Tuesday, November 17, 2015

Menalar Makna Diri: Kembara Menjejak Imam Birgivi Karya Ustaz Hasrizal Abdul Jamil




Ini merupakan buku kedua karya penulisan Ustaz Hasrizal yang aku baca selepas buku Di Hamparan Shamrock Kuseru Nama-Mu. Sekali lagi aku terpanggil untuk mengulas buku penulisan ini. Andai buku pertama yang kubaca itu mengenai kembara kehidupan benar-benar membuka mata dan pintu hatiku, maka buku kedua ini membawa aku untuk lebih untuk berfikir dan mendetikkan hati untuk mencintai dan mencari ilmu dengan bersungguh-sungguh.

Subhanallah, speechless. Buku berkonsepkan travelog dan kembara kehidupan seorang hamba Allah ini benar-benar membuatkan aku membaca satu demi satu bab supaya aku tidak terlepas point-point penting (walaupun ada beberapa perbualan dalam Bahasa Turki, nama tempat dan nama-nama tokoh, penulis dan sebagainya, aku cuba sebut walaupun berbelit-belit lidah nak sebut! Memang tabik laa pada mahasiswa/mahasiswi Malaysia yang boleh berbahasa Turki).

Nak dijadikan cerita, buku ini baru sahaja aku habiskan dalam masa 3 hari.

Pertama kali melihat buku ini, tak silap awal tahun ni, alahai terus jatuh cinta! Dan memang setiap kali kaki jejak mall, mesti pergi kedai buku Popular, tengok buku tue ada jual lagi atau tak. Tapi almaklumlah sebab banyak sangat wishlist books yang nak dibeli, masih belum berkesempatan untuk membelinya.

Salah satu sebab kenapa aku jatuh chenta dengan buku ini sebab sahabatku yang memperkenalkan buku ini. Kagum aku pada Najah Solihah, dialah yang bersemangat bercerita kepadaku tentang buku ini. Bercerita tentang Turki dan semangat dia untuk menjejak kaki ke bumi Turki.

Ada satu forum yang membawa tajuk Turki Uthmaniyyah The Untold Story satu ketika dulu. Masih ku ingat satu point yang diutarakan, “kalau mahu bermusafir ke Turki, pergilah dengan ilmu, bukan hanya untuk makan angin semata-mata”.

Aku mula berfikir sehinggalah aku berjaya mengkhatamkan buku ini hari ini.

Sungguh bumi Turki itu sarat dengan 1001 hikmah.

Tertarik dengan kata-kata Ustaz:

“…Rugi benar jika datang ke Turki, atau ke mana sahaja, kita hanya berkejar merakam imej di kamera, tidak di kepala, atau di hati. Yang semestinya jika berlaku, akan melakukan banyak perubahan kepada diri…”

Maka sama-samalah kita bercita-cita untuk menjejakkan kaki ke Turki dengan ilmu.

In sha Allah.

.......................................................................................................................................................

05112015


“Akak, bosannya...”Aku mengomel

“Akak ada banyak buku, nak pinjam tak?” jawab kak Syidah sambal menunjukkan beberapa buku kepadaku.

Kupandang sepi pada buku-buku itu.

“Emmm. Akak ada buku apa lagi?”

“Akak ada buku Menalar Makna Diri, majalah Jom.. Nak baca?” tanya kakak.

Terus laju mulut berkata-kata. Saat itu, hati dah berbunga-bunga…

“Akak, saya nak pinjam (buku Menalar Makna Diri) baca boleh?”

“Boleh, ambillah…”

Dan terus aku mulakan pengembaraan membaca.

“Cantik pemandangan. Tajuk buku cukup membuatkan aku ingin mencari perkataan menalar dalam kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, dan kata-kata Imam Birgivi dipetik itu cukup mendalam.”

Buku setebal 437 mukasurat ini mengandungi 40 bab yang sarat dengan fakta dan gambar-gambar yang cukup menarik hati pembaca untuk mengkhatamkannya. Buku ini bukan sekadar menceritakan kembara menjejak Imam Birgivi malah ini adalah kembara ukhuwwah, tarbiah, mehnah dan tribulasi dalam memartabatkan bidang sejarah. Sungguh aku bukanlah budak sejarah yang mampu mengingati fakta dan tarikh-tarikh penting walaupun A1 dalam subjek Sejarah SPM. Penulis menggunakan gaya penyampaian travelog yang santai tetapi sarat dengan fakta-fakta yang mampu membangkitkan minda pembaca untuk berfikir dan mencari jawapan bagi setiap persoalan yang dikemukakan. Sungguh aku jatuh chenta pada Sejarah!

“…Menalar Makna Diri : Kembara Menjejak Imam Birgivi adalah sebuah naskah travelog yang merakam perjalanan saya sebagai murid sejarah, meneroka kajian kepustakaan, membawa ke lapangan di lokasi sejarah, pertemuan dengan ramai insan luar biasa yang memberikan inspirasi serta mencari aspirasi, berselisih dengan kehidupan dan kematian, yang menjadikan sejarah bukan lagi satu disiplin yang membosankan…”



Penulis membawa satu pepatah Arab yang berbunyi:

“Barangsiapa yang menempuh usia mudanya dengan suatu kebiasaan, maka hingga ke usia tualah dia akan terus dengan kebiasaan itu”.

Adakah kita ingin meneruskan kebiasaan itu sehingga hari tua kita? Atau adakah kita ingin mengubah kebiasaan itu kepada sesuatu yang bermanfaat di kemudian hari?

Tepuk dada tanya iman.

Firman Allah swt:

… Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar (daripada segala perkara yang menyusahkannya), serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendaki-NYA. Allah telah pun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (Surah At-Thalaq: 2 -3)

Ayat 2-3 daripada surah At-Thalaq ini juga dikenali sebagai ‘Ayat 1000 Dinar.’

Satu pengorbanan yang sukar. Satu demi satu ujian dilalui dengan tabah dan sabar.
Andai Dia sentiasa ada bersama hambaNya, adakah manusia sentiasa ada untuk Rabb-Nya?

Muhasabah bersama.

Dan akhirnya, bermulalah kembara mencari Imam Birgivi.

Antara nilai yang diterapkan adalah nilai persahabatan atau ukhuwwah sesama Islam.
Satu hadis Nabi Muhammad SAW, daripada Abu Hurairah r.a., baginda bersabda yang bermaksud:

“Tujuh golongan, Allah akan menaungi mereka pada hari yang tiada naungan melainkan naungan-NYA (Salah satunya) dua insan yang berkasih sayang kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah kerana Allah.” –HR Bukhari dan Muslim

Terkenang di hati, walau jauh di mata, moga dekat di hati. Itulah sahabat, moga persahabatan ini berkekalan hingga ke syurga kelak.

Tertarik juga dengan kata-kata penulis:

Cukup sekadar sebuah analogi: Buah, bunga, ranting dan dahan yang indah-indah, segera mati dan pupus tanpa akar sebagai sumber.

Akar bagi umat Islam adalah aqidah yang sejati.

Firman Allah swt dalam Surah Ibrahim, ayat 24-25:

"Tidakkah kamu memperhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimah yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit, (pohon) itu menghasilkan buahnya pada setiap waktu dengan izin Tuhannya. Dan Allah membuat perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat.”

Peri pentingnya aqidah dalam kehidupan seorang Muslim.

Bab demi bab aku baca dan apa yang boleh dirumuskan, dengan membaca kita boleh berimaginasi menggembara bersama penulis.
  • Merasai keenakan manisan Nugapeste Franbogazli, kebab,Acili Kofte, Lahmacun, Baklava. 
  • Menaiki feri dari Besiktas ke Uskudar meredah Bosphorus 
  • Menziarahi muzium fotografi di Dumlupinar Mahalesi, Masjid Dervis Aga Camii (Darul Hadis) 
  • Menziarahi Balikesir; Masjid Imam Birgivi, kincir angin di perkampungan Karakol 
  • Lokasi ski di Uludag di Bursa dan Sapanca 
  • Menghirup udara nyaman di pinggir Sungai Sariyar 
  • Menziarahi Masjid Aydinoglu Mehmet Bey Camii (Ulu Camii), Cakiraga Mansion, Masjid Haci Bayram, Masjid Yavuz Sultan Selim 
  • Makan tengahari di Restoran Cina di Kentpark Shopping Centre di Eskisehir Yolu 
Antara yang menarik lagi di Turki ialah,
  • Menziarahi Masjid Biru dan Masjid Suleymaniye 
  • Melawat istana Topkapi, Miniaturk, Ephesus Ancient City, Hierapolis, Hargia Sophia, Pamukkale dan Spice Bazaar. 
Selamat menggembara, alangkah beruntungnya mereka yang dapat menjejak Turki, bumi bersejarah!

Firman Allah dalam surah Al-Hajj ayat 46,


“Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya dengan melihat kesan-kesan yang tersebut mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada.”

Dalam buku ini juga menceritakan beberapa tokoh yang disegani selain Imam Birgivi.
  • Siapakah Suleyman Hilmii Tunahan? 
  • Siapakah Mustafa Sabri? 
  • Siapakah Sheikh Yasin Daradukah? 
Semuanya terjawab dalam kandungan buku travelog ini.

2 bab terakhir menceritakan tentang pertemuan antara penulis dan Ammar sehingga tragedi pemergian Ahmad Ammar.

Antara ungkapan penulis untuk memujuk kesedihan dirinya atas pemergian Ahmad Ammar:

Seorang syahid berlalu pergi 
Seribu mujahid teguh berdiri

Sejujurnya aku hanya tahu Ahmad Ammar meninggal dunia pada November 2013 akibat dilanggar oleh sebuah ambulans ketika menyeberangi jalan di Turki. Dan aku hanya tahu jenazah Ahmad Ammar dimuliakan di Turki dan disemadikan di perkuburan Eyub Sultan, di pinggir Konstantinopel. Beliau merupakan pemuda yang banyak berjasa kepada masyarakat dan juga dalam ilmu agama dan aktif dalam berdakwah. Selain itu, pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia seperti di Syria dan sebagainya

Hanya itu yang aku tahu. Sehinggalah aku menghabiskan pembacaan buku Menalar Makna Diri.

Antara 3 keistimewaan Ahmd Ammar yang dikongsikan oleh penulis:
  • Seorang yang sangat ikhlas 
  • Tidak mengambil jalan pintas untuk berdakwah 
  • Sosial yang berjaya 
Penulis juga mengingatkan bahawa pemergian Ammar bukan untuk disambut hanya dengan kata-kata, tetapi mesti mencetuskan amal dengan mencontohi beliau dari segi tindakan dan perbuatan.


THE END.


Bila tangan menulis: Penulisan ini hanyalah untuk dimuhasabahkan bersama. Teringin sekali membaca Tariqah Muhammadiyyah karya Imam Birgivi. Dan yang paling teringin, menjejakkan kaki ke bumi Turki satu hari nanti :)

Segala kelemahan dan penambahbaikan boleh diutarakan kerana aku bukanlah seorang penulis. Ini hanya catatan dari sisi pembaca yang masih menimba ilmu.



With lots of love, butterflybuddy!
Ilalliqa'!
Ihfazillah yahfazka
17 November 2015 | 2.30pm

Sunday, November 8, 2015

Satu Hari Nanti


Suatu Hari Nanti

Suatu hari akan ada seseorang yang cukup baik budinya untuk membuat tertarik. 

Cukup luas hatinya untuk tempatmu tinggal. 
Cukup bijaksana pikirannya untuk kamu ajak bicara. 

Kamu tidak perlu menjadi orang lain untuk mempertahankan seseorang, tetap jadilah diri sendiri. 

Kamu pun tidak (dan jangan) menuntut orang lain menerima keadaanmu bila ia memang tidak mampu menerimanya. 
Karena yang baik belum tentu tepat. 

Orang baik itu banyak sekali dan hanya ada satu yang tepat. 
Selebihnya hanyalah ujian. 
Kamu tidak pernah tahu siapa yang tepat sampai datang hari akad.
 Tetaplah jaga diri selayaknya  menjaga orang yang paling berharga untukmu. 
Karena kamu sangat berharga untuk seseorang yang sangat berharga buatmu nantinya. 

Suatu hari akan ada orang yang cukup baik dan cukup luas hatinya untuk kamu tinggali. 

Cukup kuat kakinya untuk kamu ajak jalan bersama. 
Lebih dari itu, ia mampu menerimamu yang juga serba cukup.

Credit to: suaracerita

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...