Tuesday, December 14, 2010

ADAB BELAJAR


EXAMS AROUND THE CORNER. 

Adab-adab belajar yang perlu kita praktikkan :

     1.     Hadapkan diri ke kiblat
2.     Doakan guru-guru
3.     Doakan Ibu bapa
4.     Belajar dengan selesa
5.     Jangan meniarap ketika belajar
6.     Jangan baring ketika belajar
7.     Jangan belajar di tempat yang tidak terang
8.     Berikan tumpuan
9.     Buat nota ringkas
10. Buat mind mapping
11. Belajar berkumpulan (study group)
12. Hormati guru
13. Hormati rakan seperjuangan
14. Bantu orang yang lemah dalam pelajaran
15. Banyakkan bertanya dalam kelas
16. Dapatkan restu ibu dan ayah
17. Buat banyak latihan
18. Bangun malam, qiammullail spt melakukan solat tahajud
19. Cuba jawab soalan-soalan tahun lepas(compilation past year)
20. Dapatkan bantuan kawan yang pandai
21. Dapatkan bantuan guru
22. Puasa sunat isnin dan khamis bagi yang lemah otak
23. Baca surah Al Waqiah setiap hari
24. Jangan benci atau berdendam dengan guru
25. Amalkan sunnah dan adab-adab harian
26. Makan makanan membantu otak seperti kismis, spirulina, kurma Ajwa, susu segar, habatus saodah, dan sebagainya.

JOM SAMA-SAMA AMALKAN~!!!

Tips mengingat dari Madam Biology II, MADAM NORA AHMAD :

1. Elakkan makan buah epal hijau, terung dan buah pala
2. Jangan tidur selepas waktu Asar
3. Lakukan solat hajat setiap hari
4. Baca surah Sajdah, Ar-Rahman, surah Luqman, surah Yasin setiap hari
5. Baca mathurat 2x sehari iaitu selepas subuh dan selepas solat Asar
6. menjaga bi'ah ( menjaga pergaulan antara lelaki dan perempuan)
7. minum banyak air masak
8. amalkan makan kismis hitam 21 biji beserta selawat3x dan badam 3 biji




TIPS CERGAS BADAN dikongsikan dari sahabatku, Najah Solihah :

1. Ambil wudhu' atau mandi untuk menyegarkan badan
2. buka surah An-Nur ayat 35
3. Tidur dengan meletakkan kaki ke atas (kedudukan kaki lebih tinggi)




p/s : Jom kita sama2 mencuba tips di atas. Setiap orang ingin berjaya, betul tak? Kalau tak dapat lakukan kesemua tips di atas, amalkan apa yang kita mampu amalkan dan istiqamah melakukannya. Biar sedikit tapi istiqamah. "beri hatimu hanya untuk ALLAH, pasti Allah temukan padamu pemilik terbaik, hamparkan masamu seluasnya hanya untuk Allah, pasti Allah aturkan kehidupanmu dengan baik". Bittaufiq wannajah~!!!Do the best as you can be~!!! Yakin anda boleh melakukannya~!!! Good luck friends!!!

Tinta penaku,
aqilah

Thursday, December 9, 2010

DALAM DILEMMA...

DALAM DILEMMA???
what's meant by that???
antara 2, yang mana patut ku pilih???
stop there...

i'm not in dilemma...
now LIFE MUST BE GO ON...

selesai sudah quiz BIO II dan presentation EAP...
Alhamdulillah kupanjatkan...
walaupun presentation ku (boleh dikatakan agak kurang ter"baik"), aku redha dan lega kerana aku berassa ada suatu improvement dari semester-semester lepas, di mana memang aku takut nak present. Sangat-sangat takut, yang menyebabkan aku tak dapat tidur malam, Hati berdebar dengan sangat kuat, hanya Allah sahaja yang tahu betapa takutnya aku ketika itu. Aku bertawakkal kepada Allah dan Alhamdulillah, lega rasanya, bila mana satu beban dikeluarkan. TAPI kemudiannya, beban lain datang tanpa diduga. Siapa kita untuk menyoalnya. Aku menerima dengan terbuka, seperti kata-kata rakanku, 
Suatu ketika nanti,engkau akan bersyukur ditaklifkan dengan amanah yang terkadang membuatkan engkau ingin sahaja berhenti, kerana amanah itu sebenarnya adalah sebuah hadiah dariNya untuk melatihmu menjadi bertanggungjawab. Dan suatu saat nanti,engkau akan tersenyum pabila mengenangkan kesakitan2 yang kau rasai kini, kerana ia bakal menjadi episod semalam yang membuatkan engkau kenal akan erti ketabahan...



Hari ini family ku akan datang, rindu sangat dengan mereka.
moga segala kerja dipermudahkan.


stop there~!!!

to my friends, I really enjoy with all of you~!!!


buzz
time's up~!!!
kali ini post agak mengarut(tak taw nak tulis topic ape)..
till then, assalamualaikum...

Tinta penaku,
aqilah

Tuesday, December 7, 2010

MENANGISLAH WAHAI DIRI~!!!



Waktu bersama kelahiran seorang bayi dihiasi tangisan.
Nyaring berkumandang menghiasi telinga si IBU.
Merakah tersenyum hatinya gembira penawar sakit dan lesu serta berjuang dengan maut.
Lalu mulailah sebuah kehidupan yang baru didunia dengan sebuat risiko pahit dan kejamnya kehidupan ini, bercucurkan darah dan titis air mata.

Air mata adakalanya penyubur hati, penawar duka.
Adakalanya buih kekecewaan yang menhimpit perasaan dan kehidupan ini.
Air mata seorang manusia hanyalah umpama air kotor diperlimpahan. Namun setitis air mata kerana takut kepada ALLAH persis permata indahnya gemerlapan terpancar dari segala arah dan penjuru.
Penghuni Syurga ialah mereka yang banyak mencucurkan air mata Demi ALLAH dan Rasulnya bukan semata karena harta dan kedudukan.

Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang. Perindu akhirat menangis kerana dunia yang datang.

Alangkah sempitnya kuburku, keluh seorang batil, Alangkah sedikitnya hartaku, kesal si hartawan (pemuja dunia).

Dari mata yang mengitai setiap kemewahan yang mulus penuh rakus, mengalirlah air kecewa kegagalan.
Dari mata yang redup merenung Hari Akhirat yang dirasakan dekat, mengalirkan air mata insaf mengharap kemenangan, serta rindu akan RasulNya.

"Penghuni Syurga itulah orang-orang yang menang." (al- Hasyr: 20)

Tangisan adalah basahan hidup,justeru:Hidup dimulakan dengan tangisan, Dicela oleh tangisan dan diakhiri dengan tangisan.

Manusia sentiasa dalam dua tangisan.

Sabda Rasulullah s.a.w. "Ada dua titisan yang ALLAH cintai, pertama titisan darah para Syuhada dan titisan air mata yang jatuh kerana takutkan ALLAH."

Nabi Muhammad bersabda lagi : "Tangisan seorang pendosa lebih ALLAH cintai daripada tasbih para wali."

Oleh karena itu berhati-hatilah dalam tangisan, kerana ada tangisan yang akan mengakibatkan diri menangis lebih lama dan ada tangisan yang membawa bahagia untuk selama-lamanya.
Seorang pendosa yang menangis kerana dosa adalah lebih baik daripada Abid yang berangan-angan tentang Syurga mana kelak ia akan bertakhta.

Nabi bersabda : "Kejahatan yang diiringi oleh rasa sedih, lebih ALLAH sukai dari satu kebaikan yang menimbulkan rasa takbur."
Ketawa yang berlebihan tanda lalai dan kejahilan.
Ketawa seorang ulamak dunia hilang ilmu, hilang wibawanya.
Ketawa seorang jahil, semakin keras hati dan perasaannya.

Nabi Muhammad bersabda : "Jika kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa."

Seorang Hukama pernah bersyair : "Aku hairan dan terperanjat,melihat orang ketawa kerana perkara-perkara yang akan menyusahkan,lebih banyak daripada perkara yang menyenangkan."

Salafussoleh menangis walaupun banyak beramal,takut-takut tidak diterima ibadatnya, kita ketawa walaupun sedar diri kosong daripada amalan.

Lupakah kita??

Nabi pernah bersabda : "Siapa yang berbuat dosa dalam ketawa, akan dicampakkan ke neraka dalam keadaan menangis."

Kita gembira jika apa yang kita idamkan tercapai.
Kita menangis kalau Yang kita cita-citakan terabai.
Nikmat disambut ria, kedukaan menjemput duka.

Namun,Allah s.a.w. telah berfirman :

" Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,pada hal ianya amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." (AL BAQARAH : 216)

Bukankah Nabi pernah bersabda: "Neraka dipagari nikmat, syurga dipagari bala."

Menangislah wahai diri,
agar senyumanmu banyak di kemudian hari.
Kerana engkau belum tahu, nasibmu dihizab kanan atau hizab kiri.
Di sana, lembaran sejarahmu dibuka satu persatu, menyemarakkan rasa malu berabad-abad lamanya bergantung kepada syafaat Rasulullah yang dikasihi Tuhan.
Kenangilah, sungai-sungai yang mengalir itu banjiran air mata Nabi Adam yang menangis bertaubat, maka suburlah dan sejahteralah bumi kerana terangkatnya taubat.

Menangislah seperti Saidina Umar yang selalu memukul dirinya dengan berkata:
 "Kalau semua masuk ke dalam syurga kecuali seorang, aku takut akulah orang itu."

Menangislah sebagaimana Ummu Sulaim apabila ditanya : "Kenapa engkau menangis?" "Aku tidak mempunyai anak lagi untuk saya kirimkan ke medan perang," jawabnya.

Menangislah sebagaimana Ghazwan yang tidak sengaja terpandang wanita rupawan.
Diharamkan matanya dari memandang ke langit seumur hidup,lalu berkata : "Sesungguhnya engkau mencari kesusahan dengan pandangan itu."

Ibnu Masud r.a.berkata : "Seorang yang mengerti al Quran dikenali waktu malam ketika orang lain tidur,dan waktu siangnya ketika orang lain tidak berpuasa, sedihnya ketika orang lain sedang gembira dan tangisnya di waktu orang lain tertawa. Diamnya di waktu orang lain berbicara, khusuknya di waktu orang lain berbangga, seharusnya orang yang mengerti al Quran itu tenang,lunak dan tidak boleh menjadi seorang yang keras, kejam, lalai, bersuara keras dan marah.

Tanyailah orang-orang soleh mengapa dia tidak berhibur : "Bagaimana hendak bergembira sedangkan mati itu di belakang kami,kubur di hadapan kami,kiamat itu janjian kami, neraka itu memburu kami dan perhentian kami ialah ALLAH."

Menangislah di sini, sebelum menangis di sana!!!

 p/s : Salam maal hijrah~!!! Azam baru sudah menanti, ayuh kawan2 ,do the best~!!! Jalam perjuangan bukan seperti yang disangka, hanya mahu kesenangan, ingatlah jalan perjuangan itu amatlah sukar. Hanya satu yang perlu diingati, syurga Allah itu akan dipenuhi orang-orang yang sabar dalam menempuhi setiap rintangan dan dugaan. Menangislah wahai kawanku, ingatlah perjuangan Nabi Muhammad saw, perjuangan para sahabat, perjuangan tokoh-tokoh Islam, yang sanggup menggadai nyawa, harta dan sebagainya demi ISLAM. Kita bagaimana??? BE A BETTER MUSLIM...


Tinta penaku,
aqilah

Thursday, December 2, 2010

AKHLAK MUSLIM~!!!

AKHLAK MUSLIM

"Jagalah dirimu dari perkara-perkara yang haram nescaya anda menjadi manusia yang paling 'abid, dan terimalah dengan penuh kerelaan akan pembahagian yang telah ditentukan Allah kepada anda nescaya anda akan menjadi manusia yang paling kaya, berbudilah kepada jiran anda, nescaya anda  menjadi mu'min yang sebenar, dan cintailah kepada orang lain apa yang dicintai anda untuk diri anda sendiri, nescaya anda menjadi seorang muslim yang sebenar, dan janganlah banyak ketawa kerana banyak ketawa itu akan mematikan hati.(diriwayatkan oleh Imam Ahmad dari abu Hurairah)

Perintah yang terkandung dalam hadis di atas :

1) Menjauhi perkara-perkara yang diharamkan
Untuk mencapai darjat para muttakim, siddiqin, a'bidin dan solihin, seseorang itu perlu berusaha sedaya upaya menghindari dirinya dari terjerumus ke dalam perkara-perkara maksiat dan haram seperti makanan, minuman, perbuatan, tutur kata, .pendengaran, penglihatan dan tindakan.Usaha bagi menghindari perkara-perkara ini amatlah rumit kerana ia biasanya begitu hebat mempersonakan keinginan dan kecenderungan hati.

2 Relakan kurniaan dari Allah
Untuk mencapai ketenteraman jiwa, seseorang muslim itu haruslah membentuk sifat-sifat qanaah(berpada) sifat tidak tamak dan haloba dalam memenuhi keperluan hidup apabila ia merasa cukup dan rela serta bersyukur maka ia merasa dirinya selaku orang yang paling kaya di dunia.

3. Hubungan baik dengan jiran
Untuk mencapai ketenteraman sosial setiap Muslim haruslah menjalankan hubungan yang baik dan mesra dengan jiran tetangga kerana mereka adalah kelompok manusia yang paling hampir dengan kita selain ahli keluarga yang lain.

4. Cintakan orang lain
Islam adalah agama kasih sayang dan damai dari kekusutan hidup. Oleh itu setiap Muslim haruslah menaruh rasa kasih sayang terhadap orang lain sama dengan perasaan kasih terhadap dirinya sendiri. Apa yang tidak disukainya berlaku kepada dirinya harus pula tidak disukainya berlaku pada orang lain.

5. Jangan banyak ketawa
Ketawa pernah disifatkan sebagai "ubat jiwa". Akan tetapi sesuatu ubat akan berubah menjadi racun apabila berlebihan akan membuatkan seseorang itu tidak serius dalam kerja dan kehidupannya dan membuatkan hati nuraninya mati dalam keseronokan dan fikirannya tidak tajam dengan banyak ketawa. Barangsiapa banyak ketawa didunia dia akan menangis di akhirat dan barangsiapa menangis di dunia dia akan ketawa di akhirat.

P/S : Alhamdulillah, dapat juga menghadiri halaqah umum di surau semalam. Perkara yang dibincangkan ialah tentang akhlak. Akhlak ibarat buah, setelah aqidah sudah kukuh, ibadah sudah mantap, lahirlah akhlak muslim yang baik. Jom jadi muslim yang mengamalkan akhlak islamiyyah...



Tuesday, November 30, 2010

AD-DHUHA~!!!



" Demi waktu matahari sepenggalah naik,

dan demi malam apabila telah sunyi, 

Rabbmu tiada meninggalkan kamu dan tiada (pula) benci kepadamu
dan sesungguhnya akhir itu lebih baik bagimu dari permulaan
Dan kelak pasti Rabbmu memberikan karunia-Nya kepadamu, lalu (hati) kamu menjadi puas.

Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungimu.
Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung, lalu Dia memberikan petunjuk.
Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kecukupan.

Adapun terhadap anak yatim maka janganlah kamu berlaku sewenang-wenang.
Dan terhadap orang yang minta-minta maka janganlah kamu menghardiknya. 

Dan terhadap ni'mat Rabbmu maka hendaklah kamu menyebut-nyebutnya (dengan bersyukur). "

Ad dhuhaa






1. Surah ini merupakan antara surah yang diturunkan ketika Nabi Muhammad sedang sedih.

2. Dikatakan bahawa surah ini diturunkan setelah sekian lama wahyu tidak diturunkan, maka orang-orang musyrik mengejek Baginda dengan berkata bahwa "Tuhan Muhammad telah meninggalkannya".

3. Ketika 'tempoh' itu Baginda Muhammad s.a.w sangat merindukan 'remedies' daripada Allah s.a.w. Seperti yang kita sedia maklum Al Quran diturunkan berperingkat dan seringkali diturunkan rentetan sesuatu situasi. Oleh itu, selain surah ini, terdapat juga surah-surah lain yang 'memujuk' Muhammad untuk terus bangkit dan meneruskan perjalanan dakwahnya.

Jadi, dapatlah kita bayangkan perasaan baginda setelah sekian lama tidak mendapat wahyu daripada kekasihnya (Allah subhanahu wata'ala). Ia adalah merupakan satu beban jiwa yang amat berat.
Ibarat sepasang kekasih, semakin lama tidak berjumpa, tidak berhubung melalui sms, phone call and so on, semakin rindu kepada sang kekasihnya. Bisakah kita jatuh hati pada Sang Pencipta kita seperti Baginda SAW mencintaiNya??? Tepuk dada tanya iman...

4. Dua ayat yang pertama ;

" Demi waktu matahari sepenggalahan naik,
dan demi malam apabila telah sunyi, "

Allah telah bersumpah dengan dua masa yang tenang dan penuh inspirasi ini dan Allah mengaitkan fenomena alam dan perasaan manusia. Secara tersiratnya, perasaan manusia saling berkait dengan fenomena alam.

Cuba kita renung dalam al-imran ayat 190

" Sesungguhnya dalam penciptaan langit langit dan bumi, 
dan silih bergantinya malam dan siang 
terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal "

Ekspresi kedua ayat pertama dalam surah ini bertepatan dengan situasi jiwa Muhammad s.a.w ketika itu dan dengan jelas dari permulaan surah Allah memperlihatkan bahawa Dia merestui Nabi Muhammad s.a.w dan Dia tidak pernah meninggalkan Muhammad seorang diri seperti yang dikatakan dalam ayat seterusnya ;

" Rabbmu tiada meninggalkan kamu dan tiada (pula) benci kepadamu "

Alalh tidak pernah meninggalkan Muhammad seperti yang didakwa oleh orang musyrik. Tindakan dan kata-kata mereka itu dilakukan dengan tujuan supaya Muhammad berasa tertekan jiwa dan raga.

" dan sesungguhnya akhir itu lebih baik bagimu dari permulaan 
Dan kelak pasti Rabbmu memberikan karunia-Nya kepadamu, lalu (hati) kamu menjadi puas "

Begitulah yang dijanjikan Allah s.w.t bahawa Muhammad s.a.w akan mendapat yang lebih baik di hari akhirat nanti. Dan Allah juga menjanjikan bahawa Muhammad akan beroleh kemenangan dalam dakwahnya, bersesuaian dengan gelodak jiwa Muhammad s.a.w ketika itu yang amat tertekan dengan tindakan kaumnya.

Seterusnya dalam surah ini, Allah mengingatkan Muhammad s.a.w tentang berapa banyak nikmat yang Allah telah turunkan kepadanya.

" Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungimu
Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung, lalu Dia memberikan petunjuk
Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kecukupan. "

Dalam dua ayat yang berikutnya,

" Adapun terhadap anak yatim maka janganlah kamu berlaku sewenang-wenang. 
Dan terhadap orang yang minta-minta maka janganlah kamu menghardiknya. "

menunjukkan bahawa Islam memelihara hak orang-orang yang lemah..

dan dalam ayat yang terakhir

"Dan terhadap ni'mat Rabbmu maka hendaklah kamu menyebut-nyebutnya (dengan bersyukur). "

dalam ayat ini kita dapat melihat bahawa menyebut-nyebut nikmat Allah merupakan sesuatu amalan yang digalakkan. Bersyukurlah dengan nikmat yang Allah beri kepada kita. Kita perlu membayar nikmat yang Allah turunkan dengan sujud kepadaNya dan menjadi sebenar-benar hambaNya.

= = = = = = = = = = = = = = = = = = = = =

a) kita semua tahu bahawa ayat-ayat Al Quran merupakan penawar segala jenis penyakit. Al-Quran juga merupakan ayat-ayat cinta yang diturunkan kepada hamba-hambaNya.

b) dengan mengetahui jenis-jenis surah, dengan lebih mendalami tafsirnya, kita dapat memilih ubat-ubat bersesuaian dengan keperluan hati kita ^_^

ada ayat yang diturunkan yang mengandungi kata-kata semangat perjuangan
ada ayat yang diturunkan mengandungi kata-kata nabi-nabi ketika berada di titik yang paling rendah (hilang semangat)
ada ayat yang diturunkan yang membawa nabi dalam mengharungi fitnah manusia
ada ayat yang menyelar nabi kerana mengabaikan golongan yang tidak berkedudukan

dalam Islam, semuanya lengkap..
kalau difikir-fikirkan..
Allah telah mengajar kita dari segala aspek..
ISLAM IS THE WAY OF LIFE~!!!
dari sebesar-besar perkara, hingga sekecil-kecil perkara...
doa makan, doa belajar, semuanya Allah ajar kita,
siapa kita jika nak dibandingkan dengan Pencipta kita???
rendahkanlah dirimu, tunduk dan sujudlah padaNya.


c) kita juga perlu memikirkan ayat-ayat yang Allah turunkan dan menghayati ayat-ayat tersebut seterusnya mempraktikkan dalam kehidupan sehari-hari (ameen)

seperti 3 ayat yang mengingatkan tentang nikmat yang telah Allah beri.. walaupun dalam surah ni khusus di peringatkan kepada Muhammad, tidakkah kita pernah menyoal diri kita, 

"Siapakah yang seringkali membantu kita"
"Siapakah yang memberikan kita keajaiban-keajaiban dalam hidup"

dan pelbagai soalan lagi..
yang mana kalau kita merenung surah al-Rahman, saya fikir secara specific Allah bertanya nikmat yang bagaimana atau tanda yang bagaimanakah lagi yang perlu Allah tunjukkan kepada kita supaya kita beriman??

 dalam surah yaasin, ayat 77

"Dan apakah manusia tidak memperhatikan bahwa Kami menciptakannya dari setitik air (mani), 
maka tiba-tiba ia menjadi penentang yang nyata! "

Fikir-fikirkanlah

Kita manusia, lebih-lebih lagi sahabat.. perlulah

" nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran
dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran "
al-ashr, ayat 3

p/s: 1 perjuangan sudah selesai, masih panjang perjalananku. Semoga aku thabat dalam perjuangan ini. 




Tinta penaku,
aqilah

Wednesday, November 24, 2010

IBADAH, TIADA ALASAN MENINGGALKANNYA~!!!

Semenjak Allah SWT mula mencipta Adam a.s, satu perancangan jangka panjang turut disediakan olehNya untuk menghadapi kepelbagaian karenah makhluk yang dicipta terutamanya manusia. Kembali kepada tujuan utama manusia dijadikan, adalah untuk mengabdikan diri kepadaNya. Firman Allah SWT:

"Dan (ingatlah) tidak Aku jadikan jin dan manusia, melainkan untuk menyembah dan beribadah diri kepada Ku." 

(Adz-Dzaariyaat: 56)

Lantaran itu Allah telah menolak empat alasan manusia yang lali melakukan kewajipan mereka dengan mengemukakan empat orang Nabi sebagai perbandingan.

Pertama, mereka yang kaya raya menyatakan, akibat sibuk dengan kekayaan telah menyebabkan mereka terhalang melakukan ibadah. Lalu Allah SWT menyatakan bahawa tiada siapa yang lebih kaya daripada Sulaiman a.s, dan itu tidak menghalanginya daripada beribadah kepada Ku.

Kedua, hamba sahaya yang terlalu sibuk kerana melayani majikannya sehingga terhalang daripada beribadah kepada Allah SWT. Berfirman Allah SWT, jika dibandingkan dengan Yusuf a.s yang dibuang, dijual serta dipenjarakan namun tetap menabdikan dirinya kepada Ku.

Ketiga, golongan fakir miskin pula memberikan alasan kemiskinan telah menyebabkan mereka lupa untuk menyempurnakan ibadah. Allah SWT menyatakan bahawa hambaku Isa a.s hanya makan daun dan minum air hujan, tapi tidak menghalang daripada beribadah kepada Ku.

Keempat, manusia yang sakit pula menyatakan bahawa akibat sakitnya telah menyebabkan dia tidak dapat beribadah mengingati Allah SWT. Justeru, Allah SWT memperingatkan bahawa Ayub a.s lebih menderita sakitnya kerana penyakit kulit yang busuk tanpa sesiapa memperdulikan beliau, tetapi ibadahnya kepada Allah SWT tidak pernah terputus.

Lantaran itu, tidak ada alasan yang akan diterima oleh Allah SWT di akhirat kelak terutama bagi yang lalai menyempurnakan kewajipan mereka. Kita sebagai hamba wajib taat dan tunduk kepada segala perintah Nya agar segala amalan kita diterima dan kehidupan di dunia akan diredhai.

Tinta penaku,
aqilah


p/s: hari ini aku ditawarkan peluang keemasan utk memberi tazkirah dalam halaqah umum di surau groundfloor ZAINAB COLLEGE. Bab2 nak beri tazkirah nie, hmmm, ana insan kerdil, x banyak ilmu ada, tapi hanya satu yang ku pegang, "Sampaikanlah walaupun sepotong ayat". Apa yang baik, datangnya dari Allah swt dan apa yang buruk datang dari keburukan diri sendiri yang lemah. Malam nie ada talk best kat AMF HALL, pukul 9.00pm, tajuknya, JADI REMAJA SERONOK KE?... Teringin nak pergi, dan insyaAllah akan pergi. research outline EAP belum siap, esok quiz Maths, semoga dipermudahkan. Amin. After this, I'll go jalan2 cari ilmu ~AMF and book stall wait for me!!!~

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...