Saturday, January 2, 2016

Page 2 of #snasa366hari


Spread the idea!

Tertarik dengan idea-idea yang kadang patut kita lakukan. Macam kat atas nie hah! Kalau Dr Anwar Fazal ada #tribulasi365hari, kalau yang lain ada empty jar with lots of papers, aku pulak ada #snasa366hari. Misi yang ingin kucapai untuk tahun ini!

I'm definitely doing this.
(baru nak masuk 2 pages, haha)

Ada apa dengan #snasa366hari???
Misi inilah yang membuatkan aku bersemangat untuk mengupdate setiap apa yang berlaku setiap hari, good things and bad things happened in our daily life.
Sebab? Kadang kita lupa apa yang telak kita lakukan setiap hari. Apa pengajaran yang kita peroleh setiap hari? Dan ini adalah salah satu cara untuk muhasabah diri untuk menjadi manusia yang lebih baik dari semalam. Yang paling tak lupa, dengan misi ini, selalulah terupdate blog ini dengan jayanya! Doakan moga istiqamah mengupdate blog! mungkin orang ckp, blog dah ketinggalan, tapi inilah blog yang aku ada start wktu lepas abes SPM. Ini kes trial and error, haha :D
Budak2 punya penulisan vs sekarang punya penulisan

Mungkin korang ada idea yang lagi menarik! yoshhhh, lakukan demi kebaikan bersama!

Tertarik dengan status Peng Joon: 

2016 week 1. Plan your work and work your plan.

It's time to fly, guys!



With lots of love, butterflybuddy!
Ilalliqa'!
Ihfazillah yahfazka
2 Januari 2016 | 6.25pm

Friday, January 1, 2016

Page 1 of #snasa366hari


Ahlan wasahlan 2016!

May this new year be a step forward,
In leading us to new adventures, new road to explore and new success to reach. 

May Allah make it a good and blessed year for me, you and us.

Have a happy life ahead! 
Jumuah mubarakah, sollu 'ala nabi.

Boleh kata setiap orang da wishlist yang masing-masing nak capai bila masuk tahun baru. Aku ada kawan yang akan tulis wishlist dia setiap tahun bila masuk 1 Januari tepat jam 12 malam. Korang pon mesti ada yang buat macam tue kan?? Hehe :D

Aku pulak tahun ni tak berapa nak rajin tulis wishlists pepanjang, bukan tak de tapi tak tulis cecantik lagik, haha. Di lain waktu, aku share nanti! Bajet laa ramai nak taw wishlists aku kan? Haha :P

Godek-godek fb, ramai laa duk share wishlist memasing, siap share #2015bestnine kan??
Dan aku terlihat status Farah Lee, deep sangat!

2016 새해복 많이 받으세요~ 
Innasolati Wanusuki Wamahyaya Wamamati Lillahi Robbil 'alamin.

Maksudnya: Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah, Tuhan sekalian alam.

Dan aku rasa inilah pokok tunjang apa yang ingin aku capai.
Towards a better Muslimah.
InshaAllah, ameen.

Be thankful for what you are now, and keep fighting for what you want to be tomorrow.


With lots of love, butterflybuddy!
Ilalliqa'!
Ihfazillah yahfazka
1 Januari 2016 | 7.50pm

Tuesday, November 17, 2015

Menalar Makna Diri: Kembara Menjejak Imam Birgivi Karya Ustaz Hasrizal Abdul Jamil




Ini merupakan buku kedua karya penulisan Ustaz Hasrizal yang aku baca selepas buku Di Hamparan Shamrock Kuseru Nama-Mu. Sekali lagi aku terpanggil untuk mengulas buku penulisan ini. Andai buku pertama yang kubaca itu mengenai kembara kehidupan benar-benar membuka mata dan pintu hatiku, maka buku kedua ini membawa aku untuk lebih untuk berfikir dan mendetikkan hati untuk mencintai dan mencari ilmu dengan bersungguh-sungguh.

Subhanallah, speechless. Buku berkonsepkan travelog dan kembara kehidupan seorang hamba Allah ini benar-benar membuatkan aku membaca satu demi satu bab supaya aku tidak terlepas point-point penting (walaupun ada beberapa perbualan dalam Bahasa Turki, nama tempat dan nama-nama tokoh, penulis dan sebagainya, aku cuba sebut walaupun berbelit-belit lidah nak sebut! Memang tabik laa pada mahasiswa/mahasiswi Malaysia yang boleh berbahasa Turki).

Nak dijadikan cerita, buku ini baru sahaja aku habiskan dalam masa 3 hari.

Pertama kali melihat buku ini, tak silap awal tahun ni, alahai terus jatuh cinta! Dan memang setiap kali kaki jejak mall, mesti pergi kedai buku Popular, tengok buku tue ada jual lagi atau tak. Tapi almaklumlah sebab banyak sangat wishlist books yang nak dibeli, masih belum berkesempatan untuk membelinya.

Salah satu sebab kenapa aku jatuh chenta dengan buku ini sebab sahabatku yang memperkenalkan buku ini. Kagum aku pada Najah Solihah, dialah yang bersemangat bercerita kepadaku tentang buku ini. Bercerita tentang Turki dan semangat dia untuk menjejak kaki ke bumi Turki.

Ada satu forum yang membawa tajuk Turki Uthmaniyyah The Untold Story satu ketika dulu. Masih ku ingat satu point yang diutarakan, “kalau mahu bermusafir ke Turki, pergilah dengan ilmu, bukan hanya untuk makan angin semata-mata”.

Aku mula berfikir sehinggalah aku berjaya mengkhatamkan buku ini hari ini.

Sungguh bumi Turki itu sarat dengan 1001 hikmah.

Tertarik dengan kata-kata Ustaz:

“…Rugi benar jika datang ke Turki, atau ke mana sahaja, kita hanya berkejar merakam imej di kamera, tidak di kepala, atau di hati. Yang semestinya jika berlaku, akan melakukan banyak perubahan kepada diri…”

Maka sama-samalah kita bercita-cita untuk menjejakkan kaki ke Turki dengan ilmu.

In sha Allah.

.......................................................................................................................................................

05112015


“Akak, bosannya...”Aku mengomel

“Akak ada banyak buku, nak pinjam tak?” jawab kak Syidah sambal menunjukkan beberapa buku kepadaku.

Kupandang sepi pada buku-buku itu.

“Emmm. Akak ada buku apa lagi?”

“Akak ada buku Menalar Makna Diri, majalah Jom.. Nak baca?” tanya kakak.

Terus laju mulut berkata-kata. Saat itu, hati dah berbunga-bunga…

“Akak, saya nak pinjam (buku Menalar Makna Diri) baca boleh?”

“Boleh, ambillah…”

Dan terus aku mulakan pengembaraan membaca.

“Cantik pemandangan. Tajuk buku cukup membuatkan aku ingin mencari perkataan menalar dalam kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, dan kata-kata Imam Birgivi dipetik itu cukup mendalam.”

Buku setebal 437 mukasurat ini mengandungi 40 bab yang sarat dengan fakta dan gambar-gambar yang cukup menarik hati pembaca untuk mengkhatamkannya. Buku ini bukan sekadar menceritakan kembara menjejak Imam Birgivi malah ini adalah kembara ukhuwwah, tarbiah, mehnah dan tribulasi dalam memartabatkan bidang sejarah. Sungguh aku bukanlah budak sejarah yang mampu mengingati fakta dan tarikh-tarikh penting walaupun A1 dalam subjek Sejarah SPM. Penulis menggunakan gaya penyampaian travelog yang santai tetapi sarat dengan fakta-fakta yang mampu membangkitkan minda pembaca untuk berfikir dan mencari jawapan bagi setiap persoalan yang dikemukakan. Sungguh aku jatuh chenta pada Sejarah!

“…Menalar Makna Diri : Kembara Menjejak Imam Birgivi adalah sebuah naskah travelog yang merakam perjalanan saya sebagai murid sejarah, meneroka kajian kepustakaan, membawa ke lapangan di lokasi sejarah, pertemuan dengan ramai insan luar biasa yang memberikan inspirasi serta mencari aspirasi, berselisih dengan kehidupan dan kematian, yang menjadikan sejarah bukan lagi satu disiplin yang membosankan…”



Penulis membawa satu pepatah Arab yang berbunyi:

“Barangsiapa yang menempuh usia mudanya dengan suatu kebiasaan, maka hingga ke usia tualah dia akan terus dengan kebiasaan itu”.

Adakah kita ingin meneruskan kebiasaan itu sehingga hari tua kita? Atau adakah kita ingin mengubah kebiasaan itu kepada sesuatu yang bermanfaat di kemudian hari?

Tepuk dada tanya iman.

Firman Allah swt:

… Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar (daripada segala perkara yang menyusahkannya), serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendaki-NYA. Allah telah pun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (Surah At-Thalaq: 2 -3)

Ayat 2-3 daripada surah At-Thalaq ini juga dikenali sebagai ‘Ayat 1000 Dinar.’

Satu pengorbanan yang sukar. Satu demi satu ujian dilalui dengan tabah dan sabar.
Andai Dia sentiasa ada bersama hambaNya, adakah manusia sentiasa ada untuk Rabb-Nya?

Muhasabah bersama.

Dan akhirnya, bermulalah kembara mencari Imam Birgivi.

Antara nilai yang diterapkan adalah nilai persahabatan atau ukhuwwah sesama Islam.
Satu hadis Nabi Muhammad SAW, daripada Abu Hurairah r.a., baginda bersabda yang bermaksud:

“Tujuh golongan, Allah akan menaungi mereka pada hari yang tiada naungan melainkan naungan-NYA (Salah satunya) dua insan yang berkasih sayang kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah kerana Allah.” –HR Bukhari dan Muslim

Terkenang di hati, walau jauh di mata, moga dekat di hati. Itulah sahabat, moga persahabatan ini berkekalan hingga ke syurga kelak.

Tertarik juga dengan kata-kata penulis:

Cukup sekadar sebuah analogi: Buah, bunga, ranting dan dahan yang indah-indah, segera mati dan pupus tanpa akar sebagai sumber.

Akar bagi umat Islam adalah aqidah yang sejati.

Firman Allah swt dalam Surah Ibrahim, ayat 24-25:

"Tidakkah kamu memperhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimah yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit, (pohon) itu menghasilkan buahnya pada setiap waktu dengan izin Tuhannya. Dan Allah membuat perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat.”

Peri pentingnya aqidah dalam kehidupan seorang Muslim.

Bab demi bab aku baca dan apa yang boleh dirumuskan, dengan membaca kita boleh berimaginasi menggembara bersama penulis.
  • Merasai keenakan manisan Nugapeste Franbogazli, kebab,Acili Kofte, Lahmacun, Baklava. 
  • Menaiki feri dari Besiktas ke Uskudar meredah Bosphorus 
  • Menziarahi muzium fotografi di Dumlupinar Mahalesi, Masjid Dervis Aga Camii (Darul Hadis) 
  • Menziarahi Balikesir; Masjid Imam Birgivi, kincir angin di perkampungan Karakol 
  • Lokasi ski di Uludag di Bursa dan Sapanca 
  • Menghirup udara nyaman di pinggir Sungai Sariyar 
  • Menziarahi Masjid Aydinoglu Mehmet Bey Camii (Ulu Camii), Cakiraga Mansion, Masjid Haci Bayram, Masjid Yavuz Sultan Selim 
  • Makan tengahari di Restoran Cina di Kentpark Shopping Centre di Eskisehir Yolu 
Antara yang menarik lagi di Turki ialah,
  • Menziarahi Masjid Biru dan Masjid Suleymaniye 
  • Melawat istana Topkapi, Miniaturk, Ephesus Ancient City, Hierapolis, Hargia Sophia, Pamukkale dan Spice Bazaar. 
Selamat menggembara, alangkah beruntungnya mereka yang dapat menjejak Turki, bumi bersejarah!

Firman Allah dalam surah Al-Hajj ayat 46,


“Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya dengan melihat kesan-kesan yang tersebut mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada.”

Dalam buku ini juga menceritakan beberapa tokoh yang disegani selain Imam Birgivi.
  • Siapakah Suleyman Hilmii Tunahan? 
  • Siapakah Mustafa Sabri? 
  • Siapakah Sheikh Yasin Daradukah? 
Semuanya terjawab dalam kandungan buku travelog ini.

2 bab terakhir menceritakan tentang pertemuan antara penulis dan Ammar sehingga tragedi pemergian Ahmad Ammar.

Antara ungkapan penulis untuk memujuk kesedihan dirinya atas pemergian Ahmad Ammar:

Seorang syahid berlalu pergi 
Seribu mujahid teguh berdiri

Sejujurnya aku hanya tahu Ahmad Ammar meninggal dunia pada November 2013 akibat dilanggar oleh sebuah ambulans ketika menyeberangi jalan di Turki. Dan aku hanya tahu jenazah Ahmad Ammar dimuliakan di Turki dan disemadikan di perkuburan Eyub Sultan, di pinggir Konstantinopel. Beliau merupakan pemuda yang banyak berjasa kepada masyarakat dan juga dalam ilmu agama dan aktif dalam berdakwah. Selain itu, pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia seperti di Syria dan sebagainya

Hanya itu yang aku tahu. Sehinggalah aku menghabiskan pembacaan buku Menalar Makna Diri.

Antara 3 keistimewaan Ahmd Ammar yang dikongsikan oleh penulis:
  • Seorang yang sangat ikhlas 
  • Tidak mengambil jalan pintas untuk berdakwah 
  • Sosial yang berjaya 
Penulis juga mengingatkan bahawa pemergian Ammar bukan untuk disambut hanya dengan kata-kata, tetapi mesti mencetuskan amal dengan mencontohi beliau dari segi tindakan dan perbuatan.


THE END.


Bila tangan menulis: Penulisan ini hanyalah untuk dimuhasabahkan bersama. Teringin sekali membaca Tariqah Muhammadiyyah karya Imam Birgivi. Dan yang paling teringin, menjejakkan kaki ke bumi Turki satu hari nanti :)

Segala kelemahan dan penambahbaikan boleh diutarakan kerana aku bukanlah seorang penulis. Ini hanya catatan dari sisi pembaca yang masih menimba ilmu.



With lots of love, butterflybuddy!
Ilalliqa'!
Ihfazillah yahfazka
17 November 2015 | 2.30pm

Sunday, November 8, 2015

Satu Hari Nanti


Suatu Hari Nanti

Suatu hari akan ada seseorang yang cukup baik budinya untuk membuat tertarik. 

Cukup luas hatinya untuk tempatmu tinggal. 
Cukup bijaksana pikirannya untuk kamu ajak bicara. 

Kamu tidak perlu menjadi orang lain untuk mempertahankan seseorang, tetap jadilah diri sendiri. 

Kamu pun tidak (dan jangan) menuntut orang lain menerima keadaanmu bila ia memang tidak mampu menerimanya. 
Karena yang baik belum tentu tepat. 

Orang baik itu banyak sekali dan hanya ada satu yang tepat. 
Selebihnya hanyalah ujian. 
Kamu tidak pernah tahu siapa yang tepat sampai datang hari akad.
 Tetaplah jaga diri selayaknya  menjaga orang yang paling berharga untukmu. 
Karena kamu sangat berharga untuk seseorang yang sangat berharga buatmu nantinya. 

Suatu hari akan ada orang yang cukup baik dan cukup luas hatinya untuk kamu tinggali. 

Cukup kuat kakinya untuk kamu ajak jalan bersama. 
Lebih dari itu, ia mampu menerimamu yang juga serba cukup.

Credit to: suaracerita

Monday, November 24, 2014

November 2014




Happiness is a day at the BEACH!
SubhanAllah

Life is like the ocean.
Waves will try to knock you down and push you 
back to where you started 
but once you fight through them , 
the entire ocean is yours.

Life is beautiful.


Bila tangan menulis: Siyesly lama dah tak update blog T_T , rindu sangat-sangat untuk berceloteh pasal ini,itu, tetapi keadaan tak mengizinkan. Still in fever mode- flu, cough, doakan saya sihat. Doakan saya berjaya dunia dan akhirat. Moga kalian baik-baik sahaja dan dipermudahkan segala urusan. Ameen. 

Friday, September 26, 2014

DIAgnosis

Assalamualaikum.

Sudah lama tak memetik jari di papan keyboard laptop untuk mengupdate blog..rindu untuk menulis, rindu untuk meluahkan perasaan, rindu dan rindu dan rindu semuanya...

Bila tengok post-post lama, oh man! dah lama rupanya blog ku wujud, haha :D
Post-post yang tak matured sampai laa sekarang, tak kesah laa ada orang baca tak tapi apa yang penting seronok untuk throwback kisah-kisah dulu :) 

Sekarang berada di final year, siyes cepatnya masa berlalu...
Tahun akhir dengan clinic, thesis aka FINAL YEAR PROJECT, assignment, class and so on..
Penat tak terkata, inilah rupanya perasaan menjadi pelajar tahun akhir. 
Moga dipermudahkan segala urusan dan berjaya memegang ijazah sarjana muda dengan jayanya.
Doakan saya teman-teman (silent reader is here!)

*stop sekejap, print journal :)

Almaklumlah minggu depan dah kena submit research proposal, nie lah masanya untuk bekerja keras menyiapkan proposal. minggu depan jadual hectic okeh, fully-booked with classes, clinic and screening program at kindergarten in Kuantan. Hujung minggu terpaksalah menghadap laptop dan pulun baca journal-journal. Siyes best sangat baca journal tapi masa nak start nak baca tue memang kena lawan nafsu dan bila dah berjam-jam baca, mula lah lentok sana lentok sini, katil memanggil-manggil, bahaya okeh! need to mujahadah lawan hawa nafsu laa, almaklumlah jadi pelajar universiti nie boleh disinonimkan dengan 4K, katil, komputer, kafe dan kelas, memang 99.99% true! So even ada yang tak bersetuju tapi ini memang FAKTA bukan AUTA! 

Banyak pulak saya berceloteh, hehe :D 
Nielah bila idea mencurah-curah ke ladang gandum, bila mood rajin datang, inilah jadinya! 
Dah abes sesi untuk cakap pasal final-year punya cerita, back to the main point.

DIAgnosis??? Korang taw tak pasal buku tue? 
I love to read books, novel pun salah satu yang suka baca, boleh laa nak kata suka semua genre novel, tapi novel yang paling suka dan takkan terlepas untuk dimiliki, novel karya HLOVATE! Penulisan dia memang terbaik, dan saya bercita-cita untuk menjadi penulis seperti beliau. Memang saya suka menulis, boleh kata kalau takde laptop, handphone dan tab, saya suka note books and mechanical pencil, saya suka menulis, tapi kalau bab-bab melukis, sorry to say laa, saya tak pandai melukis, heee :D


DIAgnosis nie adalah salah satu novel berkisar tentang setting perubatan karya Dr. Anwar Fazal, MD, Dr Aizzat, MD dan Dr Azah, MBBS. 
Jom kenali mereka...

Dr Muhammad Aizzat b Othman
Medical Officer in Div of Neurosurgery
Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang
MD (UKM)

Dr Nur Azah bt Mohd Isa
Medical Officer in Dept of Pediatric
Pusat Perubatan UKM, Cheras
MBBS (UITM)
Currently pursuing her postgraduate studies in Paediatric.
Graduated with 1st class honors and won Anugerah Seri Paduka Baginda Tuanku Canselor UITM in 2010

Dr Anwar Fazal b Abu Bakar
Medical Officer in Clinical Research Centre (CRC)
Hospital Tuanku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang
MBBS (KSMU)
Currently pursuing his postgraduate studies in Master of Health Research from Royal College of Surgeon Ireland (RCSI) as the pioneer batch in Malaysia.

Bila semua orang bercakap pasal novel nie terus rasa nak sangat sangat sangat buku nie. Siyes worth-reading! Punya laa google sana google sini, cari sana cari sini, rupanya buku nie tak dijual di Pantai Timur, dan I need to buy online! Sebab nak sangat buku nie, carilah syarikat buku on9 dan akhirnya jumpa di instagram, greatsbookmy. Sesiapa nak memiliki buku nie, boleh cari di Popular, MPH, Kinokuniya ataupun beli secara online ke greatsbookmy ataupun emel ke whitecoatenterprise@gmail.com macam saya :) Harga senaskhah buku ini ialah RM20.

Tak sabar untuk memiliki buku DIAgnosis 2 :) 
Coming soon...

Nak share salah satu content DIAgnosis tulisan Dr Anwar Fazal ialah, Doktor segala Doktor!
Muhasabah bersama: 

Bila kita dalam keadaan stress atau tertekan, kita mencari lagu yang sesuai dan kene dengan jiwa untuk di dengar, bukan cari alunan ayat-ayat Al-Quran yang mampu buat jiwa kita bergetar.

Bila kita dalam kesedihan, kita cari teman untuk berkongsi ratap tangis kita, bukan dikongsi dengan Tuhan Yang Maha Mendengar semua rayuan hamba-hambaNya.

Bila kita marah, kita sering menjerit, meninggikan suara, menggunakan kata-kata kesat dan nista, bukan kita diam, berwudhu dan solat sunat dua rakaat dan sujud padaNya.


Bila kita rasa tertipu dengan seseorang, kita mudah berdendam dan mahu membalasnya lebih teruk dari apa yang mereka lakukan, bukan kita bersabar dan berdoa biar Allah bukakan hatinya untuk sedar dari kesalahan.

Bila kita tidak menyukai seseorang, kita cuba mencari kelemahannya, memfitnah atau bergosip dan menyebarkan keaibannya sini sana, bukan kita cuba mengenalinya dengan lebih dekat untuk tahu masalah dan dirinya yang sebenar.

Bila kira rasa kurang motivasi dan perlukan inspirasi, kita lihat pada 'orang-orang kaya dan ternama' di dunia, bukan kita lihat dan belajar dari mereka yang sudah dijanjikan syurga olehNya 'disana'.

Carilah segera Doktor Segala Doktor. 'Doktor' ini Maha Mengetahui. 'Doktor' ini Maha Penyayang. 'Doktor' ini Maha Mengasihani. Hanya Dia yang mampu menyembuhkan kita. Bukan manusia.. Doktor Segala Doktor ini ialah Allah Azzawajalla...Tuhan saya, awak dan kita semua.. :)


Bila tangan menulis: I need to stop here. Almost 7.00pm, preparing for Maghrib prayer and reciting Quran. Doakan saya kuat dan tabah menghadapi ujian mendatang, dan saya doakan kalian berjaya dunia dan akhirat. Pesan saya satu sahaja, ihfazillah yahfazka, maksudnya, jagalah Allah, maka Allah akan menjagamu. Last caption, Tuhan, jagakan mereka untukku :) 

Dan tak lupa, selamat beramal~We are in the month of Zulhijjah, bakal memasuki 2 Zulhijjah. 




With lots of love, butterflybuddy!
Ilalliqa'!
Ihfazillah yahfazka
26 September 2014 | 5.45pm

Saturday, September 20, 2014

Keep going :)


"While you are here, every time you choose the positive, every time you choose to feel good, you are giving your love and with it you light up the world." (Rhonda Byrne, 2010) 
Spread your love and keep going. 
Keep faith in Him and hold on to the rope of Allah. 
Ihfazillah yahfazka. 
Di sini lahirnya cita...
 Teruskanlah melangkah... 
Andai kau jatuh, bangunlah... 
Andai kau gagal, bangkitlah... 
Andai kau sedih, ingatlah... 
Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersamamu. 
Ujian yang Allah beri adalah tanda kasih sayangNya kepada hambaNya. 
Di sini lahirnya cinta... 
Cinta pada manusia, ada suatu saat pasti akan dikecewakan.. 
Cinta pada Pencipta, tidak akan dikecewakan...
 Cinta pada Allah, cinta hakiki... 
Takkan pernah dikecewakan... 
Takkan pernah jemu... 
Takkan pernah bosan... 
Cintailah Dia yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. 
Bila tangan menulis, 
1.9.2014 | 10.50pm 

Bila ditanya, "Adakah DIA di hatimu?" Aku hanya mampu menjawab, "aku seorang insan yang sedang bermujahadah agar ada DIA di hatiku. Aku belum sampai ke tahap mencintaiNya tetapi aku yakin aku telah memulakan langkah untuk mencintaiNya." -quoted from buku Di mana DIA di hatiku karya Ustaz Pahrol Mohd Juoi

Repost from instagram...
Peringatan bersama, untuk aku, kamu dan kalian semua.
sibuk dengan final year project (FYP), assignment, clinic dan sebagainya, ini syndrome pelajar tahun akhir.
May Allah ease our journey, in sha Allah, ameen.

Monday, August 25, 2014

Tawakkal

Bismillahirrahmanirrahim...

5 months ago
.
.
.
.
Krik. krik. krik.
Rindu untuk menulis. Rindu untuk membebel sana sini. Segalanya rindu.
Maaf terlalu lama aku menyepi tanpa tinggalan mesej.
Blog oh blog, moga kau masih sudi menerima aku.

Masa berlalu dengan pantas, kadang aku menyedarinya, kadang aku lupa masa sudah meninggalkan aku.
Pelbagai perkara berlaku, kadang aku merancangnya, kadang tanpa dirancang, semuanya terjadi kerana Allah adalah Tuhan yang sebaik-baik Perancang yang merancang agendaku.

Teringat satu doa asma'ul husna yang diajari oleh Dr Wan Maseri:

"Ya Allah Ya Bari', daku menyerahkan seluruh jiwa ragaku untuk agendaMu, jadikan daku abdiMu yang sejati".

Semoga kita menjadi hamba Allah yang sejati, in sha Allah, ameen.

Reminder for today:
Terbaca satu buku karya Sulaiman Al-Kumayi, Menjadi Wanita Super dgn Asmaul Husna...
Said Nursi berkata...
Daripada keluhan muncul musibah. Wahai fakir, hidarilah ia dan bertawakkallah. Sekiranya engkau mengarahkan munajatmu kepada Tuhan pasti engkau mendapat apa yang engkau hajatkan kerana segala sesuatu adalah pemberiannya.
Segala sesuatu adalah kesucian. Tanpa Allah, engkau tersesat dan cemas di dunia ini. Adakah engkau hendak mengeluhkan sebiji pasir yang kecil kepada zat yang memikul semua gunung? Keluhan itu hanyalah musibah atas musibah. Dosa atas dosa dan derita. Sekiranya engkau tersenyum di hadapan musibah, musibah itu pun menjadi layu dan larut di bawah mentar kebenaran, menjadi butiran-butiran ais. Ketika itulah duniamu tersenyum. Senyuman yang menyiratkan keyakinan. Senyuman yang lahir dengan pancaran keyakinan. Senyuman yang muncul dengan rahsia keyakinan.

Bersangka baiklah dengan Allah, jangan pernah ragu, jangan pernah berputus asa.
Letakkan sepenuh pengharapan pada Allah, sesungguhnya Dia Maha Mengetahui.
Have tawakkul.
Have faith in Allah.

Monday, March 10, 2014

Kuatlah sahabat...

Bismillahirrahmanirrahim...

Here I'm again.

Pengajaran dari pantai buat manusia yang lemah.

Ombak terus-menerus memukul pantai...
walau banyak batu-bata menunggu di hadapan...
Ombak tidak pernah putus asa...
diharunginya dengan tenang dan sabar...

Pantai ada pasang surutnya...
Kadang airnya pasang...
kadang airnya surut...
Begitulah iman manusia, 
kadang menaik kadang menurun...
Teruslah berpegang pada tali Allah.
Hanya Dia tempat kita bergantung 
dan hanya pada Dia tempat kita meminta pertolongan. 

Kuatlah sahabat dengan ujian yang menimpa dirimu
ujian yang aku terima tak seperti ujian yang menimpamu...
ujian kita berbeza...
tapi apa yang pasti...
ujian itu datang dari Ilahi.
Ujian itu datang untuk mematangkan kita dan menjadikan kita Muslim yang sejati.
Kuatlah sahabat.
Bersabarlah sahabat.
Jangan pernah berhenti berlari
sehingga kaki kita menjejak syurga Ilahi.

With lots of love, butterflybuddy!
Ilalliqa'!
Ihfazillah yahfazka
10 Mac 2014 | 11.15am


Tuesday, February 4, 2014

Peringatan buat diri...


I asked Allah for strength and Allah gave me difficulties to make me strong,
I asked Allah for wisdom and Allah gave me problems to solve,
I asked Allah for courage and Allah gave me obstacles to overcome, 
I asked Allah for love and Allah gave me troubled people to help
I asked Allah for favours and Allah gave me opportunities. 
Maybe I received nothing I wanted, but I received everything I needed. 

Teringat mesej seorang sahabat, 
Syed Qutb: "Dalam tiap perjuangan itu ada masa meningkat dan ada masa menurun. KEGAGALAN itu sebenarnya bermula daripada kita merasai lemah dan KEMENANGAN itu bermula apabila kita merasai tidak kalah". 

Don't give up, fa iza 'azamta fatawakkal 'alallah. 
Jika kamu berazam ( tekad usaha bersungguh), maka bertawakkallah.



Bila tangan menulis: Stop here! Kelas dah bermula, doakan saya terus berjaya di dunia dan di akhirat. Be a better Muslim (: 


Ilalliqa'!
Ihfazillah yahfazka
butterflybuddy
5 Rabiul Akhir 1435H
11.15 pm | 4 Februari 2014

Saturday, February 1, 2014

I'm here...

Timeline facebook MELETOP dengan post-post gambar kawen sahabat-sahabat, banyak juga undangan kenduri tetapi what can I say, sorry I can't attend this kenduri as my Semester 2 2013/2014 will begin on 3rd February 2014. 

Doaku buat pengantin semua: 

"Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikan". (doa Rasulullah untuk pengantin H.R. Abu Hurairah) 
 
Semoga perkahwinan yang dibina ini kekal selama-lamanya dan dilimpahkan sakinah, mawaddah dan rahmah. Bercinta hingga syurga insyaAllah, ameen...

Alhamdulillah, I'm safely arrived at mahallah around 12.10pm. Check in. Quiet. Silence. Angkut barang bawak masuk bilik.

"Takde orang yang sampai lagik. I'm the first person sampai bilik!" fikirku dalam hati.

Abah, mama dan adik-adik semua pulang ke rumah, sedih laa pulak tengok kereta abah meninggalkan along di sini. Homesick laa pulak, sabo je laa. Dapat mesej dari sorang roommates, dalam hati bersorak yeay, ada teman kat bilik! Kurang lah homesick, masuk bilik kemas mana yang patut, cuci sana sapu sini, basuh itu ini, alhamdulillah, semuanya dah beres. Sebab tue bleh update blog, LOL. haha :D

MOOD STUDY ON!
Say HELLO to new semester, SEMESTER 2 2013/2014.
Rabbi yassir wala tu'assir.


Have a nice day! 

Quoted from Yasmin Mogahed, 

When a believer falls to the ground from hardship 
they bounce up harder, higher and stronger. 
Nothing happens without the wisdom of Allah. 
When a small leaf falls off a big tree and hits the ground, Allah knows. 
Every person's life book is written. 
Strive to write a book worth reading...

Muhasabah diri and good night 

Bila tangan menulis: whatever you do, do it with love and you will love it! stop here, need to do other works. Smile :)

Ilalliqa'!
Ihfazillah yahfazka
butterflybuddy
2 Rabiul Akhir 1435H
9.30 pm | 1 Februari 2014

Thursday, January 30, 2014

200th...

12.19pm | 30 Januari 2014

Bismillahirrahmanirrahim...
Semoga kalian berada dalam nikmat iman dan Islam.

Syukur ke hadrat Ilahi dan selawat dan salam ke atas junjungan Baginda Nabi Muhammad saw.

Tik, tok, tik,tok...
masa berlalu dengan pantas. Cuti semester 1 2013/2014 bakal melabuhkan tirai. hari ini adalah hari terakhir berada di rumah, esok pagi bertolak ke Kuantan bersama keluargaku. Sedih laa, almaklumlah, cuti sem UIA sangat pendek kalau nak dibandingkan dengan U lain. Jeles dgn adik2 lain, cuti dyorang lama lagi. Takpe2, never ever regret. Bila nie hari last kat rumah, macam-macam laa aku nak buat, pavlova, spaghetti dan many mores. Rajin nya awak!! Ini bukan rajin namanya, bila dah balik kampus mmg bungkus laa kejenya. Nak pegang sudip, kuali, senduk tue memang tak boleh laa kan??? Gunakan masa yang ada sebaik-baiknya.

Baru perasan post ini adalah post yang ke-200. Banyak jugak aku pernah menulis. Bila baca balik post-post terdahulu, betapa tak maturednya saya. Aduhai! apa-apapon kepada sesiapa yang membaca blog ini, ambillah yang jernih, buang lah yang keruh. Segala kebaikan itu datang dari Allah dan segala keburukan dan kesilapan datang diri yang tidak sempurna. 

Untuk post kali ini, aku ingin petik sajak tentang Muslimah itu yang di share di FB Super Akhawat sempena World Hijab Day pada 1st February...



Muslimah itu,

Terkadang gelak kuat tak henti-henti,
Terkadang juga minum berdiri,
Terkadang sebelum tidur terlupa baca doa dan ayat Kursi,
Terkadang pakai stoking mula dari kaki kiri,
Terkadang aci redah sarung kasut orang lain tanpa di sedari.

Muslimah itu,
Terkadang gembira sampai terlompat terkinja sambil senyum tayang gigi,
Terkadang air matanya menitis laju tak terperi,
Terkadang rasa lemah sampai tak mampu nak bangun-bangun lagi,
Terkadang rasa marah menguasai diri,
Sampai rasa nak lempang orang tu laju-laju without mercy.

Muslimah itu,
Adalah manusia biasa,
Yang tak lari dari segala bagai perasaan sebagai manusia,
Yang tak lari dari segala macam ujian dan pancaroba,
Yang tak lari dari perasaan lemah dan tak bermaya,
Yang tak lari dari buat khilaf salah dan dosa
Kerana apa?
Kerana dia juga manusia biasa.

Apa-apa pun,
Yang pastinya,
Muslimah itu,
Sentiasa bangkit bila terjatuh,
Sentiasa cuba gembirakan orang lain walau hatinya sendiri remuk,
Sentiasa cuba untuk improve diri,
Dari semasa ke semasa tanpa henti,
Walau terkadang dia tersungkur,
Itu bukan kerana dia lemah,
Tapi itu kerana dia cuba ambil masa untuk bangkit semula,
Jadi kuat dari sebelumnya,
Kerana dia berusaha,
Untuk menjadi bidadari dunia,
Dan juga di akhirat sana.

Saya juga ingin berkongsi sebuah artikel dari page ini tentang journalist dari French bernama Fatma. Mengambil kata-kata tulisannya, 

Be proud of who you are. 
Be strong, be confident, smile and keep your head up.
Love yourself and the world will love you. 
We cover what’s ON our heads, not what’s IN our heads.


Bila tangan menulis: Meringue yang aku buat untuk pavlova tak jadi, berhenti sekejap, update blog dulu. Jangan putus asa, akan ku cuba lagi sehingga berjaya. Doakan saya ye! Teringin sangat nak makan pavlova, nak beli kat kedai memang tak laa, almaklumlah buatnya senang je, tapi harganya?? oh mahalnya yang teramat! Apa yang penting, usaha lagi! Stop here. Selamat menghadapi semester baru (:


With lots of love, butterflybuddy!
Ilalliqa'!
Ihfazillah yahfazka
28 Rabiul Awal 1435H

Thursday, January 23, 2014

Untuk dia...

Sedang menunggu mama balik, brownies cheese cake tunggu aku datang. Lepas nie nak buat brownies cheese cake untuk melancong esok hari. Baking powder and soda bicarbonate dah tamat tempoh rupanya, so kena laa tunggu mama balik baru bleh buat brownies. Wah, tak sabar nak bersiar-siar dengan family, almaklumlah, susah nak kumpul semua orang, cuti semester yang tinggal inilah yang boleh pergi makan angin satu family. Terima kasih abah dan mama sebab luangkan masa bersama anak-anak.

Tanggal 25 Januari 2014, roommatesku, Wan Fathin Hani Helmy bakal bertukar status kepada isteri orang. Tahniah Wan. Wah mesti wan berdebar-debar kan???  First roommates yang bakal melabuhkan tirai sebagai single dan saya??? tunggulah seperti yang kukata kan,


Saya selalu percaya bahawa jodoh adalah;

The right person,
who come at the right time
in the right way.



Saya doakan semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan. Maaf Wan sebab tak dapat datang di hari bahagiamu, keadaan tak mengizinkan. Mama dah bagi line clear tuk pergi tapi tak de kawan nak teman, memang terus mama tak bagi pergi -_-' sedih laa pulak.
Maksudnya, aku kena laa kawen cepat-cepat so bleh laa heret suami pergi sana sini, hahaha :p
Stop there, banyak melalut pulak. 

Just nak share post dari Dr Harlina, post nie telah di share di blog Farah Adlina, tetapi aku tetap ingin share untuk sahabat-sahabatku yang bakal berkahwin. Siyes, ramai betul kawan-kawan yang bakal menuju mahligai perkahwinan, ku doakan kalian selamat melayari bahtera perkahwinan dan semoga berbahagia di dunia dan di akhirat kelak.

Bismillahirrahmanirrahim

Marriage is a school where you get the certificate before you start. 
A school where you will never graduate. 
A school without a break or a free period. 
A school where no one is allowed to drop out. 
A school which you will have to attend every day of your life. 

A school where there is no sick leave or holidays. 
A school founded by the Almighty:
1. On the foundation of love, 
2. The walls made of trust,
3. The door made of acceptance, 
4. The windows made of understanding. 
5. The furniture made of blessings. 
6. The roof made of faith. 
Before you forget, you are just a student not the principal. The Almighty is the principal.
Even at times of a storm, don’t be unwise and run outside.
Remember this school is the safest place to be. 
Never go to sleep before completing your assignments for the day. 
Never forget the C-word, communicate, communicate, communicate with your classmate and with the Principal.
If you find something in your classmate (spouse) that you do not appreciate, remember your classmate is also just a student not a graduate. The Almighty is not finished with him/her yet, so take it as a challenge and work on it together. 
Do not forget to study, study, study the Noble Book (the main textbook in this school). 
Start each day with a sacred assembly and end it the same way.
Sometimes you will feel like not attending class, yet you have to.
When tempted to quit find the courage and continue. 
Some tests and exams may be tough but remember the Principal knows how much you can bear. 
Still, it is one of the best schools on earth; joy, peace and happiness accompany each lesson of the day. 
Different subjects are offered in this school, yet love is the major subject. 
After all the years of being theoretical about it, now you have a chance to practice it. 
To be loved is a good thing, but to love is the greatest privilege of them all. 
Marriage is a place of love, so love your spouse but remember: “This class doesn’t involve a person who is not permitted into it”! If you invite your mother or father or your friends to this class,   or anyone who is not allowed to be there, you will fail the exam. 
It is you who should attend and it is you who will pass. 
Its your choice today:” build it or break it”

Copypaste from Dr Halina's blog :P
Just nak quotes lirik Baraka Allahu Lakuma from Maher Zain:

Lets raise our hands and make Dua

Like the Prophet taught us
And with one voice
Lets all say, say, say


Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma

Wa jamaah baina kuma fee khair.
Barakallah hu lakuma wa baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fii khair.


From now youll share all your chores

Through heart-ship to support each other
Together worshipping Allah
Seeking His pleasure


We pray that He will fill your life

With happiness and blessings
And grants your kids who make your home
Filled with laughter

Mabruk muqaddam! 


With lots of love, butterflybuddy!
Ilalliqa'!
Ihfazillah yahfazka
22 Rabiul Awal 1435H

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...