Wednesday, November 10, 2010

KELEBIHAN QIAMULLAIL~!!!

Bismillahirrahmanirrahim...

SUBHANALLAH
ALHAMDULILLAH
ALLAHU AKBAR

Alhamdulillah, aku masih dapat hidup dalam nikmat iman dan Islam.
Post kali ini berkaitan dengan qiamullail. Kita sering digoda oleh syaitan dan hawa nafsu agar meninggalkan perintahNya, tetapi dengan melakukan qiamullail dan perbuatan yang mendekatkan diri dengan Allah, insyaAllah kita akan istiqamah dalam melakukan ibadah kepadaNya. Sedang orang lain lena dibuai mimpi, kita bangkit dari tidur, kita ber qiamullail, merupakan sesuatu yang Allah sukai. Bak kata ustazah saya, sewaktu di sekolah dahulu, "Kita mesti lakukan qiamullail walaupun sekali setahun." (walaupun tak dapat lakukan qiamullail tiap-tiap hari sekurang-kurangnya dalam seminggu, kita qiamullail kan?? nasihat pada diri sendiri, hehe!!!)

Kelebihan Qiamullail



1.                  Daripada Abu Hurairah : Aku bertanya : Wahai Rasulullah! Beritahulah kepadaku tentang suatu amalan yang membolehkan aku masuk Syurga lalu nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sebarkanlah salam, jamukanlah makan, dirikanlah solat sedangkan manusia lain sedang tidur nescaya engkau akan masuk Syurga dengan selamat – Dikeluarkan oleh Imam Ahmad, Hakim dan Ibnu Habban dengan sanad sohih
 
2.                  Daripada Abdullah bin Salam katanya bahawa nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Wahai sekalian manusia! Sebarkanlah salam, jamukanlah makan, jalinkanlah silaturrahim dan bangunlah untuk dirikanlah solat sedangkan manusia lain sedang tidur nescaya kamu akan masuk Syurga dengan selamat – Dikeluarkan oleh Tarmizi, Ahmad, Hakim, Darimi, Ibnu Majah dan Ibnu Saad dengan sanad sohih
 
3.                  Daripada Abu Hurairah katanya bahawa nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Puasa yang paling afdhal selepas puasa Ramadhan ialah puasa pada bulan Allah Muharram dan sembahyang sunat yang paling afdhal selepas solat fardhu ialah solat pada waktu malam – Dikeluarkan oleh Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasaie, Ibnu Khuzaimah, Ahmad, Darimi, dan Baihaqi dengan sanad sohih
 
4.                  Daripada Abdullah ibnu Umar katanya bahawa nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Wahai Abdullah ibnu Umar! Janganlah engkau menjadi seperti si Pulan di mana dia bangun pada waktu malam tetapi dia tidak melakukan ibadat qiamullail – Dikeluarkan oleh Imam Bukhari, Muslim, Ibnu Majah dan Ahmad  dengan sanad sohih 




Keutamaan Qiamulail

1.                  Sembahyang Malam - amalan orang soleh

Dari Ummah Al-Bahili dari Rasulullah s.a.w ; "hendaklah kamu melazimkan (qiamulail) sembahyang malam.  Sebab itu adalah amalan orang-orang soleh sebelum kamu.  Ia menghampirkan kamu    dengan tuhan, menebus keburukan (kamu) dan mencegah dari    melakukan dosa." - ( Riwayat At-Tarmizi )

Dalam riwayat Salman Farisi ditambah lagi dengan faedah lain iaitu, "ia dapat menghilang penyakit dari dalam tubuh." - ( Riwayat At-Tabrani )

2.         Sembahyang Malam - Sumber Rahmat

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda ;
"Allah merahmati orang yang bangun pada waktu malam dan mengejutkan isterinya untuk sembahyang.  Jika isterinya payah sedar ia merenjiskan air di wajahnya.  Dan Allah merahmati isteri yang bangun waktu malam bersembahyang dan mengejutkan suaminya (agar beribadah).  Jika suaminya     enggan (liat) untuk bangun maka ia merenjiskan air diwajahnya."                                         - ( Riwayat Abu Daud )

3.         Sembahyang Malam - mendapat martabat Zakirin dan Zakirat

Abu Hurairah r.a. dan Abu Said meriwayatkan sabda Rasulullah s.a.w. "Jika seorang suami mengejutkan isteri (keluarganya) diwaktu malam dan bersembahyang (walau dua rakaat) mereka ditulis dalam golongan 'zakirin dan zakirat\'."  - ( Riwayat Abu Daud )

Dalam Hadis lain, Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa ;

"Keutamaan sembahyang malam dari sembahyang siang adalah seperti keutamaan bersedekah secara senyap-senyap dari bersedekah terang-terang." - ( Riwayat Tabrani )

Berkata Samrah bin Jundub, "Rasulullah s.a.w. menyuruh kita sembahyang malam baik sedikit atau banyak dan supaya ditamatkan sembahyang tersebut dengan witir." - ( Riwayat Tabrani dan Al-Bizzar )

4.         Hendaklah diamalkan walaupun sedikit

Iyas bin Mu\'awiyah Al-Muzni meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda ; "Boleh dikerjakan sembahyang malam meski pun (masanya) sekadar memerah susu seekor kambing. Dan (waktu) selepas sembahyang Isya\' itu dikira sebagai (waktu) malam." - ( Riwayat Tabrani )

Menurut Ibnu Abbas, Rasulullah s.a.w. menyuruh dan menggalakkan umatnya sembahyang malam hinggakan beliau pernah bersabda, "Hendaklah kamu (melazimkan) sembahyang malam walau pun sekadar satu rakaat." - ( Riwayat Tabrani )

5.         Kemuliaan diperolehi dengan sembahyang malam

Sahl bin Saad r.a. menerangkan (pada suatu ketika) Jibril datang menemui Rasulullah sambil mengingatkan beliau, \"Wahai Muhammad, hiduplah semahu mu namun engkau pasti mati. Berbuatlah (apa sahaja) sekehendak mu, sesungguhnya perbuatan mu akan dibalas.  Cintailah juga siapa yang engkau mahu, namun engkau pasti berpisah juga dengannya.  Ketahuilah bahawa kemuliaan seorang mukmin itu pada sembahyang malam dan kehormatan (harga) dirinya ialah dengan tidak meminta-minta pada orang lain." - ( Riwayat Tabrani )

Dari Ibnu Abbas, "Semulia-mulia umat ku ialah Hamalatul Al-Quran dan orang-orang yang melazimi sembahyang malam."  Orang yang sembahyang malam ini maksudnya ialah yang beribadah dengan tahajjud, zikir dan istighfar.  Manakala Hamalatul Al-Quran pula ialah orang-orang yang hafal Quran, menurut suruhanNya, mengelak atau meninggalkan laranganNya.  Tidak membaca Quran di tempat-tempat yang menjatuhkan martabatnya disamping mereka menunjukkan contoh tauladan yang baik.

Amru bin Utbah pernah mendengar sabda Rasulullah s.a.w. bahawa, "Masa yang seorang hamba Allah itu paling hampir denganNya ialah di larut-larut malam.  Maka seandainya engkau mampu untuk ikut serta menjadi orang yang mengingati Allah ketika itu maka, jadilah seperti mereka." - ( Riwayat Tarmizi )

6.         Tanda menjadi kekasih Allah

Abu Darda' meriwayatkan sabda Rasulullah s.a.w. ;

"Tiga golongan yang Allah kasihkan kepada mereka; Allah gemar/gembira dengan mereka.  Orang yang pasukannya hampir kalah tetapi terus berperang (menggadaikan) nyawanya demi Allah s.w.t.  Tekadnya ialah sama ada ia terkorban (syahid) atau dimenangkan oleh Allah dan diselamatkan olehNya.     Sehingga Allah berkata; "Lihatlah kalian kepada hamba mu ini, demikian sabarnya dia demi aku. "  Orang yang punya isteri rupawan dan tilam yang empuk nyaman namun ia bangun sembahyang malam."  Allah sampai berkata, "(demikian sekalian dia), ia sanggup meninggalkan nafsu syahwatnya dan mengingat Aku, pada hal jika dia mahu, dia boleh terus tidur."  Dan orang yang     dalam perjalanan bersama teman-teman.  Mereka berjaga (kerana     perjalanan), kemudian mereka tidur, namun ia bangun bersembahyang di larut malam dengan payah dan mudah." - ( Riwayat Tabrani )

Firman Allah swt, "Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran." Surah Al-Ashr

Dari Abdullah bin \'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:
" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat." 


Tinta penaku,
aqilah


p/s : RAFEST menjelang tiba, MUET around the corner, QUIZ BIO and QUIZ MATHS coming soon. 4 in 1. Ya Allah, permudahkanlah urusanku. Kepada kawan-kawan yang sama bikin denganku, good luck~!!! Till then, assalamualaikum.




Friday, November 5, 2010

How Addicted to Blogging Are You?

68%How Addicted to Blogging Are You?
Created by OnePlusYou - Free Dating Site

Monday, November 1, 2010

KEAJAIBAN BERSELAWAT

bismillahirrahmanirrahim


KEAJAIBAN SELAWAT

1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan
turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (HR Muslim.)

2) Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap
kali selesai menunaikan solat fardu.

3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insya Allah akan dipermudahkan
bertemu jodoh sama ada lelaki atau wanita.

4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah,
perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan
kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan
pemikiran. Di samping itu ber! usahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih
dihormati dan dihargai oleh orang lain.

8) Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat
mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.

9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela
seperti hasad dengki, dan sebagainya dalm dirinya.

10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh
kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat.

11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya
menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.

12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang
diajarkan, di samp! ing beroleh ketenangan fikiran.

13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat
keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.

14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan
pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.

15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak,
Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.

16) Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya
daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.

17) Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa,
dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.

18) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rut! in, akan terpelihara hatinya
daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.

19) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan
serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.

20) Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut2, ia bakal mendapat
syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.

21) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya
maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.

22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada
hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2 kecil seseorang.

23) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat
dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.

24) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah ber! selawat sekerap
yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya.

25) Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa
hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.

26) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa
dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.

27) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik,
maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.

28) Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa
berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.

29) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari
Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - HR Abu Naim.

30) Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada
waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat - HR Thabrani


JOM KAWAN-KAWAN KITA BERSELAWAT~!!!
TERINGAT SATU TAZKIRAH DARIPADA SEORANG MUSLIMIN, JIKA KITA MENCINTAI RASULULLAH SAW, BERSELAWATLAH KERANA ITULAH JALAN UNTUK MENYEMAI CINTA KITA KEPADA BAGINDA RASULULLAH SAW. KITA JUGA DIGALAKKAN MENCONTOHI AKHLAK RASULULLAH SAW SELAGI MAMPU, JIKALAU TIDAK MAMPU SEPENUHNYA, AMBILLAH SEPARUH DARIPADA AKHLAK BAGINDA UNTUK DISEMAI DALAM DIRI KITA.

p/s:like my roommate too,ATHIRAH ARIFFIN, I addicted with nasyid song, BINNABIL HUDA from unique. Love the song very much!!! (dengar banyak kali pun tak bosan dan tiap-tiap hari pasang nasyid tue pun tak pe~!!!)

Tinta penaku,
aqilah

Friday, October 29, 2010

NEW SEM 2, 2010/2011

SEMESTER 2, 2010/2011
SEM BARU, AZAM PUN BARU
~walaupun baru beberapa hari berada di CFS IIUM, ku rasakan sudah bertahun-tahun rasanya,
kenapa ye, aku betul-betul rindukan rumah. Apa nak jadi nie??? Tapi aku berasa sangat-sangat bersemangat utk study dalam sem nie. Harap-harap semangat ini akan berterusan sampai final sem.~

DI SINI SAYA MAHU SHARE ARTIKEL ILUVISLAM
PETUA MENJADI PELAJAR CEMERLANG MENURUT AL-QURAN
JOM JADI PELAJAR CEMERLANG~!!!

Anda inginkan petua-petua untuk menjadi pelajar cemerlang walau di mana sahaja anda berada?
Apa kata kita renungkan kembali beberapa petua atau tips kejayaan yang telah Allah SWT titipkan di permulaan surah Al-Mu'minun, surah yang ke-23 di dalam lembaran Al-Quran.
01.Keyakinan, kepercayaan and keimanan kepada Allah SWT 
"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman." [23:1]
Iman dan kejayaan disebut oleh Allah SWT dalam ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan sikap positif yang bakal disebutkan dibawah.
02.Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati
"iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya." [23:2]
Lakukan satu-satu perkara dalam satu-satu masa. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Lakukan dengan sepenuh hati, bukan sambil lewa.
03.Prioriti. Mengutamakan apa yang utama.
"dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna)." [23:3]
Kebiasaannya dalam menghadapi musim peperiksaan yang penuh tekanan, kita cenderung untuk berehat dan menenangkan minda dengan hiburan, menonton drama, bersembang di Facebook dan seumpanya sehinggakan selalu sahaja melebihi daripada masa rehat yang telah kita peruntukkan. 
Sebaik-baiknya kita mengoptimumkan penggunaan masa untuk belajar, dan mengisi masa rehat kita dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti membasuh, melipat atau menggosok baju, bersenam untuk melancarkan perjalanan darah di dalam badan dan bermacam-macam lagi yang anda sendiri lebih sedia maklum.
Namun, sebaik-baiknya kita gunakan masa rehat itu untuk mengambil wudu', melakukan solat sunat dan membaca Al-Quran. InsyaAllah apabila kita lebih rapat dengan Allah SWT, jiwa kita akan lebih tenang dan ia akan banyak membantu dalam usaha kita mengulangkaji pelajaran.
Kita dikehendaki menghindarkan diri dari perbuatan mengumpat pensyarah/guru kerana perkara-perkara sebegini tidak mendatangkan faedah kepada masa depan anda, tidak menambahkan markah untuk kertas peperiksaan yang bakal/telah diduduki, malah boleh mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah SWT.
04.Prihatin sesama kita
"dan orang-orang yang menunaikan zakat." [23:4]
Walaupun sedang berada di saat-saat genting, janganlah kita bersikap terlalu mementingkan diri, dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah di sekeliling kita. Kongsilah apa yang termampu, samada ilmu, kertas-kertas soalan tahun lepas dan lain-lain. Sharing is caring.
05.Jaga hubungan antara lelaki dan perempuan
"dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas." [23:5,6,7]
Janganlah kita menggunakan alasan belajar untuk melanggari batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi, misalnya dengan studi berdua-duan, kemudian pulang ke rumah berpimpin tangan, atau asal tertekan je mesti nak bergayut atau berchatting dengan kawan lelaki/perempuan anda.
Padahal Allah SWT kan sentiasa ada, sentiasa melindungi dan sentiasa menolong jika kita mencari dan meminta pada-Nya.
06.Jujur, amanah
" dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya."[23:8]
Bukankah kita telah berjanji dengan pihak penaja dan ibu bapa kita untuk belajar bersungguh-sungguh? Lebih penting lagi, bukankah kita telah berjanji dengan Allah SWT untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai seorang pelajar yang telah dipinjamkan-Nya kepada kita sebagai medan untuk kita mengutip ilmu, pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat sana?
Elakkan menipu ketika peperiksaan. Andai penjaga peperiksaan meminta kita berhenti menulis kerana masa sudah tamat, jangan pula kita terus menulis. Sebaliknya sebutlah "Bismillahi tawakkaltu 'ala Allahi wala haula wala quwwata illa billahil 'azim."
07.Tepati waktu
"dan orang-orang yang memelihara solatnya." [23:9]
Konsep yang boleh diambil dalam konteks kehidupan seorang pelajar Muslim ialah supaya sentiasa belajar dengan berdisiplin, menepati masa, tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti harian kita. Jika sebelum ini kita diingatkan supaya berhenti menulis apabila tamat masa peperiksaan, kita juga perlu memulakan perjuanganan kita dalam pelajaran dan peperiksaan seawal yang mungkin. Memelihara solat lima kali sehari setiap hari juga mengajar kita untuk tidak berputus asa atau berpatang arang di pertengahan jalan.
Namun janganlah kita hanya mengaplikasikan konsep-konsep ini untuk akademik semata-mata. Penekanan utama dalam ayat tersebut supaya kita menjaga hubungan kita dengan Allah SWT kerana kita akan kembali mengadap-Nya dengan amal-amal kita, bukan dengan berapa gulung ijazah yang berjaya kita perolehi. Belajar dan ijazah hanyalah alat untuk kita mencapai keredhaan Allah SWT dan merebut peluang mewarisi syurga-Nya.
" Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi. Iaitu yang akan mewarisi Syurga Firdaus. Mereka kekal didalamnya." [23:10,11]
" ....Maka di antara manusia ada yang berdoa: 'Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia.' Dan tiadalah baginya bahagian di akhirat."[2:200]
"Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka." [2:201]
"Mereka itulah orang-orang yang mendapat bahagian dari apa yang mereka usahakan dan Allah sangat cepat perhitungannya." [2:202]
P/S:  i'm so sad bacause something happen to me. HAHAHA, actually i'm cannot sit on the chair since yesterday. Bersyukurlah dengan segala nikmat yang Allah beri, bila Allah menarik nikmat yang Dia berikan, barulah kita menyesal..So, in conclusion, say Alhamdulillah when you're in happy or in trouble..

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...