Friday, October 29, 2010

NEW SEM 2, 2010/2011

SEMESTER 2, 2010/2011
SEM BARU, AZAM PUN BARU
~walaupun baru beberapa hari berada di CFS IIUM, ku rasakan sudah bertahun-tahun rasanya,
kenapa ye, aku betul-betul rindukan rumah. Apa nak jadi nie??? Tapi aku berasa sangat-sangat bersemangat utk study dalam sem nie. Harap-harap semangat ini akan berterusan sampai final sem.~

DI SINI SAYA MAHU SHARE ARTIKEL ILUVISLAM
PETUA MENJADI PELAJAR CEMERLANG MENURUT AL-QURAN
JOM JADI PELAJAR CEMERLANG~!!!

Anda inginkan petua-petua untuk menjadi pelajar cemerlang walau di mana sahaja anda berada?
Apa kata kita renungkan kembali beberapa petua atau tips kejayaan yang telah Allah SWT titipkan di permulaan surah Al-Mu'minun, surah yang ke-23 di dalam lembaran Al-Quran.
01.Keyakinan, kepercayaan and keimanan kepada Allah SWT 
"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman." [23:1]
Iman dan kejayaan disebut oleh Allah SWT dalam ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan sikap positif yang bakal disebutkan dibawah.
02.Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati
"iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya." [23:2]
Lakukan satu-satu perkara dalam satu-satu masa. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Lakukan dengan sepenuh hati, bukan sambil lewa.
03.Prioriti. Mengutamakan apa yang utama.
"dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna)." [23:3]
Kebiasaannya dalam menghadapi musim peperiksaan yang penuh tekanan, kita cenderung untuk berehat dan menenangkan minda dengan hiburan, menonton drama, bersembang di Facebook dan seumpanya sehinggakan selalu sahaja melebihi daripada masa rehat yang telah kita peruntukkan. 
Sebaik-baiknya kita mengoptimumkan penggunaan masa untuk belajar, dan mengisi masa rehat kita dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti membasuh, melipat atau menggosok baju, bersenam untuk melancarkan perjalanan darah di dalam badan dan bermacam-macam lagi yang anda sendiri lebih sedia maklum.
Namun, sebaik-baiknya kita gunakan masa rehat itu untuk mengambil wudu', melakukan solat sunat dan membaca Al-Quran. InsyaAllah apabila kita lebih rapat dengan Allah SWT, jiwa kita akan lebih tenang dan ia akan banyak membantu dalam usaha kita mengulangkaji pelajaran.
Kita dikehendaki menghindarkan diri dari perbuatan mengumpat pensyarah/guru kerana perkara-perkara sebegini tidak mendatangkan faedah kepada masa depan anda, tidak menambahkan markah untuk kertas peperiksaan yang bakal/telah diduduki, malah boleh mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah SWT.
04.Prihatin sesama kita
"dan orang-orang yang menunaikan zakat." [23:4]
Walaupun sedang berada di saat-saat genting, janganlah kita bersikap terlalu mementingkan diri, dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah di sekeliling kita. Kongsilah apa yang termampu, samada ilmu, kertas-kertas soalan tahun lepas dan lain-lain. Sharing is caring.
05.Jaga hubungan antara lelaki dan perempuan
"dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas." [23:5,6,7]
Janganlah kita menggunakan alasan belajar untuk melanggari batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi, misalnya dengan studi berdua-duan, kemudian pulang ke rumah berpimpin tangan, atau asal tertekan je mesti nak bergayut atau berchatting dengan kawan lelaki/perempuan anda.
Padahal Allah SWT kan sentiasa ada, sentiasa melindungi dan sentiasa menolong jika kita mencari dan meminta pada-Nya.
06.Jujur, amanah
" dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya."[23:8]
Bukankah kita telah berjanji dengan pihak penaja dan ibu bapa kita untuk belajar bersungguh-sungguh? Lebih penting lagi, bukankah kita telah berjanji dengan Allah SWT untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai seorang pelajar yang telah dipinjamkan-Nya kepada kita sebagai medan untuk kita mengutip ilmu, pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat sana?
Elakkan menipu ketika peperiksaan. Andai penjaga peperiksaan meminta kita berhenti menulis kerana masa sudah tamat, jangan pula kita terus menulis. Sebaliknya sebutlah "Bismillahi tawakkaltu 'ala Allahi wala haula wala quwwata illa billahil 'azim."
07.Tepati waktu
"dan orang-orang yang memelihara solatnya." [23:9]
Konsep yang boleh diambil dalam konteks kehidupan seorang pelajar Muslim ialah supaya sentiasa belajar dengan berdisiplin, menepati masa, tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti harian kita. Jika sebelum ini kita diingatkan supaya berhenti menulis apabila tamat masa peperiksaan, kita juga perlu memulakan perjuanganan kita dalam pelajaran dan peperiksaan seawal yang mungkin. Memelihara solat lima kali sehari setiap hari juga mengajar kita untuk tidak berputus asa atau berpatang arang di pertengahan jalan.
Namun janganlah kita hanya mengaplikasikan konsep-konsep ini untuk akademik semata-mata. Penekanan utama dalam ayat tersebut supaya kita menjaga hubungan kita dengan Allah SWT kerana kita akan kembali mengadap-Nya dengan amal-amal kita, bukan dengan berapa gulung ijazah yang berjaya kita perolehi. Belajar dan ijazah hanyalah alat untuk kita mencapai keredhaan Allah SWT dan merebut peluang mewarisi syurga-Nya.
" Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi. Iaitu yang akan mewarisi Syurga Firdaus. Mereka kekal didalamnya." [23:10,11]
" ....Maka di antara manusia ada yang berdoa: 'Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia.' Dan tiadalah baginya bahagian di akhirat."[2:200]
"Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka." [2:201]
"Mereka itulah orang-orang yang mendapat bahagian dari apa yang mereka usahakan dan Allah sangat cepat perhitungannya." [2:202]
P/S:  i'm so sad bacause something happen to me. HAHAHA, actually i'm cannot sit on the chair since yesterday. Bersyukurlah dengan segala nikmat yang Allah beri, bila Allah menarik nikmat yang Dia berikan, barulah kita menyesal..So, in conclusion, say Alhamdulillah when you're in happy or in trouble..

Friday, October 22, 2010

Bila Al-Quran mulai berbicara...




Waktu engkau masih kanak-kanak.............

kau laksana kawan sejatiku
Dengan wudu',

Aku kau sentuh dalam keadaan suci,
Aku kau pegang aku,
kau junjung dan kau pelajari

Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra

Sekarang engkau telah dewasa..............
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...
Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu
Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji.......
Sekarang, aku tersimpan rapi sekali;
sehingga engkau lupa di mana aku tersimpan
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pngisi stor mu.



Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa
Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan
Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian, kesepian.
Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.
Dulu...pagi-pagi...surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman.
Di waktu petang, aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau.....

Sekarang...seawal pagi sambil minum kopi...engkau baca surat khabar dahulu
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,
Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan...

Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka surah-surahku (Bismillah).
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati muzik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu
Sepanjang perjalanan, radiomu selalu tertuju ke stesyen radio kesukaanmu
Mengasyikkan.

Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja
Di Komputermu pun kau putar muzik favouritemu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku.........
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku
Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV.
Menonton siaran telivisyen
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk
Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah
Waktupun cepat berlalu.........
Aku semakin kusam dalam laci-laci mu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama

Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku.
Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu
Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku
Atau waktu kematian saudara atau taulan mu

Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya
Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu?
Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu
Itu janji Tuhanmu,
Allah s.w.t

Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu...
Setiap saat berlalu...
Dan akhirnya.....
kubur yang setia menunggu mu...........
Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu

Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati...
Di kuburmu nanti....
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan.
Yang akan membantu engkau membela diri
Dalam perjalanan ke alam akhirat.
Dan Akulah "Al-Qur'an",kitab sucimu
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.

Peganglah Aku kembali.. .. bacalah kembali aku setiap hari.
Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.
Yang berasal dari Allah Azzawajalla
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah
Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu
Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu.......
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.
Agar engkau senantiasa mengingat
Tuhanmu.
Sentuhilah Aku kembali...



Baca dan pelajari lagi Aku....
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat
Seperti dulu.... Waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampungmu yang damai
Jangan aku engkau biarkan aku sendiri....
Dalam bisu dan sepi....


p/s: Kawan-kawan, jom baca Quran. Jadikan Quran sebagai panduan hidup kita. Ke mana kita pergi, di mana kita pergi, ingatlah ayat-ayat cinta dari al-Quran. Allah telah utuskan al-Quran kepada manusia agar manusia hidup dalam kebenaran. Berpesan kepada diri dan kawan-kawan, saling ingat-memperingati. Kau nasihat aku, dan aku nasihat kau. 



Tinta penaku,
aqilah

Wednesday, October 20, 2010

SAKI BAKI CUTI SEM 1 2010/2011

assalamualaikum kawan-kawan!!!
pejam celik, pejam celik...
dah tinggal beberapa hari lagi ke SEM 2 2010/2011
countdown to new semester~!!!

DENGAN CUTI YANG BERBAKI INI...
ISILAH MASA YANG ADA DENGAN AKTIVITI YANG BERFAEDAH.
MASA YANG ADA NIE, ADA BEBERAPA AKTIVITI YANG AKU INGIN LAKUKAN.

1. BACA BUKU
baca buku memang hobiku. Tak kesah buku pape asal menepati citarasa.
Sebelum pulang ke rumah selepas taking SPEAKING TEST 4 MUET, aku ke MID VALLEY.
I went to MPH and bought 2 Islamic books.


1. SINERGI FROM HILAL ASYRAF


2. BILA ALLAH MENDUGA KITA
KARYA SYED ALWI ALATAS
i choose this book as the writer's name is like my father's name
and this book help me how to be patient when in trouble.


3. SAKINAH means KETENANGAN
buku ini diperkenalkan oleh ex-roommate, NAJAH SOLIHAH.
Walaupun kami ex-roommate, kami tetap bersahabat.
I LOVE THIS BOOK SO MUCH

2. BIBIK TANPA GAJI
kemas rumah, basuh pinggan ,masak, gosok baju, and so on...
kerja-kerja rumah yang perlu aku siapkan di rumah.

Dengan Nama Mu yang Maha Pengasih,
Lagi Maha Penyayang...
Ya Tuhanku,
Ku akui Kekuasaan Mu...
Nikmat... lagi rahmat,
Buat diriku...
Tak terbalas oleh ku... Ya Allah.

Ya Tuhanku...
Hamba-Mu ini mensyukuri,
Rahmat yg Kau beri...
Umpama rezeki...
Melimpah ruah...Ya Allah.
Alhamdulillah.


Best regards,
aqilah

Thursday, October 14, 2010

SEPUPU-SEPUPU YANG CUTE~!!! I LOVE THEM!!!

Assalamualaikum..
kaifa haluki??? Alhamdulillah, ana bikhoir...
oppppss~!!! MUET will coming soon!!!!
not ready!!! (asyik buat kerja lain je, bila nk ready, hehehe)
post kali nie tak masuk topik, tapi aku suka tgk adik-adik,sepupu-sepupu dan anak-anak sepupuku...
gelagat-gelagat mereka!!!
happy kan jadi budak-budak!!! 
jiwa kanak-kanak nie bersih, bak kata orang.
 Mereka akan belajar menerima apa yang berlaku di sekeliling mereka...

seronoknya mereka main buaian~!!!

 ini najmi dan syahir...
cutekan mereka???


ini anak kak wati, akim!!!!


najmi!!!


arina dan nabil!!!
nabil, i love you!!!


ini pulak opal..
opsss...
naufal...
bak katanya
"jangan kacau opal, opal nak tidur nie!!!"


opal!opal!opal!


nafis dan najmi yang tak sabar nak kawin!!!hehe


handsome budak nie!!!


nafis buat muka~!!!


akim, masamnya muka!!


ridha~!!!cutenya dia...


nie anak Along Ami
cutenya mereka!!!


budak yang cute, muahahaha...


happynya mereka!!!!


bawak motor????
bila besar nanti, jangan jadi mat rempit yer~!!!
ingat pesan Kak Ros!!!


ini adik-adik lelaki ku~!!!
sayang kalian!!!!


ridha dan syahir~!!!

sekian utk post kali ini...
~aqilah~

Monday, October 11, 2010

BETAPA ALLAH SAYANGKAN KITA~!!!

Betapa sayang nya Allah pada kita sehingga di dalam Al-Quran diselitkan dengan motivasi supaya hamba-hambaNya ini tabah dalam menghadapi segala dugaan sebelum menuju ke perhentian abadi...

Kenapa AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Kenapa AKU TAK DAPAT APA yang AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."   -Surah Al-Baqarah ayat :216

Kenapa UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286

rasa FRUST?
"janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
-Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."   -Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"   -Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT daripada SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka...  -Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."  -Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
"... ..dan janganlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
-Surah Yusuf ayat 12


p/s: good luck tuk muet-18/10/2010
do the best!!!!
berilah pengharapan kepada Allah, Dia pasti menolongmu...



LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...