Monday, July 23, 2012

JOM KITA AMALKAN~

Bismillahirrahmanirrahim – In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT tuhan semesta alam di atas segala nikmat yang diberikan. Selawat serta salam ke atas baginda Rasulullah saw.

3 Ramadhan 1433H
Masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada umat Islam di seluruh dunia. Jom tingkatkan ibadah di bulan penuh barakah ini. Marhaban ya Ramadhan! Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada yang lalu. Semoga masuk kita ke dalamnya dengan penuh kesedaran dan keinsafan dan keluar daripadanya kelak dengan ketakwaan.

Apabila datangnya bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga dibuka, manakala pintu neraka ditutup, syaitan dirantaikan. (Bukhari dan Muslim)

Tertarik dengan kata-kata dari Sham Kamikaze:
Janganlah kita mengira berapa bilangan hari Ramadhan, kiralah berapa banyak amalan dan ibadah yang telah kita lakukan di kesempatan yang sedikit ini Insya Allah :-)

Jom klik link ini, fattabiouni malaysia..
Jom sebarkan sunnah Rasulullah saw dan sama-sama kita amalkan.








Jom like page ini di FB,
https://www.facebook.com/fattabiounimalaysia?ref=stream

terjumpa video ini di youtube, jom dengar sama-sama.
Biarkan poket kering tanpa wang, jangan biarkan hati kering tanpa zikrullah.
Pesan pada diri dan rakan-rakan.



with love,




Sunday, June 17, 2012

cita-cita, tulis, cuti and...


Bismillahirrahmanirrahim – In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT tuhan semesta alam di atas segala nikmat yang diberikan. Selawat serta salam ke atas baginda Rasulullah saw.

Berbicara soal cita-cita pasti semua orang termasuk anak-anak kecil bias menjawab. Pabila ditanya, “Apa cita-cita kamu bila besar nanti?” atau "bila besar nanti nak jadi apa?",
 kukatakan, “banyak cita-cita saya”.


“Saya nak jadi cikgu, emmm, nak jadi chef macam Chef Wan, nak jadik pilot gara-gara terpengaruh dengan cerita cina, nak jadik penulis, nak jadi doctor pakar bedah dan lain-lain. Memang banyak cita-cita kan? Inilah impian kita waktu zaman kanak-kanak.


Masing-masing punya cerita sendiri. Aku dengan kisahku. Kau dengan kisah kau.
Tertarik dengan tajuk cerita aku ada, kau ada???
(walaupun tak tengok, just quotes tajuk pun jadilah!)

Alhamdulillah semester 2 telah melabuh tirai. Dengan ini termaktubnya cuti selama tiga bulan ke atasku secara tidak langsung. Akhirnya, aku dapat pulang ke rumah. Bila duduk kat hostel, homesick nak balik. Sekarang dapat balik rumah, memang happy sangat-sangat. (errrr, teruja dapat balik rumah.)

7 hari berlalu. 

Hari ini, detik ini, mendapat ilham untuk menulis, hmmm, dah lama aku tidak menulis, kosa kataku makin low dalam erti kata merosot, almaklumlah belajar omputeh, nak tulis karangan bahasa melayu pun dah macam budak tingkatan tiga tulis karangan. Apa-apapun aku bersyukur walaupun tengah ambil degree dapat belajar BAHASA MELAYU. Sekurang-kurangnya, aku dapat refresh apa yang kupelajari sewaktu di sekolah menengah dahulu.  


Alhamdulillah, Allah tunjuk jalan untuk isi masa cuti dengan benda yang berfaedah. Sudah lama simpan hasrat untuk menulis sebelum ini. Tergendala akibat kesibukan dan tiada rezeki mungkin. insyaAllah akan ku usahakan untuk menyiapkan beberapa cerpen untuk diingati dan dijadikan memori indah. Cerpen berdasarkan kehidupan sendiri yang ku alami dan cerita rakan-rakanku yang bisa aku nukilkan untuk dikongsi bersama. Apa-apapun tunggu kemunculan cerpen ku ini. Moga-moga impian aku ini tidak sekadar angan-angan mat jenin.
insyaAllah.


 Aku masih ingat pesan seorang penulis,
“Kita nak menulis, perlu ada ilmu pengetahuan. Kena banyak baca buku, baru apa yang kita tulis itu bermakna”.

Aku suka sangat dengan buku. Setiap kali ada orang jual buku, mesti nak beli. Tapi banyak buku aku tak khatam. Adoyai!!! Moga cuti kali ini, walaupun tak dapat khatam semua buku-buku tue, at least aku dapat khatam beberapa buku. Mentally prepared.
Sekarang aku perlu mujahadah untuk melawan nafsu, nafsu malas baca buku.
Jom ,manfaatkan cuti dengan sebaiknya!!!




Malam dimana turunnya syariat solat.
Jom teguhkan solat dan hayati apa itu solat…
Allahumma bariklana fi rejab wa sya'ban wa ballighna Ramadhan..~


copy-and-paste


With love,








Friday, June 15, 2012

Update your blog, please…

Bismillahirrahmanirrahim – In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.

“Tuan empunya blog, dah 2 bulan tuan tak update blog, ke mana tuan menghilang???”


Monolog dalaman turut berbicara, “lama betul aku tak update blog”.


Kawan-kawan yang tak update blog, sila update ye,hehe...


 Sejak kebelakangan ini, almaklumlah, sibuk dengan tanggungjawab yang diberikan. Seperti biasa tak de perkataan lain yang mampu kukatakan, blogku semakin dipenuhi sesawang yang bersarang dek kerana tidak terupdate dengan cerita-cerita dan isu-isu terkini. Jealous tengok blog kawan-kawan, selalu terupdate. Kadang kala setiap kali buka laptop, terlintas di hati nak update blog, tapi bila bukak laman blog, apa yang aku nak update ye??? Bila off laptop, baru teringat nak update pasal apa, tapi terpaksa ditangguhkan.


“Lepas nie, rajin-rajin update blog ye!!”
(gulllpp!)telan air liur…

Semester 2 2011/2012 sudah berlalu, bermakna aku akan melangkah ke Tahun Dua. Cepatnya masa berlalu meninggalkan aku tanpa ku sedari. Betullah pepatah Arab ada menyebut, maksudnya: “Masa itu seperti pedang, jika kamu tidak memotongnya nescaya ia akan memotong kamu.”

Pernah Rasulullah S.A.W ditanya: "Manakah suatu manusia yang baik,
Maka jawab baginda: 
Siapa yang umurnya panjang, serta baik amalnya."


Next post will come…
Tunggu…J


WITH LOVE, 




Friday, April 6, 2012

every moment~


Bismillahirrahmanirrahim – In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.

Akhirnya berkesempatan juga mengupdate blog, hampir sebulan blog dipenuhi sesawang, wahai tuan empunya blog, rajin-rajinkanlah diri anda mengupdate blog. Apa-apapun, saya cuba mencari masa untuk mengupdate blog walau sesibuk mana pun.

Apa-apapun, say Alhamdulillah atas segala nikmat yang telah Allah berikan. Bercerita tentang hari-hari yang dilalui memanglah terlalu banyak untuk diceritakan, tetapi aku ingin berkongsi pengajaran, nasihat dan pedoman yang aku dapat dari kehidupan.

“Plan for your akhirat carefully; 
You are going to spend the rest of your life there.”
Firman Allah swt: 
Mereka menanam di sini untuk menuai di akhirat kelak. Allah berfirman yang bermaksud: "Dan tiadalah kehidupan di dunia ini, selain daripada main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik orang yang bertakwa. Maka tidaklah kamu memahaminya?" 
(Surah al-An-am 6: 32)

 

jom tanam kebaikan di dunia agar kita dapat merasai hasilnya di akhirat kelak. 
Pesanan buat diri dan kawan-kawan.

Memetik nasihat kawan saya, Najah Solihah di dalam blognya,
berazamlah untuk buat kebaikan jika Allah bangkitkan kita pada esok hari
Mari kita jadi lebih baik, sedikit pun tak apa. Asal kita jadi lebih baik. 
Ia tetap dinilai di sisi Allah, insya Allah. (^_^)

Iklan seketika, rehat sebentar bersama…
Maher Zain dah keluarkan lagu baru, I love all the songs and saya sudah jatuh cinta!
Kepada kawan-kawan, let’s download all the songs and hayati liriknya.
Subhanallah, I love the message in the song.


Bila tangan menulis: stop here. I’ll update later. Thanks for the visit and I hope all of you get something benefit from my blog, saya insan tak sempurna. Apa yang baik itu datang dari Allah dan apa yang buruk datang dari kelemahan diri sendiri. Kalau ada silap dan salah, sila tegur ye!
Ding-dong…
Assignment + exam + notes sedang menunggu untuk disiapkan. 

Sharing photo from my MMP friend…

Ingatlah firman Allah swt dalam surah Ali-Imran ayat 31: Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."


Memetik kata-kata kak Farah Lee,
Aku mesti mencari cinta Allah sebelum aku mencari cintamu.
jom mulakan langkah bercinta dengan Allah, aku masih belum benar-benar merasai cinta hakkiki itu tetapi aku sedang mengorak langkah menuju cinta itu, letakkan cinta kita kepadaNya...



with love, 






Friday, March 9, 2012

SEHINGGA KINI...

Bismillahirrahmanirrahim – In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.

Alhamdulillah...
sekian lama blog ini tak terupdate, 
hari ini, waktu ini, saat ini, 
blogku terupdate, YES!!!

Sehingga kini...
tup,tap,tup tap...
dah masuk bulan Mac dah...
mid-term exam pun dah nak dekat, 2 weeks more...

di waktu ini,
selepas bersengkang mata semalaman
akhirnya siap juga assignment ku...
ALHAMDULILLAH.

detik menunggu family datang
tak sabar nak jumpa mereka...
apa-apa pun i miss them so much.

tak taw dah nak update apa lagi,
stop here.
i'll update soon with other story.

jumaah mubarakah, jom sama2 membaca surah al-kahfi, 
perbanyakkan selawat ke atas Nabi dan sedekahkan qunut nazilah kepada saudara seislam kita di mana jua mereka berada.
Moga2 Islam kan tertegak di muka bumi ini.


with love,
aqilah
8.45am




Wednesday, February 8, 2012

LEARNING...

Bismillahirrahmanirrahim – In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.

Alhamdulillah, selesai sudah kuliah untuk hari ini. Bercuti selama 3 minggu membuatkan aku perlu bersedia dari segi fizikal, mental dan emosi untuk berhadapan dengan jadual yang agak padat untuk semester ini. Pelbagai perubahan yang perlu aku lakukan demi kejayaan di masa hadapan. Teringat kata-kata Dr Munirah, ingatlah anda berada di sini dengan satu tanggungjawab yang besar iaitu BERJAYA. Berjaya untuk apa??? Berjaya untuk membantu, menyampaikan kepada masyarakat nanti. Apa yang anda pelajari bukan semata-mata kerana exam tetapi untuk menyumbang sesuatu pada komuniti masyarakat. Yuk kita tukar persepsi pembelajaran kita. Aku belajar kerana ALLAH. Aku belajar kerana aku ingin menyumbang kepada masyarakat.
Terbaca satu artikel di link ini.




Passive learning

Occurs when students use their senses to take in information from a lecture, reading assignment, or audiovisual. This is the mode of learning most commonly present in classrooms. It is used to acquire ideas and information that is available for recall.

Advantages:

  • Can present a great deal of information in a short period of time.
  • Lecture notes, handouts, and audiovisual media can be selected and prepared in advance.
  • Controlled environment (faculty more comfortable).
  • Good for new faculty member or one who is teaching new content.
  • Students most often prefer this approach (they are used to this method of teaching).
  • Important concepts and content identified a concrete, organized, and meaningful manner.
  • Students have lower anxiety levels and feel more secure with this method.
Disadvantages:

  • Little opportunity to assess how well students are learning the content.
  • Little time for questions, clarification, or discussion.
  • Students may not feel comfortable letting faculty know that they do not understand key concepts, they are reluctant to ask questions in class, or they may not ask enough questions to clarify their misunderstandings.
  • Does not require consistent use of higher-level cognitive skills (no opportunity for application).
  • May become tedious and boring.

Active learning

Involves the student through participation and investment of energy in all three phases of the learning process (input, operations, and feedback). This type of learning is more apt to stimulate higher cognitive processes and critical thinking.

Advantages:

  • May increase critical thinking skills in students.
  • Enables students to show initiative.
  • Involves students by stimulating them to talk more.
  • Incorporates more student input and ideas.
  • Easier to assess student learning.
  • Better meets the needs of students with varying learning styles.
Disadvantages:

  • Faculty need to be expert in the content area.
  • May be difficult to organize active learning experiences.
  • Requires more time and energy and may be stressful for faculty.
  • Faculty may receive less favorable evaluations from students.
  • Students may be stressed because of the necessity to adapt to new ways of learning.

References

Barr, R.B., & Tagg, J. (1995, November/ December). From teaching to learning: A new paradigm for undergraduate education. Change Magazine, 13-25.
 http://ilte.ius.edu/pdf/BarrTagg.pdf

Hewlette, C., & King, L. (2004). A recipe for introducing student-based learning into your classroom. Craven Community College.

Jeffries, P.R., & Norton, B. (2005). Selecting learning experiences to achieve curriculum outcomes. In D.M. Billings & J.A. Halstead (Eds.), Teaching in nursing: A Guide for faculty (2nd ed., pp. 187-212). St. Louis, MO: Elsevier Saunders.



Jom koreksi diri kita sama ada kita active learning atau passive learning. 
Check diri kita dan ayuh mulakan langkah baru demi kejayaan di masa hadapan.



Terima kasih Dr Munirah atas nasihat dan kata-kata yang begitu menyentuh hati. Akan ku ingati sampai bila-bila. Perbetulkan niat, ingatlah orang tersayang.  


Kalau anda berjaya, tentulah kedua ibu bapa kita gembira.
Yuk kita gembirakan mereka.
Jadilah anak-anak yang soleh dan solehah, jangan sesekali kita sakiti hati mereka. Ingatlah betapa banyak jasa dan pengorbanan yang telah mereka korbankan untuk membesarkan kita.  

i'll stop here. Pesanan ini adalah untuk dihayati bersama. jikalau aku lupa, ingatkanlah aku wahai teman. aku bukan seorang yang sempurna, sering lalai dan alpa. Aku manusia biasa.

rajin betul saya update blog sejak kebelakangan ini. 
jangan ketawakan saya ye...

sebelum terlupa, nak share satu doa. 
Jom kita sama-sama amalkan...



lots of love,








LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...