Thursday, February 10, 2011

DON'T SAD, MY FRIEND~!!!

Sahabat,
jangan kau bersedih
La tahzan WaLa takhaf, innallaha ma'ana
Tidak Kami bebankan sesuatu melainkan dengan kemampuanmu
aku tidak mengetahui apa yang dirimu rasai 
pada saat ini
pada ketika ini
tetapi aku tahu
Allah mengetahui setiap permasalahanmu
sahabat,
kembalilah kepada TuhanMu yang Maha Esa
Dia Maha Mengetahui...
walaupun aku hanya insan biasa
aku ingin melihatmu gembira
melihat cahaya kebahagiaan di wajahmu
aku ingin melihat dirimu bahagia
"Ya Allah, bantulah sahabatku ini dalam mengharungi cabaran hidup"
doaku ini tersemat di qalbuku
sahabat
aku meletakkan kepercayaanku padamu
kuatlah wahai sahabat
harungi setiap detik waktu ini dengan tenang
walaupun kita jauh
engkau tetap ku ingati
kerana aku adalah sahabatmu...

klik SINI and SINI
ketahuilah 
SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA MENDENGAR DAN MAHA MENGETAHUI
luahkanlah setiap permasalahanmu padaNya
insyaAllah Dia akan mekabulkan setiap doa hambaNya.

Ya Muqallibal Qulub, tsabbit qulubana 'ala diinik wa 'ala thaa'atik...
uhibbuki fillah jiddan jiddan.


kenangan lalu sukar dihapuskan dalam ingatanku...
octavo dlm ingatan...
cherish our moments together forever in our hearts!!!




nota hati : 10.2.1991, sanah helwah ya ukhti, najah solihah! Semoga panjang umur dan dimurahi rezeki. EX-ROOMMATE, terima kasih atas nasihat dan teguranmu. walaupun kita tidak sebilik lagi, always remember me!hehe...




11.30am
Tinta penaku,
aqilah

Tuesday, February 8, 2011

Bittaufiq Wa Najjah~

Musim final exam kini bermula…
Sudah bersediakah anda???
Teruskan usaha anda hingga ke titisan terakhir. 
Selagi ada masa, selagi ada waktu, teruslah berusaha...

”USAHA TANGGA KEJAYAAN”

PEPERIKSAAN bukan suatu jalan menuju kejayaan atau kegagalan
tetapi
peperiksaan merupakan jalan jihad kita.



Kita akan berjihad melawan hawa nafsu untuk stay up semata-mata untuk exam. Bak kata orang, tidur tak lena, mandi tak basah, makan tak kenyang, semuanya gara-gara exam...
Demi exam, kita sanggup lakukan apa sahaja untuk peroleh kejayaan.
Jihad melawan hawa nafsu – sungguh walaupun itu adalah sekecil-kecil jihad tetapi sangat sukar utk kita melawan hawa nafsu apabila nafsu dlm diri bermaharajalela...

Dan Rasulullah saw bersabda: ”Jihad paling utama adalah memerangi nafsu”.
Bak kata sahabatku, jom jihad lawan nafsu tidur, nafsu lapar dan sebagainya.

Oleh itu, sama-sama kita perbaharui niat kita dalam menuntut ilmu. ”Kita belajar kerana Allah” – satu cara untuk kita mendapat keredhaanNya.

”Ya Allah, sesungguhnya aku menduduki peperiksaan ini keranaMu dan bantulah aku dalam menghadapinya”

Doa dipermudahkan urusan :
”Ya Allah, tiada yang mudah melainkan Engkau menjadikan mudah.”

Konsep ”USAHA, DOA DAN TAWAKKAL”
Perlu berjalan seiring...
Tidak seharusnya kita bertawakkal sedangkan kita tidak berusaha...
Atau kita hanya berusaha tanpa tawakkal kepadaNya...
Oleh itu, berusahalah, berdoalah dengan tenang, yakin, penuh pengharapan dan bertawakkallah dengan penuh pergantungan kepada Allah SWT. InsyaAllah, Allah akan memakbulkan doa kita.

Pahala yang Allah hadiahkan pada kita atas usaha dan tawakkal kita sebelum peperiksaan, lebih berharga dan bermakna dari natijah peperiksaan itu sendiri. Kebahagiaannya berganda jika kita bersyukur, bersabar dan redha terhadap keputusannya. Betul tak kawan-kawan?Teruskan melangkah, jom usaha dengan lebih gigih!!! :)



.::roommateku, sorry ye, masukkan note pd board enti dlm blog saya::. 

p/s : terjumpa blog kawan OCTAVO saya. TAHNIAH, sue sudah berblogging.

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...