Saturday, May 25, 2013

hari ini hari lahirku...

25 MAY- Alhamdulillah, genap umur 22 tahun. Alhamdulillah, Allah masih berikan bermacam-macam nikmat yang kadang-kadang aku mungkiri. Sesungguhnya Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. 

Birthday jatuh dalam bulan Rejab, moga ada rahmat di sebaliknya.
Jatuh pula pada hari first paper exam sem 2 2012/2013, moga dipermudahkan segala urusan. Good luck for the final exam.

Teringat pesanan dari sahabat, hakikat UMUR ialah kadar yang ditulis di sisi Allah berdasarkan 'AMAL SOLEH dan KERJA KEBAJIKAN yang kita lakukan, dengan niat yang ikhlas dan tekun.

Terima kasih kepada semua atas doa, wish, kad, dan BK+KFC. May Allah bless us.
Terima kasih buat abah dan mama yang telah mendidik aku untuk mengenal Islam, membesarkan aku sehingga kini dan memberi apa sahaja yang aku pinta. Betapa besar pengorbanan dan jasa abah dan mama. Terima kasih abah dan mama kerana tanpa kalian, siapalah aku.
Terima kasih buat octavian+ sahabat+ roommates+ classmates+ mahallahmate+ usrahmate and kuliyyahmate~
Terima kasih buat adik-beradik~
Terima kasih buat wani atas kad yang cantik ini:


Syahir Fifa hantar mesej ucap, "Selamat hari lahir Along. Jawab exam betul2". 
Counting the days to go back home!


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah..
May Allah bless us.
Syukran jazillan.
Jazakumullahu khairan khathira...

bila tangan menulis: pantun 4 kerat dari Afiqah Abdul Rahim:
Di Teluk Chempedak kami berkelah,
Burger King dan Kfc menjadi santapan,
Selamat hari lahir Syarifah Nur Aqilah,
Semoga cepat kahwin kami doakan. 

Kahwin jugak yang mereka doakan. Doakan saya mendapat jodoh yang baik dan mampu membimbing saya ke syurga.
Cheewwaahhh, lain pulak yang aku pikirkan. Bercakap soal jodoh, saya berserah padaNya. Kalau ada, ada lah, kalau tiada sekarang, mungkin esok lusa. Apa-apapun persiapkan diri untuk menjadi Muslim yang cemerlang di dunia dan di akhirat. 

Terima kasih pada "dia" sebab buat post tentang hari ini, semalam dan esok.
Good luck buat "dia" yang exam esok hari.
Baru habis satu paper, more papers to go...


ihfazillah yahfazka
butterflybuddy
25 MAY 2013
11.15pm



1 comment:

Zachery AZ said...

sanah helwah friend~
Semoga Allah w.s.t merahmatimu selalu...good luck in exam.

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...