Wednesday, December 29, 2010

KITA YANG MUNAFIQ!!!

Kita yang munafiq
Dalam ikrar solatku, hidupku dan matiku
Hanya untukmu Tuhan
Namun kita sering beralasan dalam menunaikan tuntutan dan kewajipan

Kita yang munafiq
Kerna sering melambatkan ibadah sembahyang
Namun cukup punctual bila nak pi tengok
Bola dan wayang

Kita yang munafiq
Mengaku beriman akan taat pada suruhan
Namun nafsu dan bisikan syaitan yang kita turutkan

Kita yang munafiq
Sanggup berbelanja untuk bergaya dan bermegah
Namun sukar untuk bersedekah dan beramal jariah

Kita yang munafiq
Yakin percaya pada tuhan yang Satu
Namun tv, hiburan yang kau sembah
Setiap waktu

Kita yang munafiq
Yakin dan percaya pada azab balasanNya
Namun kita masih alpa untuk bertaubat padaNya

Kita yang munafiq
Punya ilmu dan tahu segala hukumNya
Namun tetap ingkar,
Lakukan laranganNya

Kita yang munafiq
Kononnya berlagak dan yakin tahu segala
Namun DIA Yang Maha Mengetahui Segalanya

Kita yang munafiq
Masih tidak puas melakukan dosa
Walau tak terhitung nikmat anugerahNya

Kita yang munafiq
Masih menafikan diri berdosa
Hanya menilai dan melihat keburukan orang sahaja
Walau tuhan sudah kurniakan dua mata,
Tapi masih buta.

Adakah kita munafiq???
Sedar tak sedar kita tergolong ke dalamnya....




KESIMPULANNYA : 


"Ya Allah, ampunilah dosa kami"

p/s: Aku terbaca sajak nie sewaktu membelek-belek BULETIN TARBIAH yang ku kumpul sewaktu di maahad dulu. Hendak menitis air mata bila membaca sajak ini...


Monday, December 27, 2010

BUKU BUTTERFLYBUDDY~!!!


Assalamualaikum
kaifa halukum? Alhamdulillah ana bikhoir...
cuti mid-term sudah beberapa hari bermula 
dan
sekarang aku berada di rumah
bak kata orang
"home sweet home"
rindu ku terubat jua...
untuk bertemu dengan keluargaku.
kawan-kawan bagaimana???
mesti seronok kan dapat berjumpa dengan keluarga tercinta???
kepada kawan-kawan yang tak bercuti,
jangan sedih yer!!! keluargamu tetap menunggu kepulanganmu dan merinduimu.

BACK TO MY TOPIC...
akhirnya, buku butterflybuddy siap dibukukan...
walaupun sibuk dengan kerja rumah, akhirnya siap juga buku itu...
GEMBIRA HATI INI BILA MANA BUKU INI AKHIRNYA AKU DAPAT SIAPKAN!!!
ALHAMDULILLAH...



MUKA DEPAN BUKU : 


 BUTTERFLYBUDDY~!!!


AKAN KUJADIKAN BUKU INI SEPERTI BLOGKU~!!!


LOVE THIS BOOK!!!



SUDAH LAMA AKU MENGIMPIKAN BUKU SEPERTI INI
BUKU YANG MENGANDUNGI TAZKIRAH RINGKAS,
RUANGAN CERITAKU DUNIAKU, DAN BANYAK LAGI.
NAJAH SOLIHAH, TERIMA KASIH KERANA TELAH MEMPERKENALKAN BUKU INI KEPADAKU...
AKU GEMBIRA SEKALI KERANA DAPAT MENYIAPKAN BUKU INI
BAK KATA ORANG, TERISI JUGA MASA LAPANGKU DI RUMAH.

BANYAK KERJA DI RUMAH YANG PERLU AKU SIAPKAN...
SEMALAM AKU TELAH MENGASINGKAN BUKU-BUKU LAMA DAN KERTAS-KERTAS
BERBAKUL-BAKUL KERTAS AKU KEMAS, PENAT TAK TERKATA..
MULA-MULA ABAH MAU BAKAR KERTAS2 TERSEBUT
 TAPI
AKU TELAH MEYAKINKAN BAHAWA PERLU KITAR SEMULA
AKHIRNYA
TERIMA KASIH ABAH SEBAB TELAH MEMBAWA BERBAKUL-BAKUL KERTAS YANG INGIN DIKITAR SEMULA...
MENJAGA ALAM KATAKAN~!!!

KERJA RUMAH YANG LAIN BANYAK LAGI YANG PERLU DISELESAIKAN~!!!
AL-MAKLUMLAH BAK KATA MAMA KU:
" duk kat u, dah x buat keje, basuh pinggan x, kemas umah x, balik rumah laa tyme buat keje..."
betul juga kata ibuku..."fikirku".

Yang lahir dari hati adalah keikhlasan
Yang datang dari akal adalah kewarasan
Bersatulah hati dan akal
Melawan nafsu yang bakal memusnahkan 

"Agak malas untuk kita melakukan kerja rumah, 
ibukan ada, kenapa kita perlu bersusah payah??? betul x???
ya memang betul ibu perlu melakukan kerja rumah, 
tetapi fikirlah ibu juga penat,
seharian menguruskan rumah...kita bagaimana???
ingatlah jangan ikutkan nafsu kita...
hanya ingin bersenang lenang tanpa mahu bersusah payah..
lakukan semua kerja kerana Allah bukan kerana ibu kita yang pinta kita lakukan".


p/s : mom wants me to kemas rumah, I say kejap ye, mama. at night i will kemas rumah~!! janji tetap janji!!!
tunaikan janjimu ye... till then, assalamualaikum. fikiranku: "kemas ruang tamu, kemas dapur, sapu sampah, lipat baju, cuci tandas!!! banyak juga kerja perlu disiapkan, emmm, jangan fikir betapa banyak kerja yang perlu disiapkan, tetapi fikirlah adakah kerja yang kita lakukan akan memberi kita pahala di syurga kelak atau kerja yang memberi kita penat semata-mata". 

Friday, December 17, 2010

TERIMA KASIH~!!!

Assalamualaikum
Alhamdulillah, di atas nikmat iman dan Islam
aku masih hidup dengan limpahan nikmat yang begitu besar
tak ternilai harganya, tak ternilai hitungnya
ALHAMDULILLAH~!!!

bersyukurlah dengan nikmat yang Allah berikan kepada kita.
Kita hidup dalam serba sempurna,
ada mak ayah, dapat belajar di universiti, ada duit, boleh dikatakan hidup kita lengkap...
cuba kita bandingkan apa yang kita ada dengan orang yang tidak mempunyai seperti yang kita ada?
Astaghfirullah al-azim, betapa kita beruntung dapat hidup dalam keselesaan.
Bila mana kita hidup dalam kesempurnaan, janganlah kita sombong. Ikutlah resmi padi, semakin tinggi, semakin tunduk ke bumi. 
Setinggi mana kita, sekaya mana kita, secerdik mana kita, ingatlah kita seorang hamba Allah. 

luahan di pagi hari sebelum meneruskan perjuangan dalam pembelajaran BIOLOGY II.

post kali ini ditujukan kepada kalian semua.
terima kasih aku ucapkan kepada sahabat seperjuanganku sekalian
tanpa kalian, bagaimanakah aku?
tanpa nasihat kalian, adakah aku masih di sini?
tanpa kritikan kalian, adakah aku masih insan yang dulu?
Betapa kalian adalah insan yang bermakna dalam melakar corak hidupku
Betapa gembiranya aku dengan ikatan ukhuwwah fillah bersama kalian
Betapa kuatnya aku dengan nasihat kalian agar aku tidak putus asa
Betapa sedihnya aku bila mana melihat kalian sedih
Betapa aku mencintai kalian
TERIMA KASIH SAHABAT!!!

Alhamdulillah
semalam, 16.12.2010
aku diberi kesempatan untuk pergi ke talaqqi USTAZ MUHADIR
(rindunya untuk menghadiri majlis talaqqi selepas seminggu majlis talaqqi tidak diadakan)
dan aku berkesmpatan juga pergi ke KULIYYAH AD-DEEN bertajuk ( HIJRAH IN THE EYE OF MUSLIM ) yang disampaikan oleh Ustaz Sya'ari sebagai tuan moderator dan IMAM MUDA ASYRAF DAN IMAM MUDA HIZBUR.
 (selalu tengok mereka dalam tv, malam itu dapat juga melihat mereka secara live di Mahallah ku)



Input yang aku dapat aku ambil dari kedua-dua majlis ilmu :
  • banyakkan dirimu mengingati ALLAH
  • tanamkan rindumu, cintamu dan sayangmu kepada RASULULLAH SAW
  • JANGAN BERPUTUS ASA DENGAN RAHMAT ALLAH
  • jangan sombong dalam beramal kerana kita tidak pasti adakah amal kita diterima atau ditolak.
  • kembali kepada Allah bila kita melakukan maksiat atau dosa. Ingatlah pintu taubat Allah sentiasa terbuka untuk hambaNya yang bertaubat
  • berusaha menjadi seorang yang lebih baik
  • bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian
  • Ma'al hijrah bukan sahaja tanam azam baru semata-mata perpindahan tahun tetapi suatu perubahan kepada suatu kehebatan pada masa akan datang.
  • Kita maju ke hadapan tapi jangan lupa pandang belakang
  • Kita selalu luah perasaan kepada manusia membutkan kita kurang tawakkal kepada Allah
  • jadilah diri yang dapat membawa ISLAM kepada manusia lain

(banyak input yang kuperoleh, hanya ini sahaja yang dapat ku tintakan 
kerana masih ada lagi kerja yang perlu kusiapkan)

Kepada sohabati ku, terima kasih kerana menasihatkan aku dengan tazkirah pendekmu
dan surat cintamu kepadaku.
kata-katanya : "mata boleh lihat x kat belakang?? tak boleh kan?? Jadi kita pandanglah ke hadapan. Yang berlaku di belakang kita (masa silam yang pahit) tinggalkan. Majulah ke hadapan." 
itulah salah satu nasihat yang bermakna untukku.



kepada roommateku, ATHIRAH ARIFFIN,
be strong yer~!!! don't give up~!!!
Simpanlah air mata tangisan itu semua sebagai bekalan utk menginsafi segala kecuaian yg melanda diri, segala dosa berbentuk bintik hitam yg menggelapkan hati hingga sukar utk menerima hidayah dari Allah s.w.t. Justeru, serulah air mata itu daripada persembunyiannya di sebalik kelopak mata, agar ia menitis, membasahi dan mencuci hati, sehingga ia putih kembali dan semoga ia dpt meleburkan dosa dan mendapat keampunan-Nya. 
berbicara denganmu, bila mana membaca blogmu, bila mana kamu memberi nasihat kepadaku, terima kasih!!!



p/s: x sabar nak balik rumah, rindu pada family. terima kasih buat mama dan abah. tanpa kalian, aku tidak lahir ke dunia ini. Terima kasih buat adik-beradikku kerana tanpa kalian hidupku dilakar kesedihan.
exam bio next Monday, exam EAP pun next Monday..good luck girl!!! Jangan berduka atau bersedih kerana langkah hidupmu masih panjang.

Tinta penaku,
aqilah

Thursday, December 16, 2010

PENGAJARAN YANG AKU TEMPUHI

PENGAJARAN YANG AKU TEMPUHI
HARI INI
SAAT INI


kuatlah dirimu, ini baru ujian kecil yang Allah berikan padamu, jangan kau kecewa~!!!
kawanku pernah berkata :

UBAT ITU MEMANG PAHIT KERANA KESEMBUHAN ITU MANIS
MUJAHADAH ITU MEMANG PAHIT KERANA SYURGA ITU MANIS

betapa susahnya untuk bermujahadah menawan hawa nafsu bila masuk bab nak study, nak cari ilmu, nak beribadah, ada saja halangan yang perlu kita tempuhi, contohnya malas. Bila sifat malas datang menghampiri, kita terus alpa dengan apa yang perlu kita buat. Astaghfirullah al-azim. Kesimpulannya, walau bagaimana susah sekalipun, kita perlu berusaha untuk bermujahadah melawan hawa nafsu yang sering menggoda kita. Kuatkan azam dan tekad bahawa kita perlu bermujahadah melawan nafsu. 


Ingin kukongsi satu cerita yang aku copy dari kawanku, jom baca cerita di bawah : 

Pada satu masa, terdapat seorang tukang kayu yang semakin dimamah usia. Dia bercadang untuk bersara daripada kerjanya sebagai tukang kayu yang bertanggungjawab membuat rumah di sebuah syarikat pembinaan. Dalam fikirannya lagi, dengan tenaga yang semakin kurang, dia ingin menghabiskan sisa-sisa hidupnya bersama keluarga tersayang.

Tukang kayu ini tidak akan menerima lagi upah sekiranya beliau bersara. Tetapi, dia tetap dengan keputusannya. Lalu, tukang kayu itu memberitahu majikannya tentang hasratnya tersebut.

Apabila majikannya mendengar luahan hati tukang kayu yang berpengalaman itu, dia merasa sedih dan juga memujuk tukang kayu tersebut agar menarik balik keputusannya. Akan tetapi, tukang kayu itu tidak berganjak dan tetap dengan niat untuk bersara. Justeru itu, majikannya bersetuju dengan keputusan tukang kayu itu, tetapi dengan satu syarat. Permintaan terakhir majikannya ialah menyuruh tukang kayu itu membina sebuah rumah buat kali terakhir.

Tukang kayu itu merasa gembira dan bersetuju dengan syarat yang telah ditetapkan oleh majikannya. Tetapi, kegembiraannya untuk bersara mengatasi semangat dan kemahiran yang ditunjukkan semasa bekerja. Akibatnya, rumah yang dibina buat kali terakhir itu telah disiapkan dengan sambil lewa, tanpa penelitian khusus serta menggunakan kayu yang rendah kualitinya. Rumah itu berjaya disiapkan dalam jangkamasa yang singkat.

Apabila majikannya melihat rumah itu, dia mengambil kunci pintu utama rumah tersebut dan memberikannya kepada tukang kayu itu seraya berkata "Inilah hadiah persaraan daripada saya kepada kamu.
Selamat bersara."


Tukang kayu itu terkejut besar dengan kata-kata majikannya. Beliau tidak menyangka bahawa rumah yang dibinanya buat kali terakhir itu adalah rumah untuk kegunaannya sendiri. Alangkah menyesalnya dia kerana menyiapkan rumah itu secara tergesa-gesa dan jika dia tahu sebelum itu, dia akan membina rumah tersebut dengan penuh teliti dan menggunakan bahan yang bermutu tinggi.


Pengajaran
Senario ini mungkin pernah berlaku di dalam hidup kita seharian. Hidup ini boleh diibaratkan sebagai membina sebuah rumah untuk kegunaan dan kemudahan kita di masa hadapan. Kita pula sering mengambil mudah dengan kehidupan sekarang, kita merasa selesa kerana ibu bapa kita sentiasa berada di samping kita, memberi sokongan dan membantu kita. Tetapi, sedarkah kita apabila mereka tiada nanti, siapakah yang bertanggungjawab ke atas hidup kita? Tak lain tak bukan DIRI KITA SENDIRI. Belajarlah bertanggungjawab dan bijak merancang masa depan kita. Gunakan masa muda ini dengan belajar bersungguh-sungguh dengan cita-cita untuk menjadi seorang manusia berguna kepada agama, keluarga, bangsa dan negara.

Kata-kata hikmat:
"Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak."
Mungkin sesetengah orang mengatakan aku dah usaha tapi aku tak dapat apa yang aku inginkan. Ya, tak semua yang kita inginkan Allah makbulkan dan apa yang kita tidak inginkan Allah beri. Janganlah kita mempersoalkannya kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada kita in future. Mungkin kita mati esok, mungkin juga kita jadi orang yang lemah dan mungkin juga kita menjadi orang yang hebat. Kita tidak tahu masa hadapan kita. Ingatlah Allah tidak akan membebankan kamu dengan apa yang tidak mampu kamu pikulkan. Terimalah dugaan ini dengan sabar dan fikiran terbuka, apa yang penting ikhlaslah dalam melakukan sesuatu perkara. 



p/s : post kali ini ingin menyatakan ketidakpuashatian dengan soalan exam MATH II tadi. Sedih sangat, tapi apa-apa pun, aku dah lakukan apa yang aku mampu, aku bertawakkal kepada Allah. Maths II walaupun aku kecewa dengan dirimu, aku takkan putus asa untuk kembali bersamamu lagi, aku akan lakukan yang terbaik.
JANGAN PUTUS ASA!!!

Tinta penaku,
aqilah

Tuesday, December 14, 2010

ADAB BELAJAR


EXAMS AROUND THE CORNER. 

Adab-adab belajar yang perlu kita praktikkan :

     1.     Hadapkan diri ke kiblat
2.     Doakan guru-guru
3.     Doakan Ibu bapa
4.     Belajar dengan selesa
5.     Jangan meniarap ketika belajar
6.     Jangan baring ketika belajar
7.     Jangan belajar di tempat yang tidak terang
8.     Berikan tumpuan
9.     Buat nota ringkas
10. Buat mind mapping
11. Belajar berkumpulan (study group)
12. Hormati guru
13. Hormati rakan seperjuangan
14. Bantu orang yang lemah dalam pelajaran
15. Banyakkan bertanya dalam kelas
16. Dapatkan restu ibu dan ayah
17. Buat banyak latihan
18. Bangun malam, qiammullail spt melakukan solat tahajud
19. Cuba jawab soalan-soalan tahun lepas(compilation past year)
20. Dapatkan bantuan kawan yang pandai
21. Dapatkan bantuan guru
22. Puasa sunat isnin dan khamis bagi yang lemah otak
23. Baca surah Al Waqiah setiap hari
24. Jangan benci atau berdendam dengan guru
25. Amalkan sunnah dan adab-adab harian
26. Makan makanan membantu otak seperti kismis, spirulina, kurma Ajwa, susu segar, habatus saodah, dan sebagainya.

JOM SAMA-SAMA AMALKAN~!!!

Tips mengingat dari Madam Biology II, MADAM NORA AHMAD :

1. Elakkan makan buah epal hijau, terung dan buah pala
2. Jangan tidur selepas waktu Asar
3. Lakukan solat hajat setiap hari
4. Baca surah Sajdah, Ar-Rahman, surah Luqman, surah Yasin setiap hari
5. Baca mathurat 2x sehari iaitu selepas subuh dan selepas solat Asar
6. menjaga bi'ah ( menjaga pergaulan antara lelaki dan perempuan)
7. minum banyak air masak
8. amalkan makan kismis hitam 21 biji beserta selawat3x dan badam 3 biji




TIPS CERGAS BADAN dikongsikan dari sahabatku, Najah Solihah :

1. Ambil wudhu' atau mandi untuk menyegarkan badan
2. buka surah An-Nur ayat 35
3. Tidur dengan meletakkan kaki ke atas (kedudukan kaki lebih tinggi)




p/s : Jom kita sama2 mencuba tips di atas. Setiap orang ingin berjaya, betul tak? Kalau tak dapat lakukan kesemua tips di atas, amalkan apa yang kita mampu amalkan dan istiqamah melakukannya. Biar sedikit tapi istiqamah. "beri hatimu hanya untuk ALLAH, pasti Allah temukan padamu pemilik terbaik, hamparkan masamu seluasnya hanya untuk Allah, pasti Allah aturkan kehidupanmu dengan baik". Bittaufiq wannajah~!!!Do the best as you can be~!!! Yakin anda boleh melakukannya~!!! Good luck friends!!!

Tinta penaku,
aqilah

Thursday, December 9, 2010

DALAM DILEMMA...

DALAM DILEMMA???
what's meant by that???
antara 2, yang mana patut ku pilih???
stop there...

i'm not in dilemma...
now LIFE MUST BE GO ON...

selesai sudah quiz BIO II dan presentation EAP...
Alhamdulillah kupanjatkan...
walaupun presentation ku (boleh dikatakan agak kurang ter"baik"), aku redha dan lega kerana aku berassa ada suatu improvement dari semester-semester lepas, di mana memang aku takut nak present. Sangat-sangat takut, yang menyebabkan aku tak dapat tidur malam, Hati berdebar dengan sangat kuat, hanya Allah sahaja yang tahu betapa takutnya aku ketika itu. Aku bertawakkal kepada Allah dan Alhamdulillah, lega rasanya, bila mana satu beban dikeluarkan. TAPI kemudiannya, beban lain datang tanpa diduga. Siapa kita untuk menyoalnya. Aku menerima dengan terbuka, seperti kata-kata rakanku, 
Suatu ketika nanti,engkau akan bersyukur ditaklifkan dengan amanah yang terkadang membuatkan engkau ingin sahaja berhenti, kerana amanah itu sebenarnya adalah sebuah hadiah dariNya untuk melatihmu menjadi bertanggungjawab. Dan suatu saat nanti,engkau akan tersenyum pabila mengenangkan kesakitan2 yang kau rasai kini, kerana ia bakal menjadi episod semalam yang membuatkan engkau kenal akan erti ketabahan...



Hari ini family ku akan datang, rindu sangat dengan mereka.
moga segala kerja dipermudahkan.


stop there~!!!

to my friends, I really enjoy with all of you~!!!


buzz
time's up~!!!
kali ini post agak mengarut(tak taw nak tulis topic ape)..
till then, assalamualaikum...

Tinta penaku,
aqilah

Tuesday, December 7, 2010

MENANGISLAH WAHAI DIRI~!!!



Waktu bersama kelahiran seorang bayi dihiasi tangisan.
Nyaring berkumandang menghiasi telinga si IBU.
Merakah tersenyum hatinya gembira penawar sakit dan lesu serta berjuang dengan maut.
Lalu mulailah sebuah kehidupan yang baru didunia dengan sebuat risiko pahit dan kejamnya kehidupan ini, bercucurkan darah dan titis air mata.

Air mata adakalanya penyubur hati, penawar duka.
Adakalanya buih kekecewaan yang menhimpit perasaan dan kehidupan ini.
Air mata seorang manusia hanyalah umpama air kotor diperlimpahan. Namun setitis air mata kerana takut kepada ALLAH persis permata indahnya gemerlapan terpancar dari segala arah dan penjuru.
Penghuni Syurga ialah mereka yang banyak mencucurkan air mata Demi ALLAH dan Rasulnya bukan semata karena harta dan kedudukan.

Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang. Perindu akhirat menangis kerana dunia yang datang.

Alangkah sempitnya kuburku, keluh seorang batil, Alangkah sedikitnya hartaku, kesal si hartawan (pemuja dunia).

Dari mata yang mengitai setiap kemewahan yang mulus penuh rakus, mengalirlah air kecewa kegagalan.
Dari mata yang redup merenung Hari Akhirat yang dirasakan dekat, mengalirkan air mata insaf mengharap kemenangan, serta rindu akan RasulNya.

"Penghuni Syurga itulah orang-orang yang menang." (al- Hasyr: 20)

Tangisan adalah basahan hidup,justeru:Hidup dimulakan dengan tangisan, Dicela oleh tangisan dan diakhiri dengan tangisan.

Manusia sentiasa dalam dua tangisan.

Sabda Rasulullah s.a.w. "Ada dua titisan yang ALLAH cintai, pertama titisan darah para Syuhada dan titisan air mata yang jatuh kerana takutkan ALLAH."

Nabi Muhammad bersabda lagi : "Tangisan seorang pendosa lebih ALLAH cintai daripada tasbih para wali."

Oleh karena itu berhati-hatilah dalam tangisan, kerana ada tangisan yang akan mengakibatkan diri menangis lebih lama dan ada tangisan yang membawa bahagia untuk selama-lamanya.
Seorang pendosa yang menangis kerana dosa adalah lebih baik daripada Abid yang berangan-angan tentang Syurga mana kelak ia akan bertakhta.

Nabi bersabda : "Kejahatan yang diiringi oleh rasa sedih, lebih ALLAH sukai dari satu kebaikan yang menimbulkan rasa takbur."
Ketawa yang berlebihan tanda lalai dan kejahilan.
Ketawa seorang ulamak dunia hilang ilmu, hilang wibawanya.
Ketawa seorang jahil, semakin keras hati dan perasaannya.

Nabi Muhammad bersabda : "Jika kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa."

Seorang Hukama pernah bersyair : "Aku hairan dan terperanjat,melihat orang ketawa kerana perkara-perkara yang akan menyusahkan,lebih banyak daripada perkara yang menyenangkan."

Salafussoleh menangis walaupun banyak beramal,takut-takut tidak diterima ibadatnya, kita ketawa walaupun sedar diri kosong daripada amalan.

Lupakah kita??

Nabi pernah bersabda : "Siapa yang berbuat dosa dalam ketawa, akan dicampakkan ke neraka dalam keadaan menangis."

Kita gembira jika apa yang kita idamkan tercapai.
Kita menangis kalau Yang kita cita-citakan terabai.
Nikmat disambut ria, kedukaan menjemput duka.

Namun,Allah s.a.w. telah berfirman :

" Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,pada hal ianya amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." (AL BAQARAH : 216)

Bukankah Nabi pernah bersabda: "Neraka dipagari nikmat, syurga dipagari bala."

Menangislah wahai diri,
agar senyumanmu banyak di kemudian hari.
Kerana engkau belum tahu, nasibmu dihizab kanan atau hizab kiri.
Di sana, lembaran sejarahmu dibuka satu persatu, menyemarakkan rasa malu berabad-abad lamanya bergantung kepada syafaat Rasulullah yang dikasihi Tuhan.
Kenangilah, sungai-sungai yang mengalir itu banjiran air mata Nabi Adam yang menangis bertaubat, maka suburlah dan sejahteralah bumi kerana terangkatnya taubat.

Menangislah seperti Saidina Umar yang selalu memukul dirinya dengan berkata:
 "Kalau semua masuk ke dalam syurga kecuali seorang, aku takut akulah orang itu."

Menangislah sebagaimana Ummu Sulaim apabila ditanya : "Kenapa engkau menangis?" "Aku tidak mempunyai anak lagi untuk saya kirimkan ke medan perang," jawabnya.

Menangislah sebagaimana Ghazwan yang tidak sengaja terpandang wanita rupawan.
Diharamkan matanya dari memandang ke langit seumur hidup,lalu berkata : "Sesungguhnya engkau mencari kesusahan dengan pandangan itu."

Ibnu Masud r.a.berkata : "Seorang yang mengerti al Quran dikenali waktu malam ketika orang lain tidur,dan waktu siangnya ketika orang lain tidak berpuasa, sedihnya ketika orang lain sedang gembira dan tangisnya di waktu orang lain tertawa. Diamnya di waktu orang lain berbicara, khusuknya di waktu orang lain berbangga, seharusnya orang yang mengerti al Quran itu tenang,lunak dan tidak boleh menjadi seorang yang keras, kejam, lalai, bersuara keras dan marah.

Tanyailah orang-orang soleh mengapa dia tidak berhibur : "Bagaimana hendak bergembira sedangkan mati itu di belakang kami,kubur di hadapan kami,kiamat itu janjian kami, neraka itu memburu kami dan perhentian kami ialah ALLAH."

Menangislah di sini, sebelum menangis di sana!!!

 p/s : Salam maal hijrah~!!! Azam baru sudah menanti, ayuh kawan2 ,do the best~!!! Jalam perjuangan bukan seperti yang disangka, hanya mahu kesenangan, ingatlah jalan perjuangan itu amatlah sukar. Hanya satu yang perlu diingati, syurga Allah itu akan dipenuhi orang-orang yang sabar dalam menempuhi setiap rintangan dan dugaan. Menangislah wahai kawanku, ingatlah perjuangan Nabi Muhammad saw, perjuangan para sahabat, perjuangan tokoh-tokoh Islam, yang sanggup menggadai nyawa, harta dan sebagainya demi ISLAM. Kita bagaimana??? BE A BETTER MUSLIM...


Tinta penaku,
aqilah

Thursday, December 2, 2010

AKHLAK MUSLIM~!!!

AKHLAK MUSLIM

"Jagalah dirimu dari perkara-perkara yang haram nescaya anda menjadi manusia yang paling 'abid, dan terimalah dengan penuh kerelaan akan pembahagian yang telah ditentukan Allah kepada anda nescaya anda akan menjadi manusia yang paling kaya, berbudilah kepada jiran anda, nescaya anda  menjadi mu'min yang sebenar, dan cintailah kepada orang lain apa yang dicintai anda untuk diri anda sendiri, nescaya anda menjadi seorang muslim yang sebenar, dan janganlah banyak ketawa kerana banyak ketawa itu akan mematikan hati.(diriwayatkan oleh Imam Ahmad dari abu Hurairah)

Perintah yang terkandung dalam hadis di atas :

1) Menjauhi perkara-perkara yang diharamkan
Untuk mencapai darjat para muttakim, siddiqin, a'bidin dan solihin, seseorang itu perlu berusaha sedaya upaya menghindari dirinya dari terjerumus ke dalam perkara-perkara maksiat dan haram seperti makanan, minuman, perbuatan, tutur kata, .pendengaran, penglihatan dan tindakan.Usaha bagi menghindari perkara-perkara ini amatlah rumit kerana ia biasanya begitu hebat mempersonakan keinginan dan kecenderungan hati.

2 Relakan kurniaan dari Allah
Untuk mencapai ketenteraman jiwa, seseorang muslim itu haruslah membentuk sifat-sifat qanaah(berpada) sifat tidak tamak dan haloba dalam memenuhi keperluan hidup apabila ia merasa cukup dan rela serta bersyukur maka ia merasa dirinya selaku orang yang paling kaya di dunia.

3. Hubungan baik dengan jiran
Untuk mencapai ketenteraman sosial setiap Muslim haruslah menjalankan hubungan yang baik dan mesra dengan jiran tetangga kerana mereka adalah kelompok manusia yang paling hampir dengan kita selain ahli keluarga yang lain.

4. Cintakan orang lain
Islam adalah agama kasih sayang dan damai dari kekusutan hidup. Oleh itu setiap Muslim haruslah menaruh rasa kasih sayang terhadap orang lain sama dengan perasaan kasih terhadap dirinya sendiri. Apa yang tidak disukainya berlaku kepada dirinya harus pula tidak disukainya berlaku pada orang lain.

5. Jangan banyak ketawa
Ketawa pernah disifatkan sebagai "ubat jiwa". Akan tetapi sesuatu ubat akan berubah menjadi racun apabila berlebihan akan membuatkan seseorang itu tidak serius dalam kerja dan kehidupannya dan membuatkan hati nuraninya mati dalam keseronokan dan fikirannya tidak tajam dengan banyak ketawa. Barangsiapa banyak ketawa didunia dia akan menangis di akhirat dan barangsiapa menangis di dunia dia akan ketawa di akhirat.

P/S : Alhamdulillah, dapat juga menghadiri halaqah umum di surau semalam. Perkara yang dibincangkan ialah tentang akhlak. Akhlak ibarat buah, setelah aqidah sudah kukuh, ibadah sudah mantap, lahirlah akhlak muslim yang baik. Jom jadi muslim yang mengamalkan akhlak islamiyyah...



LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...