Bismillahirrahmanirrahim...
Semoga kalian berada dalam nikmat iman dan Islam.
Syukur ke hadrat Ilahi dan selawat dan salam ke atas junjungan Baginda Nabi Muhammad saw.
Tik, tok, tik,tok...
masa berlalu dengan pantas. Cuti semester 1 2013/2014 bakal melabuhkan tirai. hari ini adalah hari terakhir berada di rumah, esok pagi bertolak ke Kuantan bersama keluargaku. Sedih laa, almaklumlah, cuti sem UIA sangat pendek kalau nak dibandingkan dengan U lain. Jeles dgn adik2 lain, cuti dyorang lama lagi. Takpe2, never ever regret. Bila nie hari last kat rumah, macam-macam laa aku nak buat, pavlova, spaghetti dan many mores. Rajin nya awak!! Ini bukan rajin namanya, bila dah balik kampus mmg bungkus laa kejenya. Nak pegang sudip, kuali, senduk tue memang tak boleh laa kan??? Gunakan masa yang ada sebaik-baiknya.
Baru perasan post ini adalah post yang ke-200. Banyak jugak aku pernah menulis. Bila baca balik post-post terdahulu, betapa tak maturednya saya. Aduhai! apa-apapon kepada sesiapa yang membaca blog ini, ambillah yang jernih, buang lah yang keruh. Segala kebaikan itu datang dari Allah dan segala keburukan dan kesilapan datang diri yang tidak sempurna.
Untuk post kali ini, aku ingin petik sajak tentang Muslimah itu yang di share di FB Super Akhawat sempena World Hijab Day pada 1st February...
Muslimah itu,
Terkadang gelak kuat tak henti-henti,
Terkadang juga minum berdiri,
Terkadang sebelum tidur terlupa baca doa dan ayat Kursi,
Terkadang pakai stoking mula dari kaki kiri,
Terkadang aci redah sarung kasut orang lain tanpa di sedari.
Muslimah itu,
Terkadang gembira sampai terlompat terkinja sambil senyum tayang gigi,
Terkadang air matanya menitis laju tak terperi,
Terkadang rasa lemah sampai tak mampu nak bangun-bangun lagi,
Terkadang rasa marah menguasai diri,
Sampai rasa nak lempang orang tu laju-laju without mercy.
Muslimah itu,
Adalah manusia biasa,
Yang tak lari dari segala bagai perasaan sebagai manusia,
Yang tak lari dari segala macam ujian dan pancaroba,
Yang tak lari dari perasaan lemah dan tak bermaya,
Yang tak lari dari buat khilaf salah dan dosa
Kerana apa?
Kerana dia juga manusia biasa.
Apa-apa pun,
Yang pastinya,
Muslimah itu,
Sentiasa bangkit bila terjatuh,
Sentiasa cuba gembirakan orang lain walau hatinya sendiri remuk,
Sentiasa cuba untuk improve diri,
Dari semasa ke semasa tanpa henti,
Walau terkadang dia tersungkur,
Itu bukan kerana dia lemah,
Tapi itu kerana dia cuba ambil masa untuk bangkit semula,
Jadi kuat dari sebelumnya,
Kerana dia berusaha,
Untuk menjadi bidadari dunia,
Dan juga di akhirat sana.
Saya juga ingin berkongsi sebuah artikel dari page ini tentang journalist dari French bernama Fatma. Mengambil kata-kata tulisannya,
Be proud of who you are.
Be strong, be confident, smile and keep your head up.
Love yourself and the world will love you.
We cover what’s ON our heads, not what’s IN our heads.
Bila tangan menulis: Meringue yang aku buat untuk pavlova tak jadi, berhenti sekejap, update blog dulu. Jangan putus asa, akan ku cuba lagi sehingga berjaya. Doakan saya ye! Teringin sangat nak makan pavlova, nak beli kat kedai memang tak laa, almaklumlah buatnya senang je, tapi harganya?? oh mahalnya yang teramat! Apa yang penting, usaha lagi! Stop here. Selamat menghadapi semester baru (:
With lots of love, butterflybuddy!
Ilalliqa'!
Ihfazillah yahfazka
28 Rabiul Awal 1435H