.



harapan itu
terangkul erat
nun di hatiku
keluarlah kamu
realisasikan dirimu
jangan putus asa
selagi dirimu mampu
gapailah harapan itu
dengan usahamu
dengan tawakkalmu
dengan doamu...


"Barangsiapa bertaqwa pada Allah, nescaya Allah sediakan baginya jalan keluar dan rezeki dari jalan yang tak disangka-sangkanya. Dan sesiapa bertawakkal pada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya" ( At Talaq: 2-3)


nota cinta: Sedang menyiapkan assignment UNGS 2030, SUMMARY OF SIRAH. Tiba-tiba teringat pesanan DR SALAH sewaktu kelas UNGS 2030, always berselawat pada Baginda Rasulullah saw dan mendalami sirah Nabi Muhammad saw.


3 CARA CINTA NABI

-banyakkan selawat
-dalami sirah hidup Nabi
-jadikan Nabi quwah hasanah

Teringat bait-bait bicara mama sewaktu menelefonku semalam. 
Maafkan anakmu ini kerana harapan itu...

Saturday, April 9, 2011

Setelah bercuti…

Assalamualaikum kawan-kawan. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ditujukan hanya padaMu, Allah S.W.T, tuhan sekian Alam, yang tiada sekutu bagi-Nya. Syukur atas nikmat yang paling besar kurniaan-Nya kepada kita, nikmat iman dan islam. Bersyukurlah atas nikmat kurniaan Allah kepada kita. Alhamdulillah, sekembalinya ke bumi CFS ini, menghadiri kelas-kelas UNGS dan talaqi, sedikit sebanyak input yang ingin kukongsi bersama kawan-kawan.
Mungkin anda tertanya-tanya apakah UNGS kan??? UNGS ini adalah salah satu subjek yang wajib dipelajari oleh IIUM student. This subject is about Islam, history of Islam and civilization and many mores. Boleh dikatakan subjek ini adalah subjek famous budak UIA. Kepada rakan-rakan yang belum taking this subject, semoga bersabar~. Diberi kesempatan untuk bertalaqi setelah sekian lama bercuti, Alhamdulillah.
Talaqi bermula dengan qasidah dan kemudiannya Ustaz memulakan dengan pembacaan hadis kesepuluh dalam kitab hadith 40 syarahan Imam Nawawi.

عَنْ أَبِي هُرَیْرَة رَضِىَ الله عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : (( إِنَّ الله تَعَالَى طَيِّبٌ لاَ یَقْبَلُ إِلاَّ طَيِّبَا وَإِنَّ الله أَمَرَ المُؤْمِنِيْنَ بِمَا أَمَرَ بِهِ المُرْسَلِيْنَ فَقَالَ تَعَالَى: { یَآ أَیُّهَا الرُّسُلُ آُلُوا مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَلُوا صَالِحًا } وَقَالَ تَعَالَى: { یَآ أَیُّهَا الَّذِیْنَ آمَنُوْا آُلُوا مِ ن طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاآُمْ } ثُمَّ ذَآَرَ الرَّجُلَ یُطِيْلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ یَمُدُّ یَدَیْهِ إِلَى السَّمَآء: یَا رَبّ! یَا رَبّ! وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ، وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ، وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ، وَغُذِي بِالحَرَامِ، فَأَنَّى یُسْتَجَابُ لَهُ! )) رواه مسلم.

Dari Abu Hurairah r.a : Telah bersabda Rasulullah SAW : " Sesungguhnya Allah Ta'ala itu baik, dia tidak akan menerima melainkan yang baik sahaja. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan kaum Mukminin sama sebagaimana Dia memerintahkan para Mursalin (para Rasul). Allah berfirman : ' Wahai para Rasul, makanlah dari yang baik-baik dan kerjakanlah amalan yang soleh. ' Dan Allah berfirman lagi : ' Wahai orang-orang yang beriman, makanlah dari makanan yang baik yang Kami berikan kepada kamu. ' Kemudian Rasulullah SAW mengisahkan tentang seorang lelaki yang telah belayar jauh. Rambutnya kusut, berdebu, mengangkat kedua belah tapak tangannya ke langit serta memohon : Ya Tuhanku ! Ya Tuhanku ! Sedangkan makanannya dari yang haram, minumannya dari yang haram dan pakaiannya dari yang haram, dan dia telah dikenyangkan dari sumber yang haram. Alangkah jauhnya dia (doanya) untuk dikabulkan. '

Kefahaman Hadis :
1) Suci Allah dari kekurangan atau keaiban atau tidak perlu rakan dan anak atau tidak zalim dan tidak tidur.
2) Diterima atau tidak amalan
- bergantung kepada pemakanannya halal atau haram.
- sebab kepada diterima atau tidaknya doa atau ibadah.
3) Sebab- sebab diperkenankan doa serta beberapa adabnya:
  • perjalanan yang jauh
           - (Hadis - tiga jenis doa yang diperkenankan ialah doa orang yang       dizalimi, orang dlm musafir dan doa bapa terhadap anaknya)
  • berpakaian lekeh (usang) - sebagaimana disunatkan dlm solat Istisqa’.
  • mengangkat tangan ke langit - hadis nabi berkenaan dengannya.
  • mengulang-ulang nama Allah - (3x) - sebagai tanda sangat berhajat.
  • penjagaan makanan, minuman dan pakaian .

Pengajaran hadis:
lslam menuntut umatnya menjaga diri dari semua aspek; kebersihan diri dan hati, keelokan berpakaian, kebersihan amalan perbuatan juga budi pekerti. Sesungguhnya Allah SWT itu baik. Dia hanya menerima perkara yang baik-baik sahaja. Amalan, pakaian, tempat tinggal, kenderaan dan makanan seseorang mempunyai hubungan rapat dengan darjat kemuliaan diri dan peningkatan maqam hatinya. Oleh itu, seorang mukmin dituntut menjaga amalan, tingkah laku dan pakaian serta memakan hanya benda yang baik. Makanan yang baik ialah makanan yang halal. lni tidak menafikan makanan yang berzat dan bervitamin, kerana Allah sifatkan makanan yang baik, bukan sekadar yang halal. Makanan dan perbuatan yang haram menghalang pembersihan jiwa seseorang, sekaligus menghalang doa daripada dimakbulkan Allah. 


Ingin berkongsi sedikit input yang dapat sewaktu talaqi Ustaz Muhadir. Andai ada salah silap dalam bahasa dan penerangan ana, mohon tunjuk ajar dan teguran.

1. beramal dengan ilmu
- Sesiapa yang beramal tanpa ilmu , amalannya tidak akan diterima.

Janganlah kita asyik berlumba-lumba mencari bekalan dunia sehingga terlupa pertemuan kita dengan Allah. Mari kita fikir sejenak tentang nasib kita di akhirat kelak. Adakah amalan kita diterima oleh Allah swt? Atau apakah amalan kita nanti mampu menyelamatkan kita dari azab Allah? Atau mungkin saja amalan kita yang banyak itu tidak diterima oleh Allah dan tidak menyelamatkan kita dari azab-Nya? Atau mungkin saja amalan itu dikerjakan tidak ikhlas kerana Allah atau mungkin saja amalan itu dikerjakan tanpa ada ilmunya? Sama-sama kita fikirkan...

Sabda Nabi Muhammad saw : Ada seorang wanita yang selalu berpuasa di siang harinya dan qiammullail pada malamnya tetapi dia selalu mengumpat dan menyakiti jirannya, maka dia merupakan ahli neraka.
Astaghfirullah al-azim. Jom kita sama-sama ambil pengajaran dari kisah ini.  

2. Orang yang beriman itu ada kedudukannya, yang paling mulia ialah yang beriman dan bertaqwa.

3. usahakan dirimu untuk menuntut ilmu – besar ganjaran pahala

4. jangan makan benda yang haram dan elakkan makan benda yang syubhat.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Setiap jasad yang membesar daripada benda-benda yang haram maka api nerakalah yang layak baginya”.
(Riwayat al-Baihaqi dan Abu Nuim)

Saad bin Abi Waqas, siapakah beliau???
Nama lengkapnya Saad bin Malik bin Uhaid bin Abd Manaf Az-Zuhri, biasa dipanggil Abu Ishaq dan digelari Faris Al-Islam. Dilahirkan di Mekkah pada tahun 23 sebelum hijrah.

Saad adalah orang yang pertama memanah dalam perang di jalan Allah dan orang pertama yang terkena panah juga. Saad adalah salah seorang antara 10 sahabat yang dijamin syurga oleh Rasulullah SAW.

Rasulullah salallhau ‘alaihi wasallam mengucapkan dalam doanya untuk Saad,
اَللّهُمَّ سَدِّدْ رَمْيَتَهُ وَأَجِبْ دَعْوَتَهُ
“Ya Allah, tepatkan lemparan panahnya dan kabulkan doanya.”*

Antara kata-kata beliau yang popular ialah :
Aku merupakan panah dari panah-panah Islam. Panahlah aku ke mana jua yang kamu mahu...

Saad bin Abi Waqas merupakan dua senjata ampuh iaitu panah dan doanya.
Makbulnya doa Saad bin Abi Waqas kerana tidak makan benda yang syubhat.
“Wahai Saad, perelokkan makanan kamu nescaya kamu akan dimustajabkan doa. Demi Tuhan yang diri Muhammad ada di dalam kekuasaan-Nya, sesungguhnya apabila seseorang itu menyuapkan sesua pmakanan haram ke dalam mulutnya, nescaya tidak akan diterima doanya selama 40 hari. Mana-mana hamba yang tumbuh daging dari makanan yang haram dan riba, maka api neraka yang lebih utama baginya”
Riwayat Al-Hafidz Ibnu Mardawaih dari ‘Atho dari Ibnu ‘Abbas r.a.

Orang yang makin dekat dengan cahaya,
Makin sesak bayangan dirinya,
Makin nampak keaiban dirinya,
Maka tiada rasa lagi untuk
mencari keaiban orang lain.

5. Cara tinggalkan maksiat batin
            -jaga dahulu yang zahir, insyaAllah Allah akan menjaga yang batin.

Berjagalah dengan 3 –TA :
i.                    takhta (pangkat)
ii.                  wanita (perempuan)
iii.                harta (duit)


Apa yang perlu kita lakukan?
FIRST
kenal siapa musuh diri kita
THEN
Belajar menghadapi musuh kita

Janganlah kamu berputus asa jika gagal kerana perjalanan kehidupanmu tidak mustahil tiada ujian. Praktikkan 3 perkara dalam hidupmu :
-         istiqamah
-         yakin
-         ikhlas

”Istiqamahlah dengan apa yang diperintahkan”

6. 3 sifat yang membawa kepada kebinasaan diri ialah :
i. ujub à takabbur
ii. riya’ : buat sesuatu untuk dilihat
iii. hasad : senang lihat orang lain susah, susah melihat orang lain
                 senang.

7. Jom kita sama-sama praktikkan:
- ikhlas kerana Allah
- bersihkanlah hati untuk menuntut ilmu
- jangan berasa bangga dengan diri sendiri
-bersyukur apa yang Allah beri kepada kita

”Ya Allah, berikan kekuatan pada diriku untuk mengikut jejak langkah orang-orang soleh”

Sumber rujukan :
i.                     http://tintamujahid90.blogspot.com/
iii.                  http://cetusanhati.com/info-and-articles/dosa-pertama
iv.                  Buku hadis 40 syarahan Imam Nawawi
v.                    Ringkasan daripada pengajian talaqi Ustaz Muhadir.
vi.                  Buletin tarbiah, bil. 350, diterbitkan oleh Badan Dakwah dan Tarbiah MMP.

Nota cinta :
Satu sajak ini kuselitkan di sini untuk tatapan sahabat semua. Sajak yang begitu menyentuh hati yang kujumpa di dalam BULETIN TARBIAH.



Seuntai Kurma Kala Berbuka,
Zinnirah, Muslimat sejati,
Biar terseksa tak berhenti berjuang
Tuhan hanyalah Allah
Kau jadikan sumber inspirasi perjuangan
Amanah perjuangan
Tanpa mengenal erti letih dan putus asa
Tanpa rungutan
Tanpa sungutan
Kau tunaikan tanpa tangguh.
Ikhlas
Biar tanpa ganjaran
Tanpa pujian, tanpa habuan,
Kau sematkan di hati
Nekad
Biar mehnah kunjung tak henti
Ujian datang silih berganti
Pancaroba selalu mendatangi
Kau tak pernah gentar
Umurmu, fikirmu, hartamu, dirimu,
Kau korbankan hanya untuk Islam
Tinggi kembaramu ke langit
Akhlakmu menyinari taman hati
Wajahmu sejernih berwudhu’
Kau pejuang
Tak bisa kenal erti penat dan jemu
Kau hadapi mehnah
Dengan kesabaran
Kau terus melangkah
Tidak kau undur walau selangkah
Tegas dengan iman di hati.

Kepada roommates short semester ku, ATHIRAH ARIFFINSITI ZALEHA DAN NAJAH SOLIHAH , misi penulisan blog seminggu sekali telah kutunaikan. Anda bagaimana???

peringatan: jika ada kesalahan dalam penulisan ini, harap diperbetulkan. Sekian.

Tuesday, March 22, 2011

.:UPDATED:.

Assalamualaikum. Kaifa halukum? Alhamdulillah, ana bikhoir <cakap arab la plak!>. Rasanya sudah lama tangan ini tidak menekan keyboard laptop, menulis nota cinta untuk tatapan anda semua. Almaklumlah bila berada di rumah ini, macam-macam perkara yang perlu dibuat, tidak sempat untuk meluangkan masa bersama laptop tersayang. Bukan sebab itu sahaja, sebenarnya sejak minggu lepas, internet di rumahku buat hal, adakah disebabkan EARTHQUAKE di JEPUN??? Aku pun tak pasti. Nak dapat internet agak susah. Kalau internet pun tak dapat, macam mane nak update blog??? Hari ini baru bleh update blog. Kalau diikutkan semalam, internet dapat sejap sahaja, bila buka nak update blog terus internet tiada line! Kepada kawan-kawan yang menunggu nota cintaku, terutama roommateku, terima kasih sebab ingatkan aku untuk mengupdate blog ini. Banyak sahaja perkara yang ingin diceritakan kepada kalian semua, almaklumlah dah lama tak update.

TUGASAN CUTI


PICNIC
Pada 17 MARCH 2011, aku dan rakan-rakanku keluar berpicnic. Picnic @ PANTAI CAHAYA BULAN. Sejak tsunami berlaku kat Acheh, aku takut untuk ke pantai. Pelik kan??? Tapi itulah aku. Dan ini adalah kali pertama, seingatku, aku ke pantai. Kalau kecil-kecil dulu, abah suka bawa aku dan adik-beradikku ke pantai. Pantai yang terdekat kat rumahku adalah PANTAI SRI TUJUH. Teringat di mana aku membuat kajian Geografi tingkatan 3 di pantai ini dan teringat juga di mana kami sekeluarga makan seafood kat pantai ini, sedap bangat!! Dan aku masih teringat abah membawa kami memancing, seronoknya bila di kenang balik memori lalu. Bila tersangkut ikan di mata kail, kami gembira sekali. Pernahkah kalian mendengar cerita dongeng ini?? Ada seorang pemancing sedang memancing ikan, tiba-tiba batang kailnya terasa berat, fikirnya mungkin ikan sudah tersangkut pada mata kailnya, tetapi bila ditarik tali, rupa-rupanya, bukan ikan yang tersangkut tetapi kasut! Memancing ni kena banyak sabar, kalau tak sabar, ikan pun tak nak.
Opppsss~ lari topik! Kalau buat karangan dalam UJIAN BAHASA MELAYU, konfem gagal. Kembali kepada ceritaku. Picnic bersama teman-teman UIA, zaleha, athirah, jihah, che pah, syitah dan alifah. Sangat seronok bertemu dengan kalian semua. After makan-makan, kami bergambar. Bab-bab bergambar nie, semua happy. I like photography, teringin untuk belajar tentangnya.

LOVE IT SO MUCH!!!

 NYUMMY,NYUMMY~

SEWAKTU SENJA, MATAHARI MULA MELABUHKAN TIRAI~

TAPAK KAKI SIAPAKAH INI???

 SERONOKNYA BERSAMA TEMAN-TEMAN~

kami berpicnic di sini~


SENYUM



Pernah kalian dengar lagu ini???

Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
tak perlu kata apa-apa

Dari sekolah sampai ke tahap ini, aku selalu diingatkan untuk mengamalkan 3S.
Masihkah anda ingat???
SALAM
SENYUM
SAPA

"ukirlah senyuman yg paling manis , kerana selain sedekah , senyuman itu ibarat lukisan rahsia hati dan senyuman itu tidak menyakitkan tetapi menjadi penawar bagi hati yang sakit" 

senyum seindah suria 
yang membawa cahya 
senyumlah dari hati 
duniamu berseri....
 

JOM HAYATI LIRIK NASYID SENYUM by RAIHAN

Manis wajahmu kulihat di sana
Apa rahsia yang tersirat
Tapi zahirnya dapat kulihat
Mesra wajahmu dengan senyuman

Senyuman... senyuman
Senyum tanda mesra
Senyum tanda sayang
Senyumlah sedekah yang paling mudah
Senyum di waktu susah
Tanda ketabahan
Senyuman itu tanda keimanan
Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah

Hati yang gundah terasa senang
Bila melihat senyum hatikan tenang
Tapi senyumlah seikhlas hati
Senyuman dari hati jatuh ke hati

Senyumlah senyumlah
Senyumlah seperti Rasulullah
Senyumnya bersinar dengan cahaya
Senyumlah kita hanya kerana Allah
Itulah senyuman bersedekah

Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah
Itulah sedekah yang paling mudah
Tiada terasa terhutang budi
Ikat persahabatan antara kita
Tapi senyum jangan disalah guna
Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh HR. Muslim, Rasulullah berpesan, “Janganlah kalian menganggap remeh kebaikan itu,  walaupun itu hanya bermuka cerah pada orang lain,”.
more about senyum, click here.

..:JOM KITA SENYUM:..

SANAH HELWAH, TEMAN-TEMAN!!!
Sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Al-Imam al-Hakim dari Jabir RA, : ”Sebaik-baik kamu ialah yang panjang umurnya serta baik amalannya kepada Allah”.



SELAMAT HARI LAHIR UNTUK RAKAN-RAKAN YANG LAHIR BULAN MAC YE~
NAJWA HAMALI
SYARIFAH NUR HIDAYAH
KAK LIYANA
KAK ETI
KAK WANI
AFIQAH ZULKIFLI
IMA
AISYAH AL
AMIRAH
HANANI
IZZATI HUSNA
NURUL AIDA
AFIQAH ABRISAM

DAN KEPADA YANG TAK TERSEBUT NAMA, SELAMAT HARI LAHIR YE~
UCAPAN INI PENGGANTI KAD, SMS DAN FACEBOOK.
Nak hantar kad, tak tahu alamat,
Nak hantar sms, kredit habis,
Nak bukak FB, internet pulak wat hal...

Tak lupa
HAPPY BIRTHDAY UNTUK ADIK KESAYANGANKU,
SYAHIR!!!



ISU SEMASA

Setiap hari pelbagai cerita terpampan di dada akhbar. Kadang-kadang tak sempat nak update dengan apa yang berlaku di sekelilingku. Adakah aku pentingkan diri? Oh, tidak~
Tapi apa-apa pun aku still mengupdatekan diri dengan berita semasa.
Kalian boleh pergi ke link ini.

EARTHQUAKE in JAPAN
More info, click here.

Innaa lillaahi wa innaa ilayhi raaji’oon : Our prophet SAW told us that there would be 3 major earthquakes before judgement day. One in the east, one in the west and one in Arabia. There has already been one in Japan (east) and one in Haiti (west). It so scary~

What have we done to deserve a place in Jannah?
Tepuk dada tanya iman!!!



RESULT

Result sem 2 dah keluar? Amacam result kawan-kawan? Mesti gempak kan???
Pape pun tahniah atas keputusan cemerlang rakan-rakan sekalian. Kepada yang bersedih dengan result kalian, ingat kejayaan anda masih belum tamat di sini. Apa-apa pun , berpegang teguhlah pada Allah tatkala dirimu senang, susah, gembira, sedih dan berduka. Allah adalah kekasih yang tak pernah lari darimu.

Esok, 24.3.2011, result SPM2010 akan keluar
Kepada adikku, SYARIFAH NURFARAH HANANI,
Good luck~!!
Semoga mendapat result yang dapat menggembirakan hati abah dan mama!!!
Cemerlang di dunia tidak membawa makna jika gagal di akhirat.
Apa-apapun keputusan yang dirimu dapat, semuanya adalah yang terbaik untukmu.



HAMSTER

Memelihara haiwan kesayangan bukan sahaja menjadi minat adik-adik lelaki ku bahkan menjadi addicted sayangnya kepada binatang.
Burung nuri dah pelihara,
Ikan pun dah ada...
Sekarang hamster pulak~
Abah dan mama membelikan 2 ekor hamster, jantan dan betina.
Adikku menamakan yang jantan-GENN dan yang betina-GENNIE.
Sekarang si GENNIE tengah bunting, dipisahkan dengan GENN. Kesian GENN selalu kena kacau dengan GENNIE. Adikku marah sekali bila si GENNIE gigit si GENN. Satu hari, abah dan mama ke kedai hamster, pemilik itu mengatakan bila si betina menggigit si jantan, maknanya dia bunting. Patut laa, si GENNIE tue garang sangat. Adik-adikku suka sangat bermain dengan si GENN, siap peluk cium lagi. GENN oh GENN.

si GENN.

nota kaki: next update will be coming up soon. internet pun dah ok~







LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...