Sunday, June 17, 2012

cita-cita, tulis, cuti and...


Bismillahirrahmanirrahim – In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT tuhan semesta alam di atas segala nikmat yang diberikan. Selawat serta salam ke atas baginda Rasulullah saw.

Berbicara soal cita-cita pasti semua orang termasuk anak-anak kecil bias menjawab. Pabila ditanya, “Apa cita-cita kamu bila besar nanti?” atau "bila besar nanti nak jadi apa?",
 kukatakan, “banyak cita-cita saya”.


“Saya nak jadi cikgu, emmm, nak jadi chef macam Chef Wan, nak jadik pilot gara-gara terpengaruh dengan cerita cina, nak jadik penulis, nak jadi doctor pakar bedah dan lain-lain. Memang banyak cita-cita kan? Inilah impian kita waktu zaman kanak-kanak.


Masing-masing punya cerita sendiri. Aku dengan kisahku. Kau dengan kisah kau.
Tertarik dengan tajuk cerita aku ada, kau ada???
(walaupun tak tengok, just quotes tajuk pun jadilah!)

Alhamdulillah semester 2 telah melabuh tirai. Dengan ini termaktubnya cuti selama tiga bulan ke atasku secara tidak langsung. Akhirnya, aku dapat pulang ke rumah. Bila duduk kat hostel, homesick nak balik. Sekarang dapat balik rumah, memang happy sangat-sangat. (errrr, teruja dapat balik rumah.)

7 hari berlalu. 

Hari ini, detik ini, mendapat ilham untuk menulis, hmmm, dah lama aku tidak menulis, kosa kataku makin low dalam erti kata merosot, almaklumlah belajar omputeh, nak tulis karangan bahasa melayu pun dah macam budak tingkatan tiga tulis karangan. Apa-apapun aku bersyukur walaupun tengah ambil degree dapat belajar BAHASA MELAYU. Sekurang-kurangnya, aku dapat refresh apa yang kupelajari sewaktu di sekolah menengah dahulu.  


Alhamdulillah, Allah tunjuk jalan untuk isi masa cuti dengan benda yang berfaedah. Sudah lama simpan hasrat untuk menulis sebelum ini. Tergendala akibat kesibukan dan tiada rezeki mungkin. insyaAllah akan ku usahakan untuk menyiapkan beberapa cerpen untuk diingati dan dijadikan memori indah. Cerpen berdasarkan kehidupan sendiri yang ku alami dan cerita rakan-rakanku yang bisa aku nukilkan untuk dikongsi bersama. Apa-apapun tunggu kemunculan cerpen ku ini. Moga-moga impian aku ini tidak sekadar angan-angan mat jenin.
insyaAllah.


 Aku masih ingat pesan seorang penulis,
“Kita nak menulis, perlu ada ilmu pengetahuan. Kena banyak baca buku, baru apa yang kita tulis itu bermakna”.

Aku suka sangat dengan buku. Setiap kali ada orang jual buku, mesti nak beli. Tapi banyak buku aku tak khatam. Adoyai!!! Moga cuti kali ini, walaupun tak dapat khatam semua buku-buku tue, at least aku dapat khatam beberapa buku. Mentally prepared.
Sekarang aku perlu mujahadah untuk melawan nafsu, nafsu malas baca buku.
Jom ,manfaatkan cuti dengan sebaiknya!!!




Malam dimana turunnya syariat solat.
Jom teguhkan solat dan hayati apa itu solat…
Allahumma bariklana fi rejab wa sya'ban wa ballighna Ramadhan..~


copy-and-paste


With love,








Friday, June 15, 2012

Update your blog, please…

Bismillahirrahmanirrahim – In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.

“Tuan empunya blog, dah 2 bulan tuan tak update blog, ke mana tuan menghilang???”


Monolog dalaman turut berbicara, “lama betul aku tak update blog”.


Kawan-kawan yang tak update blog, sila update ye,hehe...


 Sejak kebelakangan ini, almaklumlah, sibuk dengan tanggungjawab yang diberikan. Seperti biasa tak de perkataan lain yang mampu kukatakan, blogku semakin dipenuhi sesawang yang bersarang dek kerana tidak terupdate dengan cerita-cerita dan isu-isu terkini. Jealous tengok blog kawan-kawan, selalu terupdate. Kadang kala setiap kali buka laptop, terlintas di hati nak update blog, tapi bila bukak laman blog, apa yang aku nak update ye??? Bila off laptop, baru teringat nak update pasal apa, tapi terpaksa ditangguhkan.


“Lepas nie, rajin-rajin update blog ye!!”
(gulllpp!)telan air liur…

Semester 2 2011/2012 sudah berlalu, bermakna aku akan melangkah ke Tahun Dua. Cepatnya masa berlalu meninggalkan aku tanpa ku sedari. Betullah pepatah Arab ada menyebut, maksudnya: “Masa itu seperti pedang, jika kamu tidak memotongnya nescaya ia akan memotong kamu.”

Pernah Rasulullah S.A.W ditanya: "Manakah suatu manusia yang baik,
Maka jawab baginda: 
Siapa yang umurnya panjang, serta baik amalnya."


Next post will come…
Tunggu…J


WITH LOVE, 




LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...