Musim final exam kini bermula…
Sudah bersediakah anda???
Teruskan usaha anda hingga ke titisan terakhir.
Selagi ada masa, selagi ada waktu, teruslah berusaha...
”USAHA TANGGA KEJAYAAN”
PEPERIKSAAN bukan suatu jalan menuju kejayaan atau kegagalan
tetapi
peperiksaan merupakan jalan jihad kita.
Kita akan berjihad melawan hawa nafsu untuk stay up semata-mata untuk exam. Bak kata orang, tidur tak lena, mandi tak basah, makan tak kenyang, semuanya gara-gara exam...
Demi exam, kita sanggup lakukan apa sahaja untuk peroleh kejayaan.
Jihad melawan hawa nafsu – sungguh walaupun itu adalah sekecil-kecil jihad tetapi sangat sukar utk kita melawan hawa nafsu apabila nafsu dlm diri bermaharajalela...
Dan Rasulullah saw bersabda: ”Jihad paling utama adalah memerangi nafsu”.
Bak kata sahabatku, jom jihad lawan nafsu tidur, nafsu lapar dan sebagainya.
Oleh itu, sama-sama kita perbaharui niat kita dalam menuntut ilmu. ”Kita belajar kerana Allah” – satu cara untuk kita mendapat keredhaanNya.
”Ya Allah, sesungguhnya aku menduduki peperiksaan ini keranaMu dan bantulah aku dalam menghadapinya”
Doa dipermudahkan urusan :
”Ya Allah, tiada yang mudah melainkan Engkau menjadikan mudah.”
Konsep ”USAHA, DOA DAN TAWAKKAL”
Perlu berjalan seiring...
Tidak seharusnya kita bertawakkal sedangkan kita tidak berusaha...
Atau kita hanya berusaha tanpa tawakkal kepadaNya...
Oleh itu, berusahalah, berdoalah dengan tenang, yakin, penuh pengharapan dan bertawakkallah dengan penuh pergantungan kepada Allah SWT. InsyaAllah, Allah akan memakbulkan doa kita.
Pahala yang Allah hadiahkan pada kita atas usaha dan tawakkal kita sebelum peperiksaan, lebih berharga dan bermakna dari natijah peperiksaan itu sendiri. Kebahagiaannya berganda jika kita bersyukur, bersabar dan redha terhadap keputusannya. Betul tak kawan-kawan?Teruskan melangkah, jom usaha dengan lebih gigih!!! :)
.::roommateku, sorry ye, masukkan note pd board enti dlm blog saya::.
p/s : terjumpa blog kawan OCTAVO saya. TAHNIAH, sue sudah berblogging.
3 comments:
aiyyah!!!
sy try2 ja
huhu~
aiyyah!!!
sy try2 ja
huhu~
good luck jugak buat roomateku~~~
x pe, x pe, cilok gamba..
tp kan, bilo ye qlah amik gamba..hehe
jom sama-sama kita buat...
do our very best..hoping for the best..
Post a Comment